Comments

VITA - E MASKER TERBAIK

VITA E SHAKLEE

Sebelum nak buat masker, jom baca kandungan yang terdapat dalam Vitamin E Complex. Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran dan turut mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E dan 10mcg selenium. Mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada protein, lipid, karbohidrat dan polifenal.  Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.  Dengan penambahan GRAPE SEED EXTRACT yang 20 KALI lebih baik daripada vitamin E dan 50 KALI lebih baik daripada vitamin C.

KHASIAT VITA E UNTUK KULIT WAJAH

  • mengandungi antioksidan yang tinggi untuk pastikan sentiasa awet muda
  • mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
  • mengatasi masalah kulit berminyak
  • membantu mengurangkan jeragat dan jerawat
  • memudarkan kesan parut
  • melambatkan proses penuaan
  • membantu memulihkan tekstur kulit
  • mengurangkan kedutan dan garis halus
VITA E MASKER TERBAIK

Dengan kandungan khasiat yang tinggi di dalam vita e. Jadi amat sesuai sangat untuk kita menggunakan vita e sebagai masker. Ini terbukti dengan penghasilan daripada sumber semulajadi. Hebatkan? Dalam 1 biji vita-e boleh dapat 2 fungsi. Dapat serap dari dalaman dan luaran tu. Jadi malas nak cerita panjang jom nak kongsi cara untuk membuat masker menggunakan vita E ni. Dekat bawah ni adalah bahan - bahan yang diperlukan untuk membuat masker vita E. 

BAHAN UTAMA KITA (1 BIJI SAHAJA)

JARUM YANG BERSIH

DENGAN MENGGUNAKAN JARUM PICIT KELUAR VITA E

GUNAKAN BEKAS YANG BERSIH DAN SESUAI 
Langkah seterusnya, bolehlah sapukan vita e yang dah dipicit tadi ke seluruh wajah anda. Biarkan selama 10 minit atau sampai kering. Untuk hasil yang terbaik, amalkan penggunaan masker ini seminggu sekali. Waktu yang sesuai untuk bermasker adalah sebelum tidur. 
Jadi lepas ni, dah tak perlu nak keluarkan modal lain untuk mencari masker. Dah tak perlu nak pening kepala mencari masker yang sesuai. Dalam masa yang sama dah dapat jimatkan kos untuk cantikkan kulit anda! 
SELAMAT MENCUBA!

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

Dapatkan VITA-E anda sekarang! Beli secara online KLIK DISINI

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Baca lagi
Comments

TIPS UNTUK ANAK TIDUR SENDIRI

SIAP SEDIA TIDUR SENDIRIAN

SUDAHKAH SI MANJA ANDA BERSEDIA

Dah tiba masa untuk memisahkan tempat tidur anak? Nak pisahkan tempat tidur dengan anak kita bukanlah satu perkara yang mudah. Nak pula mereka dah terbiasa tidur dengan kita sejak bayi lagi. Pada peringkat awal mungkin akan berlaku "drama". Teringat saat anak cheq, kakak nak berpisah tempat tidur dengan cheq. Setiap hari penuh dengan drama. Kita harus mainkan peranan sebagai ibu bapa dan terangkan kepada anak tentang faktor usianya. Jadi entri kali ini, cheq nak kongsikan beberapa tip yang cheq dapat daripada majalah untuk dikongsikan dengan anda. Cheq sendiri dah cuba dan memang berhasil!

