BROKOLI BAGUS UNTUK IBU HAMIL |
KHASIAT YANG ADA DALAM BROKOLI
Siapa suka makan brokoli? Rasanya tak ramai yang suka makan brokoli. Sebenarnya brokoli ni sedap tau. Cheq dan keluarga dalam seminggu mesti dua atau tiga kali akan makan brokoli. Disebalik rasa sebenarnya brokoli ni banyak khasiat untuk kesihatan kita. Jadi entri kali i nak kongsi khasiat brokoli dan kepentingan brokoli untuk ibu hamil.
Brokoli ni sama dengan bunga kobis cuma dia berwarna kehijauan. Brokoli ada banyak khasiat. Kalau nak tahu brokoli ni sayuran yang paling bergizi. Berdasarkan kajian brokoli boleh melindungi saluran pernafasan daripada alergik dan pencemaran dengan mengaktifkan sistem keradangan semulajadi. Kaya dengan serat vitamin c, beta - karoten, vitamin B, vitamin E dan banyak lagi. Kandungan kalsium yang terdapat dalam brokoli juga lebih besar kalau nak dibandingkan dengan segelas susu. Brokoli juga mengandungi serat yang banyak kalau dibandingkan dengan sepotong roti gandum.
KEBAIKAN BROKOLI UNTUK IBU HAMIL
- MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI
- MENCEGAH SELSEMA
- KESIHATAN JANIN
- MENGUATKAN TULANG
- MENCEGAH ANEMIA
- MENJAGA KADAR GULA
Ibu hamil memerlukan nutrisi penting untuk menjaga kesihatan pertumbuhan janin. Dengan pengambilan brokoli dalam diet harian, ia dapat memenuhi keperluan tubuh. Ini kerana brokoli mengandungi semua nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu hamil. Jadi lepas ni, bagi yang tak pernah makan brokoli boleh cuba makan. Gerenti korang pasti akan suka. Sebab brokoli ni sedap!
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿
Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!