MASALAH BERGERAK DI KALANGAN WARGA TUA
Seramai 25 peratus warga emas yang berusia lewat 70an dan ke atas mengalami masalah berjalan. Antara gejala yang berkaitan dengan masalah ini adalah:
✿ kelajuan pergerakan berkurangan
✿ kehilangan keseimbangan dan koordinasi pergerakan
Ini akan menyebabkan kelajuan berjalan, masa bangun dari duduk dan kebolehan untuk mengimbangi badan dalam melakukan aktiviti seharian berkurangan. Kebolehan untuk berjalan tanpa bantuan memerlukan daya tumpuan yang baik, kekuatan dan kawalan otot yang kuat agar rangsangan deria rasa dan pergerakan otot dapat dikoordinasikan dengan baik.
FAKTOR BERLAKUNYA KESUKARAN BERGERAK
✿ masalah otot dan tulang
✿ gangguan deria rasa seperti masalah penglihatan
✿ masalah psikiatrik seperti takut jatuh
✿ kesan pengambilan ubatan
✿ kesan dari kecederaan yang melibatkan anggota sendi
KOMPLIKASI MASALAH BERJALAN
Kurangnya pergerakan disebabkan masalah berjalan boleh menjejaskan kehidupan warga emas ini. Selain meningkatkan mordibiliti dan kematian disebabkan jatuh. Ditambah pula dengan bermmacam lagi cabang penyakit yang disebabkan faktor usia.
RAWATAN
Rawatan selalunya bergantung kepada masalah yang telah dikenalpasti. Pakar akan merujuk jenis kesukaran yang dihadapi dan membantu mengatasi dan merawat. Antara rawatan yang disediakan fisioterapi, pengambilan ubat - ubatan dan terapi tingkah laku. Terdapat juga sesetengah intervensi yang boleh membantu dalam keupayaan untuk berjalan.
Antara intervensi yang disediakan:
Latihan Kekuatan



