Comments

KENAPA PERLU MINUM AIR BANYAK


Air.. selalu bila watiey terangkan pada pembeli.. "kena minum air banyak", "pastikan air putih selalu minum", "jangan lupa minum air".. Kadang2 orang akan tanye balik. KENAPA?? UNTUK APE? Jadi kali ni, entri kita nak cite kenapa perlu minum air banyak dan khasiatnya untuk tubuh kita..Tubuh kita terdiri daripada 90% air. Fungsi air dalam badan kita banyak sebenarnya. Jom tengok fungsi air..

FUNGSI AIR DALAM BADAN
  • proses pencernaan 
  • penyerapan 
  • peredaran
  • pengeluaran air liur
  • pengangkutan nutrisi
  • mengeluarkan sisa metabolisme
  • mengekalkan suhu badan

KENAPA KITA PERLUKAN AIR

MEMBANTU MENGATASI MASALAH PENCERNAAN

  • sangat membantu dalam proses pencernaan makanan dalam perut kita. Air juga boleh memulihkan kandungan asid dalam badan. 

MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

  • tahukah kita dengan pengambilan air yang banyak dapat membantu menurunkan berat badan! Air tidak mempunyai kalori, karbihidrat dan tiada protein.

MERAWAT MASALAH SAKIT KEPALA @ MIGRAIN
  • sakit kepala merupakan salah satu simptom dehydration. Dengan pengambilan air dapat menyahkan dehydration. 
KULIT YANG CANTIK 
  • elok sangat untuk yang inginkan kulit yang cantik. Pengambilan air secukupnya boleh membuatkan kulit jadi sentiasa lembap & berseri. 
MELAWASKAN / MENYAHTOKSIN
  • salah satu cara untuk menyahtoksin paling selamat. Jika kita ambil air yang banyak, kita akan kerap ke tandas. Ini petanda elok untuk kita kerana menunjukkan tanda badan kita sihat & sedang berusaha buang toksin. 


Jadi tak hairanlah manusia boleh bertahan untuk hidup jika tak makan tetapi TIDAK bila kekurangan air! Kita memerlukan sekurangnya 8 hingga 10 gelas air (2-3liter) air setiap hari. Ini kerana manfaat yang kita dapat bila kita minum air. Jadi lepas ni dah tahukan kenapa kita perlu minum air yang banyak.. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top