Comments

BILA SEKOLAH JADI TEMPAT BERGUSTI

Siapa tengok berita semalam, minggu ni? Dekat Malaysia ni kalau keluar isu pasal dera akan bersambung siri demi siri. Dah macam bermusim pulak. Minggu ni kita dikejutkan dengan kes buli pelajar di sekolah. Lepas satu kes ke satu kes buli dilaporkan di akhbar dan berita.


Yang terbaru semalam. Kalau tengok dari fizikal yang kena buli tu rasanya dalam 13 ke 14 tahun. Tapi tukang buli tu badan berkali ganda. Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang. Dan yang menariknya kes macam ni bukan seorang dua yang terlibat. Masing-masing nak menguji ilmu ultraman yang ada dalam diri mereka. Tapi bahan ujikaji tu tak setanding dengan mereka.

Cuba uji tahap kepakaran korang dengan badan yang sama besar, sama umur. Nak jugak tengok jadi apa. Cheq kesian tengok adik - adik yang kena buli tu. Merayu tapi tetap kena. Mungkin yang membuli ni tak ada adik. Sebab tu mereka berani buat. Kalau ada adik rasanya tak berani nak turut serta. Atau emosi balas dendam yang ada dalam diri dorang. Sebab ada kajian mengatakan orang yang suka membuli ni, latar belakang mereka kebanyakan daripada mereka turut pernah dibuli.

Semoga anak - anak kita pada masa akan datang lebih berfikiran terbuka. Sebab cheq pun ada anak jadi tak mahu perkara sebegini menimpa anak cheq. Jawabnya cheq kena hantar anak ke pusat latihan pertahanan diri macam silat atau teakwando. Pada ibu bapa yang anak mereka ada dalam video tu, cubalah cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ni. Jangan ditambah lagi dengan perkara negatif. Ini akan menambahkan lagi perasaan ingin membuli dalam diri mereka.

Sebenarnya mereka ni perlukan perhatian. Jadi sebagai ibu bapa cuba kita periksa semula perhubungan kita dengan anak kita. Pesanan yang sama cheq cuba ingatkan pada diri cheq. Kita tunggu sampai kesemua perlaku ni ditangkap.

CARA NAK JADI AHLI SHAKLEE

PROMOSI OMEGA GUARD BULAN NOVEMBER 2014

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

KEMBALI BERGETAH, MENYENGAT LEPAS AMALKAN ALFALFA

KEMBALI SEPERTI DARA


Entri kali ni, cheq nak cerita perihal wanita. Sebenarnya tak semua yang sudi nak bincangkan masalah dalam kain ni dengan orang ramai. Sebab utama, ini dianggap sebagai maruah diri kita. Tapi kalau didiamkan akibatnya kita yang rugi. Tapi zaman sekarang dah ramai yang mengambil sikap lebih matang. Malah ada jugak yang mengikuti kelas atau forum yang dapat membantu masalah macam ni. 

Mengikut kajian, salah satu punca keretakan rumah tangga adalah disebabkan masalah ni.Perlu diingatkan untuk dapatkan rumahtangga yang bahagia terdapat beberapa perkara yang kita harus jaga dalam perhubungan kita. Bak kata orang dulu-dulu, nak jaga suami kena pandai jaga perut dan tempat tidur. 2 perkara nilah yang menjadi kunci kepada kebahagian rumah tangga. Jadi untuk menjaga perut suami rasanya semua wanita dekat Malaysia ni memang terkenal dengan kemahiran memasak. Kalau yang tak tahu memaska pun boleh google jer resepi apa yang korang nak. Tapi bab masalah yang satu lagi tu, jarang yang nak ambil perhatian. 

