Showing posts with label SUKA SUKI BERJIMBA... Show all posts
Showing posts with label SUKA SUKI BERJIMBA... Show all posts
Comments

MENEBAS BELUKAR TENGAH HALAMAN


Entri tajuk gempak.. bukan omong kosong..tapi kenyataan..
Belukar orang selalu anggap belakang rumah, tepi rumah tapi i tengah rumah!! Lama betul tak menjaga kawasan rumah indah i ni.. bukan takat tepi rumah, dalam rumah pun dah naik akar kayu besar2 lengan ok!
Mesti korang cakap apa benda minah ni cerita pasal belukar bagai ni. Buat semak nak baca.. Sebenarnya ni hah blog daku yang dah bersemak.. Daku memadu kasih sampai kupa pada yang satu ni!! Jadi harapan lepas ni dapat tebas sume semak samun, akar kayu, rumout mahupun belukar dalam blog daku yang nan ado ni!
Jadi permulaan nye nak khabarkan jangan lepaskan peluang untuk membeli promo spesial kita bulan ni!! ESP!! Banyak khasiat!! Hot item!! Tak beli rugi!! Tak cuba tak tahu khasiat dia!! Daku dah bertong2 masih setia!! Tengok lah daku maintain je.. Ahaks!

So untuk yang nak grab promo kita bulan ni, ESP yang tak perku daku nak perkenalkan lagi!! Harga pun menarik bulan ni.. Beli 6 percuma 1!! Nak dapatkan?? Hubungi nombor seperti dibawah!!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

AKTIVITI PERAH MEMERAH SUSU CIK BU

PENGALAMAN PERTAMA

Cuti hari minggu tak sah kalau tak ada aktiviti. Kali ni dapat buat aktiviti yang lain dari yang lain. Dapat satu lagi pengalaman baru. Syok jugak sebelum ni asyik tengok dekat tv. Kali ni dapat tengok terus menerus depan mata. Mesti terfikir apa benda cheq duk merapu ni kan. Meh cheq kongsi sikit antara aktiviti yang cheq buat masa cuti ni.



Cheq bagi intro la dulu ye. Ada haiwan dalam gambar cheq ni. Jadi cuba teka ape dia? Ceritanya cheq dapat tengok orang perah susu lembu! Tapi sekadar tengok jelah dulu. Sebab tak sampai hati nak memegang *** cik bu.

Kisahnya abang ipar cheq ada bela lembu susu. Jadi setiap pagi dia akan pergi perah susu lembu untuk diminum dan selebihnya dijual. Kira bertuah la semua anak sedara cheq dapat minum susu segar terus dari ladang belakang rumah. Bestkan?!

CARA MEMERAH SUSU

Tapi rupanya nak memerah susu kena ada cara. Nak kena mandikan dulu cik bu. Cuci tempat perahan dengan air suam untuk meransang pengeluaran susu. Lebih kurang sama jugak macam manusia. Cik bu ni pun baik sangat tak kisah pun. Siap boleh rileks makan sarapan pagi dia. Selain tu, kaki cik bu kena ikat untuk pastikan sebarang kejadian tak diingini berlaku. 




Hasil perahan boleh jugak dapat dalam 4kg untuk perahan waktu pagi. Jadi pagi tu kami disaji dengan susu segar. Tapi cheq tak minum pun. Sebab tiba-tiba tekak cheq ni ngeri! Hahaaha.. Jadi jom layan aktiviti perah memerah susu cik bu ni!!




posted from Bloggeroid
Baca lagi
Comments

CHEF MENJADI MANGSA BULI

BERITA GEMBAR

Isu buli sekarang makin hari makin menjadi. Terbaru kes buli yang berlaku ke atas seorang chef junior. Apa nak jadi dengan dunia hari ni. Kadang rasa macam duduk dekat Mexico pulak. Yelah sana kan macam kes-kes buli dan vandalisme ni perkara biasa bagi dorang (banyak tengok movie cheq ni).

