Comments

SEMULAJADI, SELAMAT DAN BERKESAN

SHAKLEE BERSAMA ANDA

Lebih 60tahun Shaklee telah berada di pasaran. Satu jangka masa yang cukup lama. Tapi masih diterima dan makin berkembang. Apa yang Shaklee beri dalam memastikan kejayaannya dalam menarik minat pengguna di luar sana. SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN. 3 VISI utama Shaklee dalam memastikan setiap produknya dapat memenuhi kehendak pelanggan.
Rasanya Shaklee adalah satu-satunya syarikat nutrisi supplement yang masih bertahan hingga kini. Shaklee menghasilkan produk yang SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN. Misi Shaklee adalah memastikan kehidupan yang lebih sihat dan kehidupan yang lebih baik untuk semua. Oleh sebab itu, setiap produk Shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan dan menjadi produk yang mesra alam.
SEMULAJADI
Shaklee merupakan peneraju dan contoh dalam memulihara alam sekitar. Shaklee merupakan syarikat PERTAMA di DUNIA yang diiktiraf sebagai CLIMATE NEUTRAL™ dimana kami telah meneutralkan pengeluuaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitarvyang berprestij. Antara anugerah yang diterima.
~ Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
~ Anugerah Reka Bentuk Organisasi Hijau Global Amerika
~ Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Profesional                Kebangsaan

SELAMAT
Sentiasa menjamin keselamatan tanpa syarat. Shaklee memulakan dengan sumber semulajadi, ahli2 saintis Shaklee telah membuat kajian dipelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Shaklee menjalankan lebih 350 KAJIAN keatas setiap ramuan baru, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam2 bahan pencemaran yang lain. Selaun itu Shaklee meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan setiap satu produk.
Semua produk Shaklee tidak mempunyai paraberis, tuklosan, phyhalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1.4 dioksana atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan2 yang diharamkan, tiada pewarna, tiada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Shaklee juga tidak menjalankan ujian terhadap haiwan. Pembungkusan produk adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin dan cecair toksik. Ini yang membuatkan Shaklee benar2 yakin dan pasti bahawa setiap produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan.

BERKESAN
Keberkesanan yang tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana produk lain. Kajian dan keselamatan setiap produk Shaklee yang dihasilkan telah diuji keberkesanannya. Jadi tak mustahil nama2 besar dan terkenal turut yakin menggunakan Shaklee.
Dari dulu hingga kini Shaklee masih dan terus berkembang sebagai sebuah starikat supplement yang terkenal dengan khasiatnya dalam menjadi penawar dan membantu mengatasi penyakit.
Baca lagi
Comments

ANAK PINTAR DENGAN OMEGA GUARD

Siapa yang tak mahu anak yang pintar? Anak yang menjadi kebanggaan setiap keluarga. Tapi tak semua anak-anak yang lahir ke dunia ini mempunyai tahap IQ yang pintar. Apa peranan kita sebagai ibu bapa dalam memastikan anak kita tergolong dalam golongan anak pintar. Untuk itu, kita sebagai ibu bapa haruslah memberi persediaan daripada kecil lagi. Bagaimana? Bukan dengan memberi mereka pelajaran daripada kecil ye. Ini kerana ramai yang beranggapan untuk dapatkan anak yang pintar harus memulakan pembelajaran dari kecil. Ini adalah SALAH SAMA SEKALI! Tahukah kita untuk melahirkan generasi yang pintar, kita haruslah mengambil berat tentang perkembangan sistem saraf otak anak kita. Bagaimana caranya nak membantu perkembangan otak mereka? Nanti kita kupas bersama dalam entri kali ini.
DHA dan EPA merupakan nutrien yang diperlukan untuk memastikan perkembangan otak yang sihat. Kalau kita tengok susu formula yang berada di pasaran amat mementingkan kandungan EPA dan DHA. Tahukah kita 30% kornea mata mengandungi DHA. Menurut kajian DHA dapat membantu meningkatkan fungsi penglihatan pada anak2.  Penelitian ilmiah membuktikan bahawa konsentrasi DHA yang tinggi iaitu sebanyak 60% akan meningkatkan IQ anak. Untuk memastikan kita mendapat secukupnya DHA dan EPA ini sangatlah disarankan mengambil Omega Guard.
KENAPA OMEGA GUARD
Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietri 3 molekul yang bertindak memekatkan asid lemak Omega 3 semulajadi dan menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan. Diperkaya dengan asid lemak Omega 3, EPA dan DHA serta mengandungi 3 kali ketumpatan daripada minyak hati ikan yang berada di pasaran.
KHASIAT OMEGA GUARD KEPADA ANAK
~ meningkatkan perkembangan otak
~ meningkatkan sistem imun
~ membantu meningkatkan memori dan kemampuan berfikir intelektual
~ dapat meningkatkan kemampuan belajar dan fungsi otak
~ mengatasi masalah mengantuk dan hilang tumpuan
Omega Guard bertindak mengembalikan sifat fleksibel dan lembut membran sel terhadap neuron di dalam otak anak menyebabkan peningkatan komunikasi sel dan fungsi otak. Neuron adalah sel - sel yang menghantar mesej ke seluruh otak. Membran (dinding) di sekitar neuron terdiri daripada Omega. Membran perlu lembut untuk membolehkan molekul melalui neuron.
Mulakan pengambilan Omega seawal usia 1 tahun untuk memastikan perkembangan otak si kecil berkembang dengan baik dan sihat.
Baca lagi
Comments