Terdapat beberapa penyebab yang membuatkan hubungan suami isteri tu jadi hambar. Antaranya kurang pengetahuan terhadap perhubungan. Faktor kesihatan yang kadang kala membuatkan keinginan untuk bersama tu jadi hambar. Masalah penyakit seperti keputihan, senggugut dan juga peranakan membuatkan kita atau pasangan akan jadi kurang selesa. Bila masalah ni jadi makin teruk, pasangan kita pun lama kelamaan mulalah nak berubah arah! 

KEMBALI BERGETAH LEPAS AMALKAN ALFALFA


Kalau korang rasa inilah masanya untuk korang bertindak. Apa kata korang cuba amalkan Alfalfa. Alfalfa ni dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Banyak khasiat dan vitamin yang ada dalam alfalfa ni. Belum lagi mineral yang ada dalam alfalfa. Salah satu kandungan yang ada dalam alfalfa ni ialah phytoestrogens yang berfungsi seperti kacip fatimah. Tetapi lebih bagus dan memberi lebih getah berbanding kacip fatimah. Kiranya ala-ala kacip fatimah versi moden la.

Antara khasiat alfalfa ni dapat membantu masalah keputihan yang menjadi salah satu punca. Selain tu, alfalfa juga membantu mengatasi masalah pelincir atau kekeringan di bahagian sulit ketika bersama. Alfalfa turut membantu memberi tenaga untuk isteri lebih bertenaga. Jadi lepas ni kalau korang amalkan mesti korang akan mengejut cik suami!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

THAILAND TO MALAYSIA. SEMOGA HUBUNGAN KITA ERAT

Cheq berketurunan MAHSURI? Haaa..



Bukan nak bikin cerita. Tapi entri kali ni bukan nak cerita pasal Mahsuri. Tapi pasal hari ni cheq dapat mengeratkan silaturahim dengan keluarga cheq dengan keluarga di Phuket, Thailand. Betul kata orang, zaman sekarang ni semuanya kian mudah.Kalau dulu saudara mara yang jauh, nak jumpa atau berhubung tak tentu lagi dapat berjumpa. Tapi sekarang, dengan adanya kemudahan canggih ni, sekali klik je dah jumpa. Siap dengan info dan keterangan lanjut lagi. 

Sebenar arwah atok cheq dulu keturunan Thailand. Tapi dia lahir di Kedah dan dibesarkan di Kedah. Bila saudara yang lain balik ke Phuket, arwah tok wan tak ikut sebab dia duduk dengan moyang cheq. Kebetulan pulak moyang dah ada tanah dekat sini. Jadi moyang pun meluaskan keturunan dia di Kedah. Tapi moyang pada atok cheq dah balik ke Phuket. Jadi tinggalah tok wan sekeluarga dengan mak ayah dia. Macam pening tak? Hehehehe. 

Masa makin berlalu, jadi perhubungan tu macam dah terputus. Tapi tok wan masih lagi pulang ke Phuket. Sebelum tok wan meninggal, keluarga belah phuket ada datang melawat. Jadi permintaan mereka supaya hubungan ni tak diputuskan. Ingat tak pada Aisyah, keturunan ketujuh kalau tak silap cheq dalam salasilah keluarga Mahsuri. Dia dengan ayah cheq kira dua pupu. Tapi disebabkan mereka dapat liputan meluas jadi ahli keluarga yang lain ambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga di sini. 

Masa kenduri kahwin kakak cheq dulu, satu bas mereka datang nak meraikan sama-sama. Tapi masa tu masing-masing terbatas untuk berhubung disebabkan masalah bahasa. Jadilah macam itik dengan ayam. Nasib baik ayah cheq dan beberapa lagi ahli keluarga masih ada yang boleh bercakap bahasa siam. Jadi mereka dilantik secara automatik sebagai juru bahasa. Terima kasih abah! Lepas pada tu mereka dah tak datang melawat. Terakhir berita yang kami dapat banyak saudara cheq terkorban akibat tsunami. 

