Comments

TIPS ATASI DEMAM DENGGI



Mesej masuk. Dalam hati cakap mungkin musim denggi dah makin menjadi sekarang ni. Terima kasih pada pihak yang masih mengambil berat tentang isu denggi ni. Sebab tak semua orang ambil berat masalah denggi. Bila dah terkena barulah nak ambil langkah. Entri kali ni nak berkongsi info tentang demam denggi dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya.



APA ITU DEMAM DENGGI
Denggi adalah jangkitan virus yang menyebabkan DEMAM. Denggi merupakan salah satu penyakit bawaan nyamuk yang sering berlaku di Malaysia. Dan ia merupakan salah satu dari masalah kritikal dalam dunia kesihatan bukan hanya di Malaysia tetapi di peringkat global.

BAGAIMANA DENGGI MEREBAK
Virus denggi disebarkan oleh nyamuk harimau betina (Aedes Aegypti). Nyamuk ini membiak di dalam takungan air dan selalunya mengigit di siang hari.
Virus denggi tidak bermusim, tetapi pada musim monsun, jumlah kes meningkat disebabkan cuaca panas dan lembap, terdapat air bertakung dan ia dapat membiak dengan baik.

SIMPTOM JANGKITAN
Denggi pada bayi dan kanak-kanak selalunya bermula dengan :
√ demam
√ hidung berair
√ batuk
√ ruam kulit yang ringan

Manakala pada orang dewasa pula:
√ demam panas
√ sakit dibahagian belakang mata dan pada sendi
√ sakit kepala

dan diikuti dengan beberapa lagi simptom seperti berikut..
√ kurang selera makan
√ loya
√ gatal di tapak kaki
√ rasa sangat lemah semasa dan selepas menghidap penyakit

BAGAIMANA CARA MENGURANGKAN JANGKITAN
Tiada vaksin untuk mencegah denggi dan cara terbaik untuk melindungi ialah dengan mengambil langkah pencegahan terhadap nyamuk yang menyebarkan virus tersebut.
√ rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan
√ elakkan ubat aspirin bagi kanak - kanak di bawah umur 12 tahun
√ mandi jerlum
√ antibiotik tidak diperlukan

PENGGUNAAN SUPPLEMENT TAMBAHAN
Dengan pengambilan supplement tambahan dapat membantu dalam menyembuhkan demam denggi. Terdapat 2 jenis produk Shaklee yang dapat membantu dalam masalah berkaitan demam denggi. Suhu badan yang tinggi disebabkan oleh demam boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi. Oleh itu pengambilan Perfomance Drink dan Nutriferon mungkin dapat membantu dan memberi kelegaan kepada penghidap demam denggi.

PERFOMANCE DRINK
• membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi
• pengambilan Perfomance Drink akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik
• ujian klinikal membuktikan PD merupakan satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dam kurang gula


NUTRIFERON
• bertindak sebagai " immune booster" yang meningkatkan tahap imunisasi
• membantu tubuh melawan penyakit
• dipaternkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkatkan interferon dalam badan
• sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti demam, kerap selsema dan lemah antibodi

Disamping itu, demam denggi berdarah (DHF) iaitu satu jenis jangkitan yang teruk, selalunya dijangkiti oleh mereka yang sudah sensitif kepada virus denggi. Oleh itu pencegahan adalah pilihan yang lebih selamat.Ini kerana denggi boleh meragut nyawa!

Hubungi saya:
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top