Comments

KENAPA MASIH TAK KURUS WALAUPUN DAH MAKAN SET KURUS?

Tanyalah pada sesiapa pun. Tak ada orang yang nak gemuk! Kalau ada pun mesti nak tambah berat badan yang ideal dengan fizikal badan mereka. Dengan perkembangan semasa yang dah maju ni banyak set pengurusan yang terdapat di pasaran. Pilih saja mengikut budget kita. Tapi tak semuanya seindah gambar dan testimoni yang setiap produk selitkan. Kadang kala jadi hairan kenapa masih tak kurus walaupun dah makan set kurus. Nak jadi kurus alih-alih makin kembang! Jadi entri kali ni cheq nak kongsikan kenapa dan bagaimana cara nak atasi masalah ni. 


SEMUA ORANG NAK KURUS! 

Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan pasti akan ada beberapa masalah kesihatan. Contohnya kencing manis, darah tinggi, lelah dan jantung. Sebenarnya terdapat banyak lagi masalah lain tapi kita ambil contoh pada penyakit berangkai yang paling akrab bagi mereka yang berbadan besar. Jadi untuk mengambil set pengurusan kena betul pada gayanya. Sebab tak semua produk pengurusan ni sesuai diambil opleh mereka yang ada kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. 

Takut esok nak kurus punya pasal penyakit lain pulak yang timbul! Bagi mereka yang dah biasa amalkan pengambilan set kurus pasti teruja nak tengok kesan selepas pengambilan. Untung-untung boleh jadi testimoni. Tapi minggu pertama tak turun, minggu kedua pun sama. Akhirnya perasaan teruja jadi pilu. Terus ucapkan selamat tinggal pada set kurus. Nanti permulalah penyalahan produk. Ini tak bagus, itu tak berkualiti. 

CARA NAK TAHU BERKESAN ATAU TIDAK PRODUK YANG KITA? JOM CUBA CARA NI.

Kali ni cheq nak kongsikan cara yang betul untuk kita tengok berkesan atau tidak produk pengurusan yang kita makan tu. Cara yang mudah dan wajib bagi kita yang nak dapatkan berat badan ideal tahu berkesan atau tidak produk yang kita ambil. Kadang sesetengah orang makan tak sampai 2 minggu dah boleh turun 3 ke 5 kilogram. Tapi AWAS ye, sebab tak semestinya produk yang memberi kesan cepat ni SELAMAT! Memang berat akan turun tapi kesan sampingan yang ada kita sendiri tak tahu. 

Terdapat sesetengah produk pengurusan yang menggunakan kandungan dos yang tinggi untuk mendapat kesan yang cepat. Tapi selama mana ia akan bertahan? Jadi perkara yang paling utama pastikan produk pengurusan yang dipilih itu SELAMAT,BERKESAN dan SEMULAJADI. Bak kata pepatah biar lambat asal selamat. Sebab kalau fikir secara logik senang ke nak buang lemak tepu yang dah bertahun dalam badan kita. Kalau baju kotor katakan, mudah ke nak hilangkan kesan kalau dah lama tercalit. Lainlah kalau kita gunakan peluntur klorin. Cepat jer kesan kotor tu hilang. Tapi kesan lain pada baju akan jadi jarang dan kain akan cepat mereput! 

Berbalik pada cara nak tahu kesan sesuatu produk pengurusan tu. Pastikan kita dah buat satu salinan untuk setiap maklumat berkenaan dengan bentuk badan kita. Contohnya:
  1. kira peratus lemak dalam badan terlebih dahulu
  2. ukur badan sebelum pengambilan produk pengurusan
  3. ambil gambar untuk perbandingan sebelum dan selepas
  4. ambil perhatian tentang bentuk baju yang kita pakai sama ada longgar atau ketat
Bila dah tulis semua diatas, baru kita mulakan pengambilan produk pengurusan. Dalam masa seminggu selepas pengambilan cuba bandingkan ukuran yang mula-mula kita buat dengan keadaan kita selepas seminggu pengambilan. Jika terdapat perubahan yang positif maknanya korang dah berjaya dengan pengambilan set kurus ni. Ini dinamakan inchloss. Pengurangan lemak di bahagian paha, lengan dan pinggang. Jadi kalau kawasan yang lemak suka duduk dah makin berkurangan nampaknya korang dah berjaya dengan diet pengurusan diri korang. 