Kini dah bertahun, akhirnya ikatan ni dieratkan semula. Nasib baik ada facebook. Jadi abah pun dah banyak kali terima lawatan dari mereka. Sekarang mereka berhubungi melalui abah. Dan cheq juga dah dapat berhubung dengan saudara di sana. Seronok sangat dapat tambah kenalan dari Thailand. Lepas ni bolehlah cheq luaskan kuasamu dekat sana pulak!! 


Baca lagi
Comments

ANGKARA MEREKA AKU JADI SUPERWOMAN

APA NAK BUAT DAH TERJEBAK. AKU RELAKAN JUA!

Haa,, pasti korang nak tahu kan. Cheq nak cerita pun tak sampai hati. Tapi kalau tak bagi tahu nanti mesti "mereka" tu korang tak dapat nak tangkap! Sebelum tu, nak cerita dulu macam mana boleh terjebak dalam kancah superwoman ni. Sejak bergelar superwoman ni, setakat kerja rumah, basuh pinggan, memasak, menjaga, berlari dalam rumah dah tak ada efek dekat cheq. Kadang kalah cik suami. Dia pun hairan mana datangnya kuasa hali lintar ni. 

Rahsia cheq bergelar superwoman? Senang je, cheq terjebak lepas amalkan pengambilan "mereka" dibawah ni. 

Dulu sebelum ambil ni memang terus terang cakap mengantuk dan tidur teman karib cheq. Tiap masa badan ni rasa macam bawak beg beras 10 kilo. Asal malam je mesti suruh cik suami tolong urutkan. Demam sebeulan mesti kena 2 kali punya. 

Rasa tak boleh jadi, cheq amalkan pengambilan supplement ni. Dalam tempoh seminggu dah mula rasa badan ringan. Cheq kan WAHM jadi kalau nak siapkan kerja atau order kena buat belah malam. Kadang tidur pun 2,3 jam je sebab esok pagi nak kena buat sarapan untuk suami dan anak. Nak siapkan anak ke sekolah. Belum dapat rehat dah yang kecik pulak bangun. 

Kalau dulu jam 10 pagi tenaga memang dah nyawa - nyawa ikan. Mulalah terabai anak dek kerana maknya keletihan. Tapi sekarang semua dah berubah! Cheq suka sangat dengan perubahan ni. Kadang kala rasa macam superwoman pun ada! Nak pulak bila cik suami pun turut tegur. Dia pun hairan tengok isteri dia yang kecil molek ni, hehehehe.. Tak berhenti buat itu ini.Jom kita tengok antara khasiat setiap satu supplement ni yang bantu beri tenaga, kesihatan pada kita. 

OMEGA GUARD
✭ meningkatkan metabolisme badan. Omega 3 yang ada dalam omega ni bagus dalam mengatasi masalah penat dan lelah.

OSTEMATRIX
✭ sumber kalsium yang tinggi dalam ostematrix ni membantu menguatkan ketahanan tulang. Jadi bila tulang dah kuat pergerakan kita pun jadi mudah. Selain membantu proses pembuangan yang boleh jadi punca pertambahan toksin dalam badan.

ESP (ENERGY SOY PROTIEN)
✭ dah dikenali umum sebagai penambah tenaga segera yang bukan sahaja memberi tenaga malah membantu penyerapan setiap supplement yang kita ambil. Dalam masa yang sama turut menjaga keseimbangan hormon yang bagi khasiat kepada kulit dan tubuh. Jadi jangan hairan kalau lepas ni tiba-tiba rasa kulit makin gebu dan cerah!

VITALEA
✭ multivitamin yang memberi tenaga kepada tubuh. Vitalea membekalkan iron dan zat yang diperlukan oleh badan kita. Kadang kala dek kerana terlalu sibuk boleh buatkan kita mengalami tekanan darah rendah dan boleh memberi kesan pasa kita. Vitalea membantu masalah ni dari berlaku. 

