Comments

ATASI SEMBELIT ANAK DENGAN MEALSHAKES


Masalah sembelit dikalangan anak kita amat membimbangkan. Sebagai ibu bapa dah tentu perasaan kita menjadi tak keruan apabila anak diserang sembelit. Bermacam cara dah dilakukan tapi sembelit tetap menyerang. Bayangkan bagaimana anak kita mencari tenaga untuk meneran. Jadi entri kali ini nak kongsi tentang peranan mealshakes dalam menangani isu sembelit di kalangan anak. Sebelum tu jom kita isi pengetahuan tentang sembelit serba sedikit. 
 Punca utama sembelit adalah kekurangan pengambilan air putih. Bila kurang air dalam badan salur pundi akan kekeringan dan ia akan menyebabkan najis menjadi keras kerana kekurangan air. Penggunaan susu formula pun boleh dijadikan penyebab. Macam anak cheq dulu sampai 3 ke 4 jenis susu formula dah di cuba untuk keserasia. Mengikut fakta pulak pengambilan produk tenusu yang berlebihan juga boleh menjadi penyebab berlakunya sembelit. Selain itu kurangnya pengambilan makanan berserat tinggi macam buah dan sayuran juga salah satu penyebab.
Terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mencegah dan merawat masalah sembelit. Betik, pisang, tembikai boleh membantu. Selain pengambilan air masak yang banyak. Pastikan anak kita diberi minum air banyak setiap hari untuk memastikan kandungan air dalam badan mereka mencukupi. Ini kerana mereka memang cukup susah nak minum air. Kalau bagi air manis memang laju! 
Selain petua pengambilan ubat untuk memudahkan mereka membuang air besar juga ada di jual di farmasi. Tapi tidak digalakkan penggunaannya. Ini kerana ia boleh membuatkan organ pembuangan mereka menjadi malas untuk bekerja dek selalu ditolong. Terdapat juga ubat yang boleh diminum untuk membantu anak yang jarang membuang air besar. Sebenarnya ubat - ubatan ni bukanlah jalan penyelesaian. Jika masih boleh dielakkan dengan menggunakan bahan semulajadi macam pengambilan buah. Cubalah elakkkan. 

BAGAIMANA MEAL SHAKES BANTU ATASI  SEMBELIT


Selalunya jika anak mempunyai masalah sembelit, cheq akan syorkan mealshakes. Selain kaya dengan kahsiat dan nutrisi. Terdapat ramuan penting di dalam mealshakes yang bertindak khas dalam mengatasi masalah sembelit. 

XANTHAN GUM

Xanthan gum adalah sebatian gula yang dihasilkan melalui proses penapaian gula jagung bersama sejenis bakteria yang dipanggil Xanthomonas campestis. Sejenis bakteria baik walaupun namanya agak sukar disebut. Ia adalah bakteria yang sama yang mencipta bintik pada brokoli.

Antara khasiat xanthan gum.
❤digunakan sebagai lawas yang membantu merawat sembelit
❤mengurangkan gula dalam darah pesakit diabetes
❤menurunkan paras kolestral pesakit diabetes
❤bertindak sebagai pengganti air liur bagi mereka yang mempunyai masalah mulut kering

Fungsi xanthan gum di dalam mealshakes ia bertindak mengembang dalam usus. Ia bertujuan untuk merangsang saluran penghadaman untuk menolak najis melaluinya. Ia juga melambatkan penyerapan gula dari saluran penghadaman dan berfungsi sebagai pelembapan. Kajian menunjukkan pengambilan Xanthan Gum dapat meningkatkan pengeluaran najis dan kandungan air dalam badan. Selain bertindak sebagai pelawas yang baik.
Kajian menunjukkan pengambilan Xanthan Gum selama 10 hari sangat berkesan kepada mereka yang mengalami masalah sembelit. Terutama kepada anak. Jadi dengan pengambilan Mealshakes, masalah sembelit anak mungkin dapat diatasi! Jom kita tengok khasiat lain yang terdapat dalam mealshakes.

KHASIAT MEALSHAKES

❤ lengkap dengan 24 jenis mineral dan vitamin 
❤ membekalkan nutrisi kepada sel tubuh untuk membina sel kulit, kuku, rambut, organ dan lain - lain
❤ kaya dengan asid folik, boitin, kalsium dan magnesium yang membantu tumbesaran anak 
❤ kaya dengan serat larut yang bersifat detoksifikasi yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa        buangan dari perut dan usus
❤ makanan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic
❤ setiap bancuhan mengandungi satu pertiga daripada US RDA dan 19 vitamin dan galian

DAPATKAN MEALSHAKES PROMOSI OKTOBER...
BERBALOI - BALOI!!

