Comments

Vitamin Cantik Budget Promosi Bulan November

Assalam..

Promosi Vitamin Cantik Budget

Wah gembira rasa bila tahu bulan November ni Shaklee promosi Vitamin Cantik Budget yang "wanted" sangat tu. Apa lagi kalau bukan Vitamin C! Pakat ramai yang tanya betul ke vitamin c ni promosi bulan ni? Dah sah cik gayah, memang promosi bulan ni!
Ramai yang ambil vitamin C ni suka sebab dalam satu botol dapat banyak khasiat terutamanya untuk kecantikan kulit. Sebab dia bertindak mencantikkan dari dalam. Bukan 1 mahu pun 2 khasiat tapi banyak sangat yang boleh kita dapat dengan mengamalkan vitamin c ni. Antaranya:
  • Dapat putihkan wajah
  • Dapat atasi masalah jerawat
  • Dapat memudarkan kesan parut jerawat
  • Dapat melembutkan kulit 
  • Dapat beri antioksida yang baik pada kulit
  • Atasi masalah kulit alahan seperti resdung
  • Beri tona kulit sekata
Ha, semua tu dalam satu botol! Jadi tak hairan la kenapa orang gelar Vitamin Cantik Budget.

Tahan Lama

Sebotol vitamin C ni boleh tahan selama3 ke 6 bulan bergantung kepada pengambilan. Ada yang amalkan 2 biji sehari dan tak kurang yang ambil 4 biji sehari untuk kesan lebih cepat. Dengan harga yang tak sampai ratusan ringgit rasanya semua mampu nak memilikinya!

Kolagen Semulajadi

Vitamin c ni salah satu fungsi dia meningkatan dan menghasilkan kolagen semulajadi kulit. Sebab tu sesiapa yang konsisten amalkan akan rasa perubahan ketara pada kulit macam ambil kolagen.Tapi dia lagi bagus sebab bertindak secara pelahan dan kekalkan kecantikan kulit.
Setiap hari kita perlukan 500mg vitamin c untum keperluan seharian kita. Tujuannya untuk membantu mengatasi masalah kulit yang disebabkan pencemaran alam sekitar, cahaya matahari dan pengambilan makanan. Dengan pengambilan vitamin c ni kita dapat mengimbangi keperluan kulit dan kesihatan tubuh kita. Ini kerana badan tidak menghasilkan vitamin c! Tapi dalam masa sama tubuh kita sangat perlukan vitamin c. 

Rebut Peluang Miliki Vitamin Cantik Budget

Sempena promosi bulan November ni apakata rebut peluang untuk miliki sebotol vitamin cantik budget ni. Rasai sendiri kesan perubahan vitamin c ni pada kulit dan juga kesihatan. Lagipun dengan pembelian 2 botol vitamin C potongan sebanyak 5 peratus akan diberikan! Jadi jangan lepaskan peluang ni! Dapatkan segera denga menghubungi saya seperti dibawah.


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

Rahsia Kurus Dalam 10 Hari


Feedback customer

3kg Hilang Dalam 10 Hari

Rahsia kurus dalam 10 hari. 3kg HILANG dalam 10 hari?! Bukan cakap kosong tapi betul - betul berlaku! Alhamdulillah baru - baru ni dapat berita gembira dari salah seorang pelanggan yang mencuba SET BUDGET SLIM.
Walaupun pada mula ragu-ragu untuk mencuba tapi berkat kesungguh beliau akhirnya berjaya turunkan berat badan. Dah cuba banyak produk untuk kuruskan badan tapi tetap tak turun juga. Jadi saya cadangkan set ni untuk bantu dia turunkan berat badan. Masalah utama mungkin disebabkan masalah gemuk air. Jadi walaupun dah cuba banyak produk tetap tak berkesan. 

