TALI PUSAT
Tali pusat atau dalam bahasa sains dipanggil umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa berada dalam kandungan. Semasa berada dalam kandungan, bayi bernafas menggunakan uri yang bersambung dengan tali pusat. Selepas bayi dilahirkan tali pusat bayi akan dipotong dan hanya tinggal kira - kira 2cm ke 3cm yang kemudiannya akan disepitkan oleh doktor.
PENJAGAAN TUNGGUL TALI PUSAT
Tali pusat yang tinggal pada badan bayi dipanggil sebagai tunggul tali pusat. Tunggul ini akan mengambil masa untuk kering dan akan tercabut dengan sendirinya. Selalunya tempoh untuk tunggul tercabut lebih kurang dalam 7 ke 10 hari. Jadi sepanjang tempoh itu, kita haruslah menjaga tunggul tali pusat supaya tak dijangkiti kuman.
Kesan akibat jangkitan kuman pada tali pusat:
♥ demam panas
♥ lesu
♥ gangguan penyusuan
♥ tunggul tali pusat akan membengkak dan bernanah
Entri kali ini kita akan kongsikan panduan penjagaan tali pusat bayi supaya tak dijangkiti oleh kuman.
PANDUAN MENJAGA TUNGGUL TALI PUSAT BAYI
♥ Pastikan kelengkapan untuk mencuci lengkap. Antara bahan yang diperlukan.
✭ bekas air
✭ bebola kapas
✭ alkohol
✭ putik kapas
♥ Pastikan tangan kita dibasuh terlebih dahulu dengan air bersih sebelum memegang bayi.
♥ Tuangkan sedikit alkohol ke atas bebola kapas.Usapkan pada bahagian pangkal tali pusat sehingga kawasan sekitarnya termasuk lipatan pusar. Lakukan dengan perlahan.
♥ Selepas sekeliling pusat dah disapukan, barulah disapu pada pangkal tunggul tali pusat. Pastikan tali pusat dalam keadaan kering jika anda baru memandikan bayi.
♥ Gunakan putik kapas untuk memastikan sapuan antiseptik mengenai seluruh kawasan pusat. Kalau terdapat najis atau terkena air pastikan anda mengeringkan dengan perlahan - lahan terlebih dahulu.
Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada jangkitan.
♥ Selepas selesai barulah pakaikan barut pada bayi anda. Pastikan barut yang dipakaikan tidak mengenai tali pusat. Pemakaian pampers juga haruslah tidak mengenai kawasan tunggul tali pusat. Terdapat pampers khas untuk bayi baru lahir di pasaran.
Untuk mengelakkan sebarang jangkitan, pastikan tali pusat bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kering. Pastikan anda mengeringkan dengan menggunakan bebola kapas. Penjagaan yang rapi boleh mengelakkan bayi dari dijangkiti kuman.
Bagi ibu bapa yang baru pertama kali melakukan memang ada sedikit janggal. Nanti lama kelamaan akan biasa. Semoga panduan ini dapat membantu anda!
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR