Comments

TIADA LAGI ANGIN DENGAN PEPPERMINT GINGER

BERANGIN SATU BADAN

Banyak maksud disebalik perkataan dekat atas ni. Rasanya ada macam - macam benda terlintas dalam fikiran. Tapi angin yang nak di story mori hari ini pasal angin dalam badan. Tahu tak bila badan penuh dengan angin, macam - macam penyakit dapat. 

SENDAWA
Jika kita sering sendawa ini bermakna angin dalam badan berjalan lancar. Dan menunjukkan dalam badan kita ada banyak angin. Tapi betul ke? Apa yang korang faham tentang sendawa? Mengikut pada definisi sendawa, sendawa merupakan satu bunyi kecil dan sekejap yang akan kedengaran apabila seseorang itu kekenyangan selepas makan.Perkara ini merupakan rutin harian yang pastinya akan terjadi selepas menikmati apa juga hidangan dan ia bukanlah satu perbuatan yang aneh atau luar biasa.Menurut Pakar Gastroenterologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr. S. Mahendra Raj, secara amnya sendawa membawa maksud mengeluarkan angin dari perut dan ia akan berlaku daripada semasa ke semasa dan ia merupakan satu perkara biasa.


BUANG ANGIN / KENTUT
Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil "flatus" atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.


JIKA ANGIN BERLEBIHAN..

Sendawa dan buang angin masing - masing bertindak mengeluarkan angin dalam badan. Tapi kalau angin dalam badan tak keluar, apa yang akan berlaku? 
Angin berlebihan dalam badan boleh menimbulkan masalah rasa tak selesa dalam perut atau kembung, badan rasa lemah, loya-loya hingga melarat kepada sakit kepala dan paling teruk sampai ada yang rasa mcm sakit jantung. Ada beberapa sebab dan punca kenapa badan berangin. 

CARA NAK ATASI..

Terdapat beberapa cara  untuk mengatasi masalah ini. Tiga perkara yang paling senang dan mudah untuk dilakukan. 

Menukar jenis makanan
kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Kita perlu memastikan jenis makanan yang boleh menyebabkan berlakunya masalah angin. Sekiranya makanan tersebut telah dapat dikenal pasti, hindarkan makanan tersebut.

Ubat-ubatan
ubat-ubatan seperti antasids, simethicone dan activated charcoal yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.

Kurangkan menelan udara
individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Sebaliknya dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

TIADA LAGI ANGIN DENGAN PEPPERMINT

Halia adalah herba terunggul dalam memastikan saluran penghadaman lancar dan mempunyai aspek semulajadi yang bisa menyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina sebagai pelengkap kepada halian dengan berfungsi membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan membuang angin dan mengembalikan keselesaan kepada perut.
Shaklee peppermint Ginger Plus dirumus khas dengan herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk memberikan rasa nyaman dan melegakan perut yang berangin. Tabletnya juga boleh ditumbuk dan dicampurkan dengan air panas untuk menjadi minuman herba semulajadi. Paling penting, setiap produk Shaklee tentulah bebas dari sebarang unsur perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan


❤ JOM DAPATKAN DENGAN KLIK DISINI 
❤ HUBUNGI KAMI DISINI UNTUK PEMBELIAN COD DAN INFO LANJUT









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top