Bagi yang serius nak dapatkan berat badan ideal pasti awal-awal lagi dah tahu pasal kaedah ini. Jadi korang kena pilih sama ada nak kurus secara sihat atau nak kurus secara tidak sihat. Jangan ingat dah kurus penyakit pun hilang ye. Pastikan setiap produk pengurusan yang korang ambil SELAMAT, BERKESAN dan paling pentign SEMULAJADI. Set kurus yang cheq cadangkan untuk korang yang nak dapatkan inchloss dan selamat,berkesan dan semulajadi. Dah tentu set pengurusan shaklee. Sangat membantu dalam memberikan berat badan ideal dengan cara sihat. Nak tahu lebih lagi tentang SET PENGURUSAN SHAKLEE? Klik je dengan perkataan tu. 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

HARI GRADUATION KAKAK.

DAH BESAR ANAK MAMA

Entri kali ni nak cerita pasal hari graduation terakhir kakak sebelum masuk darjah satu. Pejam celik dah nak masuk tujuh tahun. Dah besar anak cheq. Kadang orang pun tak percaya cheq ada anak umur enam tahun dah! Terima kasih la pada set kurus shaklee dan berkat amalkan vita C!

Balik pada entri kita sebelum hidung makin kembang. Hehehe. Macam tahun lepas tak banyak acara sebab baru lima tahun. Tapi tahun ni boleh tahan jugak acara yang kakak masuk. Dari awal bulan lagi kakak dah request baju Frozen untuk acara fancy dress. Macam tahun lepas tak ada pengalaman jadi baju pun tak semeriah mana. Jadi tahun ni bapas dendam tukar baju setiap satu acara. Mengalahkan cerita hindustan.




Acara pertama tak sempat nak tangkap gambar sebab acara mula cepat. Gambar atas ni acara kedua. Bergambar dengan cikgu sebelum acara bermula. Jadi cheq ada tempek lagi beberapa gambar sepanjang acara petang tadi.









Acara tamat dengan hujan renyai-renyai. Macam tahu-tahu je. Alhamdulillah adik pun tak buat perangai. Dekat 3 jam baru acara tamat. Tahun depan dah tak ada menari bagai. Semoga kenangan ni buat kakak gembira.



posted from Bloggeroid

Baca lagi
Comments

OMEGA GUARD UNTUK KULIT MENAWAN




KENAPA KULIT KERING

Masalah kulit kering selalunya disebabkan kekurangan EPA dalam diet kita. EPA ni selain untuk perkembangan otak anak dia juga berfungsi dalam memastikan sel-sel tubuh berfungsi dengan baik. Selain daripada kulit, rambut dan kuku juga turut terkena tempias kalau kita kekurangan EPA.

Sebenarnya EPA ni tak boleh dihasilkan oleh tubuh. Jadi macam mana kita boleh dapat EPA ni? Melalui pengambilan makanan dalam diet harian kita. Antara sumber EPA yang kita dapat adalah Omega 3 dan 6.Selalunya sumber yang paling mudah ada pada sesetengah ikan. Jadi pada yang suka makan ikan mesti kulit cantik. Contohnya paling mudah, tengok pada orang jepun. Mereka banyak makan ikan. Ikan diperairan sejuk macam di jepun kaya dengan omega 3 dan 6. Sebab tu kulit orang jepun cantik!