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 ✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿ Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 
✿✿ Ingin beli sendiri mealshakes anda?? klik gambar dibawah..




 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.







posted from Bloggeroid
Baca lagi
Comments

KETAHUI 7 RAHSIA DIRI WANITA

Tahu tak setiap perlakuan dan bentuk fizikal pada diri kita kadang kala memainkan peranan dan menunjukkan kepada kita imej diri kita yang sebenar. Tapi zaman serba moden ni orang dah tak tahu nak bezakan dan rasanya memang tak tahu pun tentang perkara ni. Hanya orang tua - tua yang masih peka dalam bab ini. Sebab itu kalaau kita lihat orang tua suka perhatikan anak muda. Pada kita mungkin itu perkara biasa tapi mereka sebenarnya meneliti diri melalui fizikal kita.
Banyak anggota tubuh kita yang boleh dijadikan rujukkan untuk mengetahui rahsai peribadi seseorang. Tapi entri kali ini nak kongsikan 7 rahsia diri seorang wanita. Bukan nak membuka pekung sendiri tapi nak kongsi betul ke peribadi diri yang digambarkan dengan diri kita tu sama. Ataupun hanya sekadar omongan kosong. Ada sesetengah orang tengok pada jenis mata, ada tengok pada tahi lalat dan ada juga yang melihat pada keadaan punggung. Tapi kali ini nak tengok keadaan payu dara mempengaruhi sikap si pemiliknya. Jom kita bandingkan. Jom kita belek untuk ketahui benar atau hanya sekadar mitos.


 PAYUDARA BERSAIZ BESAR
  wanita ini tidak suka dikonkong kebebasannya
 mudah memulakan hubungan dengan lelaki kerana sifat mereka yang peramah
 mempunyai pemikiran yang luas
 bersikap rendah hati dan baik hati
 sukar memaafkan jika dilukai
 lelaki impian : yang bertanggungjawab dan sentiasa bersedia mengharungi masalah bersama

PAYUDARA MONTOK
 tidak pernah bertahan lama dalam perhubungan
 luaran kelihatan seperti seorang yang baik hati dan bertanggungjawab namun sebenarnya bersikap emosi 
 lelaki idaman: lelaki berbadan macho dan jenis suka ikut perintah
 jika berkahwin wanita ini akan menjadi ibu dan isteri yang bertanggungjawab dan jujur kepada suami

PAYUDARA NAIK KE ATAS
 sangat mudah diatur, setia pada pasangannya
 seorang yang sentiasa berwaspada dan suka pada orang yang bercakap tanpa selindung
 setia kepada pasangannya
 cenderung memilih lelaki yang bersesuaian dengan kriterianya
 lelaki idaman : mempunyai rasa humor yang tinggi dan mempunyai keperibadian yang terbuka
 wanita ini tidak akan menilai harta pasangannya namun lebih peka kepada latar belakang keluarga

PAYUDARA AEROLEA LEBAR
 wanita ini cenderung bersifat maskulin atau lebih dikenali sebagai "tomboy"
 sifat toboy itu akan hilang apavila usia mereka meningkat
 tidak menyukai tekanan dan kenkangan daripada orang lain
 suka membandingkan teman antara satu sama lain
 lelaki yang sesuai untuk wanita ini adalah yang boleh dipercayai dan selalu berada disisi ketika mereka susah dan senang

PAYUDARA MELEBAR
bersifat periang dan sentiasa tersenyum
 suka berbicara dan memperbesarkan masalah
 mudah marah, tidak suka dikonkong namun mudah membantu orang yang menghadapi masalah
 jujur dan berterus terang ketika berurusan dengan hal yang berkaitan dengan emosi
 tidak sesuai dengan anak lelaki yang menjadi anak sulung dalam keluarga 

PAYUDARA MENURUN
 seorang yang sensitif
 akan merasa dikhianati jika kekasihnya tidak menghargai perhatian yang diberikan 
 berfikiran cetek dan tidak berpengalaman
 bila menjadi isteri dan ibu, dia merupakan ibu yang baik hati

PAYUDARA KECIL
 bersifat terbuka 
 mampu memahami orang lain 
 seorang yang penyabar
 baik hati
 pasangan yang sesuai untuk wanita ini haruslah mempunyai pekerjaan yang tetap kerana wanita ini tidah tahan kepada stress yang berpanjangan










✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 ✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿ Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

ATASI MASALAH KULIT KERING DENGAN GLA

Baik wanita mahupun lelaki masalah kulit adalah masalah paling utama yang mengganggu kehidupan. Betul atau tidak? Tak kiralah kulit sihat atau sebaliknya. Kalau ada yang kurang ambil berat tentang kesihatan kulit pun mungkin hanya segelintir. Ramai diantara kita beranggapan kulit tanpa jerawat bermaksud kulit sihat. TIDAK sama sekali. Kulit mempunyai banyak masalah. Masalah jerawat hanya salah satu daripadanya. Terdapat banyak lagi masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan kulit terutamanya kulit wajah.
Bagi kaum wanita kulit muka selalunya diberikan perhatian yang lebih utama. Percaya atau tidak? Tak kiralah penampilan macam mana pun muka tetap nak cantik. Ini disebabkan wajah memainkan peranan bagi seseorang. Wajah juga menjadi tunggak keyakinan seseorang. Sebab itu wanita terutamanya sangat mementingkan penjagaan kulit wajah. Entri kali ni nak kongsi tentang penjagaan dan cara mengatasi masalah kulit kering.

KULIT KERING

Kulit kering berlaku disebabkan kepekaan dinding pembuluh darah terhadap rangsangan dari luar berkurangan. Ini menyebabkan peredaran darah menjadi tidak sempurna. Kulit kering akn bertambah teruk jika terdedah kepada angin, perubahan cuaca dari sejuk kepada panas atau sebaliknya. Dan paling ditakuti apabila garis atau kedutan MUDAH terbentuk di kawasan pipi dan sekitar bibir.

CIRI - CIRI KULIT KERING

√ kandungan pH 5.3 hingga 5.4
√ kulit terasa seperti ditarik selepas mencuci muka
√ kulit bertekstur nipis dan kelihatan pucat
√ kawasan T wajah langsung tidak mempunyai kelembapan
√ kulit halus mudah menjadi kasar
√ kedutan dan garis halus mudah terbentuk

FAKTOR BERLAKUNYA KULIT KERING

√ genetik
√ keadaan tekstur kulit
√ pola makanan
√ persekitaran
√ penyakit kulit seperti ceksim, psoriasis dll

RAWATAN

Pemakaian krim pelembap merupakan jalan yang terbaik untuk mengelakan kulit dari terus kering dan menjadi lebih teruk. Tapi pemilihan krim pelembao juga meainkan peranan. Tak semua krim pelembap yang ada di pasaran bersesuaian dengan kulit kita.
Selain pemakain krim pelembap. Beberapa petua tradisional juga boleh digunakan. Cuma tak ramai yang tahu rahsia penggunaan petua orang dulu - dulu. Minyak jojoba juga merupakan salah satu pilihan untuk mengatasi masalah kulit kering. Pengambilan buah - buahan dan sayuran yang mengandungi vitamin A dan B juga dapat membantu.

GLA PILIHAN UNTUK KULIT KERING



Kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun dalam sel dan tisu.
Gla terbukti dapat mengurangkan simptom seperti mengelupas, gatal yang terjadi akibat kulit kering. Dengan pengambilan gla, ia dapat mengurangkan inflamensi kulit dan masalah kulit kering.

Gla mengatasi masalah kulit seperti:-
√ jeragat (bintik penuaan)
√ parut jerawat ( tona kulit tak sekata)
√ kulit kering

Gla juga sudah diketahui sangat baik dalam menstabilkan hormon yang juga merupakan salah satu punca kulit kering. Untuk pengetahuan kita salah satu faktor yang menjadikan kulit kering ialah pembawaan simptom bagi mereka yang menghidap diabetes. Mereka lebih cenderung untuk mendapat kulit kering. Dalam masa yang sama gla berfungsi menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula dalam darah dan mengimbangi hormon insulin.

CADANGAN PENGAMBILAN
Untuk mendapatkan kulit yang lembap dan berseri amalkan pengambilan gla sebanyak 1 biji setiap kali selepas makan 2 kali sehari.


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿ 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
posted from Bloggeroid
Baca lagi
Comments

ORKID OH ORKID

Bismillah.