OMEGA GUARD UNTUK IBU HAMIL

Omega 3 penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan penglihatan anak.Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung didapati mengalami kesusutan Omega 3 dalam badan. Ini disebabkan oleh pengambilan zat oleh janin untuk perkembangan otak bayi. Jadi disarankan ibu mengandung untuk mengambil Omega 3 untuk menambah kandungan yang mencukupi untuk tubuh si ibu. Omega 3 juga penting bagi ibu kerana ia mempengaruhi kesihatan dan kualiti susu yang penting untuk perkembangan bayi yang menyusu. Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan Omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi. Jadi dah nampak kesan susu ibu mempengaruhi kesihatan anak.
Pengambilan Omega Guard diawal kehamilan juga dapat mencegah kelahiran pra-matang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh menguatkan berat kelahiran bayi. Selain itu, Omega 3 dapat mengatasi masalah tekanan dan kemurungan di kalangan ibu mengandung. Jika kekurangan pengambilan Omega  pada ibu mengandung ia akan menghadapi gangguan emosi selepas kelahiran dan mungkin menjadi lebih buruk lagi (meroyan).
Omega juga membantu meningkatkan sistem imun ibu. Dengan menghalang si ibu daripada dijangkiti penyakit berjangkit yqng boleh memberi kesan kepada kandungan. Pengambilan Omega Guard disyorkan ketika usia kandungan berada di terimester kedua. Ini kerana pada usia kandungan ketika ini sedang berkembang dan kandungan sedia menerima segala khasiat dan sumber daripada ibunya. Dengan pengambilan Omega Guard ia dapat menghalang kandungan daripada terkena alahan atau penyakit kulit seperti ezcema atau psoriasis.
Ibu hamil juga tidak lari daripada mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil. Tetapi bila mengamalkan Omega Guard ia dapat merendahkan tekanan darah disamping menurunkan kadar kolestral. Jom tengok lagi antara kebaikan Omega Guard yang lain pada ubu hamil:
* mengurangkan tekanan emosi ketika hamil disebabkan emosi tak menentu
* mengurangkan kemurungan dan kebimbingan si ibu
* menyihatkan paru2
* mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
* mengurangkan sakit kepala
Untuk pastikan ibu dan anak sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Pengambilan Omega Guard ketika terismester kedua sangat digalakan. Dan untuk memastikan bayi kita berterusan mendapat khasiat Omega pengambilan berterusan selepas usia 1 tahun boleh diberikan. Tahu tak untuk lahirkan dan mendapat anak yang pintar, kena la amalkan Omega Guard!
Baca lagi
Comments

