Comments

ATASI KENCING MANIS KETIKA HAMIL


Kencing manis ketika hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia merupakan kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat pertama kalinya semasa kita hamil. Dua hingga 16 peratus ibu hamil terdedah kepada penyakit ini. Bagaimana ia boleh menyerang? Silalah baca sampai habis entri ni..

APAKAH DIABETES GESTASI

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yng secukupnya. Maksud disini hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berperanan dalam mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga.

Dalam tempoh kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi. Terutamanya ketika pertengahan kehamilan hingga ke saat kelahiran. Tetapi kalau badan tidak dapat menyediakan insulin tambahan, ini akan menyebabkan terlalu banyak kandungan gula dalam darah dan akan berlakunya diabetes gestasi.Diabetes gestasi selalunya akan reda dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Berbeza dengan penyakit diabetes lain yang mungkin kekal seumur hidup.

SIMPTOM DIABETES GESTASI

Diabetes gestasi tidak menunjukkan sebarang tanda namun kita akan mengalami beberapa simptom yang boleh merujuk kepada berlakunya diabetes gestasi. Antara simptomnya:

❂ keletihan 
❂ merasa dahaga yang melampau
❂ membuang air kencing dengan kuantiti yang banyak
❂ penglihatan kabur

KESAN TERHADAP KANDUNGAN

Masalah utama jika kandungan gula terlalu banyak dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi dalam kandungan. Terdapat sedikit risiko bayi akan menjadi terlalu besar. Kesannya akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Dan kes seperti ini selalunya memerlukan pembedahan caesarean.
Bayi - bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti kandungan gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Dan bayi ini juga cenderung untuk menghidapi obesiti dan diabetes jenis 2 apabila dilahirkan nanti. 

SIAPAKAH YANG BERISIKO

❂ ibu yang pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat 4 kilogram atau lebih
❂ keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
❂ mereka yang pernah menghidap diabetes gestasi 
❂ indeks jisim badan (BMI) yang lebih daripada 30

BAGAIMANA MERAWAT DIABETES GESTASI

Diabetes Gestasi boleh dirawat dengan beberapa cara. Kita perlu mengubah diet harian dan selalu bersenam. Selalunya doktor akan menasihatkan beberapa cara untuk mengawal tahap gula dalam badan dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Para ibu akan dibantu dalam memilih diet seimbang yang sihat. Pengambilan makanan yang terdiri daripada karbohidrat, protein tanpa lemak dan lemak yang baik dapat membantu. 

Untuk masalah berat badan berlebihan disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori dan melakukan senaman ringan sekurang - kurangnya 30 minit setiap hari. Selain itu, ibu juga harus mengawasi tahap gula dalam darah untuk mengetahui sama ada perubahan yang berlaku memberi kesan kepada diri atau tidak. Dalam situasi ini doktor akan memainkan peranan untuk membantu merawat masalah ini. 

Pengambilan vitamin dan zat galian juga dapat membantu dalam menangani masalah ini. Pengambilan daripada sumber protein juga memainkan peranan kerana protein membantu dalam membaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna.

ESP SHAKLEE MEMBANTU

ESP merupakan minuman berprotien yang rendah indeks Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah kandungan GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Antara beberapa kandungan ESP :

 ❂ rendah karbohidrat (mengandungi 5% - 10% karbohidrat)
 ❂ rendah lemak
 ❂ bebas kolestral
 ❂ bebas laktosa
 ❂ mengandungi 50,000 jenis protein
 ❂ sumber protein soya non-GMO yang berkualiti tinggi

Antara khasiat ESP yang terdapat di atas ini sangat sesuai untuk mereka yang menghidap sebarang jenis diabetes. Protein soya dalam ESP yang bertindak menstabilkan tahap gula dalam darah mampu mengatasi masalah diabetes. Pengambilan ESP ketika hamil dapat membantu badan ibu lebih mudah dan cepat menukarkan gula kepada tenaga dan dapat mengelakkan hypoglycemia.

Gantikan pengambilan susu tepung yang tinggi kandungan GI dengan minuman susu soya non GMO ini yang lebih tinggi khasiat dan bermanfaat untuk ibu dan kandungan. Dapatkan sekarang memandangkan bulan Oktober ini merupakan promosi ESP!

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿ 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top