Patutlah rasa macam superwoman! Banyak betul khasiat dan manfaat untuk tubuh kita. Nak pula kita sebagai ibu banyak benda nak kena jaga. Badan dah tak macam zaman muda remaja nak pulak lepas melahirkan. Jadi dengan pengambilan supplement tambahan ni, banyak kebaikan yang kita dapat.Jadi kalau korang pun nak jadi superwoman macam cheq, apa kata cuba dapatkan set ni. Kalau baca je tak ada feel so kena cuba sendiri! 

Nak terjebak dalam kancah SUPERWOMAN ni?? Apa kata klik bawah ni untuk pembelian secara ONLINE!! Terus kedepan pintu rumah korang!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!



 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

TIPS TINGKATKAN KEYAKINAN ANAK

BINA KEYAKINAN DIRI ANAK


Keyakinan diri ni penting dalam kehidupan kita. Ia berkait rapat dengan penampilan dan cara kehidupan kita. Yakin diri ni bermaksud bagaimana seseorang tu melihat dirinya sendiri. Pentingnya untuk kita memupuk keyakinan diri sejak dari kecil lagi. Anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi sejak kecil menunjukkan perkembangan ental yang baik. Tapi tak semua anak kecil yag mempunyai keyakinan diri. Jadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memupuk keyakinan diri mereka. 

Keyakinan diri ni penting dalam segala aspek. Ini termasuk pelajaran, perlakuan dan perbuatan mereka. Kita sebagai ibu bapa harus bersedia dalam menangani masalah ni. Salah satu perkara yang perlu kita lakukan sentiasa berikan mereka sokongan dan kata - kata semangat. Jangan sesekali gunakan kata-kata yang boleh mematahkan semangat mereka. Jadi kali ni cheq nak kongsikan beberapa tips mudah untuk kita sebagai ibu bapa meningkatkan keyakinan anak kita. 

TIPS/CADANGAN UNTUK TINGKATKAN KEYAKINAN ANAK

      SENTIASA BERIKAN PUJIAN KEPADA ANAK
  • Berikan pujian setiap kali mereka selesai melakukan sesuatu perkara. Walaupun kecil atau memakan masa
      BERIKAN PERHATIAN DAN KASIH SAYANG
  • Kajian menunjukkan kanak-kanak yang berasa diri mereka disayangi mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Pastikan kita sebagai ibu bapa memberikan mereka sepenuh perhatian. 
      BERI TINDAK BALAS
  • Sila jadi pendengar yang setia setiap kali anak kita bercakap dengan kita. Biarkan mereka meluahkan apa yang ingin dikongsikan dengan kita
       JANGAN BERI JANJI MANIS
  • Kalau nak tahu, kanak-kanak seorang yang pegang pada janji. Kalau korang berjanji sesuatu sila tunaikan atau fikir dulu sebelum berjanji
      HORMATI HAK KANAK-KANAK
  • Walaupun kadang kala mereka menguji kesabaran dengan karenah mereka, tapi sebagai ibu bapa kita harus menghargai mereka
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi selalunya berjaya dalam apa jua perkara yang mereka lakukan. Baik dari segi pelajaran dan perbuatan mereka. Jadi kalau sebelum ni, anak sering menangis bila dipegang atau malu nak bercakap bila ada ramai orang. Segeralah pupuk keyakinan mereka semula.


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

OMEGA GUARD ATAU LECITHIN

MANA SATU PILIHAN HATI?

mana satu pilihan hati?

Entri kali ni cheq nak kongsikan dengan korang tantang perbezaan Omega Guard dan Lecithin. Bagi yang dah biasa dengan produk shaklee pasti dah tahu apa fungsi kedua-dua ni. Baik omega atau lecithin keduanya merupakan agen pembakar yang berfungsi membakar lemak yang ada dalam badan kita. Selalu akan diambil sekali dengan Alfalfa atau Herblax. Tapi ada juga yang hanya amalkan omega atau lecithin je. Sebab selain bertindak membakar lemak terdapat kebaikan lain untuk tubuh kita. 