Pengambilan Supplemen dan Pemantauan



Saya perkenalkan set budget ni kerana dia nakkan set dalam budget. Mungkin trauma sebab dah cuba banyak produk dari yang murah hingga ke harga ribuan ringgit. Jadi set budget pilihan ramai ni yang jadi pilihan tuk permulaan pada pelanggan ni.
Saya syorkan pengambilan sebelum makan dan sebelum tido untuk bantu pembakaran dan pembuangan lemak. Sebelum makan dia akan bertindak membantu proses penyingkiran lemak yang akan kita ambil. Untuk belah malam pula dia akan bantu lancarkan proses pembuangan lemak tanpa gangguan disebabkan kita tidak mengambil apa-apa makanan. Ini akan melancarkan lagi proses pembuangan lemak. 
Selain pengambilan ketika nak bersenam untuk bantu proses pembakaran jadi lebih cepat. Alhamdulillah 3 hari pertama dia dah rasa kesannya. Pengambilan makanan juga saya pantau untuk pastikan dia tak makan secara berlebihan tanpa perlu "skip" makan. Kalau tak makan pun bahaya tau. Badan jadi tak bertenaga dan ini akan burukkan lagi keadaan. 

Berita Gembira


Berita gembira ni pelanggan share dekat weechat dia. Alhamdulillah berkat kesungguhan dia akhirnya dalam masa 10 hari dia dah dapat turun 3kg. Dia berhenti pengambilan sebab demam. Janji pemakanan masih dikawal. Jadi bagi awak yang nak turunkan berat badan cara sihat tanpa perlu bersusah payah menahan perit. Boleh cuba set budget ni. Saya akan bantu anda untuk kurus. 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

Resepi Roti Poket


Roti poket mek tie

Resepi Mudah Roti Poket

Assalammualaikum.. 
Entri kali ni nak kongsi satu resepi mudah Roti Poket untuk pikat selera makan anak - anak khususnya. Selain tu boleh juga untuk gantikan sarapan ataupun minum petang dengan resepi baru ni. Resepi ni mudah nak disediakan dan sedap tau! Jom tengok apa bahan - bahan yang perlu untuk sediakan resepi mudah roti poket ni. 

Bahan-bahan Roti Poket

Nama pun mudah jadi bahannya pun mudah nak dicari. Yang penting modal pun tak mahal. Antara bahan utama mesti ada dada ayam, roti gardenia, bawang putih, bawang holland, salad, mayonis. Untuk bahan perasa boleh tambahkan garam dan lada sulah. Bagi yang sukakan pedas boleh letak cili sos. Pastikan guna roti gardenia sebab roti jenis ni tak mudah serap minyak bila digoreng. 

Cara Penyediaan

  • Tekap 2 keping roti dengan cawan mengikut saiz yang kita nak. Kalau rasa nak yang comel guna cawan yang kecil. Kita akan dapat 1 bulatan roti dan gorengkan dengan minyak panas dengan api sederhana besar. 
  • Goreng hingga kekuningan dan angkat. Kemudian toskan dan boleh dipotong pada 2 bahangian. Ketepikan.
  • Sekarang kita sediakan bahan inti pulak, untuk inti tumiskan bawang putih dan bawang holand yang dipotong dadu. Kemudian masukkan dada ayam yang turut dipotong dadu. Kemudian masukkan bahan perisa. Siap! 
  • Masukkan inti ke dalam roti yang dah dipitong kepada 2 bahagian tadi dan hiasan dengan daun salad dan boleh letakkan mayonis dan cili ikut pada selera. 
Mudah kan? Nampak pun dah menyiurkan. Rasa pun dah tentu sedap! Rasa rangup roti dicampur dengan rasa sos dan mayonis pasti memikat selera sesiapa saja. Salah satu caea baru untuk pikat selera. Selamat mencuba! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
 ✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

Resepi ESP sedap

 Soya ESP Sedap Ke Tak

Assalam.. Entri kali ni simpel je. Nak kongsi pasal sedapnye Esp si tepung ajaib tu. Setengah orang cakap sedap. Ada jugak yang cakap tak sedap! Heran jugak sebab rasa sedap je. Mungkin selama ni kita minum soya yang dah dipenuhi dengan perisa tambahan tu yang buat rasa sedap. Esp ni non-GMO yang mengekalkan rasa sebenar soya. Tekak masing2 kan? Jadi kali ni nak kongsi cara nak kasi sedap esp tu. 

