Comments

MAMABBBAM DENGAN VITAMINYA

Bismillah..

Lama rasanya mama tak kongsi cerita dekat sini. Jadi hari ni mama nak kongsi pasal pentingnya vitamin untuk kita. Kalau dulu memang mama pun kurang nak ambil berat tentang kepentingan pengambilan vitamin. Janji badan sihat, sudah. Tapi tahu tak bukan mudah nak tafsirkan badan kita ni sihat dengan hanya jarang kena demam, batuk dan selsema. Sama juga macam gigi. Tak semestinya sakit saja baru nak cari klinik gigi. Tapi sebenarnya kita digalakkan melakukan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan untuk memastikan keadaan gigi kita sentiasa kekal sihat. Macam itu juga dengan kesihatan kita. Jangan tunggu dah sakit baru nak bertindak.
Bagi mama sendiri setiap kali keluar berjalan lebih dari satu hari, mama akan pastikan bekalan vitamin mam dan keluarga akan turut serta. Selain daripada keperluan asas diri yang lain, amat penti ng untuk kita menjaga sistem ketahanan diri semasa berada di luar. Mungkin ada sesetengah orqng berpendapat setakat nak berjalan sehari dua tu takkan ada apalah. Tapi bukan untuk mama ye!!




Ini adalah antara "favourite" vitamin yang selalu mama bawak kalau pergi mana - mana. Penting tahu kalau ada bekalan macam ni. Yang paling mama suka sudah tentulah vitamin kulit mama.. Sebab mama ni jenis yang payah nak apply krim pada muka. Jadi pengambilan vita-C setiap hari akan buatkan kulit mama segar sentiasa. Tanpa mekap maka terserlah la "natural beauty" tu!. Mama juga amalkan masker vita-E untuk kulit kalau rasa macam terlebih "tan" kulit masa aktiviti luar.
Lagi satu bab makan pun tak jadi masalah sebab dah siapkan si pembakar lemak dan agen terbaik pembuang. Jadi tak ada masalah kalau terlebih makan. Selera mana boleh dihalang!. Rezeki depan mata. Sama jugalah dengan cik suami. Jangan kita saja nak lebih cantik, lebih sihat. Suami pun harus seirama tahu. Mama akan pastikan bekalan tenaga untuk ketua keluarga sentiasa kekal cergas. Kalau si ayah lemau macam tak seronok pula nak kemana-mana.
Untuk anak-anak Mealshakes jadi pilihan. Sedia maklumkan kehebatan Mealshake dalam memberikan tenaga segera, melindungi daripada jangkitan bakteria.
Jadi tak susah dan tak salah kalau kita tahu kepentingan supplement pada diri kita. Bila dah amalkan kesan sampingan dah tentulah hebat!





NAK DAPATKAN VITAMIN ANDA??
HUBUNGI MAMA SEPERTI DIBAWAH UNTUK INFO DAN PEMBELIAN SUPPLEMENT.
WATIEY
0177757179

posted from Bloggeroid

Baca lagi
Comments

COLLAGEN DAN FUNGSI KHASIATNYA

Bulan ni ramai yang bercakap - cakap mengenai Collagen Powder Shaklee. Apa tidaknya sebab bulan ni adalah bulan promosi untuk Collagen Powder Shaklee. Sebab tu jadi bualan. Dan tak hairanlah kalau bulan ni banyak entri pasal kecantikan dan info tentang kolagen. Sebenarnya setiap masa orang sibuk bercakap pasal kolagen. Dari yang muda sampai ke yang "veteran". Sebab tu kalau tengok banyak sangat produk terbaru yang berasaskan kolagen. Dari sabun bawa ke pencuci dan seterusnya pemakanan yang dihasilkan dengan kolagen. Tapi hati - hati dalam memilih sebab takut mendapat kesan pada diri pulak nanti. 
Seperti yang kita tahu, Shaklee juga ada mempunyai hasil kolagennya.Khasiat dan penghasilan collagen powder shaklee diihasilkan daripada sumber yang bermutu tinggi. Tahu tak apa kandungan dan khasiat kandungan yang terdapat dalam collagen powder? Entri kali ini nak kongsikan lebih lagi tentang khasiat dan kandungan yang terdapat dalam Collagen Powder Shaklee. Sebab apa hebat sangat collagen ini dalam memberikan rupa baru pada si pengamalnya. 