Hari ini boleh dikatakan hari berjimba sekeluarga. Hari yang penuh dengan aktiviti dari pagi sampai malam. Jadi cheq nak kongsi salah satu aktiviti cheq dengan keluarga hari ini.
Pagi bawak ke petang duduk di luar. Nasib la tengah bendera merah. Alhamdulillah berkat minum ESP pagi tadi masih lagi bertenaga. Temgok cik suami dah macam tak larat. Hari ni dia bersarapan dengan nescafe. Jadi tak boleh la nak hidangkan ESP. Kan ESP tak boleh minum lepas "pekena" kafein.
Berbalik pada kembara aktiviti hari ini. Dalam menyelesaikan beberapa agenda keluarga ternampak dari jauh "Festival Orkid"!. Terus teringat dekat mak yang memang peminat fanatik orkid. Lepas selesai urusan ajak cik suami mencuci mata dekat festival tu.
Bukan hanya orkid tapi banyak lagi pokok - pokok bunga lain yang memang menguji kesabaran. Rasa macam nak beli semua!. Tapi bila fikirkan tangan cheq yang tak berseni ni rasa macam kena abaikan jelah hasrat murni ni.
Aktiviti macam ni sebenarnya merupakan salah satu alternatif yang dapat memberi kesan positif pada kita. Dalam masa yang sama boleh memberi ketenangan. Serius memang berbaloi. Bila tengok bunga - bunga berwarna - warni. Aduhai hilang stress! Jadi apa kata ikut nasihat cheq. Pergilah luangkan masa walaupun sekejap sebab ia dapat memberi ketenangan pada diri kita.
Jadi cheq nak belanja beberapa keping gambar di festival orkid tengah hari tadi. Selamat menjamu mata!




















posted from Bloggeroid

Baca lagi
Comments

PENANGAN LECITHIN



Baru ingat nak bakar lemak sebab makan makanan berminyak terlebih. Tup - tup ringan je botol. Habis dah! Kenapa cik suami tak khabarkan. Cheq lebih fokus pada Alfalfa sebab selain bagi maintain alfalfa rahsia cheq di sayang suami!
Kisahnya lecithin ni cik suami yang konsisten ambil. Sebab kata dia serasi. Walaupun makan banyak proses penggantian tu cepat diproses. Maksudnya kalau malam ni pukul 8 malam makan. Sebelum tidur mesti buat temujanji dekat bank di rumah dulu. Tapi jangan salah faham pulak pasal lecithin ni. Sebab lecithin tak mengganggu perut.
Dah beberapa botol amalkan lecithin cik suami pun dah boleh maintain saiz pinggang seluar. Kalau dulu setiap bulan kena beli seluar baru dua tiga kali, tapi sejak amalkan lecithin dah dua kali beli seluar baru! Tapi beli seluar yang saiz ke bawah! Jadi dah ada beberapa orang jugak yang melekat lepas dipamerkan testimoni fresh depan mata!

SERBA SEDIKIT TENTANG LECITHIN

Dikenali sebagai pengemulsi semulajadi  yang membantu badan menyerap nutrien larut. Soya merupakan sumber asas kepada lecithin. Sistem badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Pengambilan lecithin sangat digalakan untuk melancarkan pengurusan berat badan dan sistem badan kita. Lecithin Shaklee ni bebas kolestral.Bertindak sebagai pemecah lemak. Lecithin juga bertndak sebagai pelarut lemak. Juga sesuai untuk diambil oleh ibu yang menyusukan. Lecithin juga mempunyai banyak khasiat lain. 

KHASIAT LECITHIN

✿ membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan seperti darah tinggi,           stroke dan lain - lain
✿ dengan sedikit senaman mampu membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak
✿ lecitihin melindungi sel darah merah daripada jangkitan virus
✿ pengambilan lecithin dapat membantu meningkatan daya ingatan
✿ lecithin juga bertindak sebagai pelincir kepada sendi - sendi
✿ lecithin merupakan sumber kepada hormon neurotransmitter yang dapat membantu masalah insomia

Terdapat banyak lagi khasiat lecithin sebenarnya. Dan jangan tak tahu selain membantu ibu selepas bersalin mendapatkan berat badan ideal lecithin juga boleh melegakan masalah bengkak susu. Jadi tak hairan ramai ibu berpantang memilih lecithin.
Jadi sekarang nak buka laman web shaklee nak order lecithin untuk cik suami! Kalau nak jugak boleh hubungi cheq seperti dibawah.

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 ✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com ✿✿
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

ATAU

KLIK DISINI UNTUK PEMBELIAN SECARA ONLINE. 

