SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA
Esok bermulalah penghijrahan baru buat kita umat islam. Rasanya baru saja kita sambut tahun baru hijrah. Cepat betul masa berlalu kan? Entri kali ni cheq nak kongsi Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun dengan semua. Semoga dapat memberi panduan kepada kita semua. Sebelum tu apa kata cheq kongsi sikit tentang bulan Muharram.
Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam Hijrah. Sebelum Rasullah berhijrah dari Mekah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
PERSIAPAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM
Sebelum berakhirnya tahun Maal Hijrah 1435, marilah kita sama-sama membaca Doa Akhir Tahun yang dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu asar sehingga sebelum masuk waktu Maghrib. Diikuti dengan Doa Awal Tahun juga dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib. Jom sama - sama kita luangkan masa membaca doa - doa ni.
DOA AKHIR TAHUN |
DOA AWAL TAHUN |
Dibaca sebanyak 3 kali juga selepas masuk waktu Maghrib.
Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah swt. Semoga ketibaan tahun hijrah 1436H ni membawa lembaran baru buat kita semua.
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!