Comments

DONUT STAIL MEK TIE

Kalau entri sebelum ni cerita pasal puding. Entri kali ni nak kongsi dengan korang pasal buat donat pula. Sebenarnya sebelum ni tak pernah pun berminat dalam bab uli menguli. Tapi disebabkan selera anak tengah memuncak. Jadi tekad belajar buat.

Jadi dipendekkan cerita jom tengok bahan dan cara membuat donat cara cheq. Mungkin bahan yang cheq guna ni tak sesempurna ori stail donut. Tapi bolehlah dibanggakan!

HASIL AIR TANGAN MEK TIE!

BAHAN UNTUK MEMBUAT DOH DONUT

- tepung gandum
- 1bj kentang (direbus dan dilenyek)
- gula
- tepung penaik
- yis
- 1 biji telur
- garam
- sedikit susu tepung
- 2 sudu susu cair
- majerin
- air suam

CARA MEMBUAT

1. Satukan tepung, yis, gula, susu tepung.
2. Setelah sebati masukkan kentang yang dah dilenyek bersama air suam secara berselang seli. Kalau nak mudah boleh gunakan mixer.
3. Masukkan pula susu cair, telur yang dipukul terlebih dahulu dengan garam.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Pastikan doh tak melekat pada tangan.
5. Ambil dalam 2 sudu doh dan ulikan bulat-bulat dan letakkan dalam dulang yang ditaburkan dengan tepung untuk elak doh dari melekat.
6. Biarkan selama 10 minit dan tekan doh tadi untuk jadikannya leper dan buatkan lubang ditengahnya.

BIARKAN DOH KEMBANG SEBELUM DIGORENG
7. Selepas acuan doh siap. Biarkan lagi selama 10 minit untuk doh mengembang.
8. Dalam tempoh 30 hingga 40 minit bolehlh digoreng. Pastikan minyak tidak terlalu panas.
9. Angkat selepas doh kekuningan.
PASTIKAN MINYAK TAK TERLAMPAU PANAS
10. Ambil gula dalam 5 sudu dan blendkan. Gaulkan donut yang dimasak tadi kedalam gula tadi.
11. Makan dan kenyang!

Jadi lepas ni bolehlah korang cuba. Kalau cubaan pertama tak menjadi, boleh cuba lagi sampai berjaya!
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top