ALFALFA BIKIN ABANG SAYANG

huhuhu.. entri kali ni khas untuk mereka yang bergelar isteri. Kata orang tua, nak ikat hati suami kena jaga perut mereka. Tapi nanti bila dah buncit, berat makin naik kita jugak yang disalahkan. " ni awak la masak bagi saya makan sampai gemuk". Agak2 hati ada rasa kena cubit tak? Selain daripada tu, hubungan intim juga adalah kunci utama untuk mengecapi kebahagian.
Mengikut kajian antara punca penceraian adalah ketidakpuasan dalam hubungan intim. Tapi yang selalu dipersalahkan siapa? Dah tentunya si isteri. Jadi entri kali ni nak kongsi sesuatu yang boleh bagi suami puji selalu. Tak perlu urutan, x perlu akar kayu. Hanya dengan pengambilan secara konsisten. Tak sampai seminggu suami dah puji! Mesti tak sabar ye kakak2 semua nak tahu. Apa bendanya? Selamat ke? Mahal ke? Dari sumber apa? OMG..OMG.. Jom nak kongsi tentang the only one ni..
Alfalfa Shaklee
Haaa.. Sebut je Alfalfa ramai yang dah tersenyum. Alfalfa ni mempunyai 1001 khasiat untuk kesihatan kita. Baik untuk wanita mahupun lelaki. Tapi kelebihannya dalam menangani masalah yang berkaitan dengan kewanitaan memang tak disangkal lagi. Bagi yang belum tahu tentang Alfalfa memang tersangat rugi..
KHASIAT ALFALFA KEPADA WANITA
~ merawat masalah keputihan
~ bertindak sebagai kacip fatimah
~ memulihkan urat selepas bersalin
~ memberi kelegaan semasa haid
~ membesar dan menegangkan payudara
~ memberi tenaga
~ melegakan masalah sakit belakang dan urat ketika haid
Banyak kan khasiat yang terdapat dalam Alfalfa ni untuk wanita. Sebab tu ramai yang jatuh hati. Ada jugA yang mengamalkan Alfalfa untuk tujuan lain tetapi mula menyedari kesan lain untuk kesihatan. Contohnya Alfalfa juga bertindak sebagai agen pencernaan terbaik. Namun dalam masa yang sama Alfalfa membantu melegakan masalah keputihan. Bestkan? Alfalfa juga SELAMAT dan SEMULAJADI. Jadi tak hairanlah jika Alfalfa ni sesuai untuk semua.
Jom dapatkan Alfalfa sekarang untuk merasai sendiri perubahan dan membuatkan cik suami makin sayang pada kita.
Baca lagi
Comments

DETOX CARA HERBLAX

Bismillah..

Apa yang awak semua faham dengan maksud DETOX? Bagi watiey secara jujurnya hanya tahu Detox ni buang, cuci. Tapi betul ke? Tak semua orang tahu, kadang kala disebabkan ia hanya jadi sebutan dan terikut2 orang bercakap. Hehehe.Jadi pada yang tak tahu dan kurang nak faham apa itu DETOX, jom kita fahami apa itu DETOX.

APA ITU DETOX
Proses pembersihan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Detox penting kerana untuk menyerap nutrien yang optimum, dinding usus kita perlu bersih. 
Itu rupanya detox. Ana baru tau! Jadi nampaknya memang penting amat detox ni dalam kehidupan kita. Apa akan terjadi jika kita kekurangan nutrien? Dibawah ni adalah contoh antara kesan kekurangan nutrien.


Untuk menjauhkan perkara tersebut terjadi pada kita. Apa kata kita mulakan dengan pengambilan supplement yang dapat membantu proses detox dengan cara yang lebih selamat dan lembut. Jika salah langkah dari nak detox boleh bawa pada penyakit lain pulak. Jadi kena cari produk yang selamat, semulajadi, lembut pada usus dan perut serta berkesan. Mana nak dapat? Ada ke? Dah tentu2 ada! Apa lagi kalau bukan HERBLAX SHAKLEE. Ramai yang berpuas hati dan Watiey sendiri dah cuba dan cik suami pun dah terikut mencuba dek kerana kesan positifnya. Jom tengok apa yang hebat sangat Herblax ni...