Balik pada kisah buli chef yang cheq beritahu tadi. Sebenarnya kes ni terjadi depan mata cheq sendiri. Tapi yang peliknya selalu kita dengar yang senior membuli junior. Tapi yang berlaku depan mata cheq ni sebaliknya. Cheq siarkan gambar mangsa buli dan pembuli untuk tatapan semua.

pembuli berbaju biru tengah memerhati mangsa
Ha, nilah dia pembuli junior dan pemangsa. Hahahaha. Kisah pasal anak cheq. Tengah duduk memikir nak menulis entri untuk malam ni tiba-tiba berlaku aksi buli depan mata. Nasib dapat snap aksi ketika membuli. Jom layan aksi pembulian antara dorang ni.








Kakak tak dapat nak mengelak kepantasan adik. Tahu-tahu je kakak suka dalam duka! Aduhai anak, dapat juga cheq hilangkan keserabutan kepala malam ni. Sebab ape tajuk cheq? Sebelum kejadian dorang tengah main masak-masak. Agaknya si adik tak berpuashati dengan menu kakak. Adik tunjuk protes!


Itu gambar sebelum kejadian buli tadi. Tapi lepas aksi buli dan slot drama hindustan papa pun menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai Naruto. Kata-kata nasihat dan adegan maaf memaafkan dibuat dan adik diterangkan keburukan aksi yang dia lakukan. Walau macam mana pun, ini salah satu cara nak bagi kemesraan antara dorang kekal sampai ke besar. Kita sebagai ibu bapa kena mainkan peranan. Jom layan gambar bahan bukti kesan dari kes buli tadi.

kesan buli 
posted from Bloggeroid
Baca lagi
Comments

BILA SEKOLAH JADI TEMPAT BERGUSTI

Siapa tengok berita semalam, minggu ni? Dekat Malaysia ni kalau keluar isu pasal dera akan bersambung siri demi siri. Dah macam bermusim pulak. Minggu ni kita dikejutkan dengan kes buli pelajar di sekolah. Lepas satu kes ke satu kes buli dilaporkan di akhbar dan berita.


Yang terbaru semalam. Kalau tengok dari fizikal yang kena buli tu rasanya dalam 13 ke 14 tahun. Tapi tukang buli tu badan berkali ganda. Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang. Dan yang menariknya kes macam ni bukan seorang dua yang terlibat. Masing-masing nak menguji ilmu ultraman yang ada dalam diri mereka. Tapi bahan ujikaji tu tak setanding dengan mereka.

Cuba uji tahap kepakaran korang dengan badan yang sama besar, sama umur. Nak jugak tengok jadi apa. Cheq kesian tengok adik - adik yang kena buli tu. Merayu tapi tetap kena. Mungkin yang membuli ni tak ada adik. Sebab tu mereka berani buat. Kalau ada adik rasanya tak berani nak turut serta. Atau emosi balas dendam yang ada dalam diri dorang. Sebab ada kajian mengatakan orang yang suka membuli ni, latar belakang mereka kebanyakan daripada mereka turut pernah dibuli.

Semoga anak - anak kita pada masa akan datang lebih berfikiran terbuka. Sebab cheq pun ada anak jadi tak mahu perkara sebegini menimpa anak cheq. Jawabnya cheq kena hantar anak ke pusat latihan pertahanan diri macam silat atau teakwando. Pada ibu bapa yang anak mereka ada dalam video tu, cubalah cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ni. Jangan ditambah lagi dengan perkara negatif. Ini akan menambahkan lagi perasaan ingin membuli dalam diri mereka.

Sebenarnya mereka ni perlukan perhatian. Jadi sebagai ibu bapa cuba kita periksa semula perhubungan kita dengan anak kita. Pesanan yang sama cheq cuba ingatkan pada diri cheq. Kita tunggu sampai kesemua perlaku ni ditangkap.