Selain berfungsi membakar lemak omega ataupun lecithin juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan lain. Maknanya bukan mereka yang nak kurus je ambil 2 supplement ni. Tapi entri kali ni kita fokus pada bab pembakaran lemak dulu. Sebab kalau nak cerita tentang manfaat lain. Panjang lebar pulak nanti. Selalunya kalau ada yang bertanya tentang set kurus, cheq akan terangkan fungsi agen yang terlibat dalam proses nak kurus tu. Sebab kadang orang susah nak faham. 

Ramai yang menganggap lecithin dan omega guard sama. Harga berbeza. Baik ambil yang mampu dibeli sebab fungsi sama. Salah sebenarnya. Nampak sama tapi berbeza. Jom tengok fungsi lecithin dan omega guard dalam agen pembakaran lemak.

PERBEZAAN LECITHIN DAN OMEGA GUARD

Jom tengok perbezaan diantara lecithin dan omega guard ni. Kita mula dengan lecithin dulu. 


✔ lebih bertindak terhadap lemak baru
✔ memecahkan molekul lemak (emulsi lemak) supaya lebih halus dan mudah disingkirkan
✔ dikenali sebagai pengelmusi semulajadi yang mempunyai kesan melekat pada lemak
✔ membantu mencegah lemak dari melekat pada dinding membran
✔ menerapungkan lemak dalam darah 


✔ lebih tertumpu pada lemak lama/mendap
✔ tidak mengelmusi lemak tapi membakar lemak
✔ menghalang penghasilan hormon costile yang menggalakakn penyimpanan lemak
✔ bertindak balas dengan hormon leptine (hormon yang dapat mengawal rasa lapar)
✔ menambah kadar penghasilan serotonim (kimia otak yang buat kita rasa kenyang)

Ibarat macam kita nak beli kereta WAJA atau kereta kancil. Macam tu juga dengan lecithin dan omega guard ni. Keduanya dari agen yang sama cuma masing-masing ada fungsi tersendiri. Bagi yang nak kurus korang boleh buat pilihan bijak. Sama ada nak buang lemak atau nak menghakis dulu lemak lama yang dah ada dan mengawal lemak dalam badan tu. 

Sempena promosi Omega pada bulan November ni, jom rebut peluang ni! Dapatkan omega guard korang sekarang!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

HOGOH PAHANG HOGOH


TAHNIAH UNTUK PAHANG


Yeayyy. 2 tahun berturut-turut mengekalkan kejuaraan! Tahniah. Tetiba jadi semangat pula tengok bola. Kenapakah? Tapi sebenarnya tak minat tahap gaban. Tapi disebabkan perlawanan menentang Johor Darul Takzim. Itu yang datang aura semangat kesukanan tu. Cik suami cheq orang Johor kot! 

Nak buat macam mana kan. Adat permainan ada menang kalah dia. Tapi yang penting semangat kesukanan tu. Seronok tengok anak-anak pun turut serta menyokong walaupun tak tahu apa-apa. Nak pulak dalam rumah cheq ada 2 orang kelahiran johor. Jadi majoriti menyokong johor. Tinggallah daku keseorangan menyokong pasukan tanah kelahiran. 

Aktiviti bahan membahan dah berlaku seawal jam 10 pagi. Tak apa cheq diamkan. Siap dengan makanan spesial untuk perlawanan malam semalam. Mula je perlawanan dah terpacak 3 penyokong JDT depan tv. Cheq bagi can la dekat dorang. Walaupun gol pahang yang pertama memecah kesunyian jiwa! Seronok weh!!

Perlawanan dah lepas, nak buat macam mana dah takdir pahang juara bertahan. Terima sajalah. Buat penyokong JDT jangan putus harapan. Tahun depan korang dah tahu mat yo tak leh ikut serta dalam penalti! Hahahahah. 

