Showing posts with label SET BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label SET BERPANTANG. Show all posts
Comments

Kenapa Ramai Pilih Set Berpantang Shaklee

Penjagaan Ibu Selepas Bersalin



Amalan tradisional Melayu amat popular dikalangan wanita Malaysia. Ia bertujuan untuk membantu para ibu dalam usaha menjalani proses pemulihan yang mengambil masa sekitar 40 hingga 44 hari. Selain bertujuan untuk mengembalikan tenaga sekaligus mengekalkan kesihatan selepas bersalin. 
Pemilihan set berpantang dari turun temurun yang banyak menggunakan akar kayu memang tak dinafikan keberkesanannya. Tapi zaman dulu dan sekarang berbeza. Dengan keadaan cuaca kita yang tak menentu kadang kala menyebabkan pengambilan akar kayu dan herba memberi kesan pada kandungan. Antaranya bayi mudah terdedah kepada demam kuning dan cirit birit. Ini disebabkan pengambilan akar kayu dan herba yang kita semua tahu panas. 

Alternatif Lain Untuk Set Berpantang

Mengikut peredaran zaman, dah banyak produk berpantang yang terdapat di pasaran. Kita hanya perlu pilih saja yang mana kita rasa sesuai dengan kita. Tapi pastikan ia tidak sekadar mengikut trend jenama popular semata - mata. Saya nak kongsikan dengan bakal - bakal ibu salah satu set berpantang yang sering menjadi pilihan ramai masa kini. 

Set Berpantang Shaklee Pilihan Ramai


Kenapa set berpantang Shaklee? Sebab antara banyak produk berpantang di pasaran tak semuanya dihasilkan dengan bahan-bahan semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia. Set berpantang shaklee dihasilkan dari hasil penyelidikan oleh saintis dari seluruh dunia untuk memastikan keaslian setiap vitamin. Hasilnya kita boleh mula ambil di hari pertama kelahiran lagi tanpa perlu risau kesan sampingan! Antara kelebihan set berpantang Shaklee: 
  • Mudah diambil. Hanya perlu telan dan tidak mempunyai bau yang kuat seperti jamu
  • Tak panas dan tidak memberi risiko kepada anak. Walaupun anak ada kuning pun masih boleh teruskan pengambilan
  • Set berpantang yang tahan lama dari 4 bulan ke 6 bulan. Ini untuk pastikan kesihatan ibu benar-benar terjamin
  • Tiada risiko sembelit. Sebab dihasilkan secara semulajadi dan tak mengandungi herba yang panas yang beri risiko berlakunya sembelit
  • Luka cepat sembuh. Beri tenaga dan kesan yang sangat dikuar jangkaan. Selain tu ia turut bantu memeriahkan susu badan. 
  • Selain itu pengambilan set berpantang turut beri khasiat lain pada ibu. Ibu dapat turunkan berat badan dan kulit yang lebih cantik hasil dari pengambilan set berpantang yang turut beri kesan pada kulit dan diet harian
Jadi tak ke semua diatas tu bagus untuk ibu dan anak. Ramai dah bertukar pada set berpantang ni. Saya juga tak sabar nak berpantang dengan set ni! Dulu saya mula dengan oengambilan ESP dan Zinc untuk masalah luka pembedahan dan kesannya yang "awsome" buat saya jatuh hati dan tak sabar nak gunakan 1 set terus set berpantang ni! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
 ✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

TIPS BERPANTANG DENGAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK DAPATKAN BENTUK BADAN MACAM ANAK DARA KEMBALI

AMALAN KETIKA BERPANTANG



Setelah berhempas pulas dengan kesakitan ketika melahirkan kini tiba saat untuk berpantang. Selain bentuk badan yang berubah daripada normal, proses kelahiran turut menyebabkan kita kehilangan banyak darah, kehabisan tenaga dan paling penting terdapat bahagian badan yang "terlari" dari posisi ketika meneran bayi keluar. Berpantang penting untuk setiap wanita kerana ia merupakan proses membaik pulih tubuh kita.  Entri kali ni nak berkongsi tips berpantang dengan kaedah yang betul untuk dapatkan bentuk badan macam anak dara kembali. Tak mustahil kalau kena pada gayanya. 

Amalan berpantang telah pun menjadi tradisi turun temurun nenek moyang kita sejak dulu lagi. Tak kira apa bangsa semua ada cara pantang tersendiri. Tapi jika berpantang tak kena pada gayanya jangan silapkan tok bidan atau tukang urut kalau masih terasa sakit dan badan masuk angin walaupun dah habis tempoh berpantang. Kalau dulu kita akan ditemani ibu atau nenek ataupun ibu mertua ketika berpantang tapi zaman sekarang boleh kata ramai yang ambil cara mudah dengan berpantang sendiri. Jadi bila dah sendiri tu faham-faham sahajalah. Jadi disini cheq ada sediakan tips untuk kaedah berpantang yang betul dalam membantu mengembalikan bentuk badan macam anak dara! 