FUNGSI OMEGA PADA KULIT

Kandungan omega membantu membentuk lapisan pelindung dalam kulit yang membantu menghalang kehilangan lembapan. Jadi kulit akan kekal lembap dan dilindungi daripada dehidrasi.
Omega juga bantu mengekalkan kulit lebih lembap dan sihat. Omega bertindak melancarkan peredaran darah. Sedikit sebanyak membantu dalam menyihatkan dan memberi tona sihat pada kulit kita.
Omega juga membantu melambatkan penuaan kulit akibat sinaran matahari.

BONUS TAMBAHAN

Bagi yang mengamalkan omega untuk masalah otot ataupun untuk pembakaran lemak. Bonus tambahan sebab dalam masa yang sama dapat kulit yang lebih sihat dan cantik. Untuk hasil yang lebih baik, apa kata tambahkan pengambilan GLA Complex.
Tiada lagi kulit kering dan bersisik. Sebab tu kalau anak mengalami masalah kulit seperti ruam atau ezcema, kita disarankan mengambil omega. Jadi kalau nak atasi masalah kulit apa kata dapatkan omega guard sekarang. Sempena promosi November ni. Jangan lepaskan peluang!

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian..
Hubungi watiey seperti di bawah.
~ 0177757179
~ fiesyadam@gmail.com

posted from Bloggeroid

Baca lagi
Comments

CARA ELAK LELEHAN FARAJ TIDAK NORMAL

APA ITU LELEHAN FARAJ

Semua wanita pasti tahu apa itu lelehan faraj. Kesemua wanita tidak terkecuali daripada mengalami lelehan faraj. Bezanya mungkin pada segi warna dan rupa bentuknya. Kadang kala warnanya juga boleh bertukar. Penting untuk setiap wanita mengetahui sama ada ianya normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai jenis lelehan faraj. Ada antaranya bahaya dan ada yang tidak. Jika bahaya kita harus segera mengatasi kerana ia boleh mendatangkan penyakit.



Terdapat 2 jenis lelehan iaitu lelehan normal dan tidak normal. Lelehan normal terdiri daripada 2 jenis iaitu mukus serviks dan air mani. Bagi lelehan tidak normal ia bileh mendatangkan kesan pada perhubungan dan juga boleh mengundang penyakit yang mungkin mengundang maut. Jadi kali ni cheq sediakan beberapa cara untuk elakan lelehan faraj tidak normal.

- sentiasa pakai seluar dalam diperbuat daripada kapas. Kapas membenarkan bahagian intim bernafas dan kekal kering. Malah, kita digalakan untuk memakai seluar dalam hanya pada siang hari dan tidak digalakan memakainya ketika tidur malam.

- jangan sesekali melakukan douche tanpa nasihat doktor terlebih dahulu.

- jangan gunakan jeli petroleum atau apa-apa jenis minyak dengan tujuan untuk melincirkan bahagian intim. Perbuatan ini boleh menggalakkan baka bakteria berkembang dengan lebih banyak

- elakkan penggunaan daripada produk yang boleh menyakitkan faraj seperti bedak, sabun, losen dan cecair mandu yang mempunyai pewangi.

- jangan garu bahagian intim yang gatal. Ia boleh memburukan lagi keadaan.

- jika sedang haid jangan gunakan tampon. Gunakan tuala wanita biasa.

- sentiasa cuci bahagian intim dari depan ke belakang selepas membuang air kecil atau besar. Jika cara mencuci salah boleh menyebabkan bakteria ke faraj.

- pastikan kebersihan, tidur mencukupi dan diet seimbang dengan pengambilan air secukupnya adalah cara terbaik memastikan bahagian intim kita sentiasa sihat.

Selain penjagaan luaran pemakan juga haruslah diambil berat. Pengambilan vitamin untuk kesihatan dalam juga penting. Bila dalaman kita bersih, luaran pun pasti akan bersih juga. Antara supplement yang dapat membantu adalah alfalfa.