FUNGSI RAMUAN UTAMA

COLLAGEN DARI SISIK IKAN
♡ sumber kolagen yang premium dengan kandungan pencernaan dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan

EKSTRAK BIJI CAMELIA JAPONICA
♡ biji camelia japonica terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit dan isoflavon antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas

EKSTRAK PFAFFIA
♡ dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji camelia japonica, ia dapat membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biassa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin

ELASTIN dari KOLAGEN IKAN
♡ Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi regang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik

VITAMIN C DAN B
♡ menggalakan penghasilan kolagen dengan menetang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel

EKSTRAK KEKERANG
♡ Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sistesis cecair synorial yang membekalkan pelincir kepada sendi - sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata

LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS
♡ membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat dan mampu menguatkan penyerapan kolagen

Jadi dah tahu kan fungsi setiap ramuan yang terdapat dalam SCP ni. Sebab tu kalau dah mula ambil SCP ni, khasiat dan manfaat yang kita dapat memang tak disangka! Jom tengok antara manfaat daripada SCP pulak. 

MANFAAT UTAMA

♡ Collagen Powder membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahakan kehadiran kedutan
♡ tampak lebih muda 
♡ collagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
♡ kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini membantu mengurangkan parut
♡ membantu menghalang tanda penuaan
♡ rasa lebih muda
♡ collagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang memerlukan kalsium. Collagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan menjadi rapuh
♡ collagen membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi
♡ baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya anjal
♡ memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh collagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak mendapat manfaat collagen agar minda dalam keadaan baik

Dengan pembelian sebanyak 6 kotak pada bulan ni, akan dapat free 1 KOTAK lagi tau! Hanya bulan ni jer.. 


Baca lagi
Comments

MATA SIHAT DENGAN CAROTOMAX


Siapa dapat tengok keseluruhan gambar dekat atas ni? Tahu tak dekat mana kita boleh jumpa gambar ni? 
Pada yang tak nampak tulisan dekat atas tu nampak gayanya tak lama lagi awak akan dapat melihat gambar tu dengan jelas dekat klinik kesihatan mata. Jadi entri kali ini nak kongsikan dengan awak semua bagaimana nak memilik mata yang sihat. 
Mata merupakan keperluan dan penggerak utama tubuh dalam melakukan sesuatu perkara. Tanpa mata maka jangan harap otak kita boleh berfikir, mulut kita boleh berkata-kata dan tubuh badan kita bergerak. Semuanya kerana mata. Macam lagu "DARI KERANA MATA TU". Sebab mata ni memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Disebabkan seharian kita menggunakan mata maka terdapat beberapa aspek dan faktor yang boleh menjadi punca kerosakan mata. 