CARA NAK JADI AHLI SHAKLEE

PROMOSI OMEGA GUARD BULAN NOVEMBER 2014

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

THAILAND TO MALAYSIA. SEMOGA HUBUNGAN KITA ERAT

Cheq berketurunan MAHSURI? Haaa..



Bukan nak bikin cerita. Tapi entri kali ni bukan nak cerita pasal Mahsuri. Tapi pasal hari ni cheq dapat mengeratkan silaturahim dengan keluarga cheq dengan keluarga di Phuket, Thailand. Betul kata orang, zaman sekarang ni semuanya kian mudah.Kalau dulu saudara mara yang jauh, nak jumpa atau berhubung tak tentu lagi dapat berjumpa. Tapi sekarang, dengan adanya kemudahan canggih ni, sekali klik je dah jumpa. Siap dengan info dan keterangan lanjut lagi. 

Sebenar arwah atok cheq dulu keturunan Thailand. Tapi dia lahir di Kedah dan dibesarkan di Kedah. Bila saudara yang lain balik ke Phuket, arwah tok wan tak ikut sebab dia duduk dengan moyang cheq. Kebetulan pulak moyang dah ada tanah dekat sini. Jadi moyang pun meluaskan keturunan dia di Kedah. Tapi moyang pada atok cheq dah balik ke Phuket. Jadi tinggalah tok wan sekeluarga dengan mak ayah dia. Macam pening tak? Hehehehe. 

Masa makin berlalu, jadi perhubungan tu macam dah terputus. Tapi tok wan masih lagi pulang ke Phuket. Sebelum tok wan meninggal, keluarga belah phuket ada datang melawat. Jadi permintaan mereka supaya hubungan ni tak diputuskan. Ingat tak pada Aisyah, keturunan ketujuh kalau tak silap cheq dalam salasilah keluarga Mahsuri. Dia dengan ayah cheq kira dua pupu. Tapi disebabkan mereka dapat liputan meluas jadi ahli keluarga yang lain ambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga di sini. 

Masa kenduri kahwin kakak cheq dulu, satu bas mereka datang nak meraikan sama-sama. Tapi masa tu masing-masing terbatas untuk berhubung disebabkan masalah bahasa. Jadilah macam itik dengan ayam. Nasib baik ayah cheq dan beberapa lagi ahli keluarga masih ada yang boleh bercakap bahasa siam. Jadi mereka dilantik secara automatik sebagai juru bahasa. Terima kasih abah! Lepas pada tu mereka dah tak datang melawat. Terakhir berita yang kami dapat banyak saudara cheq terkorban akibat tsunami. 

Kini dah bertahun, akhirnya ikatan ni dieratkan semula. Nasib baik ada facebook. Jadi abah pun dah banyak kali terima lawatan dari mereka. Sekarang mereka berhubungi melalui abah. Dan cheq juga dah dapat berhubung dengan saudara di sana. Seronok sangat dapat tambah kenalan dari Thailand. Lepas ni bolehlah cheq luaskan kuasamu dekat sana pulak!! 


Baca lagi
Comments

TAK SABAR NAK TUNGGU ESOK!

BERSIAP SEDIA 

Esok dah masuk bulan November. Makanya esok bersamaan dengan hari penentuan untuk memastikan siapa juara untuk piala Malaysia. Jadi memandangkan cheq ni orang Pahang. Hogoh pahang hogoh! Tak sabar nak menunggu hari perlawanan. Ingatkan nak ke stadium tapi memandangkan banyak lagi agenda yang belum selesai. Jadi tengok dekat rumah je. 

Untuk persediaan menjelang malam esok. Rasanya nak kena masak sesuatu. Nak kena buat persiapan awal. Mesti korang hairan kenapa cheq semangat berkobar - kobar. Sebabnya suami cheq orang Johor. Haruslah cheq semangat. Sebab nak tunggu masa nak mem"bahan"! Hehehehe. Harapnya esok pahang berjaya membawa pulang lagi sekali piala malaysia! 

