Comments

ALAM KEHAMILAN...




KEHAMILAN berkait rapat dengan kesuburan.. Kitaran Haid dan Ovulasi merupakan faktor penting yg perlu kita fahami. Kalau kita faham tentang dua perkara ni, kita boleh merancang kehamilan untuk diri kita..


KEHAMILAN adalah keadaan dimana satu atau lebih embrio atau fetus oleh wanita dalam tubuh mereka. Dalam kehamilan kemungkinan serentak ( sebagai contoh KEMBAR atau kembar lebih dari dua ) Kehamilan berlangsung sekitar 9 bulan amtara tarikh kitaran haid TERAKHIR dan kelihatan 38 minggu dri tempoh persenyawaan.

Istilah perubatatan bagi wanita mengandung -GENTALIAN.

Istilah awal minggu -EMBRIO.

Istilah bayi minggu seterusnya hingga lahir. -FETUS.





PERINGATAN Trimester pertama ialah tempoh di mana risiko tertinggi KEGUGURAN ( kematian biasa embrio atau fetus )boleh berlaku. Trimester kedua ialah semasa perkembangan fetus boleh mula dipantau dan didiagnosis. Trimester ketiga ialah permulaan kebolehidup seseorg insan atau fetus untuk trus hidup, dengan atau tanpa bantuan perubatan dan berada di luar rahim ibu.


FIRST TRIMESTER




Secara perubatan, kehamilan ditakrifkan sebagai permulaan embrio yang berkembang melekat pada lapisan endometrial pada dinding uterus wanita. Kebanyakan wanita mengandung tidak mempunyai sebarang tanda atau simtom lekat, sungguhpun biasa bagi mengalami sedikit pendarahan semasa melekat. Sesetengah wanita mengalami kekejangan semasa trimester pertama. Ini biasanya tidak membimbangkankan kecuali turut berlaku (spotting) pendarahan. Muntah pagi dialami sekitar tujuh puluh peratus kesemua wanita mengandung, biasanya hanya trimester pertama. Kebanyakan keguguran berlaku pada tempoh ini.


SECOND TRIMESTER


Bulan ke-4 hingga 6, kehamilan. Kebanyakan wanita rasa lebih bertenaga dalam tempoh ini, dan mula menambah berat ketika simptom sakit pagi ( morning sickness ) berkurangan dan akhirnya lenyap. Pergerakan pertama fetus dapat dirasai dan mulai membentuk pada bentuk yang dapat dikenali. Ini biasa berlaku pada bulan keempat. Tembuni kini berfungsi sepenuhnya dan fetus mula menghasilkan insulin dan kencing. Gigi mula terbentuk dalam gusi bayi dan organ pembiakan dapat dikenali samada lelaki atau perempuan.

THIRD TRIMESTER


Peningkatan berat terakhir berlaku pada tempoh ini, dan fetus mulai bergerak secara tetap. Pusat ibu kadangkala terkeluar disebabkan perutnya yang membesar. Tempoh kehamilan ini boleh menjadi kurang selesa disebabkan pundi kencing lemah dan sakit belakang. Pergerakan bayi semakin kuat dan lebih kerap dan fetus bersedia untuk berada di luar rahim dengan peningkatan fungsi otot, otak dan mata.
 Pada masa ini bayi yang dilahirkan pramtang mampu hidup. Kegunaan teknologi perubatan moden telah meningkatkan kemungkinan bayi pramatang terus hidup pada tarikh lebih awal tanpa bantuan. Sungguhpun dengan perkembangan ini, kelahiran pramatang masih merupakan ancaman kepada fetus, dan mungkin menyebabkan kesihatan lemah selepas ini, walaupun bayi terselamat.


FUHH letih.. smbung lain kali plak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top