Comments

pisang cheese mek tie

Entri kali ni nak kongsi satu resepi mudah. Khas untuk orang yang gemar makan cheese macam aku. Kalau bab cheese ni memang aku satu family boleh kata hiper! Nak pulak cik suami.
Dah lama mek tie dengar pasal pisang cheese ni. Baca orang makan pisang cheese. Beli sampai nak kena beratur. Dalam hati duk kata sedap benor ke pisang cheese ni. Macam nak kena cuba ni. Dek kerana terujaan mendengar ada cheese tu. Tapi mek tie ni duduk jauh benar dari tempat orang menjual pisang cheese yang kena beratur bagai tu. Jadi hasrat nak mendapatkan tu kena pendam dalam hati dulu. Mungkin tunggu ada masa yang sesuai ke nanti dapat la mek tie makan. Nak sedapkan hati je.
Nak dijadikan cerita satu hari cik suami balik dengan satu bungkusan. Rupanya cik suami tolong tunaikan hajat mek tie nak makan pisang cheese. Dah beli makan dengan hati berbunga-bunga. Mengalahkan orang mengandung pulak. Dan dalam duk kunyah tu tergerak hati nak kena cari resepi ni. Sebab anak-anak pun turut serta berebut. Anak mek tie sekarang ni makan apa pun sedap dek penangan MEALSHAKES. Dan nak dapatkan resepi mek tie minta tolong dengan cermin ajaib 7 inci mek tie. Dengan gunakan jampi mentera menerusi jari jemari mek tie yang tirus ni. Terpampang berlambak resepi pisang cheese. Pilih je yang mana suka. Tapi mek tie ambil yang mudah dan mengikut keadaan barang yang nak digunakan ketika tu. Sebab kebetulan pisang ada dekat rumah.
Jom kita tengok bahan dan cara nak buat pisang cheese ni. Mana tau petang nanti boleh cuba!

BAHAN - BAHAN





Mudah kan bahan nak buat? Rasanya tak habis modal RM15/-. Bila semua bahan dah ada. Goreng dulu pisang hingga kekuningan. Mek tie gunakan tepung bancuh segera. Mudah dan murah. Campur air dengan garam. Celup pisang campak dalam kuali. Itu kerja orang rajin macam mek tie ni.
Lepas dah siap goreng boleh la sirakan dengan susu pekat menggunakan garpu. Pastikan susu tak kena pada satu tempat saja. Dan pastikan semua bahagian pisang kena susu. Langkah akhir, sagat cheese pada atas permukaan pisang yang disira dengan susu tadi. Jika suka cheese lebih, sagat la sampai lebam.. Ikut pada cita rasa. Dan siap untuk dihidangkan!



SELAMAT MENCUBA!!

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top