HERBLAX SHAKLEE

Herblax adalah kombinasi herba-herba yang digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara LAWAS. Herblax yang lembut dapat membantu menangani kesulitan membuang air besar. Herblax boleh juga tergolong dalam kategori julab. Tapi ia lain dari julab yang biasa kita tahu kerana sifatnya yang lembut pada usus kita.Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. Antara herba yang terdapat dalam Herblax:



CULVER'S ROOT
❤ membantu masalah lebihan air dalam badan
BUCKTHORN BARK
❤ melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi lembapan pada usus
BLUE MALVA FLOWER
❤ membantu detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit
ANISE SEED
❤ meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
FENNEL SEED
❤ mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol 
❤ membantu proses pencernaan
❤ berkesan untuk masalah sembelit, kembung perut dan usus
ALFALFA LEAVES
❤ membersihkan usus, darah dan hati
RHUBARD ROOT
❤ herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina untuk tujuan antibiotik
SENNA LEAVES
❤ meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut
❤ mempercepatkan proses detoksifikasi 
❤ mengurangkan penyerapan lemak
LICORIE ROOT
❤ membantu proses detoksifikasi

KEBAIKAN HERBLAX

❤ memudahkan fungsi usus
❤ memudahkan pergerakan usus
❤ dapat mengurangkan bau badan
❤ mengempiskan perut
❤ membersihkan usus
❤ bertindak membuang toksin dalam badan

Herblax juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Apa tu peristalsis?
Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk mendap makanan sepanjang salur pencernaan. Ia mempengaruhi proses perkumuhan kita berjalan lancar.

SIAPA YANG PERLUKAN HERBLAX

❤mereka yang mempunyai masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar
❤ mereka yang mengalami masalah sembelit
❤ mereka yang mempunyai masalah jerawat yang teruk
❤ mereka yang mempunyai masalah bau badan
❤ pesakit gout
❤ mereka yang mempunyai masalah berat badan

Pada mereka yang mempunyai masalah sukar atau jarang2 membuang. AmaT DIGALAKKAN. Berikan penjagaan yang baik kepada usus untuk pastikan kesihatan kita terjamin. Ramai yang tak tahu rasanya. Jadi dah bagitau ni apa kata raawat sebelum terlambat. Tunggukan entri2 lain tentang Herblax yang akan buat awak semua terfikir. BETUL KE?

HUBUNGI WATIEY SEPERTI YANG TERTERA UNTUK
♥ INFO LANJUT TENTANG PRODUK
♥ PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE
♥ BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI SEBAGAI SID SHAKLEE




\
Baca lagi
Comments

APA ITU NUTRIFERON SHAKLEE

SALASILAH PENEMUAN NUTRIFERON

Pada tahun 1954, saintis dari Universiti Tokyo, Dr Yashuhiko Kojimo telah membuat kajian bagaimana tubuh badan kita melindungi diri daripadajangkitan virus. Hasil daripada kajian tersebut, terhasillah penemuan Nutriferon. Nutriferon bertindak sebagai pencetus dan pemberi respon kepada sistem imunisasi badan untuk menentang serangan virus. Di dalam bidang perubatan, suntikan Nutriferon banyak digunakan untuk merawat penyakit Hepatitis, kanser, hydrophobia (penyakit anjing gila), herpes, HIV dan banyak lagi. Nutriferon adalah formula eksklusif yang dipatenkan oleh Shaklee dan tidak dijual dimana2 farmasi mahupun kedai2 lain. 

NUTRIFERON SHAKLEE

Nutriferon diekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle Jepun dan biji plantago asiatica. 4 kompenan penting yang terdapat dalam Nutriferon Shaklee ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Jom lihat antara keistimewaan setiap daripadanya:
BIJI LABU
♥ dapat merangsang pengeluaran interferon semulajadi tubuh
♥ menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser
BUNGA SAFFLOWER
♥ menghasilkan dan menguatkan keupayaan makrofaj 
♥ memusnahkan virus dan kuman
HONEYSUCKLE JEPUN
♥ menentang pencerobohan virus dan kuman
BIJI PLANTAGO ASIATICA
♥ mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun

 

Kombinasi 4 tumbuhan ini mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Tahu tak apa itu INTERFERON
INTERFERON adalah sejenis hormon yang berfungsi sebagai perisai dan penting dalam pertahanan terhadap virus infection. Apabila badan kita diserang bakteria atau protozoa, interferon memainkan peranan penting dalam mmelindungi sistem badan kita. 

