Comments

JALINAN DARI DALAM PERUT

Wah.. Entri punya tajuk! Boleh gitu? Nak jalinkan apa? Apa kata kita baca dulu entri ni dan insyaallah pasti banyak manfaat yang dapat kita kongsikan bersama.
Minggu2 pertama kehamilanboleh menjadi meletihkan dan memberi tekanan kepada ibu hamil. Itu belum lagi dengan simptom ketika awal kehamilan seperti alahanvdan morning sickness yang boleh menambahkan lagi tekanan. Keletihan dan tekanan boleh memberi impak kepada kandungan kita. Jadi apa kata kita cuba atasi keletihan dan tekanan ketika hamil dengan menjadikan detik kehamilan itu sebagai satu kenangan yang sangat manis. Untuk membantu kita bersiap sedia menghadapi kehidupan baru ini. Luangkan sedikit masa untuk menjalinkan ikatan rapat dengan bayi dalam kandungan dengan sebuah ikatan kasih sayang. Disini watiey kongsikan beberapa cara untuk kita menjalinkan ikatan dengan kandungan kita.

1- URUTAN PERUT
cara yang paling menyenangkan untuk membentuk ikatan dengan bayi  ialah dengan mengusap dan melakukan urutan lembut pada perut. Urutan aromaterapi adalah salah satu cara yang baik untuk memanjakan diri dan meluangkan masa untuk berfikir mengenai bayi
2- MENYANYI & BERCAKAP DENGAN KANDUNGAN
deria pendengaran bayu berkembang aepanjang masa. Kira-kira dalam usia kandungan 23 minggu, dia sudah boleh mendengar degupan jantung dan bunyi perut kita yang berkeroncong.  Bayi dalam kandungan juga mula mendengar bunyi yang datang dari luar rahim. Kekerapan bunyi yang didengari oleh bayi dapat membantunya segara membentuk ikatan dengan ibu setelah dilahirkan kelak
3- MANDIAN HANGAT
berendam dalam tub hangat adalah salah satu cara untuk berehat. Ia dapat memberi peluang kepada bakal ibu untuk meluangkan masa dan memberi perhatian kepada kandungan. Baringlah, tarik nafas dalam2, tenangkan fikiran dan bayangkan bayi kita. Cara ini amat sesuai untuk ibu yang mungkin pada waktu siangnya sibuk untuk merasai pergerakan bayi.
4- BERENANG
berenang bukan sahaja satu cara senaman yang baik, malah ia memberi peluang kepada ibu merasai keadaan bayi yang ketika itu juga senang terapung dalam air ketuban. Tidak kira berapa besar perut anda, air dapat memberi sokongan untuk menampung berat badan serta memberi ketenangan menjelang penghujung kehamilan
5- LATIHAN KELAHIRAN HIPNO
kelas-kelas kelahiran hipno menggunakan teknik hipnoteri untuk membantu ibu fokus kepada bayi dan badan ibu sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran dan bersalin. Kaedah ini dapat mengajar ibu cara-cara untuk menangani kesakitan semasa proses kelahiran
6- BERJALAN
luangkan masa dengan kandungan dengan pergi berjalan. Berjalan adalah aktiviti yang dapat memberi ruang untuk ibu memikirkan tentang bayi dalam kandungan

Kebanyakan bakal ibu mengalami simptom awal kehamilan. Simptom ini adalah peringatan fizikal bahawa anda sedang hamil dan membantu ibu membina ikatan dengan bayi dalam kandungan dari awal lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top