MASALAH KEROSAKAN MATA

MIOPIA
ketidakupayaan melihat jauh. Masalah ini mudah dialami oleh golongan muda. Oleh kerana kesukaran melihat jauh, mereka akan mengecilkan maata untuk memperolehi satu penglihatan yang jelas. Akibatnya berlakulah sakit kepala malah berdenyut - denyut di bahagian depan kepala. Kes miopia yang dipengaruhi aspek psikologi seperti stress
HIPEROPIA
kerosakan mata jenis ini cuma berlaku di negara barat. Ianya terjadi kerana biji mata terlalu kecil dan cahaya yang datang dari jauh difokuskan di belakang retina. Oleh itu, mata akan bekerja lebih untuk memfokuskan cahaya di retina. Kesan daripadanya adalah juling dimana otot-otot akan mengalami keregangan. Mata yang juling dikenali sebagai Esotopia (cross eyes)
ASTIGMATISMA
ianya timbul apabila bentuk kornea mata tidak berbentuk sfera iaitu ianya berbentukseperti telur. Akibatnya mata tidak dapat bertumpu pada satu titik. Mereka yang mengalami masalah ini akan kabur penglihatan jauh dan dekat. Rawatan awal diperlukan bagi mengatasi masalah ambriopia iaitu penurunan tajam penglihatan. Ianya terjadi kerana sel retina tidak mendapat imej yang jelas dan tajam
ANISOMETROPIA
perbezaan kesalahan refraksi di antara kedua - dua mata sebagai contoh miopia disebelah kanan dan  hiperopia di sebelah kiri
FORIA
keadaan posisi mata semasa mata rehat misalnya semasa tidur. Sesetengah mereka terutamanya kanak - kanak akan mengadu meliaht 2 imej. Ia juga boleh menghasilkan masalah juling. Aduan beserta sakit kepala, sakit mata dan kabur penglihatan perlu diberi perhatian
GLAUKOMA
penyakit mata yang berpunca daripada tekanan cecair yang terlampau tinggi di dalam bebola mata. Bagi mata normal pengaliran cecair keluar masuk adalah seimbang. Kes ini mewujudkan sekatan saluran. Tekanan tinggi yang berterusan tanpa rawatan akan merosakan urat saraf mata dan akhirnya buta
KATARAK
satu lapisan bagi menghalang kemasukan cahaya menembusi kanta dan imej retina terganggu. Penglihatan akan mennjadi kabur. Katatak berpunca daripada penglihatan umur. Penglihatan yang lebih ketara bagi orang mengalami penyakit kencing manis.

PUNCA KEROSAKAN MATA

✔ jangkitan kuman
✔ tabiat menggosok mata
✔ menonton televisyen dalam jarak dekat
✔ cahaya yang memasuki retina mata terlalu banyak atau kurang
✔ pendedahan kepada sinaran ultraungu daripada cahaya matahari
✔ faktor persekitaran
✔ penghidap kencing manis
✔perokok tegar

 CAROTOMAX


Carotomax Shaklee yang juga dikenali sebagai vitamin A yang kita tahu vitamin A ini amat penting untuk kesihatan mata. Para saintis Shaklee telah mencari ke seluruh dunia untuk berbagi dan menyediakan ENAM karotin terbaik yang berada di beberapa negara hanya untuk mendapatkan bahan yang terbaik dalam penghasilan carotomax.

❤ untuk mendapatkan microalgae yang menghasilkan ASTAXANTHIN
❤ untuk mendapatkan minyak palem sebagai ALPHA & BETA CAROTENE
❤ untuk mendapatkan buah tomat non-GMO sebagai penghasil LYCOPENE
❤ untuk mendapatkan marigolds yang menghasilkan LUTEIN
❤ untuk mendapatkan rawa air asin penghasil ganggang laut yang menghasilkan BETA CAROTENE

Terhasillah vitamin A Shaklee dalam bentuk Pro-vitamin A (carotene) yang SELAMAT. Ianya hanya ditukarkan kepada bentuk vitamin A di dalam badan apabila diperlukan sahaja. 

MANFAAT CAROTOMAX

Lebih SELAMAT daripada vitamin A
❤ penemuan vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambila berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksik. Namun setelah para saintis menemui beta karotena pada 1932, satu prekursor vitamin A dan beta karotena didapati selamat untuk diambil
Mempertingkatkan penglihatan 
❤ ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengawal penglihatan di dalam gelap. Ia                     mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia ( rabun malam ), rabun dekat, presbyopic,             astigmatism, kerophthalmia (mata kering ), kelesuan mata, glukoma, katarak, floatas, eye bags & gelung       hitam
Meredakan pemyakit kulit
❤ pengambilan yang banyakan akan melegakan masalah seperti penyakit kulit seperti psoriasis, serile                plague, kulit kering, kulit gugur, jerawat.Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne dan ulse      kulit
Melindungi epitimal
❤ Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oval, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari           semasa disentegrasi tisu, merawat ulser saluran usus
Melawan kanser & oksidasi
❤ pengambilan kerap beta karotina mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan & menyekat aktiviti       bahan kanser, menghalang pembentukan sel2 kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama             sekali kanser paru2 dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel2 mati yang     teroksida
Menghalang infensi
❤ merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem                    respiration paru2, batuk, hepatesis, asthma, flu & selesema.
Menggalakkan Perkembangan Normal Dan Sihat
❤ merangsang perkembangan kanak2 dan remaja, menguatkan tulang, menguatkan rambut, kulit, mambran        mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem leproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat.

