Showing posts with label TIPS UNTUK SI MANJA. Show all posts
Showing posts with label TIPS UNTUK SI MANJA. Show all posts
Comments

5 TIPS PEMAKANAN SIHAT UNTUK ANAK SIHAT

MAKANAN PERTAMA


Masuk umur 6 bulan kebanyakan bayi dah diperkenalkan dengan makanan pejal. Ibu akan memberikan makanan pejal yang dapat mengajar mereka tentang rasa dan jenis makanan. Pada waktu ini kita harus memberikan makanan yang berkhasiat dan berguna untuk tumbesaran mereka. Pada masa inilah tubuh mereka memerlukan lebih nutrien untuk memastikan tubesaran berjalan lancar. Jadi kali ni cheq nak kongsi dengan ibu bapa beberapa tip pemakanan sihat yang dapat membantu anak membesar dengan sihat.

  • BERIKAN SUMBER PROTEIN YANG MENCUKUPI
Protein amat penting dalam diet harian anak kita. Selain menyumbang kepada tumbesaran tubuh, ia turut membantu membina dan memperbaiki tisu badan mereka yang rosak.

  • HADKAN PENGAMBILAN GULA
Gula merupakan karbohidrat dan boleh didapati dalam buah-buahan, makanan pencuci mulut dan minuman berperisa. Gula membekalkan tenaga namun tidak mengandungi nutrien yang banyak. Elakkan memberi anak minum minuman berkarbonat dan galakan mereka minum banyak air masak.
Selain itu, elakan pengambilan snek dan makanan ringan yang mengandungi serat gula yang tinggi. Galakan pengambilan buah-buahan keran ia mempunyai kandungan gula yang sihat dan kaya dengan vitamin.

  • JANGAN GUNAKAN GARAM
Elakkan membeli makanan segera dan siap dari pasaran kerana tahap kandungan garam yang tinggi. Cuba pastikan sebolehnya makanan yang diberikan dimasak oleh kita sendiri. Kurangkan penggunaan garam dalam masakan atau kalau boleh jangan gunakan garam langsung.

  • PERLUNYA PENGAMBILAN LEMAK BAIK
Bukan semua lemak menjejaskan kesihatan. Kita diharuskan mengambil lemak untuk kegunaan tubuh. Terdapat lemak baik dan lemak tidak baik. Lemak yang baik mengandungi asid lemak yang penting untuk pembentukan otak dan menjalankan fungsinya terhadap tubuh dengan baik.
Pilihlah bahan mentah yang rendah lemak tepunya, rendah asid lemak dan rendah kolestral. Elakkan dari memberi anak kita makanan rendah lemak yang dikhaskan untuk orang dewasa. Berikan mereka sayuran dan ikan kerana ia kaya dengan Omega 3 dan Omega 6.

  • TETAPKAN WAKTU MAKAN
Ajar anak mengikut waktu makan yang ditetapkan. Termasuklah bila waktu untuk makan dan apa yang harus dimakan. Hidangkan mereka makanan seimbang setiap kali waktu makan. Pastikan semua ahli keluarga makan bersama mereka untuk menaikkan semangat mereka untuk makan.
Cuba amalkan pemberian karbohidrat lengkap dan nutrisi lengkap setiap kali kita berikan anak kita makan. Cuba tukarkan pemberian snek yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan setiap kali mereka meminta makanan sementara menanti waktu makan sebenar.

Pemakanan yang sihat membekalkan nutrisi sihat untuk anak kita. Kanak-kanak yang kurang zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan dalam memperkenalkan jenis makanan dan tabiat pemakanan yang betul kepada anak. Mereka akan makan apa yang kita makan. Jadi mulakan pemakanan yang lebih sihat hari ini.


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

TIPS TINGKATKAN KEYAKINAN ANAK

BINA KEYAKINAN DIRI ANAK


Keyakinan diri ni penting dalam kehidupan kita. Ia berkait rapat dengan penampilan dan cara kehidupan kita. Yakin diri ni bermaksud bagaimana seseorang tu melihat dirinya sendiri. Pentingnya untuk kita memupuk keyakinan diri sejak dari kecil lagi. Anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi sejak kecil menunjukkan perkembangan ental yang baik. Tapi tak semua anak kecil yag mempunyai keyakinan diri. Jadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memupuk keyakinan diri mereka. 

Keyakinan diri ni penting dalam segala aspek. Ini termasuk pelajaran, perlakuan dan perbuatan mereka. Kita sebagai ibu bapa harus bersedia dalam menangani masalah ni. Salah satu perkara yang perlu kita lakukan sentiasa berikan mereka sokongan dan kata - kata semangat. Jangan sesekali gunakan kata-kata yang boleh mematahkan semangat mereka. Jadi kali ni cheq nak kongsikan beberapa tips mudah untuk kita sebagai ibu bapa meningkatkan keyakinan anak kita. 

TIPS/CADANGAN UNTUK TINGKATKAN KEYAKINAN ANAK

      SENTIASA BERIKAN PUJIAN KEPADA ANAK
  • Berikan pujian setiap kali mereka selesai melakukan sesuatu perkara. Walaupun kecil atau memakan masa
      BERIKAN PERHATIAN DAN KASIH SAYANG
  • Kajian menunjukkan kanak-kanak yang berasa diri mereka disayangi mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Pastikan kita sebagai ibu bapa memberikan mereka sepenuh perhatian. 
      BERI TINDAK BALAS
  • Sila jadi pendengar yang setia setiap kali anak kita bercakap dengan kita. Biarkan mereka meluahkan apa yang ingin dikongsikan dengan kita
       JANGAN BERI JANJI MANIS
  • Kalau nak tahu, kanak-kanak seorang yang pegang pada janji. Kalau korang berjanji sesuatu sila tunaikan atau fikir dulu sebelum berjanji
      HORMATI HAK KANAK-KANAK
  • Walaupun kadang kala mereka menguji kesabaran dengan karenah mereka, tapi sebagai ibu bapa kita harus menghargai mereka
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi selalunya berjaya dalam apa jua perkara yang mereka lakukan. Baik dari segi pelajaran dan perbuatan mereka. Jadi kalau sebelum ni, anak sering menangis bila dipegang atau malu nak bercakap bila ada ramai orang. Segeralah pupuk keyakinan mereka semula.


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top