Comments

RESEPI KEK COKLAT CARAMEL

Assalammualaikum...
Sempena bulan Ramadhan yang berbaki beberapa hari lagi nih.. Terasa nak kongsi satu resepi pulak.. Entri kali ni nak cite pasal makanan lah pulak. Resepi ni watiey dapat masa tengah membelek2 aneka resepi juadah berbuka hari tu. Cuma diolah untuk lebih mudah dan ringkas. Maklumlah, watiey ni rajin orangnye..
Disebabkan watiey ni peminat tegar puding caramel. Sebab tu apa sahaja yang berkaitan dengan puding caramel mesti akan ambil tahu.. Jom kita tengok antara bahan2 yang perlu kita ade untuk membuat kek coklat caramel ni..



BAHAN-BAHAN UNTUK CARAMEL
- 5sdb gula
BAHAN -BAHAN UNTUK PUDING
-1cwn susu cair
-gula
-3bj kuning telur
- sedikit esen vanilla
BAHAN - BAHAN UNTUK KEK 
BAHAN A
- 1cwn serbuk koko
- 1cwn susu cair
- 1/2cwn susu pekat
- 1/2cwn gula
- 1cwn minyak
(semua bahan ini disatukan dalam periuk dan dimasak diatas api yang sederhana seketika)
BAHAN B
-3/4cwn tepung gandum
-1sdk soda bikarbonat
-1sdk baking powder
(3 bahan ini diayak sekali)
BAHAN C
- 4bj telur (diblend)
CARA-CARA MEMBUATNYA
STEP 1
-masak gula didalam loyang dengan api perlahan.
-biarkan gula cair dan sejukkan.
-ketepikan.
STEP 2
-campurkan bahan puding dan gaul sebati.
-pastikan puding tidak berbuih untuk dapatkan tekstur yang cantik.
-nak lagi senang blend semua.
-masukkan dalam loyang yang sudah sejuk tadi.
-kukus selama 30minit.
STEP 3
-satukan bahan B dan C kedalam bahan A.
-tuang adunan dalam loyang puding tadi secara perlahan-lahan menggunakan senduk.
-kukus lagi selama 45minit atau sehingga masak.
-nak pastikan dah masak boleh cucuk menggunakan garpu..

pastikan puding tidak berbuih ketika digaul untuk hasil yang cantik
Nampak macam susah. Tapi sebenarnya mudah saja. Rasanya memang best.. Jadi lepas ni bolehlah buat sebagai pencuci mulut lepas berbuka. Nak lagi sedap biarkan dalam peti sejuk. Memang terbaik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top