Comments

Urutan Terapi Tradisional


Urutan Tradisional Melayu

Sebut pasal urutan pasti ramai yang bayangkan rasa nikmat kelegaan. Nikmat bila lenguh-lenguh badan hilang. Tapi urutan ni banyak jenisnya.Urutan tradisional adalah manipulasi tisu badan seperti otot, sendi dan urat saraf bagi tujuan kesejahteraan atau rawatan kesihatan.  Entri kali ni nak kongsi tentang urutan tradisional untuk ibu berpantang. 
Rawatan secara urutan adalah kaedah yang unik kerana sentuhannya lembut, mantap dan tertumpu pada penggunaan jari. 

TUJUAN URUTAN DAN KATEGORI URUTAN

Berurut bukan sekadar untuk keselesaan sahaja. Berurut bertujuan: 
  • Meredakan sengal-sengal dan ketegangan otot
  • Merehatkan badan 
  • Memulihkan fungsi badan ke tahap normal
Urutan juga terbahagi pada beberapa kategori iaitu: 
  • Urutan Kesihatan Badan yang bertujuan mencegah penyakit
  • Urutan Perubatan untuk meningkatkan pemulihan penyakit dan mengurangkan kesakitan
Jadi kena pastikan urutan yang kita dapat tu bersesuaian dengan diri kita. Untuk berurut pun kena tahu keadaan diri kita sama ada sesuai pada masa dan fizikal diri. Terdapat juga golongan yang dilarang berurut kerana bimbang akan beri kesan pada pesakit. Antara kesan sampingannya:

  • Badan akan mengalami sakit-sakit 1 ke 2 hari selepas berurut
  • Lebam
  • Bengkak
  • Alahan pada minyak urut
Jika kesan tersebut berpanjangan, kita boleh rujuk pada pakar kesihatan.

PETUA SELEPAS BERURUT

Lazimnya apabila pesakit mendapat rawatan urutan Tradisional Melayu, kita akan diberi nasihat atau petua untuk mempercepatkan proses pemulihan. Antaranya: 
  • Petua Cepatkan Sembuh dari Seliuh
Rendamkan tangan atau kaki yang terseliuh sekurang-kurangnya setengah jam dalam air panas yang suam selepas diurut. Kemudian balut tempat seliuh dengan kain.
Sekiranya bengkak, ambilkan asam jawa, garam dan sedikit air jadikan seperti pes dan tampal ditempat seliuh yang bengkak tu. 
  • Elakan dari makan makanan pedas, sejuk, pulut dan organ dalaman sebelum dan selepas urutan
  • Banyakan minum air suam selepas berurut
Jadi lepas kita boleh pilih urutan yang sesuai dengan kesakitan kita. Sebab kalau salah urutan takut makin parah! Tapi apa pun berurut ni memang asyik! Tapi bagi yang nak mudah boleh amalkan pengambilan vitamin kalsium yang dapat membantu menguatkan tulang dan menghilangkan sengal-sengal badan. 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
 ✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top