Jom baca testimoni carotomax dibawah ni..


UNTUK INFO DAN PEMBELIAN,, BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH

❤ FB : www.facebook.com/BbBam.shopBizz
❤ TELEPHONE NO: 0177757179








Baca lagi
Comments

KENALI CAMPAK

Anak kecil merengek menangis tidak selesa. Badan panas dan nampak macam ada ruam. Bagi ibu bapa yang pertama kali melalui pengalaman ini, apa kata baca entri ni untuk ketahui punca dan cara untuk atasinya.



INFO TENTANG CAMPAK
Campak adalah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Penyakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

TANDA-TANDA DEMAM CAMPAK
√ demam tinggi
√ batuk
√ selsema
√ sakit tekak
√ mata berair dan sensitif pada cahaya
√ sakit otot

BAGAIMANA JANGKITAN AWAL
Tanda - tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapat bintik - bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut anak.
Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 ° celsius. Pada peringkat awal jangkitan kadang kala kanak - kanak ini juga mengalami cirit - birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan.



TINDAKAN SEGERA
Berikan dia minum banyak air supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit birit mendapat ganti. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaian dengan pakaian tipis dan asingkan anak yang terkena campak dengan anak yang lain.
Bawa anak berjumpa doktor. Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada bersama mereka.

BILA DEMAM KEBAH
Pada hari keempat demam mula turun dan kira - kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala menurun ke tangan, badan dan kaki. Enam ke tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok - tompok merah mula menghilang.

KOMPLIKASI SAMPINGAN
Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru - paru, jangkitan otak dan lain - lain, maka lambaylah mereka sembuh.

CADANGAN
Meal Shakes dapat membantu dalam memberi tenaga ketika demam. Kandungan protein yang terdapat dalam meal shakes mampu memberi tenaga dan membantu menguatkan antibodi dan imun si kecil untuk melawan virus yang ada dalam badan.
Herbal Blend juga boleh digunakan sebagai sapuan untuk menghilangkan ruam dan mengurangkan rasa kegatalan serta kurang selesa. Ramuan semulajadi dalam herbal blend mampu membuatkan ruam campak berkurangan dan tidak meninggalkan parut.

UNTUK PEMBELIAN DAN INFO BOLEH HUBUNGI WATIEY
NO. TEL: 0177757179
posted from Bloggeroid
Baca lagi
Comments

KOMBINASI MANTAP ALFALFA

ALFALFA (RAJA TUMBUHAN)

Alfalfa merupakan produk PERTAMA ciptaan Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk "signature" Shaklee. Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat barat dan mereka menggunakan alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan. Terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikan dan manfaat kepada wanita, lelaki dan juga kanak-kanak, kombinasi alfalfa dengan supplement shaklee yang lain pasti akan memberi hasil yang baik. 

KANDUNGAN & KHASIAT DALAM ALFALFA

✔ kaya dengan vitamin dan mineral 
✔ mengandungi vitamin B, C, E & K dalam jumlah yang seimbang
✔ mengandungi mineral, kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan zat besi.
✔ turut mengandungi flourida, protien, mineral surih, serat, asid lemak & antioksidan
✔ Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat
✔ Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah 
✔ membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam pemakanan seseorang

KOMBINASI BERSAMA 


ALFALFA + LECITHIN / OMEGA
✔ alfafa bertindak sebagai agen detoks yang bergabung bersama lecithin / omega yang bertindak membakar     lemak yang memberi hasil kepada penurunan berat badan dan membuang lemak
✔ kombinasi unik ini mengelmusi lelemak dan menyingkirkannya dari badan 
✔ bertindak sebagai agen detoks yang sangat berkesan 