TIP PANDUAN UNTUK BIASAKAN ANAK TIDUR SENDIRI

  • untuk permulaan, sediakan tempat tidur yang selesa dan kemas. Letakkan cadar dengan corak yang disukai oleh mereka. Gunakan juga warna - warna kegemaran mereka untuk membuatkan mereka suka berada di dalam bilik tidur.
  • berikan masa untuk mereka bersedia dari segi mental dan emosi. Terangkan sebab kenapa harus tidur berasingan. Sentiasa berikan mereka kata - kata semangat.
  • latih mereka untuk tidur di dalam bilik mereka pada waktu siang. Mulakan dengan meneman mereka membaca atau bermain di dalam bilik mereka. Lakukan sekerap mungkin untuk membantu mereka membiasakan diri.
  • beri mereka menghias sendiri bilik tidur dan cuba bantu mereka dalam menghias bilik tidur mereka. Pasti anak anda akan teruja kerana mendapat ruang privasi mereka sendiri.
  • pastikan terdapat ruang untuk mereka bermain dalam bilik mereka. Ini dapat membantu mereka merasa selesa berada di dalam bilik tidur mereka
  • berikan mereka benda yang boleh membuatkan mereka berasa selamat. Contohnuya untuk anak perempuan, bolehlah berikan patung besar yang boleh dijadikan "teman" mereka untuk tidur
  • sediakan pencahayaan yang sesuai untuk anak anda. Ini kerana kebanyakan anak takut kepada gelap. Dengan cara ini, ia dapat mengatasi perasaan takut mereka.
  • bagi yang mempunyai lebih dari seorang anak, pastikan susunan katil mereka bersesuaian. Ini dapat memberikan mereka ruang mereka sendiri.
  • pastikan keselamatan mereka terjamin. Elakkan menghias bilik tidur dengan bahan yang mudah pecah, pastikan katil mereka mempunyai penghadang untuk mengelakkan mereka jatuh
  • latih anak untuk mengemas bilik mereka sendiri. 
  • amalkan membaca doa sebelum tidur. Latih anak untuk turut sama membaca doa setiap kali sebelum tidur. Insya-Allah doa ini akan meningkatkan keyakinan anak kita.
  • untuk permulaan, anda boleh terapkan sistem "reward" setiap kali mereka berjaya tidur sehingga ke pagi di dalam bilik mereka. Belikan mereka sesuatu yang boleh digunakan di dalam bilik mereka. Contohnya belikan mereka pelekat bergambar. Sediakan papan pelekat untuk melekatkan pelekat di dalam bilik mereka supaya mereka nampak hasil usaha mereka setiap kali tidur di dalam bilik sendiri. 
HIASKAN BILIK TIDUR SI MANJA


KESABARAN adalah kunci utama kejayaan misi ini. Bukan mudah untuk mengajar si manja untuk tidur sendirian. Dan ia takkan berhasil dalam satu malam sahaja. Cara yang paling baik, selidik punca kenapa mereka sukar untuk tidur sendirian. Selain itu, pada peringkat ini, ibu bapa memerlukan tahap kesabaran ekstra. Pimpin tangan si manja ke bilik mereka semula setiap kali dia keluar dari biliknya. 



 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
 ✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
Baca lagi
Comments

SUSTAINED RELEASE VITA C SHAKLEE

VITA C PROMOSI SPECIAL


Entri kali ini nak kongsi berita gembira untuk pengguna tegar vita C shaklee. Hari ini dapat berita shaklee telah adakan promosi istimewa SEHARI untuk vita C. Hanya untuk hari ini! Jadi hari ini cheq terus sampaikan kepada pengguna tegar vita c. Alhamdulillah mendapat sambutan dari mereka. Sebab mereka dah tahu kebaikan dan khasiat dengan mengamalkan pengambilan vita c ni. Rasa untung sangat bulan ni sebab dah ada 2 promosi iaitu ESP dengan Mealshakes, sekarang tup - tup vita c pula. Untung sangat pada yang nak mencantikkan diri, nak berpantang dan berdiet tu. Tapi banyak lagi sebenarnya khasiat vitamin C ni pada tubuh kita. Jom baca entri ni untuk lebih kepastian.

Nak tahu kenapa vita C Shaklee jadi rebutan ramai? 

Kenapa cheq cakap jadi rebutan? Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Ini disebabkan vitamin C bersifat mudah larut dalam air. Paling lama vitamin mampu disimpan dalam tubuh kita antara 2 ke 3 jam sahaja. Sedangkan tubuh kita memerlukan lebih daripada itu.Badan kita memerlukan 500mg vitamin c setiap hari. Dengan pengambilan vitamin c ia dapat membantu menguatkan imn dan membantu menyihatkan fungsi - fungsi sel dalam badan kita. 
Dengan pengambilan Vita C Shaklee yang dipaternkan khas dengan formulasi ini, badan kita dapat menyerap lebih banyak khasiat vitamin C. Pentingnya vitamin c ini kerana badan kita tidak mengandungi enzim suluno-lacton-axidone yang diperlukan untuk menghasilkan vitamin c. Ujian klinikal terhadap vita C Shaklee menunjukkan pengambilan 2 tablet dalam jangka masa 5 jam, ia mampu kekal dalam plasma darah selama 24jam! Banyak manfaat tu yang boleh diserap oleh tubuh kita. 
Sustained Release Vita C boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam. Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang  melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.


 KHASIAT VITA C SHAKLEE UNTUK KESIHATAN

Antara khasiat vitamin C yang paling popular adalah untuk kecantikan kulit, mencegah kecederaan dan meningkatkan sistem imun. Tapi terdapat beberapa lagi khasiat lain untuk kesihatan kita. Antaranya:
  • melindungi sel tubuh daripada kesan pencemaran 
  • penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
  • melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress
  • memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang
  • merawat jangkitan saluran kencing
  • melawan kanser dan kesan kimoterapi seperti loya
  • mengurangkan risiko diabetes
  • mengurangkan kekejangan selepas bersenam
  • mengurangkan risiko serangan jantung
  • mengawal tekanan darah 
  • melawan risiko asma
Patutlah jadi rebutan ramai. Pada yang masih belum mencuba vita C ni. Apakata dapatkan sekarang sementara masih sempat ni! Hubungi cheq untuk pembelian!

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

MAKANAN PALING TERUK UNTUK ANAK KITA

Tahukah ibu bapa terdapat beberapa jenis makanan yang pada pandangan mata kita enak di makan. Kadang kala menjadi pembuka selera untuk anak kita. Dari tak makan baik berikan dia makanan yang disukai. Tapi awas! Tak semua makanan yang kita makan sesuai untuk mereka. 
Entri kali ini nak kongsikan beberapa senarai makanan yang paling teruk untuk anak kita. Mungkin lepas baca entri ini, kita akan berfikir panjang seketika. Dah banyak mana kita berikan makanan tak berkhasiat ini pada mereka? 

10 SENARAI MAKANAN PALING TERUK UNTUK ANAK KITA

KEREPEK
  • mengandungi kandungan garam yang tinggi

MAKANAN SEJUK BEKU
  • hanya sesuai untuk golongan dewasa kerana memiliki kandungan garam dan lemak

KENTANG JEJARI
  • mengandungi banyak lemak tepu 
MAKANAN SEGERA
  • mengandungi kandungan gula dan garam yang berlebihan selain mengandungi lemak tepu yang tidak sesuai untuk anak kita

GULA - GULA
  • sarat dengan gula yang boleh merosakakn lapisan enamel gigi.
  • tofi kenyal dan pastil adalah makanan yang paling teruk kerana ia melekat pada gigi. 
  • risiko tercekik

MINUMAN RINGAN
  • kandungan asid minuman ini boleh merosakkan gigi
  • penggunaan pemanis dan pewarna tiruan dan kandungan gula yang tinggi serta kafein yang boleh terkumpul dalam badan 
  • anak yang sering minum minuman ringan akan mudah marah dan resah
KEKACANG
  • risiko anak tercekik
DONUT DAN KEK
  • mengandungi kandungan gula yang tinggi dan lemak tepu yang boleh membuatkan anak mengalami kenaikan berat badan berlebihan
KOPI DAN TEH
  • segala jenis minuman berkafein memang tidak sesuai untuk anak kita
  • kandungan tanjim dalam teh boleh menghalang badan mereka daripada menyerap zat besi
Terdapat banyak lagi makanan yang teruk untuk kesihatan anak kita. Tapi yang disenanraikan ini yang selalu dimakan dan sentiasa ada dihidangkan dihadapan mereka. Bukanlah langsung tak boleh dimakan seperti contoh kekacang, kek dan donut. Tapi haruslah dielakkan atau hanya diberikan pada majlis tertentu sahaja. Selepas pengambilan makanan ini, haruslah diberikan susu untuk menuetralkan kandungan gula yang boleh menyebabkan kerosakan gigi. Mencegah kan lebih baik daripada merawat! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
 ✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR


✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN KUALA MUDA

KEMUDAHAN COD DI KAWASAN ANDA



Entri kali ini cheq nak kongsikan khas untuk anda yang berada di kawasan Sungai Petani. Untuk memudahkan lagi anda mendapatkan vitamin Shaklee anda, cheq ada membuat penghantaran ke rumah (COD). Kalau dulu anda terpaksa menunggu proses pembelian yang kadang kala mengambil masa 2 ke 3 hari. Sekarang mungkin tidak lagi.