Variasikan ESP

Sedia maklum Esp tak boleh dibancuh dengan air panas. Ini akan menghilangkan nutrisi dia. Jadi pengambilan cara suam atau sejuk je. Tapi rasanya ramai yang lebih suka minum sejuk. Bestnya esp ni kita boleh campurkan dalam minumam kegemaran kita tak kiralah air buah ke, air kotak ke janji bukan kopi ataupun kafein. 
Nak minum mesti nak yang sedap kan? Jadi tak salah kita variasikan esp mengikut selera kita. Jadi kat bawah ni ada beberapa cadangan pengambilan esp dengan minuman kegemaran kita. 

Sedap dan berkhasiat

Nikmati Esp cara tersendiri

Tak susah pun nak sediakan. Janji ikut citarasa dan kerajinan kita. Mudah disediakan dan berkhasiat. Boleh cuba dengan ais kisar mahupun milkshake. Kita boleh mula dengan esp campur milo, esp campur cocktail buahan ataupun dengan susu kotak. Tambah dengan ais batu, goncang ataupun kisar. Saya pasti ramai yang akan suka dengan esp lepas ni. 
Jom cuba! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

Gangguan Hormon pada Wanita

Apakah Hormon? 

Hormon adalah bahan kimia yang dilepas ke dalam saluran darah oleh kelenjar endorkin. Tugas kelenjar itu adalah untuk menyelaraskan proses-proses yang berlaku dalam tubuh badan. Hormon mengatur fungsi-fungsi penting seperti metabolisme, kitaran bangun-tidur, tindakbalas terhadap tekanan, struktur tulang dan pembiakkan. Sumbernya datang dari ovari, adrenal, pankreas, tiriod dan pituitari. 

Hormon dan Wanita

Gangguan hormon dikalangan wanita
Walaupun hormon ni hadir dalam jumlah yang sangat kecil tapi ia mampu menyebabkan perubahan besar pada tubuh kita! Hormon sering menjadi punca utama dalam permasalahan hormon wanita. Antara gejala yang berpunca dari hormon:
  • Perubahan fikiran & perasaan
  • Menangis tanpa sebab
  • Cepat marah, kelesuan, kegelisahan
  • Masalah berat badan, sukar kurangkan berat badan
  • Hilang minat terhadap seks
  • Perubahan pada kulit & rambut, kehilangan seri kewanitaan
  • Jerawat, penipisan rambut di kepala & tumbuh bulu di badan atau wajah
Gangguan hormon paling popular di kalangan wanita adalah perubahan dalam kitaran haid, ketidakselesaan pada tubuh dan perubahan pada tubuh badan. 

Atasi Masalah Hormon

Ada yang bertanya sukar ke nak atasi masalah hormon? Masih ada harapan tak untuk pesakit hormon? Maslah berkaitan hormon ni boleh dirawat dan dicegah. Tak semua wanita mengalami masalah hormon. Pengambilan ubatan dan suplemen dapat bantu mereka. 
GLA COMPLEX dapat membantu memperbetulkan hormon dalam badan dan menstabilkan hormon. Selain dapat mengatasi gejala yang berlaku disebabkan gangguan hormon. Sempena promosi bulan Oktober ni dapatkan GLA untuk mengatasi masalah hormon anda. 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

Mudahnya Nak Pikat Selera Anak!

Tahu tak sebenarnya mudah untuk kita pikat selera anak kita? Nak tahu caranya? Kena baca entri ni sampai habis.

Rancang Menu Anak

Walau sekeras mana pun anak kita menolak untuk makan jika kena dengan cara lasti terpikat juga. Cuma kita kena pandai merancang menu anak kita supaya bersesuaian dengan selera dan mood mereka. Berikut saya sertakan beberapa cara mudah untuk rujukan kita bersama.
  • Simpanan makanan mencukupi 
Pastikan kita sentiasa menyimpan stok makanan yang cukup. Ini bagi memudahkan proses penyediaan makanan. Dalam masa yang sama lastikan stok makanan yang disimpan tu berkhasiat.