ALFALFA + GLA
✔ alfalfa bertindak membantu pengaliran darah yang bertindak memberi kelegaan ketika haid
✔ gla yang bertindak mengawal dan mengatur kestabilan hormon dan haid
✔ kombinasi ini cukup popular di kalangan mereka yang sedang merancang untuk hamil
✔ gabungan ini juga boleh membantu masalah kulit kering dan jerawat dengan memberi hasil kulit yang lebih     menawan

ALFALFA + ESP 
✔ alfalfa yang cukup terkenal dalam merawat masalah berkaitan wanita lepas bersalin 
✔ alfalfa juga terkenal sebagai milkbooster yang bertindak memberikan penghasilan susu badan
✔ sumber protein yang terdapat dalam ESP bertindak sebagai penggalak pengeluaran susu
✔ kombinasi ini juga turut memberi kesan yang luar biasa kepada kulit ibu, memberi tenaga tambahan               kepada si ibu 
✔ cukup popular sebagai set milkbooster

ALFALFA + B COMPLEX / VITA C 
✔ kombinasi untuk melegakan selsema
✔ gabungan yang hebat dalam merawat alahan dan resdung
✔ vita c juga dapat meningkatkan sistem imun
✔ selain itu dapat juga mencantikkan kulit supaya lebih berseri dan lebih putih

UNTUK INFO & PEMBELIAN..


Baca lagi
Comments

SET TINGKATKAN IMUN

BILA ANAK SAKIT

Apa yang kita buat bila anak sakit? Bawa pergi hospital. Berapa lama masa yang anak kita ambil untuk sembuh? Bukan niat disina nak cakap ubat hospital tu tak berkesan. Tapi kadang kala ketidakpuasan hati bila tengok anak masih lagi belum sembuh akan membuatkan kita berfikir. "Macam tak jalan je ubat ni". Bagi ibu yang tidak bekerja sudah tentu tak jadi masalah, tapi bagi yang bekerja mungkin akan menjadi masalah. Dalam sebelum berapa kali nak kena ambil MC untuk jaga anak sakit, bawa ke klini atau hospital. Akhirnya dengan ibu ayah ikut serta demam! Jadi untuk entri kali ni watiey nak syorkan satu set untuk tingkatkan imun si kecil dan juga sesuai untuk seisi keluarga. 

SET TINGKATKAN IMUN


Apa ada dalam set ni? Dalam set ni, kita ada MEAL SHAKES dan NUTRIFERON yang masing-masing mempunyai fungsi dan khasiat yang memang bertindak hebat dalam memastikan kesihatan dan imun menjadi kuat. Dan yang paling best, bila sakit demam pun tak ambil masa yang lama untuk sihat. Ini kerana ia membantu menguatkan antibodi dalam melawan bakteria jahat dalam badan anak. 

MEAL SHAKES

✓ kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak - kanak
✓ menyediakan hidangan lengkap & asid amino 
✓ nutrisinya mudah diserap oleh badan 
✓ makanan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic
✓ mengandungi asid folik, biotin & magnesium untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses tubesaran
✓ lengkap dengan 24 vitamin & mineral 
✓ mengandungi vit A, C, E, ZINK & Selenium sebagai anti oksidan
✓ mengandungi lengkap vit B Complex untuk sel darah merak yang sihat

NUTRIFERON

✓ mengaktifkan interferon tubuh untuk menguatkan fungsi sistem imun
✓ melindungi dari jangkitan selsema, viral, bakteria & kanser
✓ menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik 
✓ membunuh bakteria
✓ meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari (demam)
✓ melindungi daripada influenza
✓ meringankan stress dan kelesuan

Dengan gabungan mealshakes dan nutriferon ini, dah tentu kesihatan dan sistem ketahanan si manja dan juga kita sendiri akan kekal kuat dan sihat. Jadi pastikan anda ada satu set di rumah untuk cara hidup sihat. 

UNTUK PEMBELIAN DAN INFO LANJUT, HUBUNGI WATIEY SEPERTI TERTERA DIBAWAH.