 ✿✿ Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

pisang cheese mek tie

Entri kali ni nak kongsi satu resepi mudah. Khas untuk orang yang gemar makan cheese macam aku. Kalau bab cheese ni memang aku satu family boleh kata hiper! Nak pulak cik suami.
Dah lama mek tie dengar pasal pisang cheese ni. Baca orang makan pisang cheese. Beli sampai nak kena beratur. Dalam hati duk kata sedap benor ke pisang cheese ni. Macam nak kena cuba ni. Dek kerana terujaan mendengar ada cheese tu. Tapi mek tie ni duduk jauh benar dari tempat orang menjual pisang cheese yang kena beratur bagai tu. Jadi hasrat nak mendapatkan tu kena pendam dalam hati dulu. Mungkin tunggu ada masa yang sesuai ke nanti dapat la mek tie makan. Nak sedapkan hati je.
Nak dijadikan cerita satu hari cik suami balik dengan satu bungkusan. Rupanya cik suami tolong tunaikan hajat mek tie nak makan pisang cheese. Dah beli makan dengan hati berbunga-bunga. Mengalahkan orang mengandung pulak. Dan dalam duk kunyah tu tergerak hati nak kena cari resepi ni. Sebab anak-anak pun turut serta berebut. Anak mek tie sekarang ni makan apa pun sedap dek penangan MEALSHAKES. Dan nak dapatkan resepi mek tie minta tolong dengan cermin ajaib 7 inci mek tie. Dengan gunakan jampi mentera menerusi jari jemari mek tie yang tirus ni. Terpampang berlambak resepi pisang cheese. Pilih je yang mana suka. Tapi mek tie ambil yang mudah dan mengikut keadaan barang yang nak digunakan ketika tu. Sebab kebetulan pisang ada dekat rumah.
Jom kita tengok bahan dan cara nak buat pisang cheese ni. Mana tau petang nanti boleh cuba!

BAHAN - BAHAN





Mudah kan bahan nak buat? Rasanya tak habis modal RM15/-. Bila semua bahan dah ada. Goreng dulu pisang hingga kekuningan. Mek tie gunakan tepung bancuh segera. Mudah dan murah. Campur air dengan garam. Celup pisang campak dalam kuali. Itu kerja orang rajin macam mek tie ni.
Lepas dah siap goreng boleh la sirakan dengan susu pekat menggunakan garpu. Pastikan susu tak kena pada satu tempat saja. Dan pastikan semua bahagian pisang kena susu. Langkah akhir, sagat cheese pada atas permukaan pisang yang disira dengan susu tadi. Jika suka cheese lebih, sagat la sampai lebam.. Ikut pada cita rasa. Dan siap untuk dihidangkan!



SELAMAT MENCUBA!!

posted from Bloggeroid

Baca lagi
Comments

ATASI KENCING MANIS KETIKA HAMIL


Kencing manis ketika hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia merupakan kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat pertama kalinya semasa kita hamil. Dua hingga 16 peratus ibu hamil terdedah kepada penyakit ini. Bagaimana ia boleh menyerang? Silalah baca sampai habis entri ni..

APAKAH DIABETES GESTASI

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yng secukupnya. Maksud disini hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berperanan dalam mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga.

Dalam tempoh kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi. Terutamanya ketika pertengahan kehamilan hingga ke saat kelahiran. Tetapi kalau badan tidak dapat menyediakan insulin tambahan, ini akan menyebabkan terlalu banyak kandungan gula dalam darah dan akan berlakunya diabetes gestasi.Diabetes gestasi selalunya akan reda dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Berbeza dengan penyakit diabetes lain yang mungkin kekal seumur hidup.

SIMPTOM DIABETES GESTASI

Diabetes gestasi tidak menunjukkan sebarang tanda namun kita akan mengalami beberapa simptom yang boleh merujuk kepada berlakunya diabetes gestasi. Antara simptomnya:

❂ keletihan 
❂ merasa dahaga yang melampau
❂ membuang air kencing dengan kuantiti yang banyak
❂ penglihatan kabur

KESAN TERHADAP KANDUNGAN

Masalah utama jika kandungan gula terlalu banyak dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi dalam kandungan. Terdapat sedikit risiko bayi akan menjadi terlalu besar. Kesannya akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Dan kes seperti ini selalunya memerlukan pembedahan caesarean.
Bayi - bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti kandungan gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Dan bayi ini juga cenderung untuk menghidapi obesiti dan diabetes jenis 2 apabila dilahirkan nanti. 