Menu simple tapi berkhasiat

  • Menu yang ringkas
Satu kelebihan jika kita pandai mencipta menu yang ringkas tetapi berkhasiat. Dapat jimatkan masa kita. 
  • Rancang awal

Rancang terlebih dahulu tentang menu apa yang ingin dihidangkan kepada anak kita setiap hari. Buat perancangan awal supaya kita dapat mengelakan pembaziran terutamanya ketika membeli barang basah. 

  • 3 produk tenusu setiap hari

Jangan lupa selitkan tiga kali hidangan produk tenusu seperti susu segar,yogurt dan keju dalam menu harian mereka. Ini untuk pastikan mereka dapat bekalan kalsium yang cukup.



  • Piramid pemakanan

Rancang menu harian anak berdasarkan piramid pemakanan untuk berikan mereka nutrien yang diperlukan. 

Kebaikan Merancang Menu Anak

Kita dapat membantu tumbesaran mereka dengan berikan khasiat makanan yang dapat membantu. Makanan beraneka juga dapat mengelakan rasa bosan anak terhadap makanan yang kita hidangkan. Namun ketika merancang untuk menu anak pastikan kita sekeluarga turut sama boleh menikmati. 

Bantuan Alternatif

Pemberian makanan tambahan juga penting untuk bantu tingkatkan selera makan dan bekalkan nutrien lengkap dalam diet harian mereka. Mealshakes misalnya diperkaya dengan sumber protein lengkap untuk memenuhi nutrisi anak kita. Saya dah cuba dan memang hasilnya "superb".


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

Pengedar Shaklee Sungai Petani

Pengedar Shaklee Sungai Petani

Lama tak kongsi cerita pasal Pengedar Shaklee Sungai Petani ni. Kalau nama pengedar dah tentu ada khidmat penghantaran kan? Saya sebagai Pengedar Shaklee Sungai Petani nak kongsikan mudahnya khidmat penghantaran atau COD ni. Mana tahu ada nak minta perkhidmatan dari saya lepas ni. Waktu COD selalunya dibuat di sebelah pagi atau petang. Hari cuti permintaan COD vitamin meningkat dari hari biasa. 

Perkhidmatan Penghantaran

Tak kira masa
Khidmat penghantaran tak kira masa. Walaupun hujan vitamin tetap sampai. Waktu penghantaran pun ditentukan oleh pelanggan sendiri. Asalkan mudah bagi dua-dua pihak. 


Penerimaan pelanggan tentang penerangan cara makan dan penggunaan lebih mudah. Sebab bila bercakap depan - depan pelanggan mudah faham dan rasa lebih yakin.  


Nak raya pun sempat cod

Mudah dan Jimat Masa

Memudahkan pelanggan sebab penghantaran terus ni dapat beri ruang untuk pelanggan. Jadi dah jimat masa nak tunggu tempoh pengeposan barang. Rasa nak cuba dan boleh terus hubungi saya dan insyaallah penghantaran akan terus dibuat mengikut masa pelanggan.Sempat juga singgah untuk penghantaran vitamin walaupun nak balik beraya. Kadang kecemasan berlaku dan perlukan khidmat Cod.

Cod bawa anak syurga

Peghantaran juga dibuat hingga ke Tikam Batu, Kota Kuala Muda, Lembah Bujang dan kawasan sekitar pekan Sungai Petani. Saya turut menerima kedatangan pelanggan yang nak singgah untuk ambil sendiri vitamin di rumah. 
Selalunya yang nak minta COD ni pelanggan yang nakkan vitamin segera. Alhamdulillah sepanjang perkhidmatan COD ni semua berpuas hati dan dapat barang pada masa yang mereka nak. Jadi nak COD vitamin Shaklee pm je saya! 

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

Anak Demam Tak Boleh Mandi?

