Comments

KENALI PMS

PMS. Teruk sangat ke? Mungkin pada yang tak biasa merasa bahan akibat PMS mungkin inilah soalan pertama mereka pada kawan atau keluarga yang bkasa mengalami PMS. Rasanya kalau boleh di"transfer" sakit tu dah ramai yang lakukan.
Entri kali ni nak kenali apa itu PMS sebenarnya. Mungkin ramai yang beranggapan PMS ni adalah datang bulan. Tiap kali datang bulan mesti ada PMS. Nak tahu betul ke tidak. Kenalah baca sampai habis entri ni!

PMS
PMS adalah himpunan simptom fizikal, psikologi & emosi yang berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Simptom ini biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Simptom mungkin hilang sebelum @ selepas permulaan aliran haid.

SIMPTOM
Lebih 200 simptom telah dikenalpasti. Namun terdapat 3 jenis simptom yang paling popular iaitu:
° mudah tersinggung
° murung
° ketegangan

Simptom setiap wanita tidaklah sama. Namun terdapat beberapa simptom yang biasa dirasai oleh setiap wanita yang mengalami PMS.

° kembong perut
° kejang perut
° swing mood
° payu dara sensitif
° pening kepala
° jerawat
° keletihan
° masalah tidur

FAKTOR BERLAKUNYA PMS
Tidak dapat dipastikan lagi punca utamanya. PMS juga sering dikaitkan dengan fasa bulan, ukuran paras hormon seks. Namun terdapat beberapa penyebab yang berkaitan yang boleh dijadikan punca kepada berlakunya PMS. Antaranya:

° faktor pemakanan
° sejarah keluarga
° peningkatan usia
° faktor genetik

CADANGAN RAWATAN
Terdapat banyak cara yang telah dicadangkan dalam membantu meringankan gejala PMS. Antara rawatannya.

° senaman aerobik yang ringan dikatakan dapat meringankan tahap kesakitan
° kurangkan pengambilan gula, kafein dan garam
° tingkatkan pengambilan fiber
° pengambilan vitamin seperti kalsium, vitamin E dan juga vitamin B sangat digalakan
° minyak Evening Primrose yang mengandungi asid gamma - Linolenik juga banyak menjadi pilihan

Terdapat beberapa jenis dadah yang rendah kandungannya seperti panadol menstrual. Tapi tidaklah digalakkan pengambilannya.

Shaklee sendiri ada menawarkan vitamin yang dapat membantu menangani masalah PMS.




BERMINAT UNTUK DAPATKAN BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH..
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿  ☎  017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top