KAEDAH DAN CARA BERPANTANG 

Tempoh berpantang 44 hari memberi peluang kepada kita untuk memulihkan semula tenaga dan bentuk fizikal. Jika kena pada caranya jangan terkejut bila dah habis pantang muka tampak lebih berseri dan tubuh makin mengancam. Antara perkara yang perlu dilakukan ketika berpantang:

  • MANDIAN HERBA

Mandian herba ini bertujuan memberikan kehangatan pada tubuh kita. Bila bersalin kita kehilangan banyak darah yang boleh membuatkan sistem ketahanan kita terganggu. Penggunaan serai wangi, daun pandan, halia, daun mengkudu bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan dan menghindarkan diri daripada berbau busuk. 


  • BERTANGAS
bertangas memang elok diamalkan oleh ibu selepas bersalin. Ia membantu mengeluarkan peluh kotor dalam badan dan membuka liang roma untuk mengeluarkan angin. Selain itu bertangas dapat menguatkan rahim, mempercepatkan luka kering dan mengetatkan otot vagina. 


  • BERTUNGKU 



Terdapat bermacam-macam jenis tungku di pasaran pada masa ini. Pilihlah mengikut kesesuaian kita. Bertungku dapat membantu membakar lemak , mengecutkan peranakan dan membantu pengaliran darah menjadi lebih lancar. Bagi yang bersalin pembedahan pastikan penggunaan tungku yang lebih ringan dan elakan dari bertungku di kawasan pembedahan. 





  • TAPEL, PILIS DAN PARAM
Tak ramai yang menggunakan cara ini. Tapi hakikatnya ia sangat membantu mengembalikan bentuk badan. Sapuan tapel dapat mengeluarkan darah kotor disamping menegangkan kembali kulit di bahagian perut. 

Pilis ditampal di dahi bagi menyegarkan mata dan mengelakkan darah putih naik ke kepala. 
Sapuan param pula membantu mengelakan angin masuk ke dalam badan dan memanaskan badan. 

  • BERBENGKUNG
Setiap wanita yang berpantang wajib untuk berbengkung. Bengkung ni bertujuan mengembalikan semula bentuk tubuh yang langsing dan ramping. Selain membetulkan kembali keadaan betuk pinggul kerana proses meneran. Terdapat berbagai pilihan bengkung ada di pasaran. 


  • URUTAN 

Urutan dapat mengembalikan kesegaran pada tubuh kita selepas bersalin. Untuk dapatkan kesan yang lebih baik, amalkan urutan selama 7 ke 3 hari mengikut kemampuan. Urutan membantu melancarkan peredaran darah terutama di bahagian pay udara agar masalah bengkak susu dapat dielakkan. Ia turut membantu melancarkan penghasilan susu ibu. 

Urutan juga dapat memperbetulkan urat-urat simpul dan membantu membuang angin dalam badan. Urutan juga dapat membetulkan tulang pelviks yang terbuka semasa meneran bayi. 

  • PEMAKANAN DAN DIET KETIKA BERPANTANG
Pastikan pemakanan yang kita ambil memenuhi zat dan nutrisi untuk kita dan juga bayi. Untuk itu kita perlu amalkan makan makanan yang masih panas untuk pastikan kesegaran dan dipenuhi dengan zat yang mencukupi. Banyakkan pengambilan air masak kerana ia dapat membekalkan tenaga dan mengelakan ibu kekurangan air. 


Mulakan sarapan pagi yang berkhasiat. Elakan pengambilan makanan yang berat di waktu pagi. Sediakan makanan tengah hari yang menyelerakan untuk membantu membekalkan tenaga. Minum petang dapat membantu mengekalkan tenaga untuk ibu. Hidangan ringkas seperti biskut dan secawan coklat panas mampu memberikan kesegaran. 
  • PENGAMBILAN VITAMIN DAN SUPPLEMENT

Pengambilan vitamin bertujuan untuk membantu membekalkan tenaga dan menyembuhkan luka dalaman. Tapi tak semua vitamin boleh diambil seawal hari pertama berpantang. Tapi cheq nak perkenalkan korang dengan set berpantang Shaklee yang selamat dan semulajadi. Dalam set berpantang shaklee ni terdapat vitamin dan supplement yang membantu membekalkan tenaga, menyembuhkan luka dalaman, membantu dalam diet harian untuk ibu-ibu yang nak dapatkan bentuk badan macam sediakala. 
Selain itu pengambilan supplement ini juga membantu dalam pembentukan susu. Jadi pada ibu-ibu yang ada masalah susu berkurangan tak perlu risau lagi. Dalam masa yang sama ia membantu membakar lemak dalam badan dan membekalkan nutrisi pada bayi. Jadi tak hairanlah ramai yang dah dapat bentuk badan macam anak dara lepas amalkan set berpantang ni. 