FUNGSI NUTRIFERON

♥ mengukuhkan sistem imun dalam 3 hari
♥ melawan kanser dan tumor
♥ melindungi daripada influenza
♥ mengurangkan stress dan kelesuan
♥ mengurangkan infeksi Hepatitis B & C
♥ melambatkan penuaan

SIAPA PERLUKAN NUTRIFERON

♥ mereka yang inginkan sistem imun yang kukuh
♥ mereka yang mempunyai masalah sistem imun
♥ mereka yang kerap dijangkiti demam, selsema 
♥ mereka yang diserang demam,selsema melebihi seminggu
♥ mereka yang sering melancong ke luar negara
♥ mereka yang terdedah kepada bahaya penyakit
♥ mereka yang kurang tidur
♥ mereka yang merokok
♥ ibu yang menyusukan anak yang kurang sihat
Nutriferon TIDAK BOLEH dan TIDAK DIGALAKKAN DIAMBIL:
♥ ibu hamil (dikhuatiri akan menyebabkan keguguran)
♥ penghidap AUTOIMMUNE seperti Sclerosis dan SLE
♥ pesakit buah pinggang
♥ mental problem (seizures)

Untuk dapatkan kesihatan dan sistem imun yang kuat. Apakata cuba amalkan pengambilan Nutriferon sekarang. 

HUBUNGI WATIEY SEPERTI YANG TERTERA UNTUK
♥ INFO LANJUT TENTANG PRODUK
♥ PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE
♥ BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI SEBAGAI SID SHAKLEE





Baca lagi
Comments

ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

Asid Folik

Asid Folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Asid folik wujud dalam secara semulajado sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis dan ekstrak daging lembu. Dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel - sel baru dalam badan. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. 

KEPENTINGAN ASID FOLIK TERHADAP IBU HAMIL
♥ penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal kehamilan 
♥ sangat diperlukan oleh bayi untuk membina banyak sel-sel baru
♥ mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neutral tube defect) iaitu gangguan pada pembentukkan saraf            tunjang (spinal bifida)
♥ mengurangkan risiko keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang 
♥ mengurangkan risiko kekurangan darah (anemia)
♥ menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah
♥ mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan seperti :
  * pembentukan kaki dan tangan yang tak sama
  * kecacatan pada sistem pembuangan air kencing
  * kecacatan pada jantung
  * sumbing lelangit

PENTINGNYA PENGAMBILAN ASID FOLIK
❤ dalam masa 12 minggu pertama kelahiran, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan        pesat
❤ menolong melindungi bayi dan kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub             neural) seperti Spina Bifida

APA ITU SPINA BIFIDA
Berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bagi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

KANDUNGAN YANG DIPERLUKAN OLEH IBU HAMIL
Untuk mengurangkan risiko terjadinya kecacatan tiub neural pada bayi, pakar mencadangkan pengambilan sebanyak 400mcg hingga 600mcg.

Shaklee juga ada mengeluarkan Asid Foliknya tersendiri..
Lebih dikenali sebagai B Complex Shaklee. B Complex menawarkan vitamin yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Diperkaya dengan B1, B2, B3, B6, Biotin dan Asid Pantotenik yang membantu menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Kandungan Asid Folic yang terdapat dalam B Complex mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan dan semasa tempoh kehamilan bagi dos harian  sebanyak 400mcg.
Dengan pengambilan Vitalea dan B Complex ia dapat memberikan 400mcg Asid Folik yang diperlukan oleh ibu hamil.