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

OMEGA GUARD BANTU ATASI BATUK ANAK

ANAK BATUK? KESIAN..

BATUK DI KALANGAN ANAK

Sedih bila dengar anak batuk. Kadang - kadang sampai termuntah-muntah. Sebelum tu nak kongsi apa itu batuk. Batuk ni adalah tindak balas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman yang menghalang salur pernafasan daripada terkena jangkitan dan memasuki paru-paru. Sebab bila dah masuk ke paru-paru ia boleh menyebabkan penyakit menjadi serius. Salah satu kesan sampingan akibat batuk adalah radang  paru-paru (pneumonia). 

Kalau kita yang batuk dah tentu jalan penyelesaian kita, dapatkan ubat di farmasi atau hospital. Pilih je nak yang cepat atau lambat. Tapi kalau anak kita yang batuk, bukan boleh bagi makan ubat batuk sebarangan. Terdapat had umur untuk pemberian ubat batuk kepada anak kita. Jenis ubat batuk untuk anak juga berlainan. Tak semua ubat batuk yang ada bersesuaian dengan anak kita. Contoh macam anak cheq, dia tak boleh makan ubat batuk berwarna hitam. Kadang kala apa jenis ubat batuk pun dia tak dapat nak terima. Nanti akan naiklah bengkak-bengkak di muka dan badan. 

PUNCA JANGKITAN BATUK

  • jangkitan pada saluran pernafasan
  • terdedah pada habuk dan asap
  • rembesan cecair ke dalam tekak
  • alahan
  • asma
  • jangkitan selsema

OMEGA BANTU ATASI BATUK ANAK 

Untuk mengatasi masalah batuk dikalangan anak apa kata cuba beri Omega Guard. Kenapa Omega Guard? Sebab pertama, dihasilkan dari minyak ikan tulen dengan 3 kali proses penyulingan. Minyak ikan dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan paru-paru. Nak pulak kalau minyak ikan tu dah disahkan tulen. Dah tentu kesannya pun superb!


Omega Guard lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yang berkhasiat untuk mengatasi masalah berkaitan dengan paru-paru. Asid lemak Omega 3 bertindak mengurangkan keradangan di saluran pernafasan yang menghalang laluan pernafasan mengecil dan kesukaran bernafas. Asid lemak omega 3 juga bertindak mencairkan kahak dan memberi kekuatan kepada paru-paru.



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

DENDA ANAK

PERLU ATAU TIDAK KITA MENDENDA ANAK?

Sabda Rasullah SAW yang bermaksud :

"SURUHLAH ANAK -ANAK KAMU MENDIRIKAN SOLAT KETIKA MEREKA BERUMUR 7 TAHUN  DAN PUKULLAH JIKA MEREKA ENGGAN APABILA BERUMUR 10 TAHUN"

Tapi maksud pukul bukan boleh pukul sesuka hati. Tapi terdapat kawasan yang haram di pukul umpamanya muka dan bahagian yang sensitif serta boleh mendatangkan kecederaan. Tapi tengok pada kes yang banyak sangat di surat khabar tentang penderaan. Naik seram pulak cheq. Jadi entri kali ni cuma nak mengupas tentang isu ini.

DEFINISI DENDA


Denda merupakan cara yang paling biasa digunakan oleh ibu bapa untuk mendisiplinkan anak mereka. Istilah denda ni membawa maksud kepada perbuatan seperti memukul, memarahi, merotan, mencubit, mengurung dalam bilik atau memulau seketika. Walaupun nampak cara ni berkesan. Tapi sebenarnya kurang sesuai. 

Tapi tak bermaksud tak boleh mendenda anak langsung. Tapi kadang kala terdapat masa-masa yang memerlukan kita untuk menjatuhkan hukuman denda pada anak kita. Denda ni boleh dianggap sebagai jalan terakhir setelah semua lagkah kita dah ambil pada anak kita. Namun masih tak berjaya. 

