Comments

FAEDAH PENGAMBILAN COLLAGEN




Usia dah menjangkau 30an, ini menandakan sudah tiba saat untuk kita mula mengambil berat mengenai perubahan yang berlaku pada fizikal kita. Maksud saya disini perbezaan dari segi ketegangan kulit, kecergasan fizikal dan kekuatan imuniti kita. Tapi rasanya tak semua daripada kita memandang dari segi fizikal. Lebih ramai yang fokus pada kecantikan dan keanjalan kulit disebabkan itu merupakan pandangan yang mempengaruhi keterampilan kita. Betul tak? Jangan kata orang, saya sendiri pun suatu ketika dahulu sibuk mengamalkan petua kecantikan hanya untuk memastikan wajah sentiasa nampak "fresh". Tapi hakikatnya saya lupa pada keadaan tubuh yang makin naik beratnya, tenaga yang berkurangan. Jadi entri kali ini jom kita tengok 7 manfaaat yang boleh kita perolehi dengan pengambilan Shaklee Collagen Powder yang bukan hanya membantu dalam menjadikan wajah yang anjal malahan menjaga dan membantu mengatasi keseluruhan ketidakseimbangan badan.

PENTINGNYA KOLAGEN PADA KITA

Kolagen merupakan rangkaian molekul yang amat penting dalam tubuh manusia. Kolagen membentuk tisu penghubung dan dipanggil 'connective tissue' dalam istilah sains. Terdapat puluhan jenis kolagen dalam tubuh manusia. Daripada puluhan itu terdapat 5 jenis kolagen yang sangat penting untuk tubuh kita. Terdiri daripada kolagen I,II,III,IV dan V. Jom tengok antara fungsi kelima - lima kolagen ini.

KOLAGEN I
penting dalam pembinaan kulit, otot dan tulang. Kekurangan kolagen ini boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, otot dan tulang

KOLAGEN II
terdapat dalam tulang rawan (certilage) yang diperlukan untuk membolehkan pertumbuhan dan pembentukan tulang rawan yang sihat

KOLAGEN III
bahan penting dalam penghasilan tisu retikular. Tisu yang sangat penting dalam membentuk organ hati, limpa dan limfa. Amat diperlukan dalam pembentukan 'granulation tissue' iaitu sejenis tisu yang amat penting dalam proses pemulihan luka

KOLAGEN IV
digunakan dalam membentuk 'basement membrance' atau 'basal lamina' sejenis lapisan yang terdapat dalam sel epitelium. Ia berkait rapat dengan perlindungan sistem badan

KOLAGEN V
kolagen yang amat penting untuk penghasilan rambut yang sihat. permukaan sel dan uri baselin (plasenta)

Dengan faktor usia yang meningkat, semua kandungan kolagen yang ada dalam badan kita akan berkurangan. Walaupun kita mengamalkan cara hidup sihat sekalipun, ia akan tetap berkurangan mengikut peredaran usia. Jadi dengan pengambilan Collagen, kita dapat memberi jangka masa yang lebih panjang untuk tubuh badan kita diberi penjagaan oleh kolagen.
Pengambilan kolagen sangat disarankan. Pemilihan produk yang berasaskan kolagen mestilah menepati keselamatan dan dijamin keberkesanannya. Jadi saya amalkan dan juga mengesyorkan pengambilan Shaklee Collagen Powder buat anda yang tengah mencari - cari cara untuk memastikan kandungan kolagen dalam badan dalam keadaan stabil. Atau dalam erti lain sentiasa tampil awet muda. Jom kita tengok manfaat Collagen Powder.

MANFAAT UTAMA KOLAGEN

membantu kulit tampak lebih muda
membantu menguatkan kuku, menghilangkan bintik putih pada kuku dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi
baik untuk mata, kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya anjal
memastikan otak dalam keadaan sihat. Sle glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini di sokong oleh kolagen.
dengan pengambilan kolagen dapat memberi manfaat kepada minda
kulit kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini membantu mengurangkan parut
merangsang pertumbuhan rambut dan menguatkan rambut

Dengan pengambilan Collagen Powder Shaklee kita dapat menambah kembali kandungan kolagen yang berkurang dalam tubuh kita dan sekaligus merasai manfaatnya. Jadi untuk mereka yang rungsing memikirkan pasal perubahan diri tu, apa kata cuba collagen.


Hubungi saya:
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top