Baca lagi
Comments

AWET MUDA DENGAN COLLAGEN POWDER

APA ITU KOLAGEN

Badan manusia merangkumi hampir 30% protein yang terdiri daripada kollagen yang didapati hampir dalam kesemua anggota badan terutamanya di dalam tulang, tendon dan ligamen.Kolagen merupakan salah satu daripada 4 jenis tisu asas dalam tubuh manusia. Penghasilan kolagen mula berkurangan apabila usia semakin meningkat. Paras kolagen akan menurun bila usia kita mencecah 20an.


KESAN AKIBAT KEKURANGAN KOLAGEN 

Kesan yang paling ketara yang dapat kita lihat jika kekurangan kolagen adalah lapisan epidermis ataupun kulit. Ini kerana kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Selain merupakan organ manusia yang paling besar. Kulit juga merupakan bahagian awal yang dapat mengesan jika badan seseorang itu kekurangan kolagen. 
 [] kulit akan menjadi kering, kasar, hilang keanjalan dan mulai berkedut
 [] rambut akan mula gugur dan menjadi nipis serta kusam
 [] kuku menjadi rapuh dan mudah patah 
 [] kulit jadi kendur dan berkedut
 [] tidak bermaya

Selain faktor usia terdapat juga beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada kehilangan kolagen. Antaranya:-
[] pendedahan kepada sinaran matahari dan pencemaran alam yang menyusutkan kandungan kolagen dalam    kulit sebelum ia mampu dibina semula. 
[] perubahan hormon estrogen dalam badan mempengaruhi penghasilan kolagen yang menjaga keanjalan          kulit
[] keadaan mimik muka berlebihan seperti ketawa berlebihan, muram dan bengis memberi tekanan pada otot    muka yang akhirnya memberi kesan kedutan pada kulit wajah
[] amalan pemakanan yang kurang menyihatkan dan berminyak juga menjadi salah satu penyebab


COLLAGEN POWDER UNTUK AWET MUDA
Untuk mengekalkan kulit sentiasa muda dan berseri, apakata cuba ambil kolagen tambahan untuk meningkatkan semula paras kolagen yang semakin berkurangan. Watiey syorkan COLLAGEN POWDER untuk mereka yang nak sentiasa awet muda. Fungsinya dalam mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Selain mengandungi nutrisi penting untuk mengekalkan kecantikan dalaman. Mengandungi 4,000mg proprietri RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga dapat diserap dengan mudah oleh badan. 


MANFAAT COLLAGEN POWDER

ANTI PENUAAN 
[] mengecilkan liang - liang pori 
[] menghilangkan kedutan 

MELEMBAP
[] melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal pada muka

MENCERAH 
[] mengurangkan pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata

MENEGANGKAN
[] membantu menegangkan dan menganjalkan payudara

MENYUBURKAN
[] menjadikan rambut kekal sihat
[] rambut tidak mudah gugur, bercabang serta tebal dan bersinar

MENGEMBALIKAN KEANJALAN
[] menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut

MENINGKATKAN PERGERAKAN 
[] menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang

MENGUATKAN 
[] membantu mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi

Jadi tunggu apa lagi. Sempena promo SPECIAL bulan ni jom dapatkan segera!!
 CANTIK MENARIK TERTARIK DENGAN COLLAGEN POWDER!!

*ingin dapatkan dengan harga lebih jimat serta banyak lagi tawaran hebat?? Jom join sebagai ahli sekarang!!
HUBUNGI NOMBOR TERTERA DIBAWAH..











Baca lagi
Comments

TERIMA KASIH MEAL SHAKES

Bismillah..
Rasanya baru saja promo Meal Shakes berlalu. Bulan September ni, promo Meal Shakes datang lagi! Tak perlu nak beli sampai 6! Beli 3 je dah boleh dapat PERCUMA 1. Rugi sangat pada siapa yang tak sambar lagi tu. Oklah, entri kali ni bukan nak cerita pasal promo tapi nak kongsi kisah anak MamaBbbam selepas diberi makan Meal Shakes. Kira macam testimoni diri sendiri jugalah.



