Tahu apa itu MG? Atau Myasthenia Gravis? Jujur watiey pun tak tahu. Tapi terpanggil nak mencoret alkisah disebalik penyakit ini. Penyakit ini jarang kedengaran dan hanya berlaku dalam 1 dalam 20,000 kehamilan. Jadi kita dah tahu serba sedikit. Penyakit ni menyerang ketika hamil. Jadi untuk mereka yang hamil, penting untuk kita ketahui serba sedikit.
Myasthenia dalam bahasa Greek bermaksud otot. Manakala Gravis adalah perkataan yang disingkatkan menjadi MG secara terang menjelaskan bahawa ia merupakan sejenis penyakit otot imun yang kronik. Keadaan ini disebabkan antibodi menghalang penerima acetylcholine di cabang post-synaptic neumuscular lalu menyekat kesan rangsangan neutrotransmitter acetylcholine. Harap korang dapat memahami beberapa perkataan sains yang watiey sebut ni. Boleh rujuk gambar diatas. Lazimnya bahagian otot yag terlibat dalam permasalahan ini ialah mata, muka,tekak dan pernafasan. Apabila MG melanda, otot2 terbabit bertukar menjadi lemah.
TANDA SERANGAN MG
Bahagian otot mata umpamanya akan menjadi kuyu seperti mata keletihan dan kadang kala penglihatan menjadi berganda.
Jika mengenai bahagian muka pula, pesakit tidak dapat menunjukkan sebarang ekspresi seperti tidak boleh senyum mahupun menelan. Dalam kes yang lebih teruk, ada pesakit yang tidak mampu mengeluarkan suara sehingga sukar untuk bercakap. Walaubagaimanapun, yang paling ditakuti ialah serangan ke atas otot pernafasan. Apabila MG menyerang, ia akan menganggu pernafasan hingga mengundang maut jika tidak dirawat dengan segera!
Penyakit ini akan menjadi lebih teruk jika dialami oleh golongan ibu hamil yang sentiasa aktif. Tetapi jika kita relaks, masalah ini akan pulih seketika. Selalunya sepanjang terismester pertama MG akan menjadi lebih teruk. Namun apabila kandungan mencecah terismester kedua dan ketiga ia akan menjadi stabil semula. Masalah ini mungkin akan bertambah teruk selepas kita melahirkan bayi. Dalam keadaan tertentu, kadang kala masalah ini akan bertambah terutama jika anda terlalu stress atau mengalami apa2 jenis penyakit.
PEMANTAUAN KHUSUS
Sekiranya didiagnosis menghidap MG dan pada masa yang sama hamil, usah khuatir. Kebiasaanya tiada masalah besar yang akan berlaku untuk anda meneruskan kehamilan seperti wanita normal. Apa yang perlu dilakukan ialah mengikut jadual pemeriksaan yang telah ditetapkan oleh pakar sakit puan dan perbidanan di samping doktor pakar nuerologi.
KESAN KE ATAS BAYI
Penyakit ini boleh menjangkiti bayi yang telah dilahirkan. Puratanya adalah antara 10 - 20%. Memandangkan tubuh ibu menghasilkan protein yang melawan antibodi dan boleh melalui uri, jadi secara langsung ia boleh memberi kesan pada bayi. Selepas dilahirkan, bayi boleh mengalami neonatal MG sementara. Namun, ia lazim berlaku dalam tempoh antara tiga minggu hingga dua bulan. Sekiranya MG menyerang bayi, si kecil mengalami masalah paling ketara iaitu tidak berupaya untuk menyusu dengan baik akibat kesukaran menelan. Antara masalah lain, dia turut boleh mengalami masalah pernafasan, otot muka menjadi lemah dan sebagai. Doktor pakar kanak2 perlu dimaklumkan tentang MG yang menyerang anda sewaktu hamil. Ini sedikit sebanyak dapat membantu doktor terbabit untuk menjangkakan sesuatu apabila bayi sudah lahir agar dapat mengatasi masalah ini di peringkat awal.
RAWATAN
Rawatan yang diperlukan dalam mengatasi MG melibatkan ubat - ubatan dan pembedahan. Ubat - ubatan yang digunakan mengandungi cholinestenose inibitor bagi membantu membaiki fungsi otot dan dadah imunosuppressant untuk mengurangkan proses automun. Selain pada itu, thymus kerana ia dikhuatiri boleh membesar dan mengakibatkan komplikasi MG menjadi lebih parah. Untuk rawatan kecemas, IVIG boleh dilakukan dengan melakukan prosedur mencuci darah supaya antibodi keeluar daripada badan.