SIAPAKAH YANG BERISIKO

❂ ibu yang pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat 4 kilogram atau lebih
❂ keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
❂ mereka yang pernah menghidap diabetes gestasi 
❂ indeks jisim badan (BMI) yang lebih daripada 30

BAGAIMANA MERAWAT DIABETES GESTASI

Diabetes Gestasi boleh dirawat dengan beberapa cara. Kita perlu mengubah diet harian dan selalu bersenam. Selalunya doktor akan menasihatkan beberapa cara untuk mengawal tahap gula dalam badan dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Para ibu akan dibantu dalam memilih diet seimbang yang sihat. Pengambilan makanan yang terdiri daripada karbohidrat, protein tanpa lemak dan lemak yang baik dapat membantu. 

Untuk masalah berat badan berlebihan disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori dan melakukan senaman ringan sekurang - kurangnya 30 minit setiap hari. Selain itu, ibu juga harus mengawasi tahap gula dalam darah untuk mengetahui sama ada perubahan yang berlaku memberi kesan kepada diri atau tidak. Dalam situasi ini doktor akan memainkan peranan untuk membantu merawat masalah ini. 

Pengambilan vitamin dan zat galian juga dapat membantu dalam menangani masalah ini. Pengambilan daripada sumber protein juga memainkan peranan kerana protein membantu dalam membaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna.

ESP SHAKLEE MEMBANTU

ESP merupakan minuman berprotien yang rendah indeks Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah kandungan GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Antara beberapa kandungan ESP :

 ❂ rendah karbohidrat (mengandungi 5% - 10% karbohidrat)
 ❂ rendah lemak
 ❂ bebas kolestral
 ❂ bebas laktosa
 ❂ mengandungi 50,000 jenis protein
 ❂ sumber protein soya non-GMO yang berkualiti tinggi

Antara khasiat ESP yang terdapat di atas ini sangat sesuai untuk mereka yang menghidap sebarang jenis diabetes. Protein soya dalam ESP yang bertindak menstabilkan tahap gula dalam darah mampu mengatasi masalah diabetes. Pengambilan ESP ketika hamil dapat membantu badan ibu lebih mudah dan cepat menukarkan gula kepada tenaga dan dapat mengelakkan hypoglycemia.

Gantikan pengambilan susu tepung yang tinggi kandungan GI dengan minuman susu soya non GMO ini yang lebih tinggi khasiat dan bermanfaat untuk ibu dan kandungan. Dapatkan sekarang memandangkan bulan Oktober ini merupakan promosi ESP!

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿ 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Baca lagi
Comments

SET IBU HAMIL PREMIUM

TAHNIAH PUAN HAMIL

Rasa sangat bahgia bila dengar doktor ucapkan kata-kata hikmat tu. Setuju tak? Setiap wanita di dunia inginkan cahaya mata. Semua nak di panggil dengan gelaran mama, ibu atau umi. Kalau ada yang tak suka, tak nak tu cheq tak boleh nak kata apa. Tapi boleh dikatakan kita semua nak jadi ibu. Tak percaya, cuba pergi melawat kawan kita ke mak sedara atau pun sesiapa sahaja yang baru melahirkan bayi. Pegang dan tengok dalam mata bayi tu, mesti rasa macam ada satu jalinan yang buat kita jadi sayu, geram.

Pada yang dah disahkan hamil tu, cheq ucapkan selamat bergelar ibu dan tahniah. Lepas ni korang akan tempuh satu lagi alam baru. Merasa pengalaman mengalami alahan, pengamalan perubahan bentuk fizikal dan saiz perut yang semakin lama makin membesar. Walaupun tak semua kenangan yang kita lalui nanti atau dah tempuhi tu indah tapi ia bukanlah selalu. Kadang lima tahun sekali, dua tahun sekali. Walaupun kadang kala setahun sekali tapi pengalaman tu takkan sama. Apabila dah hamil, kasih sayang cik suami pun akan lebih mendalam. Ada yang berubah menjadi lebih matang dan tak kurang juga uyang turut serta menempuh alam kehamilan! Ada setengah tu, si isteri tak ada masalah tapi cik suami pula yang termuntah - muntah. Cik suami pula yang sibuk mengidam bagai. Tapi macam syok jer! Teringin jugak nak tengok cik suami cheq mengidam! Hahahaha.