Jadi memang SESUAI sangat untuk ibu hamil yang mementingkan kesihatan bayi dan diri..Berminat untuk dapatkan?
HUBUNGI WATIEY SEPERTI YANG TERTERA UNTUK
♥ INFO LANJUT TENTANG PRODUK
♥ PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE
♥ BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI SEBAGAI SID SHAKLEE






Baca lagi
Comments

RAWAT MIGRAIN DENGAN SHAKLEE

MIGRAIN MENYERANG

Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang-ulang. Kira - kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada satu-satu masa. Migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja. Kesan makin ketara apabila menginjak dewasa. Punca sebenar migrain masih belum diketahui. Namun daripada hasil penelitian, migrain boleh dikatakan sebagai penyakit keturunan. Ini kerana risiko seseorang itu diserang mmigrain menjadi lebih tinggi jika terdapat saudara terdekat yang menghidap migrain.

Watiey sendiri merupakan seorang peghidap migrain yang tegar. Dari usia 12 tahun lagi dah merasai perit kesakitan akibat migrain. Kadang kala sampai tertonggeng-tonggeng menahan sakit. Tahu tak tanda - tanda serangan migrain? Kalau tak pasti sama ada migrain atau pening kepala biasa. Apa kata selidik tanda2 serangan migrain kat bawah ni..

TANDA-TANDA SERANGAN MIGRAIN
❤ rasa pedih pada sebelah kepala dan merebak pada bahagian hidung dan sekitar mata
 ❤kesakitan teramat sangat dan berdenyut
❤ pandangan jadi silau, kabur dan kadang kala menjadi gelap
❤ tekak berasa loya, muntah dan kadang kala enjadi sejuk
❤ pesakit akan merasa sensitif pada sebarang bunyi dan suara

Agaknya ada tak tanda-tanda diatas ini melanda? Penyelesaian untuk migrain? 
Kebiasaannya pesakit migrain akan diberi ubat tahan sakit bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi yang menghidap migrain pada tahan yang teruk, dos akan ditambah bagi menangani rasa sakit mereka. Pengambilan ubat tahan sakit boleh mendatangkan risiko jangka panjang kepada kesihatan. Oleh itu, pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi memastikan masalah ini dirawat. Supplement pilihan Watiey? Dah tentu2 supplement Shaklee. Diawal pengambilan dah terasa kesannya. Alhamdulillah migrain pun dah jarang-jarang menyerang jika dibanding dengan dulu. Jom rawat Migrain dengan Shaklee!

Dengan pengambilan 2 jenis supplement ini, ia dapat membantu mengatasi masalah migrain. 

OSTEMATRIX
mengandungi magnesium yang mencegah kekejangan pembuluh darah yang merupakan salah satu punca        migrain. Magnesium juga mengurangkan frekuensi sakit kepala

B COMPLEX 
❤ kaya dengan vitamin B2 (riboflavin) dan B6 (pyridoxine) yang dapat mengurangkan sakit akibat migrain.        Ia juga bertindak mencegah depresi dan strok

Jadi pada yang sedang atau sering menderita akibat migrain.. Apa kata dapatkan sekarang untuk kesihatan yang lebih baik di masa akan datang.

HUBUNGI WATIEY SEPERTI YANG TERTERA UNTUK
♥ INFO LANJUT TENTANG PRODUK
♥ PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE
♥ BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI SEBAGAI SID SHAKLEE


@
lebih suka beli sendiri menggunakan KAD DEBIT / KAD KREDIT.. 
BOLEH KLIK GAMBAR





Baca lagi
Comments

TESTIMONI PENGGUNAAN BASIC H

Entri kali ni nak kongsi testimoni penggunaan Basic H. Basic H dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Basic H merupakan biodegrable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee. Selama berabad lamanya Basic H dah digunakan di seluruh dunia. Hebatkan?! Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate segah namanya mempunyai kuasa 2 kali ganda lebih pekat berbanding pencuci serbaguuna yang lain. Kepekatannya mampu memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan dalam menangani seribu macam jenis kotoran di rumah. Selain itu, Basic H selamat digunakan pada anggota badan kita.