Antara kawasan yang cheq pergi untuk cod adalah seperti berikut:
  • TAMAN RIA 
  • BANDAR PUTERI JAYA
  • BANDAR MUTIARA
  • TAMAN KELADI
  • TAMAN AMAN 
  • TAMAN KELISA
  • TAMAN SEMARAK
  • TAMAN BANDAR ASTANA
  • TAMAN AMANJAYA ZON MAWAR
  • TAMAN AMANJAYA ZON ANGGERIK
  • TAMAN AMANJAYA ZON SEROJA 
  • BANDAR PERDANA
  • KAWASAN SEKITAR TESCO
Dengan membuat panggilan dan pesanan. Insyaallah cheq akan sampai ke depan pintu rumah anda. Dan kalau anda ingin dapatkan sendiri boleh juga datang kepada cheq. Cheq tinggal di Bandar Puteri Jaya. Untuk memudahkan anda, cheq selalunya akan berjumpa dengan anda di kawasan Petronas atau Shell berhampiran dengan Bandar Puteri Jaya. 

Sekarang semua makin mudah. Jangan ingat makanan sahaja ada penghantaran. Vitamin pun dah makin maju seiring dengan permintaan daripada pengguna. Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan. Boleh hubungi cheq seperti dibawah. 

Cheq juga menyediakan khidmat konsultansi untuk setiap vitamin secara percuma. Nak dapatkan vitamin dengan cheq? Hubungi cheq sekarang!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 ✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿ Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 






Baca lagi
Comments

ANUGERAH TERINDAH



Ini anak lelaki cheq. Anak bongsu cheq. Muhammad Ammar Hadiff. Seorang yang periang dan aktif. Entri kali ni cheq nak cerita pasal anak cheq. Dulu sebelum kahwin orang cerita pasal teman lelaki, fesyen & gosip. Dah kahwin tajuk utama mesti pasal anak. Betul tak?

5 TAHUN MENANTI

Lepas lahirkan anak perempuan cheq, niat nak menambah ahli baru tu ada tapi hanya berserah pada Allah swt. Lagipun cheq tak nak terlampau mengharap. Selama 5 tahun kakak main sorang - sorang, berbual sorang - sorang. Akhirnya terdengar juga permintaan paling besar pernah kakak minta. Nak adik. Sebab dah selalu tengok orang lain ada adik. Dengar orang pangg adik. Dia pun teringin juga.
Alhamdulillah berkat doa kami sekeluarga akhirnya kakak dapat juga adik! Perasaan kakak masa tu memang gembira sangat.
Baca lagi
Comments

SENDI OTOT DAN SENDI

MASALAH BERGERAK DI KALANGAN WARGA TUA

Seramai 25 peratus warga emas yang berusia lewat 70an dan ke atas mengalami masalah berjalan. Antara gejala yang berkaitan dengan masalah ini adalah:
✿ kelajuan pergerakan berkurangan 
✿ kehilangan keseimbangan dan koordinasi pergerakan 
Ini akan menyebabkan kelajuan berjalan, masa bangun dari duduk dan kebolehan untuk mengimbangi badan dalam melakukan aktiviti seharian berkurangan. Kebolehan untuk berjalan tanpa bantuan memerlukan daya tumpuan yang baik, kekuatan dan kawalan otot yang kuat agar rangsangan deria rasa dan pergerakan otot dapat dikoordinasikan dengan baik. 

FAKTOR BERLAKUNYA KESUKARAN BERGERAK

✿ masalah otot dan tulang
✿ gangguan deria rasa seperti masalah penglihatan 
✿ masalah psikiatrik seperti takut jatuh 
✿ kesan pengambilan ubatan 
✿ kesan dari kecederaan yang melibatkan anggota sendi

KOMPLIKASI MASALAH BERJALAN 

Kurangnya pergerakan disebabkan masalah berjalan boleh menjejaskan kehidupan warga emas ini. Selain meningkatkan mordibiliti dan kematian disebabkan jatuh. Ditambah pula dengan bermmacam lagi cabang penyakit yang disebabkan faktor usia. 

RAWATAN 

Rawatan selalunya bergantung kepada masalah yang telah dikenalpasti. Pakar akan merujuk jenis kesukaran yang dihadapi dan membantu mengatasi dan merawat. Antara rawatan yang disediakan fisioterapi, pengambilan ubat - ubatan dan terapi tingkah laku. Terdapat juga sesetengah intervensi yang boleh membantu dalam keupayaan untuk berjalan. 
Antara intervensi yang disediakan:
Latihan Kekuatan
Baca lagi
Comments

