Comments

Tips Menyusukan Bayi ~

Saat menyusukan bayi adalah pengalaman paling berharga,, tapi kena tgk jugak cara penyusuan. sebab boleh bagi impak pada badan kita..
terdapat beberapa cara untuk keselesaan kita semasa menyusukan bayi..

*KEDUDUKAN BADAN
~keselesaan kita bila mendukung bayi dengan baik. Kita boleh duduk bersandar diatas katil @ kerusi dengan kepala bayi berada di atas lengan kita. 
~pastikan kita tidak bersandar terlalu jauh dari bayi utk memudahkan bayi mencapai puting dan tidak pula terlampau membongkok hingga terlampau rapat dengan bayi.
~gunakan bantal @ kusyen utk bersandar dan merehatkan kaki bagi menyokong kita dan bayi semasa penyusuan

*CARA MENDUKUNG BAYI
~kepala, tengkuk dan tubuh bayi berada dalam keadaan selari
~muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan dengan puting ibu.
~bayi rapat dengan ibu utk ibu mudah menampung punggung, kepala dan bahu.

*CARA MEMEGANG PAYUDARA
~pegangan "C" iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain dibawah puting
~cara pegangan yg salah: pegangan gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting.

*CARA PENYUSUAN
~sentuh bibir bayi dan tggu mulutnya terbuka
~gerakkan badan bayi ke arah payudara
~pastikan bayi menghisap lebih kawasan hitam (areola)
~pastikan bayi melekap dgn betul dan ampu sedikit payudara


Kita dah kongsi sedikit sebanyak cara2 penyusuan.. Jom kita kongsi bab SUSU IBU pulak.
 “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)
Kenapa susu ibu sangat penting kepada bayi??
~susu ibu adalah pemakanan terbaik utk bayi kerana dapat mempengaruhi perkembangan otak bayi 
~merangsangkan pembentukan fizikal bayi 
~IQ bayi yg menyusu susu ibu lebih tinggi disebabkan nutrisi yg terdapat dalam susu ibu.. 
~sUSU IBU dapat meringankan sistem pencernaan 

Patutlah susu ibu ni x dapat nak dibeli dekat mana2.. sangat2 berkhasiat dan bagus.. Rugilah pada ibu2 yg tak menyusukan anak tu.. Tidak semestinya susu ibu ni kita beri terus.. zaman serba moden nih,, ada macam2 cara utk si ibu memberikan susu mereka. Macam2 peralatan canggih ada,,  supplement tambahan pun ada!! CUMA NAK DAN TAKNAK JE..    





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top