Buat penyokong johor terutama cik suami. Jangan pandang tok gajah sebelah mata! Takut nanti cik rimau nangis tak berlagu! Hahahaha. Jadi sama - sama kita tunggu keputusan untuk perlawanan esok ye. Rasa macam nak jemput adik beradik je datang tengok dekat rumah!





✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

SELAMAT ULANGTAHUN BUAT CIK SUAMI


SELAMAT ULANG TAHUN BUAT CIK SUAMI

Entri kali ni nak kongsi saat bahagia. Hehehehe. Hari ni genaplah umur suami cheq 30 tahun. Selamat menginjakkan diri ke dalam siri 30an! Tak ada pun sambutan tiup lilin bagai. Cuma buat makan untuk kami anak beranak. Suami ada juga jemput kawan - kawan pejabat datang makan dekat rumah petang tadi. 

BIRTHDAY BOY

Cheq cuma masak nasi ayam dengan nasi himpit je. Kalau ikutkan nak masak lebih meriah lagi tapi banyak pula aktiviti jadi takut tak sempat nak siapkan semua. Tapi tak sempat pulak nak snap gambar sebab sibuk dengan sesi "bersilat" dekat dapur. Alhamdulillah walaupun tak semeriah mana tapi puas hati dapat meraikan hari ulangtahun untuk suami dengan anak - anak. 

NYANYI LAGU UNTUK PAPA
Kakak dengan adik dah siap nyanyikan lagu "happy birthday" untuk papa dorang jam 12 malam semalam. Seronok sebab dapat bawak pergi jalan. Jadi untuk balas papa bawa berjalan nyanyilah lagu untuk papa. 
Siap si adik jadi penari latar lagi. Lawak cheq tengok keletah dorang. Tapi apa pun kami happy. Lepas siap semua. Tetamu dah balik kena lincah mengemas sebab telefon dah berbunyi sakan. Tanda ada rezeki nak masuk tu!

Syukur sangat dengan kerjaya WAHM ni, cheq dapat bagi anak - anak, suami perhatian lebih. Dapat masakan hidangan kegemaran dorang. Dapat luangkan masa dengan orang kesayangan. Jadi rasanya dah panjang lebar celoteh cheq ni. Dah macam retis pulak. Hehehe.. 

PUDING GANTI KEK,, MISI NAK KURUS PUNYA PASAL

Akhir kata buat suami cheq, cheq tau nanti dia akan baca blog cheq ni. Selamat ulangtahun! Semoga panjang umur dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa kuat, sihat untuk jaga kami anak beranak. 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

ANUGERAH TERINDAH



Ini anak lelaki cheq. Anak bongsu cheq. Muhammad Ammar Hadiff. Seorang yang periang dan aktif. Entri kali ni cheq nak cerita pasal anak cheq. Dulu sebelum kahwin orang cerita pasal teman lelaki, fesyen & gosip. Dah kahwin tajuk utama mesti pasal anak. Betul tak?

5 TAHUN MENANTI

Lepas lahirkan anak perempuan cheq, niat nak menambah ahli baru tu ada tapi hanya berserah pada Allah swt. Lagipun cheq tak nak terlampau mengharap. Selama 5 tahun kakak main sorang - sorang, berbual sorang - sorang. Akhirnya terdengar juga permintaan paling besar pernah kakak minta. Nak adik. Sebab dah selalu tengok orang lain ada adik. Dengar orang pangg adik. Dia pun teringin juga.
Alhamdulillah berkat doa kami sekeluarga akhirnya kakak dapat juga adik! Perasaan kakak masa tu memang gembira sangat.
Baca lagi
Comments