TABIAT YANG MENJADIKAN KITA GEMUK

Sedar atau tidak kadang kala perbuatan dan tabiat harian kita mempengaruhi perubahan fizikal kita. Walaupun pada kita ia nampak macam perkara yang mudah namun hakikatnya ia boleh membawa kepada keadaan yang boleh mendatangkan mudarat pada diri kita sendiri. Apa maksud mudarat disini? Keadaan yang boleh menyusahkan diri sendiri. Apabila kita sudah terbiasa dengan tabiat harian ini maka lama kelamaan ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan kita. Jadi entri kali ini nak kongsi beberapa tabiat harian yang boleh menjadikan kita gemuk.
Walaupun kita sedang mengamalkan diet untuk mengekalkan atau mendapatkan berat badan harian, dalam masa yang sama kita masih mengamalkan tabiat yang mendorong ke arah kegemukan. Maka ucapkan selamat tinggal pada diet anda! Dan ini juga adalah salah satu penyebab kenapa anda masih tak berjaya lagi nak dapatkan berat badan ideal walaupun dah makan produk perlangsingan. Jom kenali antara tabiat - tabiat ini.

TABIAT YANG MENJADIKAN KITA GEMUK

 TIDUR TERLALU SEDIKIT / BANYAK
✿✿ Kajian yang dilakukan oleh Wake Forest, seseorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda! Manakala bagi mereka yang tidur lebih 8 jam akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda! Untuk pengetahuan anda, masalah tidur merupakan punca utama masalah kegemukan. 

ELAK WAKTU MAKAN
✿✿ Hasil kajian terhadap penduduk di Amerika, 17 peratus bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata - mata untuk kurus. Kalau di Malaysia rasanya berapa peratus? Namun cara ini hanya akan meningkatkan lagi risiko kegemukan. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan metabolisme dan akan merangsang seseorang itu berasa lapar. Ini akan membuatkan anda makan berlebihan pada hidangan seterusnya. 

MAKAN TERLALU CEPAT
Baca lagi
Comments

SET KURUS PILIHAN RAMAI

Impian setiap manusia inginkan tubuh yang langsing. Rasanya semua nak tubuh yang langsing. Ada tak yang nak tubuh berisi, gempal dan boroi. Kalau ada rasanya ada yang tak kena pada orang tu. Tapi tak semua orang dapat merealisasikan impian dan hasrat untuk kurus. Sebab tak semua orang mempunyai tubuh yang langsing dan kurus. Ada yang masa muda kurus tapi bila dah dewasa berat badan pun turut serta naik. 

Di zaman serba canggih ni banyak produk perlangsingan dan penurunan berat badan dikeluarkan. Ada dalam bentuk minuman, pil dan makanan. Pilihan untuk kembali kurus dan lansing macam cendawan tumbuh lepas hujan di pasaran. Tapi. Berkesan ke? Anda percaya ia berkesan? Setiap produk mempunyai cara mereka sendiri. Terpulang kepada kita untuk menentukan dan memilih yang bersesuaian dengan kita. Dalam banyak - banyak pilihan mesti ada yang terbaik dalam pasaran. Jadi entri kali ini nak perkenalkan set kurus pilihan ramai yang dah terkenal buakn sejak lima tahun lalu tapi dah berpuluh tahun dah dikenali ramai sebagai set pilihan untuk kurus. 

Baca lagi
Comments

TIPS ATASI ANAK SUKAR TIDUR


 Masalah anak sukar tidur memang masalah besar. Bagi cheq. Tak tahu pulak bagi keluarga lain. Sebab tu cheq seboleh - bolehnya akan pastikan anak cheq tidur sebelum jam 10 malam. Disebabkan cheq ni WAHM. Kebanyakan masa cheq habiskan di waktu malam. Jadi cheq kena pastikan anak-anak semua dah diulit mimpi tanpa sebarang gangguan. Tapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang mempunyai anak suakr untuk tidur waktu malam. Semoga beberapa tips yang cheq nak kongsi ni dapat membantu korang dalam mengatasi masalah anak sukar tidur.

Sebelum tu kita tengok dulu antara penyebab kenapa anak kita sukar tidur malam. Sebab melalui penyebab ni kita boleh mencari jalan penyelesaian untuk atasi masalah mereka.
☃ mimpi buruk yang boleh menyebabkan mereka terjaga dan sukar untuk tidur semula
☃ ketidakselesaan tempat tidur
☃ katil basah

Penting untuk kita pastikan anak mendapat tidur yang secukupnya kerana ketika tidur hormon pituari dirembeskan ke dalam otak.Tidur yang cukup juga mempengaruhi kecergasan anak. Jom tengok tips mudah untuk memastikan mereka mendapat tidur yang secukupnya.

TIPS MUDAH ANAK SENANG TIDUR
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top