ALFALFA MENCEGAH DAN MERAWAT DALAMAN

Alfalfa dapat membantu dalam menjaga dalaman kita. Juga dikenali sebagai kacip fatimah moden ia membantu membuang toksin dalam badan yang boleh menyebabkan punca lelehan faraj tidak normal. Alfalfa juga bertindak mengatasi alahan yang menyebabkan kegatalan faraj. Amalkan pengambilan alfalfa sebanyak 3 biji sehari untuk kesihatan dalaman kita. Bila dalaman sihat luaran pun makin mengancam dan bersih!

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBELIAN
HUBUNGI WATIEY..
0177757179
fiesyadam@gmail.com

posted from Bloggeroid

Baca lagi
Comments

RAWAT PENYAKIT DENGAN PETUA SEMULAJADI










PETUA DARI BAHAN SEMULAJADI

Entri kali ni cheq nak kongsi beberapa petua yang boleh kita amalkan kalau sesuatu menimpa kita atau anak kita. Hanya menggunakan bahan semulajadi yang kita sendiri tak tahu khasiat sebenarnya. Semuanya daripada sumber makanan dan tumbuhan. Dan menariknya bahan yang kita gunakan tu semuanya ada di dapur rumah kita! 

Jom kita tengok antara tips yang nak cheq kongsikan kali ni dengan korang. Mana tahu lepas ni bolehlah dipraktikan. 

TIP DAN PETUA 

KURANGKAN PANAS BADAN BAYI


  • Jika anak kita demam dan suhu badannya tinggi, ambil segenggam asam jawa. Ramas asam jawa dengan sedikit air. Kemudian lumurkan sedikit demi sedikit bancuhan asam jawa tadi pada kepala anak. Insyaallah panasnya akan beransur sembuh. Selalunya petua ini diamalkan kepada bayi juga. 
KEMPISKAN PERUT 

Bagi mereka yang mengalami masalah perut buncit. Terutamanya ibu-ibu yang baru lepas melahirkan, cubalah petua mudah ini. Ambil sebiji peria bersaiz sederhana dan potong kecil-kecilan dan dikisar bersama sedikit gula dan air. Amalkan minum setiap pagi sebelum makan. Untuk rasa lebih enak simpan dalam peti sejuk.



HILANGKAN KUTU
  • Masalah kutu memang payah nak diubati. Cara ini mungkin dapat bantu korang lepas ni. Ambil beberapa ulas bawang putih, buangkan kulitnya dan tumbuk lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Akhir sekali balut kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci.
LEGAKAN BATUK


  • Kalau korang batuk dan dah cuba bermacam cara tapi masih tak beransur pulih. Apakata cuba petua ini. Ambil satu sudu makan madu dan campurkan dengan air perahan limau nipis dan makan. Amalkan sehari tiga atau empat kali hingga batuk beransur pulih. 
SEMBUHKAN LUKA
  • Sapukan lendir lidah buaya atau aloe vera pada tempat luka. Pasti luka akan makin sembuh dan tak memeritkan. 
Semoga korang mendapat manfaat daripada petua dan tip ini. Selamat mencuba! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

BERANGIN SATU BADAN? ATASI MASALAH BERANGIN DENGAN PEPPERMINT GINGER PLUS

MASALAH ANGIN DALAM BADAN


Masalah angin dalam badan selalunya berpunca daripada proses penghancuran makanan oleh bakteria dalam usus besar yang tidak dihadamkan dengan sempurna. Disebabkan gangguan daripada saluran usus maka badan kita akan mula merasa penangannya. Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang dan makan makanan yang menyebabkan angin juga salah satu punca. Pengambilan gula-gula getah juga sebenarnya boleh menyebabkan kita menyerap angin masuk kedalam badan. Bila badan dah penuh dengan angin mulalah jadi simptom-simptom macam dekat bawah ni.
  • pening kepala
  • mual
  • rasa lesu dan tak bertenaga
  • rasa lenguh dan kebas anggota badan
  • tapak kaki dan tangan rasa sejuk
  • kadang kala muntah
  • hilang selera makan

LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH ANGIN

Terdapat banyak petua dan tip yang boleh diamalkan dalam mengatasi masalah angin ni. Antaranya ialah:
  • banyakkan pengambilan air masak
  • kunyah makanan perlahan-lahan 
  • hindarkan mengambil makanan yang menjadi punca badan berangin
  • pengambilan ubat-ubatan yang dapat membantu mengeluarkan angin dan memberi kelegaan 
Tapi pengambilan ubat tidaklah digalakan. Cheq sendiri banyak amalkan petua daripada bahan semulajadi. Tapi sekarang cheq amalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus untuk melegakan masalah angin dalam badan. 

Peppermint Ginger Plus Atasi Masalah Angin 

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur yang dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan sains terkini. Mengandungi herba asli pudina, jintan manis, jintan hitam dan halia yang antara khasiatnya membantu mengeluarkan angin dalam badan. Halia yang bertindak memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dapat melegakan senak perut. Pudina pula membantu dalam mengalakan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 
Lebih menarik lagi kita boleh menjadikan Peppermint sebagai minuman herba semulajadi dengan cara menumbuk dan campurkan dengan air panas. Bayangkan kalau 4 herba asli disatukan dalam satu cawan dah tentu mudah nak keluarkan angin dari dalam badan. Antara khasiat lain peppermint ini:
  • membantu melancarkan sistem penghadaman
  • membantu mencuci usus dan perut
  • membantu mengurangkan masalah gastrik
  • membantu mengurangkan masalah angin dalam badan
  • membantu masalah mabuk laut dan darat
  • melegakan mual dan loya ketika hamil
Kita tengok salah satu testimoni mereka yang menggunakan peppermint ni.




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

5 TIPS PEMAKANAN SIHAT UNTUK ANAK SIHAT

MAKANAN PERTAMA


Masuk umur 6 bulan kebanyakan bayi dah diperkenalkan dengan makanan pejal. Ibu akan memberikan makanan pejal yang dapat mengajar mereka tentang rasa dan jenis makanan. Pada waktu ini kita harus memberikan makanan yang berkhasiat dan berguna untuk tumbesaran mereka. Pada masa inilah tubuh mereka memerlukan lebih nutrien untuk memastikan tubesaran berjalan lancar. Jadi kali ni cheq nak kongsi dengan ibu bapa beberapa tip pemakanan sihat yang dapat membantu anak membesar dengan sihat.

  • BERIKAN SUMBER PROTEIN YANG MENCUKUPI
Protein amat penting dalam diet harian anak kita. Selain menyumbang kepada tumbesaran tubuh, ia turut membantu membina dan memperbaiki tisu badan mereka yang rosak.

  • HADKAN PENGAMBILAN GULA
Gula merupakan karbohidrat dan boleh didapati dalam buah-buahan, makanan pencuci mulut dan minuman berperisa. Gula membekalkan tenaga namun tidak mengandungi nutrien yang banyak. Elakkan memberi anak minum minuman berkarbonat dan galakan mereka minum banyak air masak.
Selain itu, elakan pengambilan snek dan makanan ringan yang mengandungi serat gula yang tinggi. Galakan pengambilan buah-buahan keran ia mempunyai kandungan gula yang sihat dan kaya dengan vitamin.

  • JANGAN GUNAKAN GARAM
Elakkan membeli makanan segera dan siap dari pasaran kerana tahap kandungan garam yang tinggi. Cuba pastikan sebolehnya makanan yang diberikan dimasak oleh kita sendiri. Kurangkan penggunaan garam dalam masakan atau kalau boleh jangan gunakan garam langsung.