ANAK BERSELERA MAKAN
Dulu anak dara MamaBbbam kalau bab makan memang susah sangat. Kira makan ni macam satu beban pada dia. Dari umur 1 tahun bawa ke 4 tahun. Berat tak pernah ideal. Tapi MamaBbbam boleh tarik nafas lega sebab dia kurang gemar pada manisan. Nak lagi gula-gula. Jadi kalau setakat lalipop tu harap maaflah nak makan. Pandang pun sipi mata je.
Tapi lepas cuba bagi dia Meal Shakes ( kongsi dengan adik babam) alhamdulillah. Makan nasi 3 kali sehari. Kalau dulu kerepek ke roti mahupun biskut memang jarang beli. Sekarang dah wajib ada dalam rumah. Dan yang paling syok, buah pun dia suka dah makan. Pendek kata setiap masa ada je makanan nak di makan. MamaBbbam pun dah rajin masak kek, puding untuk anak makan. Ibu mana yang tak teruja bila masak apaa saja anak makan. Nikmat tau!

ANTIBODI KUAT
Rasanya sejak mengamalkan Meal Shakes ni jarang update status pasal anak demam. Anak sakit. Walaupun kadang berjalan ke rumah kakak bila sepupu dia demam ke selsema. Alhamdulillah tak berjangkit. Dan tahun lepas siap dapat anugerah olahragawati dekat tadika lagi! Semua acara dibolotnya. Kesian dekat orang lain!

TIADA MASALAH SEMBELIT
Kalau dulu kakak jarang melakukan pembuangan. Tapi sekarang setiap hari lancar. Sembelit pun dah tak pernah kena. Adik juga dah senang nak membuang. Kalau dulu ingat lagi tiap kali nak buang air besar menangis macam kena pukul. Sekarang dah tiada masalah sembelit.

HIDANGAN LENGKAP
Disebabkan kaya dengan kalsium dan protein. MamaBbbam akan pastikan anak2 mendapat khasiat meal shakes setiap hari. Caranya dengan menambah meal shakes dalam hidangan sarapan mereka. Kerana rasanya yang sedap kadang kala bancuh dengan air putih pun laku.

TERIMA KASIH MEAL SHAKES
MamaBbbam nak ucapkan terima kasih pada Meal Shakes kerana dah mudahkan kerja dalam memastikan kesihatan dan perkembangan anak MamaBbbam. Jadi pada yang belum dapatkan, HARUS dapatkan. Bukan sebab nak "promote" tapi kerana MamaBbbam sendiri dah tengok hasilnya. Depan mata lagi tau!
Untuk sebarang info lanjut dan pembelian.. Hubungi nombor dibawah..




* promo sept MEAL SHAKES BUY 3 FREE 1!!
* jangan lepaskan peluang untuk penjimatan julung kali ni!!
* nak lagi pulangan hebat serta potongan lebih 15% jom jadi ahli Shaklee!!

Baca lagi
Comments

MEAL SHAKES ADA SUMBER MAKANAN SUNNAH

Betul ke? Ramai tak tahu kan. Akhir-akhir ini banyak viral dekat laman sosial yang mempersoalkan produk keluaran supplement dan vitamin yang ada dipasaran. Termasuklah produk Shaklee. Bagi pengguna yang cepat melatah, dah tentu-tentu khuatir antara nak meneruskan pengambilan ke nak berhenti ambil. Jadi untuk entri kali ni nak kongsi 1 berita yang mungkin akan buat ramai yang was2 dekat luar sana boleh menarik nafas lega.
Semalam watiey baru dapat tahu rupanya dalam Meal Shakes terdapat salah satu makanan sunnah!  Acacia Gum yang terdapat dalam Meal Shakes merupakan salah satu makanan sunnah. Mari nak terangkan tentang Acacia Gum ni untuk lebih pencerahan.