PERSEDIAAN KETIKA HAMIL

Pada bulan pertama kehamilan selalunya kita akan mengalami beberapa tanda yang tak pernah kita alami sebelum hamil. Antara tandanya.

✼ loya dan muntah
✼ mabuk hamil pagi
✼ kerap kencing
✼ ketakstabilan mood (swing mood)
✼ urat simpul
✼ gusi berdarah
✼ payudara sakit
✼ kejang perut
✼ pedih hulu hati dll

Banyak lagi kesan kehamilan sebenar. Tapi yang cheq senaraikan ni yang paling popular berlaku dikalangan ibu hamil. Selalunya kesan sampingan ini tak kekal lama. Ia akan hilang dalam tempoh 3 ke 4 bulan kehamilan. Sokongan suami amat diperlukan di saat ini. Tapi ada beberapa persedian yang boleh kita ambil untuk membantu meredakan. Bak kata orang tu, mencegah lebih baik daripada merawat. Betul tak? Sebab tu, kalau kita ke klinik ibu dan anak mereka akan bekalkan kepada kita supplement yang dapat membantu khas. Tapi tak semua yang boleh terima. Dan ramai bakal ibu dan bapa dekat luar sana lebih suka untuk mencari vitamin lain selain yang dibekalkan oleh klinik. Kerana terdapat banyak pilihan yang jauh lebih baik.
Jadi buatlah pilihan yang betul dalam mengambil vitamin tambahan ketika hamil. Jadi cheq nak syorkan kat korang SET IBU HAMIL PREMIUM ni. 


FUNGSI SETIAP SUPPLEMENT

B COMPLEX
✼ membantu mengelakan kecacatan kelahiran tiub neural
✼ membantu penghasilan sel darah merah 
✼ membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan) yang menormalkan fungsi otak
✼ komponen yang penting dalam cecair saraf tunjang

VITA-C
✼ meningkatkan sistem imunisasi si ibu supaya tidak mudah diserang selsema dan demam ketika hamil

OSTEMATRIX
✼ menyokong bekalan kalsium dalam tubuh
✼ membantu pembentukan tulang bayi
✼ membantu mengurangkan sakit belakang, kebas dan masalah kejang ketika hamil

VITA-LEA
✼ melengkapkan kekurangan nutrisi ibu yang banyak diserap oleh bayi
✼ mencegah anemia
✼ membantu pembentukan sel darah merah

Hasil daripada gabungan supplement ini memberikan manfaat buat korang. Lagipun setiap daripada supplement ini dihasilkan daripada bahan semulajadi yang telah menjalani kajian dan diuji. Dan jangan tak tahu sekarang set kehamilan mahupun set berpantang shaklee adalah set yang tengah mendapat permintaan ramai. Cheq pun sempat jugak mendapatkan khidmat set berpantang shaklee dan memang terbukti berkesan. Lakukan persediaan segera untuk hasil yang best di masa akan datang! Selamat menempuh alam kelahiran pulak nanti!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿  ☎  017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






















Baca lagi
Comments

SEMUANYA KERANA ESP



Awas la kepada yang baru nak mengamalkan ESP. Mungkin lepas ni korang akan mengalami beberapa kesan sampingan bila dah mencuba ESP. Cheq tak nak tipu sebab tak baik kan? Sebab tu cheq nak bongkar rahsia kesan daripada pengambilan ESP ni. Harap korang yang baru terpikir nak mencuba dan yang baru je cuba supaya baca story cheq bagi habis. Kalau tak memang rugi. 

PERTAMA KALI

Masa mula cheq minum esp, cheq dah terkejut sangat. Sebabnya rasa dia yang buatkan cheq rasa nak teguk dan teguk lagi sampai habis. Dari situ dah tahu, sedap jugak rasa dia. Tapi belum tentu kesan dia seenak rasa. Biasalah kalau pertama kali cuba ni akan ada rasa kerisauan. Bukan cheq je rasanya, semua orang pun kan. Jadi lepas dah minum tu, macam biasa akan menyibukkan diri dengan kerja di ofis. Sebab masa tu cheq masih lagi bekerja selepas habis pantang anak cheq. Sebab DIKATAKAN esp ni mampu menambah tenaga di samping nak membanyakkan susu badan. Akhirnya habis sudah secawan shaker esp (bancuh dengan milo sebab takut tak boleh nak telan). 