  • PERLUNYA PENGAMBILAN LEMAK BAIK
Bukan semua lemak menjejaskan kesihatan. Kita diharuskan mengambil lemak untuk kegunaan tubuh. Terdapat lemak baik dan lemak tidak baik. Lemak yang baik mengandungi asid lemak yang penting untuk pembentukan otak dan menjalankan fungsinya terhadap tubuh dengan baik.
Pilihlah bahan mentah yang rendah lemak tepunya, rendah asid lemak dan rendah kolestral. Elakkan dari memberi anak kita makanan rendah lemak yang dikhaskan untuk orang dewasa. Berikan mereka sayuran dan ikan kerana ia kaya dengan Omega 3 dan Omega 6.

  • TETAPKAN WAKTU MAKAN
Ajar anak mengikut waktu makan yang ditetapkan. Termasuklah bila waktu untuk makan dan apa yang harus dimakan. Hidangkan mereka makanan seimbang setiap kali waktu makan. Pastikan semua ahli keluarga makan bersama mereka untuk menaikkan semangat mereka untuk makan.
Cuba amalkan pemberian karbohidrat lengkap dan nutrisi lengkap setiap kali kita berikan anak kita makan. Cuba tukarkan pemberian snek yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan setiap kali mereka meminta makanan sementara menanti waktu makan sebenar.

Pemakanan yang sihat membekalkan nutrisi sihat untuk anak kita. Kanak-kanak yang kurang zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Ibu bapa juga haruslah memainkan peranan dalam memperkenalkan jenis makanan dan tabiat pemakanan yang betul kepada anak. Mereka akan makan apa yang kita makan. Jadi mulakan pemakanan yang lebih sihat hari ini.


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

ANAK KENYANG MAK MENGANCAM?? CIK SUAMI BERTAMBAH SAYANG.


SUSU MERUNDUM DAN BADAN SEMAKIN TEMBUN

Selalu masalah seperti ni berlaku pada ibu yang beranak kecil dan menyusukan anak. Tapi ada pula yang sebaliknya. Ada yang selepas bersalin berat badan menurun disebabkan meyusukan anak. Tapi masalah lain pulak datang. Susu badan makin berkurangan. Dari nak menyusukan anak selama 2 tahun, disebabkan masalah susu merundum 3 bulan pun tak lepas! Jalan penyelesaian yang ada kena makan makanan yang sihat dan banyak untuk bekalkan susu yang meriah. Nenek kita dulu-dulu selalu pesan makan banyak sikit nanti anak nak menyusu tak cukup susu. Tapi kesan lain pada si ibu pulak, berat badan makin bertambah. Dari nak dapatkan berat badan masa sebelum bersalin dah kena ucapkan selamat kerana berat naik mendadak!

SATU PRODUK DUA KHASIAT

Bagi yang mengalami masalah macam dekat atas tu, mesti pening nak mencari jalan macam mana nak mengatasi masalah susu berkurangan. Dalam masa yang sama nak menurunkan berat badan. Kita ni nak kuruskan badan bukan untuk diri sendiri tapi untuk cik suami jugak. Semua nak tampil cantik depan suami. Jadi cheq nak perkenalkan pada korang set asas untuk membantu masalah susu berkurangan dan dalam masa yang sama dapat mengembalikan berat badan korang sebelum mengandung. 

Tak perlu nak makan sampai tiga, empat jenis supplement cuma dengan amalkan pengambilan ESP dan Alfalfa. Mungkin korang boleh tersenyum lebar lepas ni! Bagi yang dah kenal dengan Alfalfa dan juga ESP, ramai yang tahu keduanya adalah agen untuk pengurusan badan. Alfalfa bertindak dalam membuang lemak dan toksin yang ada dalam badan. Manakala ESP pulak bertindak sebagai agen pembina yang membantu mengembalikan bentuk badan selepas badan kembali slim. Tapi tahukah korang selain untuk kurus ESP dan Alfalfa juga bertindak sebagai milkbooster. Jadi bagi ibu-ibu yang nak dapatkan berat badan macam dulu korang tak perlu risau sebab set asas ni selamat untuk diambil walaupun anak menyusu badan. 