Ibu boleh membuat pilihan sama ada nak bermula dengan set pantang asas ataupun set berpantang premium shaklee. 


SET BERPANTANG PREMIUM
Bagi ibu yang mengalami sembelit semasa berpantang dalam set premium terdapat Ostematrix yang dapat membantu masalah sembelit dan membekalkan kalsium. Pengambilan ESP bukan sahaja dapat membekalkan tenaga segera malah membantu dalam diet harian dengan memberikan rasa kenyang  dan dalam masa yang sama membantu membanyakkan penghasilan susu ibu. Cheq juga sempat menggunakan set ini ketika berpantang dan memang hasilnya terbaik! Jom tengok salah seorang yang turut menggunakan set berpantang shaklee.
TESTIMONI PENGGUNA SET BERPANTANG SHAKLEE



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

SET BERPANTANG PILIHAN RAMAI


Setiap wanita pasti ingin merasai pengalaman melahirkan anak. Jika ada yang tak bersetuju mesti ada "sesuatu" dengan wanita itu. Apabila dah melahirkan, perkara utama yang amat dititikberatkan adalah penjagaan selepas bersalin atau berpantang. Bagi wanita melayu, berpantang adalah salah satu perkara wajib yang harus diikuti untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan dalam masa yang sama mengembalikan semula bentuk badan sebelum hamil. Terdapat banyak pilihan produk dipasaran sekarang yang menampilkan berbagai jenis pilihan untuk berpantang. Tapi pastikah kita yang semua produk berpantang itu berkesan? Jangan hanya melihat pada testimoni zahir saja.
Bagi entri kali ini, Watiey nak bagi cadangan untuk ibu2 hamil yang sedang mencari Set Berpantang untuk mencuba Set Berpantang Shaklee. Dalam set berpantang ini terdapat beberapa jenis supplement yang setiap satunya mempunyai fungsi berlainan dan khusus untuk membantu menyembuhkan dan merawat ibu2 yang sedang berpantang. Selain diperbuat dari sumber semulajadi tanpa campuran herba. Ini kerana penggunaan bahan sperti herba atau akar kayu dikhuatiri akan memberi kesan kepada bayi. Ia bertindak melalui penyusuan ibu yang mana akan membuatkan bayi kurang selesa dan takut akan memberi kesan yang lebih buruk. Macam Watiey sendiri, pengalaman menggunakan Set Berpantang Shaklee membuatkan Watiey percaya dan yakin. Sebab itu Watiey tak ragu nak cadangkan pada korang pulak. Jom kita risik setiap satu supplement yang terdapat dalam set berpantang ni serta fungsinya. 

SET BERPANTANG SHAKLEE
VITALEA
- membekalkan keperluan vitamin dan mineral ibu terutama zat besi yang membantu ibu lepas bersalin yang banyak kehilangan darah semasa proses bersalin.
-selain memberikan tenaga untuk kekal bertenaga ketika berjaga dimalam hari

B COMPLEX
- dikenali sebagai vitamin anti stree
- membantu mengelakan meroyan
- membantu menstabilkan hormon agar memudahkan proses penyusuan susu ibu

VITA C
- bertindak sebagai agen penting dalam penyembuhan tisu serta membantu pembentukan susu ibu
- bertindak menguatkan imun ibu yang masih lemah dari dijangkiti penyakit berjangkit seperti selsema, demam dan lain2
- juga membantu penghasilan susu ibu

ZINC
- membantu dalam penyembuhan luka
- mengelakan jangkitan pada luka

Jadi dah tahu kenapa Watiey suka dengan set berpantang Shaklee ni. Selain itu setiap gabungan supplement ini turut memberi kesan lain pada badan kita. Contohnya gabungan Vita C dan B Complex dapat mengembalikan keserian wajah. Jadi tak adalah wajah pucat tak bermaya ketika berpantang. Selain itu, boleh juga tambah OSTEMATRIX untuk membantu mengatasi masalah sembelit ketika berpantang. Rasanya semua ibu berpantang akan melalui detik ini. Tapi kalau nak pembuangan jadi lancar cepat2 "add on" Ostematrix! 

JIKA BERMINAT NAK MENDAPATKAN SET BERPANTANG INI..BOLEH DAPATKAN DENGAN MENGHUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH..

ATAU 
LEBIH SUKA BERSHOPPING SENDIRI.. BOLEH KLIK LINK DIBAWAH UTK PEMBELIAN SECARA SDN BHD..







Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top