SUKA DUKA KITA

Alhamdulillah..
Semalam genaplah usia berkahwinan kami yg ke 9 tahun.. Suka duka selama lebih 10 tahun bersama..
Jom baca kisah cinta kami pulak. Hehehe...
Setiap perhubungan ada pahit manisnya.. Kita pun tak lari dari melakukan kesilapan. Tapi berkat perkongsian hidup kita dan alhamdulillah perangai kita yang "sekepala".. Semuanya dapat kita atasi.
Teringat detik pertemuan yang tak dijangka. Macam tak sangka pulak kini kita dah bersama lebih 10 tahun!
Semoga dimasa akan datang hubungan kita akan bertambah erat.. lagi bahgia dari masa ke semasa..
amin..
Ni jer gambar yang dapat dikongsi. Tengok muka suami daku masa ni, jambu gila.. Hehehehe..
Jom layan gambar kat bawah ni..

                          

Tahun ni kita sambut secara sederhana disebabkan puasa. Jadi semua buat di rumah.. Lagi best sambut dengan anak2.. Melayan kerenah anak2.. Papa siap masak roti john tuk kami.. Tenkiu papa!!



Baca lagi
Comments

SUKA SUKI AFIESYA

Bismillah..
Nur Afiesya Qistiena.. Anak mama dah besar dah.. hari ni nak sharing pasal anak saya.. saja nak chill dengan kawan2.. Biasalah kalau dah kahwin dah tak ada nak berkongsi pasal alat solek ke baju baru ke. Tapi mesti cerita lebih kepada cerita anak2.. Betul tak??
 Dulu masa kecil watiey tak berpeluang nak menjaga afiesya sebab bekerja. Cuma jumpa malam jer.. Membesar depan mata sekejap jer.. Jumpa malam dah pandai meniarap.. Jumpa malam dah merangkak.. Maklumlah kerja dari pagi bawak ke malam... Nak pulak kerja sebagai SALES.. Memang banyak habis masa dengan kerja. Buat sales ni tak sama kerja macam orang lain. Nak kena fokus pada target.. Nak kena jumpa clients kalau perlu.. (kalau tak takde dapat top saller.. huhuhuh)
Sekarang alhamdulillah sejak suami dah kerja gemen.. dapat tengok anak2 membesar depan mata! dah bergelar surirumah dah!! tapi up skit eh.. WAHM.. hehehhe.. Sambil tu kena la carik incoe sendiri untuk bantu suami jugak..
jom layan gambar afiesya time baby sampai dah besar panjang nih.. pejam celik dah nak masuk 6 tahun anak mama...
 




Baca lagi
Comments

NAK KABORKAN...

salam ceria buat sume...
lama betul x mencoret sesuatu pada blog kesayangan i nih... rhindu ngek!!!
bukan ape,,, sibuk dengan program pindah umah yang x settle2 lagi... plus pulak dengan line yg macam siput.. put..put..put... hihihihi.. tapi itu sume bukan alasan.. nak jugak pertahan diri.. hihhihi
so hari ni nak sembang2 kosong jer.. plus anak kita batuk.. dah berlarutan dekat seminggu jugak.. kecian tengok dia batuk.. ade petua x??
alhamdulillah,, bulan lepas walaupun sibuk tapi sale tetap jalan.. makin ramai yang pm utk tahu pasal shaklee.. seronok sebenarnye nak share pasal shaklee nih. Kita dah rase so nak jugak bagi orang lain rase cane kita gunakan produk nih..
untuk bulan lepas kita promo Alfalfa.. bulan Februari ni kita ada Vita-lea.. Untuk sape Vita-lea??
Dia lebih kepada kaum hawa yang memerlukan iron yang dapat membantu memberikan tenaga optimum.. Selain itu baik untuk ibu hamil yang mengalami masalah HB rendah..
Dalam set kehamilan, set berpantang even set menyusu pun kita perlukan Vita-lea.. so hopefully bulan ni banyak yang grab peluang untuk beli Vita-lea..
untuk info lanjut dan pembelian produk2 shaklee..

Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top