JIMAT BELANJA

Dalam masa yang sama, korang dah dapat menjimatkan duit. Tak perlu nak beli berbagai jenis supplement. Dengan satu set saja korang dah boleh dapat 2 kebaikan. Rasanya tak ada lagi set yang macam ni. Kalau ada pun selalunya lebih fokus pada nak kuruskan badan. Istimewanya supplement shaklee ni, ia bersifat semulajadi dan selamat. Apa kata kita tengok antara khasiat yang ada pada Alfalfa dan ESP ni dalam mengembalikan berat badan ideal dan membantu mengatasi masalah kekurangan susu. 



Pengambilan ESP dan Alfalfa dapat membantu ibu menyusu dengan memberikan khasiat berikut:
  • mempercepatkan penghasilan susu badan
  • memelihara dalaman wanita
  • melegakan urat lepas bersalin
  • atasi masalah sembelit
  • menghilangkan kelesuan 
  • buang angin dalam badan
  • tingkatkan keintiman wanita
  • menegangkan payudara
  • membantu mengenyangkan bayi 
  • memekatkan susu
  • membantu menghilangkan kesan parut stretchmarks
  • menganjalkan lebihan perut dan bahagian badan yang kendur
Jadi tak rugi kan kalau kita mencuba set asas ni. Dapat beri anak susu secukupnya dalam masa yang sama dapat mengembalikan berat badan ideal.  Milkbooster ini adalah mempercepatkan penghasilan susu ibu sahaja. Apa pun konsep supply vs demand itu penting. Susu ibu mestilah sentiasa kerap dikosongkan dari payu dara untuk mengalakkan penghasilan susu dengan lebih cepat. Semoga kita berjaya menyusukan anak kita sehingga berusia 2 tahun dan dalam masa yang sama dapat membuatkan cik suami terlajak sayang!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

TIPS UNTUK DAPATKAN TIDUR YANG LENA KETIKA HAMIL

MASA TIDUR TAK SEINDAH DULU


Semua wanita mengalami kesukaran untuk tidur ketika hamil. Lebih-lebih lagi bila usia kandungan dah memasuki tiga bulan terakhir. Kalau dulu tidur boleh sesuka hati tapi bila mengandung kita terpaksa mengorbankan posisi tidur feveret dek kerana nak memberi keselesaan pada kandungan dan kita sendiri. Kadang kala perasaan negatif datang mengganggu. Banyak perkara yang menggangu tidur ibu hamil. Ini disebabkan gangguan hormon ketika hamil dan juga faktor daripada perubahan susuk tubuh.

Kalau dah tidur terganggu ia juga membawa kesan pada kesihatan kita. Kali ni cheq nak kongsikan beberapa tips yang boleh membantu ibu hamil yang mengalami masalah kesukaran untuk tidur. Mana tahu lepas ni boleh atasi masalah korang tu. 

TIPS MENGATASI MASALAH KETIKA TIDUR

  • elakkan diri daripada perasaan negatif contohnya rasa risau
  • elakkan minum minuman berasaskan kopi dan kafein
  • jauhkan daripada mengambil makanan yang terlalu banyak karbohidrat ketika makan malam
  • lakukan senaman ringan selepas bangun dari tidur 
  • tidur dengan suasana selesa dengan tilam, bantal dan selimut
  • kenal pasti punca kenapa sukar tidur dan bincangkan bersama doktor anda
Selalunya punca sukar tidur ketika hamil disebabkan sakit belakang dan lenguh-lenguh badan. Bila badan tak selesa maka tidur pun terganggu. Fokuskan pada posisi tidur yang baik ketika hamil. Tidur secara mengiring kek kanan atau ke kiri. Terpulang kepada keselesaan kita. Kadang kala kita akan terasa sesak nafas ketika baring tapi ia adalah perkara normal pada fasa akhir kehamilan ni. Gunakan bantal yang lebih tinggi untuk bahagian kepala bagi memudahkan pernafasan. 

