Comments

KENALI CAMPAK

Anak kecil merengek menangis tidak selesa. Badan panas dan nampak macam ada ruam. Bagi ibu bapa yang pertama kali melalui pengalaman ini, apa kata baca entri ni untuk ketahui punca dan cara untuk atasinya.



INFO TENTANG CAMPAK
Campak adalah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Penyakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

TANDA-TANDA DEMAM CAMPAK
√ demam tinggi
√ batuk
√ selsema
√ sakit tekak
√ mata berair dan sensitif pada cahaya
√ sakit otot

BAGAIMANA JANGKITAN AWAL
Tanda - tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapat bintik - bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut anak.
Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 ° celsius. Pada peringkat awal jangkitan kadang kala kanak - kanak ini juga mengalami cirit - birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan.



TINDAKAN SEGERA
Berikan dia minum banyak air supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit birit mendapat ganti. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaian dengan pakaian tipis dan asingkan anak yang terkena campak dengan anak yang lain.
Bawa anak berjumpa doktor. Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada bersama mereka.

BILA DEMAM KEBAH
Pada hari keempat demam mula turun dan kira - kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala menurun ke tangan, badan dan kaki. Enam ke tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok - tompok merah mula menghilang.

KOMPLIKASI SAMPINGAN
Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru - paru, jangkitan otak dan lain - lain, maka lambaylah mereka sembuh.

CADANGAN
Meal Shakes dapat membantu dalam memberi tenaga ketika demam. Kandungan protein yang terdapat dalam meal shakes mampu memberi tenaga dan membantu menguatkan antibodi dan imun si kecil untuk melawan virus yang ada dalam badan.
Herbal Blend juga boleh digunakan sebagai sapuan untuk menghilangkan ruam dan mengurangkan rasa kegatalan serta kurang selesa. Ramuan semulajadi dalam herbal blend mampu membuatkan ruam campak berkurangan dan tidak meninggalkan parut.

UNTUK PEMBELIAN DAN INFO BOLEH HUBUNGI WATIEY
NO. TEL: 0177757179
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top