KITARAN HAID
Tahukah anda? Seorang bayi perempuan mempunyai sehingga 450,000 telur tersimpan dalam ovarinyanya. Apabila dia mulai haid antara umur 10 hingga 14 tahun, satu daripada telur ini akan matang setiap bulan. Telur ini dibebaskan oleh ovari dan ditangkap oleh hujung tiub fallopio yang bercabang - cabang seperti pakis, yang menggerakkan telur hingga sampai ke uterus (rahim) dengan menggunakan gerakan lembut beralun.
Jika telur disenyawakan oleh sperma dalam pengeluarannya, ia akan menanamkan diri sebaik sahaja sampai ke rahim dan membesar menjadi bayi dan plasenta. Jika persenyawaan tidak berlaku, telur akan disimbah keluar bersama dengan lapisan uterus dan berlakulah haid.
KITARAN HAID
Satu kitaran haid purata berlaku selama 28 hari. Kitaran dari hari pertama sesuatu haid itu hingga ke haid berikutnya. Ada wanita yang mempunyai kitaran lebih pendek, mungkin hanya 23 hari dan ada juga yang lebih lama sehingga 38 hari. Kitaran yang lebih singkat atau lebih panjang daripada ini mungkin tidak normal dan anda seharusnya berjumpa pakar obstetrik - sinekologi.
BAGAIMANA HORMON BERFUNGSI
Kitaran haid berlaku di bawah kawalan satu senarai hormon yang dikeluarkan di bahagian - bahagian tertentu dalam badan.
❁ hormon yang melepaskan sonadotrofin (dikeluarkan dari dalam hipotalamus yang berada di dalam otak)
❁ hormon yang merangsang folikel ( dikeluarkan dari dalam kelenjar pituaitari ada juga berada dalam otak)
❁ hormon "luteinising" yang mengeluarkan korpora lutea (ianya pula dikeluarkan dari dalam kelenjar pituaitari)
❁ oestrogen (yang dikeluarkan dari dalam ovari)
❁ progesteron (yang dihasilkan dari dalam ovari)
Seluruh proses bermula daripada otak. Hipotalamus hormon yang melepaskan sonadotrofin (GnRH) yang bergerak ke kelenjar pituaitari dan mengisyaratkan untuk melepaskan hormon perangsang folikel (FSH).
BERLAKUNYA OVARI
Apabila tahap estrogren meningkat, tahap FSH jatuh buat seketika dan membangun semula disertai dengan penambahan besar hormon yang mengeluarkan korpora luted (luteinising hormone,LH) dari kelenjar pituaitari. Inilah hormon yang mencetuskan ovulasi. Biasanya serviks mengeluarkan mukus yang kebal dan legap, yang sperma tidak dapat menembusi. Namun, sejurus sebelum ovulasi, estrogen mengubah mukus sehingga yang enjadi nipis, jernih dan elastik. Ini membolehkan sperma untuk berenang masuk melalui serviks ke dalam uterus sampai ke tiub fallopio di ana persenyawaan mungkin berlaku.
JIKA PERSENYAWAAN BERLAKU
Jika telur disenyawakan di tiub fallopio, ia akan terus bergerak ke uterus, di mana ia menanam diri ke dalam lapisannya. Pada peringkat implantasi, telur yang disenyawakan itu mengandungi kira - kira 150 sel. Perjalanan dari ovari ke uterus mengambil masa kira - kira 5 hari. Tahap progesteron akan kekal tinggi dan anda boleh mula merasai tanda - tanda awal kehamilan.
JIKA PERSENYAWAAN TIDAK BERLAKU
Jika telur tidak disenyawakan atau tidak berjaya di implantasi, ia mula hancur dan korpus luteum mengecut. Tahap estrogen dan progesteron menurun dan lapisan uterus mula mengeluarkan prostaglandin. Kimia - kimia ini menyebabkan perubahan dalam bekalan darah ke uterus anda, memecahkan lapisan dan merangsang rahim untuk kontraksi. Haid bermula dan lapisan uterus tanggal bersama - sama dengan telur yang tidak disenyawakan dan kitaran haid bermula sekali lagi.
BANTUAN UNTUK KITARAN HAID NORMAL
Jawapan kepada masalah haid tidak stabil. Dengan pengambilan GLA COMPLEX, mungkin masalah haid yang tidak normal akan kembali pulih dengan manfaat Gla. Gla juga dikenali sebagai "bf kaum hawa". Jom tengok antara kebaikan Gla.
❁ membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
❁ melegakan simptom PMS
❁ membantu meningkatkan kesuburan
❁ membantu mengimbangi hormon dalam badan
❁ mengawal kedua-dua estrogen dan testosteron hormon
Berikut adalah satu daripada testimoni pengguna GLA COMPLEX,
Hubungi saya:
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
Anda pengguna bijak??
Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!