TANDA - TANDA 

badan tak lagi rasa letih
pagi minum esp je dah boleh tahan lapar sampai ke petang, 
kulit pun dah tak bersisik macam dulu
sejak minum esp, gastrik tak pernah kena dah
parut strecthmark pun dah makin pudar
kesan jahit operate dah makin kecil dan sekarang dah makin hilang
sampai saat ni masih lagi menyusukan anak yang dah nak masuk 2 tahun
susu masih meriah lagi
kulit pun dah nampak lain, sebab raya hari tu ramai yang tegur

Hasil daripada mengamalkan ESP ni banyak sangat. Sebab mula ambil esp untuk bantu banyakkan susu badan tapi lebih daripada tu cheq dapat. Cheq pun tak sangka. Dan dari situlah mulanya minat nak kongsi kebaikan dengan kawan - kawan dan join bisnes Shaklee! 
Disebabkan esp ni "HOT" selalu, jadi setiap bulan permintaan tetap ada. Dan esp ni dapat jimatkan kos sebab setin tahan 2 bulan. Jadi pada yang nak cuba tu, tolonglah cuba bulan ni. Sebab tengan promosi tau! Jadikan pengalaman korang dengan esp pulak! 

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿  ☎  017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

PROMO ESP KEMBALI LAGI

ESP PROMO LAGI!!

Assalammualaikum dan salam ceria. Pejam celik dah masuk bulan Oktober. Macam tak percaya sebab rasa baru je masuk awal tahun, rupa tinggal lagi 2 bulan je nak menjengah ke tahun baru. Dan lagi pelik sebab bulan ni kita ada promo ESP!!!! Yeayyyyyyy... Teringat balik kenangan manis time promo ESP tak lama dulu. Jadi entri kali ni nak cerita kenapa saya suka sangat bila dapat tahu promo pasal ESP ni. 

ESP HOT ITEM
Sebut sahaja pasal ESP dah tak perlu nak cerita panjang lebar. Apa khasiat dia, apa kandungan dia. Macam mana rupa dia. Sebab rasanya dah ramai sangat tahu pasal ESP. Even nenek saya pun dah minum ESP ni sebelum saya join Shaklee lagi. Jadi skang tok dah jadi peminat ESP dan sekaligus pembeli tetap ESP dengan saya. Heeheheh... Kenapa orang selalu cakap ESP ni 'HOT ITEM'? Sebab tak kiralah sama ada promosi GLA ke, promosi Lecithin atau apa sahaja supplement Shaklee, ESP tetap laris. 
Boleh dikatakan tiap bulan tak pernah tak ada orang borong ESP. Hebat kan? Sekarang ni kalau pergi mana-mana bila orang tanya kerja ape? Saya dengan bangga jawab duduk umah je jual shaklee. WAHM.
Lepas tu, mesti ada yang tanya balik. ESP sekarang harga dia berapa? ESP ada promosi tak? Ada stok tak ESP? Rasa syok sangat sebab tak perlu nak terang panjang lebar. Tinggal ambil order je! Tapi tak best la kalau tak kongsi kebaikan ESP dekat sini kan. Jadi ni saya nak kongsi antara kebaikan dan manfaat ESP untuk semua peringkat usia. Kecuali kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah. 

MANFAAT ESP

✼ membaiki masalah rambut gugur
✼ merenfahkan kadar kolestral
✼ mencegah migrain, imsonia dan stress
✼ membekalkan tenaga segera untuk sistem imun
✼ mencegah sakit jantung
✼ merangsang pembentukan semula kulit dan otot
✼ mengurangkan kedutan, anti penuaan dan awet muda
✼ membantu menghilangkan jerawat
✼ memberi rasa kenyang untuk tujuan diet
✼ merangsang pengeluaran susu ibu
✼ membantu masalah gastrik, pedih hulu hati
✼ memperbaiki memori

SIAPA YANG PERLUKAN ESP

✼ ibu hamil
✼ ibu yang menyusukan bayi
✼ orang ramai
✼ penghidap kencing manis
✼ warga emas
✼ suami isteri yang inginkan zuriat
✼ mereka yang inginkan kulit cantik
✼ mereka yang mengalami masalah jerawat dan alahan

ESP dirumus dari sumber protein soya terbaik. Protein soya bukan GMO dihasilkan di bawah satu program yang bertindak memantau kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hingga pemprosesan. Sebab itulah, sesiap sahaja yang mengamalkan pengambilan ESP pasti tak akan kecewa dengan hasil yang diperolehi. Tak percaya cubalah!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿  ☎  017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top