Walaupun kita sedang mengamalkan diet untuk mengekalkan atau mendapatkan berat badan harian, dalam masa yang sama kita masih mengamalkan tabiat yang mendorong ke arah kegemukan. Maka ucapkan selamat tinggal pada diet anda! Dan ini juga adalah salah satu penyebab kenapa anda masih tak berjaya lagi nak dapatkan berat badan ideal walaupun dah makan produk perlangsingan. Jom kenali antara tabiat - tabiat ini.
TABIAT YANG MENJADIKAN KITA GEMUK
TIDUR TERLALU SEDIKIT / BANYAK✿✿ Kajian yang dilakukan oleh Wake Forest, seseorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda! Manakala bagi mereka yang tidur lebih 8 jam akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda! Untuk pengetahuan anda, masalah tidur merupakan punca utama masalah kegemukan.
ELAK WAKTU MAKAN
✿✿ Hasil kajian terhadap penduduk di Amerika, 17 peratus bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata - mata untuk kurus. Kalau di Malaysia rasanya berapa peratus? Namun cara ini hanya akan meningkatkan lagi risiko kegemukan. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan metabolisme dan akan merangsang seseorang itu berasa lapar. Ini akan membuatkan anda makan berlebihan pada hidangan seterusnya.
MAKAN TERLALU CEPAT
✿✿ Hasil kajian Journal of the American Dietetic mendapati bahawa seseorang yang makan dengan laju atau cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang - kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapat makanan yang secukupnya. Ramai yang masih tidak tahu dan sedar tabiat ini merupakan punca utama kegemukan.
MAKAN MAKANAN RENDAH / BEBAS LEMAK
✿✿ Makanan rendah lemak sepatutnya menjadi hidangan pilihan untuk kurus tetapi sebenarnya ia menjadi punca gemuk! Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori di dalam makanan rendah / bebas lemak adalah sedikit. Namun ia boleh menyebabkan seseorang itu akan cepat terasa lapar. Jangan elakkan pengambilan makanan yang berkalori tinggi 100 peratus. Kita juga perlu mengambil makanan berkalori tinggi dalam kuantiti yuang sedikit untuk mengimbangi skala pemakanan kita.
MINUMAN BERGAS
✿✿ Kajian mendapati seseorang yang minum 1 atau 2 tin minuman bergas setiap hari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 35 peratus! Ini kerana pemanis tiruan yang terdapat dalam minuman bergas ini boleh meningkatkan lagi selera makan seseorang.
Kadang kala kita lupa penjagaan rutin harian hanya kerana nak fokus pada pemilihan makanan yang seimbang sahaja. Pastikan selepas ini anda lebih prihatin terhadap tabiat harian dalam memastikan anda berjaya menurunkan berat badan. Di sini ada beberapa pilihan produk pelangsingan Shaklee yang mungkin dapat membantu anda dalam merealisasikan impian untuk mendapat berat badan ideal.
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM ✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 ✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com ✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.