Teringat zaman kecil2 dulu nenek selalu pesan lap badan anak demam. Jangan di beri mandi. Kita pun demam tak mandi hanya lap badan sampai badan pun bau masam dek kerana tak mandi! Tapi betul ke amalan tak boleh mandi ketika demam atau sekadar mitos? 

Definisi Demam


Demam ni baik untuk kita. Ini kerana mekanisme tubuh kita untuk mempertahankan diri dan hindarkan bahaya yang lebih buruk pada badan. Sel darah putih/ leukosit memerangi kuman dan virus penyakit dalam darah dan dalam suhu badan yang lebih panas. 
Menurut sumber pakar kanak-kanak. Apabila anak kita demam, kita perlu mandikan mereka dengan air suam. Ini dapat menurunkan suhu tubuh yang sedang meningkat. Jika demam yang disertakan dengan mengigil lebih baik dijerlum dulu dengan air suam untuk menurunkan suhu badan secara perlahan-lahan. Ramai menganggap demam mengigil ni disebabkan rasa sejuk. Jadi tak perlu mandi.

Cara Atasi Suhu Panas Badan

Kita perlu hilangkan kepanasan secara perlahan-lahan. Jangan terus dimandikan dengan air sejuk. Ini boleh memudaratkan lagi! Ini boleh membawa kepada sawan tarik. Ini kerana suhu badan yang panas a kan terus naik bila dimandikan dengan air sejuk. 
Semasa demam badan akan mengeluarkan lebih cairan tubuh hingga boleh sebabkan dehidrasi. Banyakan beri air masak/susu pada anak kita. Hindarkan penggunana selimut tebal dan baju sejuk kerana ia hanya melambatkan proses pelepasan panas dari dalam badan. Elok dipakaikan baju nipis untuk proses kekeringan peluh yang membantu menyejukkan badan. 

Mitos Yang Berguna

Namun ada baiknya amalan orang dulu-dulu. Cuma kita ubah persepsi kita tentang mandi ketika demam. Mandi ni bagus untuk kembalikan kesegaran badan. Jadi jangan tak mandi kalau anak atau kita sendiri demam!




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

Kenapa Ramai Pilih Set Berpantang Shaklee

Penjagaan Ibu Selepas Bersalin



Amalan tradisional Melayu amat popular dikalangan wanita Malaysia. Ia bertujuan untuk membantu para ibu dalam usaha menjalani proses pemulihan yang mengambil masa sekitar 40 hingga 44 hari. Selain bertujuan untuk mengembalikan tenaga sekaligus mengekalkan kesihatan selepas bersalin. 
Pemilihan set berpantang dari turun temurun yang banyak menggunakan akar kayu memang tak dinafikan keberkesanannya. Tapi zaman dulu dan sekarang berbeza. Dengan keadaan cuaca kita yang tak menentu kadang kala menyebabkan pengambilan akar kayu dan herba memberi kesan pada kandungan. Antaranya bayi mudah terdedah kepada demam kuning dan cirit birit. Ini disebabkan pengambilan akar kayu dan herba yang kita semua tahu panas. 

Alternatif Lain Untuk Set Berpantang

Mengikut peredaran zaman, dah banyak produk berpantang yang terdapat di pasaran. Kita hanya perlu pilih saja yang mana kita rasa sesuai dengan kita. Tapi pastikan ia tidak sekadar mengikut trend jenama popular semata - mata. Saya nak kongsikan dengan bakal - bakal ibu salah satu set berpantang yang sering menjadi pilihan ramai masa kini. 

