Comments

ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

Asid Folik

Asid Folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Asid folik wujud dalam secara semulajado sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis dan ekstrak daging lembu. Dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel - sel baru dalam badan. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. 

KEPENTINGAN ASID FOLIK TERHADAP IBU HAMIL
♥ penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal kehamilan 
♥ sangat diperlukan oleh bayi untuk membina banyak sel-sel baru
♥ mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neutral tube defect) iaitu gangguan pada pembentukkan saraf            tunjang (spinal bifida)
♥ mengurangkan risiko keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang 
♥ mengurangkan risiko kekurangan darah (anemia)
♥ menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah
♥ mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan seperti :
  * pembentukan kaki dan tangan yang tak sama
  * kecacatan pada sistem pembuangan air kencing
  * kecacatan pada jantung
  * sumbing lelangit

PENTINGNYA PENGAMBILAN ASID FOLIK
❤ dalam masa 12 minggu pertama kelahiran, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan        pesat
❤ menolong melindungi bayi dan kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub             neural) seperti Spina Bifida

APA ITU SPINA BIFIDA
Berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bagi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

KANDUNGAN YANG DIPERLUKAN OLEH IBU HAMIL
Untuk mengurangkan risiko terjadinya kecacatan tiub neural pada bayi, pakar mencadangkan pengambilan sebanyak 400mcg hingga 600mcg.

Shaklee juga ada mengeluarkan Asid Foliknya tersendiri..
Lebih dikenali sebagai B Complex Shaklee. B Complex menawarkan vitamin yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Diperkaya dengan B1, B2, B3, B6, Biotin dan Asid Pantotenik yang membantu menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Kandungan Asid Folic yang terdapat dalam B Complex mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan dan semasa tempoh kehamilan bagi dos harian  sebanyak 400mcg.
Dengan pengambilan Vitalea dan B Complex ia dapat memberikan 400mcg Asid Folik yang diperlukan oleh ibu hamil.


Jadi memang SESUAI sangat untuk ibu hamil yang mementingkan kesihatan bayi dan diri..Berminat untuk dapatkan?
HUBUNGI WATIEY SEPERTI YANG TERTERA UNTUK
♥ INFO LANJUT TENTANG PRODUK
♥ PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE
♥ BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI SEBAGAI SID SHAKLEE






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top