ACACIA GUM
Acacia Gum ataupun Arabic Gum merupakan sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di Sudan. Di sebelah barat mereka menggelarnya Al-Manna. Di negara Arab pula disebut " Bread from heaven" kerana Al-Manna ini ada disebut di dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah.
" Dan kami telah menaungi kamu dengan awan (panas matahari di pagi hari) dan kami turunkan kepada kamu 'manna dan salwa', (serta kami berfirman) "makanlah daripada makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepad kamu " dan tidaklah mereka menganiaya kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri"
surah Al-Baqarah ayat 57

Acacia Gum digunakan dalam produk makanan supplement, minuman berkhasiat dan produk perlangsingan. Antara khasiatnya:
[] bahan emulsier yang terbaik
[] menguyah 7 haru Gum Arabic dapat mengurangkan karang gigi dan gusi
[] mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi yang sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu
[] 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu

Tengok pada khasiat Al-Manna @ Acacia Gum ni dapat tak bayangkan khasiat yang kita boleh dapat dengan gabungannya bersama nutrisi lain yang terdapat dalam Meal Shakes. Berikut adalah kandungan yang terdapat dalam Meal Shakes dan khasiatnya.

MEAL SHAKES
[] kaya dengan protein yang membantu menyihatkan sel - sel
[] mengandungi asid folik, biotin kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel - sel dalam proses tumbesaran
[] lengkap dengan 24 vitamin & mineral
[] kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut
[] mengandungi vit A, C, E, Zinc dan Selenium sebagai anti oksidan
[] merupakan minuman multivitamin perasa vanila yang lengkap tanpa pewarna
[] mengandungi lengkap vit B Complex besi untuk sel darah merah yang sihat

Meal Shakes sangat disyorkan untuk anak kecik dari usia setahun ke atas kerana kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan untuk tumbesaran mereka.  Selain itu Meal Shakes juga sesuai untuk semua golongan.
Untuk dapatkan khasiatnya, buat pesanan korang pada bulan September ini kerana promosi Meal Shakes beli 3 percuma 1!! Siapa yang nak untung bolehlah dapatkan dari watiey dengan menghubungi nombor yang tertera di bawah.

watiey 017-7757179

* dapatkan potongan untuk setiap produk shaklee dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee serendah RM75/- sahaja!!
* banyak lagi tawaran hebat menanti selepas join ahli shaklee tau!! nak tahu??!!
JOM JOIN!!

Baca lagi
Comments

PROMOSI SEPTEMBER UNTUK ANDA


Berakhir sudah promosi bulan GLA. Tiada lagi pembelian 6 percuma 1! Sebelum nak ucapkan selamat pada bulan Ogos. Nak ucapkan selamat menyambut merdeka!  Tak sabar nak tunggu khabar berita gembira para pengguna GLA yang dah borong GLA bulan Ogos.  Tapi pengambilan gla bukan hanya terhenti disini. Sebab GLA ni boleh dikatakan supplement "wanted" untuk kaum wanita. Jadi tak ada promo pun tetap laris!
Bulan September ni, kita ada sesuatu yang sangat-sangat istimewa untuk awak semua. Bulan ni kita ada 2 PROMO!! Ye.. Ini betul-betul. Bukan dugaan! Bukan selalu dan x pernah lagi terjadi rasanya. Nak tahu apa promo 2 suppement tu?
Buat mak cik, kakak, abang, ayah, adik dan semua. Dengan bangganya nak beritahu bulan September 2014 ni kita ada COLLAGEN POWDER (BELI 6 FREE 1) & MEALSHAKE (BELI 3 FREE 1) sebagai promo bulan ni!! Bulan ni kalau tak rembat jugak set ni rasa rugi sangat. Sebabnya 2 produk supplement ni sangat sesuai untuk seisi rumah. Jadi kalau ambil 1 set pun untung sangat-sangat. Kenapa? Sebab pada mak yang nak cantikkan kulit, tegangkan mana yang kendur boleh ambil kolagen. Buat anak pulak mana yang susah nak makan, kerap demam, susah nak membuang boleh bagi mealshake.
Bulan ni Shaklee betul-betul murah hati nak bagi peluang dekat satu rumah merasa khasiat produknya. Nak tahu sebenarnya banyak lagi khasiat Collagen Powder dan Mealshake tapi akan kita kupas dan kongsi dengan awak semua dalam entri akan datang. Jadi kenalah belek lagi blog MamaBbbam ni selalu! Eh lupa belum kasi nama bulan ni nak digelar bulan apa ye. Apa kata bulan "parent borek anak rintik"!
Untuk info lanjut boleh hubungi MamaBbbam seperti dibawah ni..



Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top