Sebagai contoh, Basic H boleh dilumurkan pada seluruh badan dan dijadikan mandian untuk meredakan panas akibat demam.
Tak semua pencuci serbaguna yang lain mampu lakukan seperti Basic H. Ini kerana kebanyakan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau pernafasan. Namun penggunaan Basic H jauh lebih selamat dan berkesan. Disini watiey ada sediakan beberapa testimoni kegunaan Basic H dalam aktiviti dak penggunaan harian. Tak perlu nak cakap banyak.. Jom kita tengok testimoni yang boleh membuka mata untuk beralih kepada Basic H.

TESTIMONI PENGGUNAAN BASIC H

❤ handal dalam menanggalkan karat pada besi


❤ dapat menanggalkan kesan minyak dan yis


❤ mengembalikan kesegaran pada sayuran layu


Ini hanya 3 daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain untuk rumah kita. Selain daripada itu, Basic H juga dapat membunuh kutu di kepala. Banyak lagi testimoni kegunaan Basic H yang nak dikongsi. Tapi tunggu di lain entri pulak la.. Pada yang nak mendapatkan Basic H.. Boleh baca sampai abis.. 

HUBUNGI WATIEY SEPERTI YANG TERTERA UNTUK
♥ INFO LANJUT TENTANG PRODUK
♥ PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE
♥ BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI SEBAGAI SID SHAKLEE






Baca lagi
Comments

BASIC H SHAKLEE

Bismillah..
Dalam sesebuah rumah, terdapat bermacam - macam jenis pencuci, penyegar dan pembasmi serangga untuk kegunaan harian di rumah. Tapi pernah tak kita terfikir, untuk dapatkan semua jenis kegunaan ini dalam 1 botol? Macam tak logik kan? Tapi sebenarnya ia wujud!
Jom kita berkenalan dengan pencuci serbaguna yang bukan sahaja boleh digunakan untuk membersih malahan lebih daripada itu. Basic H yang 2 kali ganda lebih memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan yang boleh digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Dan menariknya Basic H ni bukan hanya hebat dalam menanggalkan kotoran malahan selamat digunakan untuk kegunaan lain seperti mencuci botol susu, dapat menurunkan panas badan akibat demam dan membunuh kutu di kepala. Hebatkan Jom intai2 rupa paras Basic H Shaklee ni..


KEISTIMEWAAN BASIC H
❤ jimat dan berkesan
❤ kepekatan berganda dimana 1 botol bersamaan 16oz boleh dicairkan dengan 48 gelen air 
❤ 2 kali ganda lebih memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan
❤ berkuasa dalam menghilangkan kotoran, gris, kotoran dari permukaan mana-mana boleh dibasuh       di dalam dan luar rumah
❤ tanpa bilasan, tiada sisa, formula bebas coretan dan tanpa toksik
❤ selamat untuk kegunaan luaran badan kerana ia tanpa gas beracun, tanpa klorin, pH seimbang dan     lembut pada tangan juga
❤ tanpa fostat 
❤ Biorosot
❤ selamat untuk sistem septik dan pembentungan

KEBAIKAN BASIC H
membunuh serangga, lipas, nyamuk dan sebagainya
❤ menghilangkan kesan karat dan daki pada barangan kemas, jam, besi dan lain2
    dapat melegakan sakit gigi
❤ sapu / lumur ke seluruh badan dan kepala untuk atasi demam panas
❤ elakkan kulit melecur / mengelembung akibat minyak panas / air panas
❤ kumur dengan campuran air untuk masalah mulut berbau / ulser
    menghapuskan kutu di atas kepala

Terdapat banyak lagi kegunaan Basic H. Setiap rumah harus mempunyai 1 botol Basic H untuk kegunaan harian ataupun kecemasan. Basic H juga dapat membantu masalah kulit kering dan mengelupas. Jadi tak hairanlah ramai yang dah jatuh hati dengan Basic H. Jom dapatkan sekarang untuk kegunaan harian yang lebih selamat dan berkesan. 

HUBUNGI WATIEY SEPERTI YANG TERTERA UNTUK
♥ INFO LANJUT TENTANG PRODUK
♥ PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE
♥ BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI SEBAGAI SID SHAKLEE










Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top