Comments

KUKUHKAN IMUN ANAK KITA.. TAHUKAH CARANYA?

Saya nak anak saya sihat. Bagaimana saya nak pastikan anak saya benar-benar sihat? Untuk pastikan anak kita sihat. Kita harus kukuhkan imuniti anak kita supaya mereka kekal sihat sepanjang masa. Korang tahu tak bagaimana untuk kita kukuhkan imun mereka? Tak tahu? Entri kali ini nak kongsi sedikit pengetahuan yang watiey dapat untuk kesejahteraan bersama. Happy reading..


Sistem imun yang seimbang adalah paling ideal kerana sistem imun yang lemah boleh menyebabkan seseorang itu sering sakit. Dan perlu diingatkan sistem imun yang terlalu aktifakan menyebabkan alergi. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi sistem imun kanak-kanak termasuklah amalan - amalan asas kebersihan peribadi, tekanan, tidak cukup senaman, tidak tidur dengan baik pemakanan yang tidak sihat dan seimbang. Antara amalan asas kebersihan peribadi yang baik adalah mencuci tangan sebelum makan, mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, sentiasa pastikan kuku pendek dan bersih serta memakai kasut bertutup ketika bermain diluar rumah. 
Sebagai ibu bapa, kita tidak seharusnya menekan perasaan anak-anak dengan memaksa mereka untuk berjaya dalam semua bidang pada setiap waktu. Adalah penting bagi anak anda menjadi sihat daripada menjadi bijak. Kanak-kanak selalu aktif secara fizikal. Oleh itu, rutin kegiatan fizikal seperti melompat tali, berenang, berbasikal dan bermain buaian sangat digalakkan. Tahukah kita lebih daripada 50 peratus tubuh anak kita terdiri daripada air. Oleh yang demikian, air sangat penting dalam peningkatan nutrisi, perkumuhan (melalui air kencing atau peluh) dan mengekalkan suhu badan. Oleh itu, pastikan anak kita minum enam hingga lapan gelas air setiap hari. 
Kekurangan khasiat pemakanan boleh melemahkan sistem imun tubuh. Kajian menunjukkan vitamin A, asid folik, vitamin B6, B12, vitamin C,E, zinc, tembaga, zat besi dan selenium perlu untuk mengukuhkan sistem imunisasi agar dapat berfungsi dengan berkesan. Berikanlah anak kita makan makanan berkhasiat. Tubuh kita memerlukan nutrisi yang berbeza dan pelbagai mengikut had usia untuk membantu tumbesaran optimum. Nutrisi membantu dalam membina kekebalan serta tumbesaran dan perkembangan anak kita. 
Jika anak sering batuk, demam, cirit-birit dan selsema, kemungkinan imuniti anak kita tidak cukup kuat untuk melawan penyakit-penyakit ini. Walaupun rumit, sisteem imun anak kita sangat penting kerana berfungsi sebagai daya pertahanan yang pertama untuk mengenal pasti, mengingati, menyerang dan menyekat serangan yang selalunya didahului oleh pathogenic antigens yang menyebabkan penyakit. 
Shaklee juga ada menawarkan supplement untuk memastikan imun anak kita sentiasa kuat dan sihat.. 

UNTUK INFO TENTANG PRODUK DAN PEMBELIAN ATAU INGIN SERTAI GROUP AWSOME KAME SEBAGAI SID SHAKLEE.. HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top