mengiring posisi terbaik

Sebenarnya kesabaran yang paling penting dalam mengatasi masalah ini. Sebab tak semua dapat merasai apa yang ibu hamil rasa. Macam pengalaman manis yang hanya akan dapat kita rasa apabila hamil. Semoga tips mudah ni dapat membantu mengatasi masalah tidur korang. 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 

 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

GAGAH & BERMUTU? SIAPA YANG GAGAH MEH BACA DISINI

Entri kali ni kita nak bincang isu tentang lelaki. Anda lelaki? Segagah mana rasanya anda? Bermutukah kualiti kelakian anda? Bukan nak mencari siapa lemah siap gagah tapi sekadar nak berkongsi satu cara yang boleh bikin anda, lelaki gagah dan bermutu.



Sesetengah lelaki sukar untuk membincangkan masalah berkaitan kelakian. Mungkin bagi mereka isu ini agak sensitif. Tapi sebenarnya disebabkan sikap ini yang akan memberi kesan kepada kesihatan mereka. Dan ada juga yang mengambil sikap sambil lewa dengan membiarkan sahaja.

EGO DENGAN KEGAGAHAN TANPA SEDARI MUTU BERKURANGAN

Bila cakap isu tentang kekuatan, pasti semua akan cakap. Saya masih mampu. Tak ada apa masalah. Semua ok saja. Menurut kajian, lelaki yang mengalami masalah batin juga mampu mencapai ejakulasi tapi tahap kekuatan air mani mereka menurun. Jadi contohnya macam Buah durian yang berkulit tajam nampak ganas tapi tang isi lembik dan adakalanya tawar!

Antara faktor terjadinya masalah kurang kualiti pada sperma disebabkan:
√ merokok
√ kesan kemalangan terdahulu
√ kesan daripada cara hidup yang tak sihat
√ kesan pengambilan ubat
√ sejarah kesihatan

BANTUAN DAN PENYELESAIAN

Selalunya dengan pengambilan makanan yang seimbang dan cara hidup sihat mungkin dapat membantu. Selain tu, pengambilan supplement dan vitamin yang membantu dalam menangani masalah ini juga boleh membantu.

Set untuk kesihatan lelaki yang selaku disyorkan adalah Vita E Complex dan juga zinc. Khasiat yang ada dalam kedua-dua suplement ini membantu meningkatkan kualiti dan memberi tenaga. Tapi kali ini cheq nak kongsikan satu lagi supplement yang turut membantu menambahkan kualiti dan memberi mutu pada kaum lelaki. Omega Complex juga boleh diamalkan untuk membantu kaum lelaki dalam menangani masalah berkaitan. Jom tengok apa ada dalam Omega Guard yang berkhasiat untuk kaum lelaki.



Omega guard kaya dengan Omega-3 yang memberi banyak manfaat pada tubuh kita. Dalam masa yang sama membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki. Omega Guard bertindak mengawal pelbagai jenis hormon dalam badan. Kaya dengan Omega-3 yang mengandungi ALA yang bagus untuk kesihatan lelaki.

Omega-3 juga menghasilkan prostalgladin.Prostalgladin merupakan bahan hormon dalam badan. Ia penting untuk fungsi kimia badan. Khasiatnya pada kaum lelaki ia bertindak mengawal muscle generation dan membantu penghasilan sperma yang berkualiti. Ini kerana prostalgladin ada dalam sperma.

Jadi kalau sebelum ni awak atau suami korang hanya mengamalkan Vita E dan Zinc. Apa kata cuba pulak Omega Guard. Sebab dalam masa yang sama bertindak menjaga jantung dan meningkatkan metabolisme. Jadi lepas ni bertambah gagah dan bermutulah!

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
posted from Bloggeroid
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top