KESAN BURUK DAN LANGKAH MENCEGAH 

Denda sebenarnya membawa kesan keburukan daripada kebaikan. Kesan buruk bila kita selalu jatuhkan hukuman denda akan mewujudkan perasaan marah, benci, menyembunyikan kesalahan dan emosi anak jadi tak stabil. 

Terdapat langkah yang bolehkita ambil sebelum kita menjatuhkan hukuman denda. Contohnya sebelum mengambil keputusan untuk mendenda, kita boleh memberitahu dan sebutkan secara terang kesalahan yang anak kita lakukan. Tunjukkan cara yang betul dan memujuk dengan cara lemah lembut. Memberitahu keburukan perangai mereka dengan nada untuk menunjukkan benda itu salah. Bukan dengan niat untuk menghina. 

Lakukan beberapa langkah dahulu sebelum sampai ke tahap memukul. Contohnya kita boleh memulaukan anak dahulu, memberi nasihat. Tapi jika masih berdegil baru fikir jalan terakhir. Namun pastikan kaedah memukul yang diizinkan oleh Islam.. Jadi lepas ni cheq pun nak kena kaji balik tindakan cheq pada anak!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

OMEGA GUARD - PROMOSI NOVEMBER 2014

OMEGA GUARD PENUH KHASIAT

dapatkan promosi OMEGA GUARD bulan ni!

Bulan November dah menjelma! Bulan ni promosi Omega Guard! Rasanya bulan ni ramai yang beruntung sebab banyak yang boleh kita dapat kalau kita amalkan Omega Guard ni. Omega Guard Shaklee ni spesial sebab dia tak sama macam Omega yang di pasaran. Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietri 3 molekul yang bertindak memekatkan asid lemak omega-3 semulajadi dan menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan. 

Lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega-3, Omega Guard diekstrak dari ikan laut dalam sejuk. Mengandungi 3 ketumpatan daripada minyak hati ikan. Kebanyakan omega dipasaran menggunakan minyak hati ikan. Minyak hati ikan ni kalau nak tahu mengandungi toksik! Omega Guard ni sangat bagus untuk kesihatan jantung kita. Kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi dapat membaiki kesihatan kardiovaskular. 

SIAPA PERLUKAN OMEGA GUARD

  • IBU MENYUSU
  • KANAK-KANAK
  • IBU HAMIL
  • MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH BERAT BADAN
  • MEREKA YANG MENGHIDAP DARAH TINGGI, KOLESTRAL TINGGI & DIABETES
  • PELAJAR YANG INGIN KUATKAN DAYA INGATAN
  • MEREKA YANG SERING MENGALAMI MASALAH KESIHATAN

KHASIAT OMEGA GUARD 

  • meningkatkan kolestral baik HDL jadi kolestral jahat LDL akan mudah keluar dari badan
  • membantu perkembangan otak sejak dari dalam kandungan lagi! 
  • menjadikan kulit lebih lembap 
  • membantu otak lebih fokus dan bagus untuk kuatkan ingatan
  • membantu mengelakkan risiko Alhzeimer dan parkinson (masalah saraf/nyanyuk)
  • menguruskan badan dengan mengawal hormon selera makan
  • meningkatkan metabolisme yang membantu pembakaran lemak
  • bagus untuk anak yang mengalami autisme
  • melancarkan peredaran darah
  • membantu pesakit asma 
  • mengatasi masalah batuk untuk kanak-kanak
  • melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • membantu menyihatkan paru-paru
  • mengurangkan penyakit lelah 
  • mencegah penyakit gout
  • mencegah imsonia
Banyak lagi khasiat omega guard untuk kesihatan badan kita. Kalau nak senaraikan rasanya lenguh tangan nak menaip. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan promosi omega guard bulan ni. Jom ajak adik,kakak,mak,abah,mak long,pak long kita sama-sama dapatkan khasiat omega guard ni!




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top