Comments

PERCUTIAN KELUARGA - HATYAI


PERCUTIAN KE HATYAI

Entri kali ni hanya nak berkongsi kisah mek tie. Masa mek tie dan keluarga pergi bercuti di Hatyai tahun lepas. Percutian yang tak dirancang pun sebenarnya. Percutian singkat kata orang. Sebab percutian sehari je. Dalam 1 hari tu habiskan masa melawat tempat - tempat menarik. Kiranya dapat juga pengalaman melawat tempat orang. Kiranya lepas juga ke luar negara walaupun hanya sebelah sempadan je. 

Masa percutian ni, anak mek tie baru masuk 4 bulan. Kiranya habis pantang dah berjalan jauh. Alhamdulillah sebab sejak dari dalam perut lagi agaknya dah ajar berjalan merata tempat. Jadi tak ada perkara yang tak elok berlaku. Hadiff pun tak meragam. Kakak lagi seronok sebab ada kawan baru. Kami pergi berkumpulan dalam percutian ni. Kiranya sewa 1 van untuk jimatkan perbelanjaan. Tapi memang serius murah. 

Memandang mek tie tinggal di Kedah, jadi perjalanan ke sempadan tu hanya ambil maa dalam sejam lebih. Kami berkumpul di Bukit Kayu Hitam dan dekat situ segala urusan pasport dibuat. Dalam pukul 530 pagi kami berkumpul di pintu sempadan. Sampai di sempadan dah ada van menanti ketibaan kami. Paling banyak disediakan barangan Hadiff. Mengalahkan anak dara punya persiapan. Dari beg susu, stroller dan perkakasan lain. Tapi sbeg susu lebih kepada barangan lain sebab masa ni Hadiff menyusu badan sepenuhnya. Jadi senang kerja mek tie. 

Dari sempadan kami ke pekan Bolok untuk bersarapan. Nasib baik dekat pekan tu banyak lagi kedai melayu patani. Jadi mudah untuk kami menjamu selera. Makanan yang disediakan pun sedap - sedap belaka. Tapi mek tie pastinya pilih nasi kerabu! Sedap tau nasi kerabu dorang!

sempat lagi posing sebelum sarapan
Selesai sarapan kami pun terus ke Hatyai.Walaupun tak dapat pergi banyak tempat disebabkan hujan lebat dan masa yang tak panjang. Tapi banyak juga kenangan dan tempat yang menarik kami lawat. Antara yang sempat kami pergi macam zoo. Tapi serius zoo dorang memang besar. Kalau nak berjalan memang kena fikir banyak kali. 

BESAR ZOO DORANG

EXCITED KAKAK WALAUPUN PENAT

PAPA KIPAS ANAK KE KIPAS DIRI SENDIRI

KAKAK DAPAT KAWAN BARU
Lepas ke zoo kami ke pantai dan ke floating boat di hatyai.Pengalaman menarik dan dalam masa yang sama dapat menyegarkan otak selepas berpantang. Jom layan lagi antara gambar yang sempat mek tie ambil. 





 
 


 




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top