Comments

KEPUTIHAN, NORMAL ATAU PENYAKIT

Ramai dikalangan wanita berhadapan dengan masalah keputihan. Kadang kala merimaskan. Keputihan bukan hanya berlaku kepada wanita yang sudah berkahwin malahan anak dara pun ada yang mengalaminya. Tahu tak apa sebenarnya keputihan ni? Jom kita rungkai dalam entri ni dan sama2 kita berkongsi penyelesaian kepada masalah ini.

KEPUTIHAN, NORMAL ATAU PENYAKIT


Keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita.Ia merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.

JENIS DAN CIRI KEPUTIHAN


Terdapat 2 jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologis. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit.  Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.

FAKTOR PENYEBAB

❤ KEBERSIHAN
penjagaan alat sulit yang tidak dipandang serius. Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
❤ HORMON
gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. 
❤ GAYA HIDUP
gaya hidup seseorang amat mempengaruhi. Pergaulan seks bebas dan sebagainya boleh menjadi penyebab kepada berlakunya keputihan
❤ KESIHATAN
wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

KESAN BURUK

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

RAWATAN

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Terdapatt beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani masalah ini. 

❤sentiasa pastikan faraj berada dalam keadaan bersih dan kering
❤ gunakan pelapik wanita apabila diperlukan dan pastikan ditukar pada setiap 4 jam sekali
❤ elakkan penggunaan pembersih wanita yang mempunyai tahap pH yang seimbang
❤ sentiasa pastikan tuala wanita diganti semasa datang bulan (haid)
❤ basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas melakukan hubungan seks
❤ kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi 

Selain itu pengambilan supplement juga dapat membantu menangani masalah keputihan. Shaklee juga ada menyediakan beberapa supplement yang boleh diamalkan dalam menangani masalah keputihan. 


Dengan pengambilan Alfalfa dan Garlic ia dapat membantu para wanita yang mempunyai masalah keputihan. Jom dapatkan dari saya dengan menghubungi watiey seperti tertera dibawah. 

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR


✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top