Set Berpantang Shaklee Pilihan Ramai


Kenapa set berpantang Shaklee? Sebab antara banyak produk berpantang di pasaran tak semuanya dihasilkan dengan bahan-bahan semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia. Set berpantang shaklee dihasilkan dari hasil penyelidikan oleh saintis dari seluruh dunia untuk memastikan keaslian setiap vitamin. Hasilnya kita boleh mula ambil di hari pertama kelahiran lagi tanpa perlu risau kesan sampingan! Antara kelebihan set berpantang Shaklee: 
  • Mudah diambil. Hanya perlu telan dan tidak mempunyai bau yang kuat seperti jamu
  • Tak panas dan tidak memberi risiko kepada anak. Walaupun anak ada kuning pun masih boleh teruskan pengambilan
  • Set berpantang yang tahan lama dari 4 bulan ke 6 bulan. Ini untuk pastikan kesihatan ibu benar-benar terjamin
  • Tiada risiko sembelit. Sebab dihasilkan secara semulajadi dan tak mengandungi herba yang panas yang beri risiko berlakunya sembelit
  • Luka cepat sembuh. Beri tenaga dan kesan yang sangat dikuar jangkaan. Selain tu ia turut bantu memeriahkan susu badan. 
  • Selain itu pengambilan set berpantang turut beri khasiat lain pada ibu. Ibu dapat turunkan berat badan dan kulit yang lebih cantik hasil dari pengambilan set berpantang yang turut beri kesan pada kulit dan diet harian
Jadi tak ke semua diatas tu bagus untuk ibu dan anak. Ramai dah bertukar pada set berpantang ni. Saya juga tak sabar nak berpantang dengan set ni! Dulu saya mula dengan oengambilan ESP dan Zinc untuk masalah luka pembedahan dan kesannya yang "awsome" buat saya jatuh hati dan tak sabar nak gunakan 1 set terus set berpantang ni! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
 ✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

ATASI KOLESTRAL TINGGI DENGAN MUDAH

Assalammualaikum..

Entri kali ni nak kongsi cara nak atasi masalah kolestral tinggi dalam badan kita. Sebelum tu kena tahu apa itu kolestral tinggi. Kolestral dalam badan kita ada 2 jenis. Kolestral baik ( HDL) dan kolestral jahat (LDL). Keduanya perlu seimbang dan pastinya yang jahat harus dikurangkan sebab boleh memudaratkan kesihatan. Jadi kena pastikan kolestral baik sentiasa ada dan tak kurang dari kolestral jahat.

Tanda - Tanda Kolestral Tinggi 

Berikut adalah tanda - tanda kolestral tinggi dalam badan.
  • Sering rasa kebas - kebas pada kaki
  • Timbul bintik - bintik putih ( biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka dan leher
  • Mudah rasa penat, letih dan cepat mengantuk 
  • Sering rasa sakit kepala
  • Kaki membengkak
  • Senak dada sebelah kiri
Jika tanda - tanda di atas sering berlaku pada diri kita, itu menandakan kadar kolestral terlampau tinggi. Bahayanya kolestral tinggi ni boleh menyebabkan kita terdedah pada serangan strok dan angin ahmar! 
Ini disebabkan arteri yang semakin sempit yang membuatkan aliran darah ke otak berkurangan dan boleh menyebabkan pembuluh darah pada bahagian jantung tersumbat. 

Atasi Kolestral Tinggi dengan Omega


Antara kesan paling mudah dilihat kalau kolestral tinggi ni adalah tumbuh bintik pada bahagian mata. Kadang kala kita sangkakan ia adalah jerawat! Pengambiln kolestral baik dapst bantu masalah ini.
Omega Guard mengandungi kolestral baik (HDL)  yang tinggi. Dengan pengambian Omega dapat merendahkan paras LDL dalam badan. Semua orang tahu Omega boleh berhubung dengan hormon dalam badam.
Melalui pengambilan Omega 3 juga dapat membantu hormon LEPTIN yang membantu menignkatkan metabolisme dengan meningkatkan pengeluaran tiriod. Tiriod dapat membantu kawal metabolisme badan kita.

Amalkan Pengambilan dan Cara Sihat 

Amalkan pengambilan Omega untuk pastikan kolestral dlam badan kita seimbang untuk kesihatan berpanjangan. Selain itu kita juga boleh amalkan mandi seawal jam 4 pagi dan lakukan senaman ringan. Ini kerana air sejuk boleh meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangan penghasilan lemak. 
Dapatkan Omega dengan harga promosi di bulan Oktober ni! 



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top