Hisap jari adalah perlakuan biasa bagi kanak - kanak kecil. Perlakuan ini memberi keselesaan dan rasa selamat pada mereka. Tetapi jika berlarutan ia boleh menjadi tabiat yang sukar untuk dikawal. Namun demikian, ibu bapa tak perlu bimbang, kerana tabiat ini akan hilang apabila usia mereka meningkat kelak.
Menurut kajian, hisap jari adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Sebenarnya banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari seperti menghisap jari kaki, mengerutkan jari - jari kaki, menggengan jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangan atau jari2 mereka.
Sebenarnya ittu semua adalah permulaan kepada pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan lain. Bagi sesetengah ibu bapa menganggap menghisap jari adalah sesuatu yang normal. Dan ada segelintir saja yang memandang remeh hal ini. Sebenarnya menghisap jari bukanlah sesuatu yang baru. Ini keran bayi mula menghisap jari dari dalam kandungan lagi.
KESAN PADA PERTUMBUHAN GIGI DAN MULUT |
KESAN NEGATIF AKIBAT HISAP JARI
Menurut satu kajian, kanak2 yang berusia bawah 6 tahun lebih berisiko tinggi mendapat kesan negatif akibat menghisap jari. Ini kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif. Apabila ada tekanan di lelangit, sisi dan rahang ia akan mengubah bentuk asal bahagian mulut.
Kanak2 yang menghisap jari biasa akan mengalami gangguan pertumbuhan gigi yang kurang teratur. Sesetengah daripada mereka akan mengalami masalah gigi kedepan @ jongang. Tapi ibu bapa boleh mengambil langkah untuk megatasi masalah ini.
LANGKAH UNTUK MENGHENTIKAN
- cuba sibukkan anak dengan mainan yang boleh dipegang
- jangan terus menarik jari mereka, ini akan lebih membuatkan mereka cenderung untuk teruskan tabiat ini
- mulakan dengan kata2 semangat supaya mereka lebih yakin untuk berhenti menghisap jari
- tunjukan akibat buruk pada tabiat mereka itu
- boleh cuba sapukan sesuatu yang masin atau masam yang boleh memberi rasa kurang enak pada jari mereka
Jika langkah diatas diamalkan. Insyaallah akan berhasil juga! Yang penting kita sebagai ibu bapa haruslah kuat semangat dan sabar. Itu yang penting! Semoga perkongsian ini akan dapat membantu ibu bapa di luar sana. Sekian..
UNTUK PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DAN INFO LANJUT MENGENAI PRODUK..
INGIN SERTAI KAMI SEBAGAI AHLI SHAKLEE?? PULANGAN DAN MANFAAT BERGANDA MENANTI!! BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH..