Comments

SALAM MAAL HIJRAH 1436H

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA


Esok bermulalah penghijrahan baru buat kita umat islam. Rasanya baru saja kita sambut tahun baru hijrah. Cepat betul masa berlalu kan? Entri kali ni cheq nak kongsi Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun dengan semua. Semoga dapat memberi panduan kepada kita semua. Sebelum tu apa kata cheq kongsi sikit tentang bulan Muharram. 

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam Hijrah. Sebelum Rasullah berhijrah dari Mekah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

PERSIAPAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM

Sebelum berakhirnya tahun Maal Hijrah 1435, marilah kita sama-sama membaca Doa Akhir Tahun yang dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu asar sehingga sebelum masuk waktu Maghrib. Diikuti dengan Doa Awal Tahun juga dibaca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib. Jom sama - sama kita luangkan masa membaca doa - doa ni. 

DOA AKHIR TAHUN
Baca sebanyak 3 kali selepas waktu Asar sehingga sebelum masuk waktu Maghrib.

DOA AWAL TAHUN 
Dibaca sebanyak 3 kali juga selepas masuk waktu Maghrib. 

Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah swt. Semoga ketibaan tahun hijrah 1436H ni membawa lembaran baru buat kita semua. 



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
 ✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

SUBUH GAJAH? SOLAT APAKAH ITU?


SUBUH GAJAH.

Jujur cheq cakap baru minggu lepas cheq dengar perkataan ni. Ketinggalan sungguh rasanya diriku ni! Itupun sebab peristimewa lewat bangun. Jadi cik suami pun cakap, subuh gajah la kita hari ni. Dalam hati macam nak bertanya tapi disebabkan dah lewat nak ke siapkan sarapan. Nak siapkan bekalan anak. Cheq cakap dalam hati postpone nanti la tanya. 

Tapi akhirnya cheq tanya pada abang google. Hahahaha.Cheq nak kongsi apa maksud disebalik subuh gajah yang digunakan oleh orang dulu2 lagi yang cheq baru tahu ni. Sedih! Subuh gajah ni bermaksud kalau korang tidur malam bangun pagi nak solat subuh terjaga lepas waktu syuruk. Faham tak? Tapi ada setengah cakap kalau tak disengajakan wajib untuk kita terus tunaikan solat subuh selepas tersedar tu. Jangan pulak tunggu nak qada dengan solat zohor! Tapi kalau tiap - tiap hari 'tak sengaja' lewat tu rasanya boleh letak batu bata atas kepala ikat tali asal pukul 6 pagi je set bagi tali tu putus batu jatuh atas kepala. 

Kalau yg sedar dalam waktu subuh pastu bangun tutup jam loceng pastu sambung tidur semula dikira berdosa dan tetap wajib qada bila bangun dari tidur tu. Pada zaman Rasullah saw dulu lagi dah berlaku. Dekat sini cheq nak kongsi sedikit peristiwa mengenai subuh gajah ni.

kredit to,,

*********************************************************************************
Berlaku kepada Rasulullah S.A.W sendiri. Ketika pulang dari perang Khaibar.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda:

“Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda:

“Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.”        
 (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

*********************************************************************************

 Jadi lepas ni pada yang masih selalu TERsolat gajah. Jom sama - sama baiki diri. Tak nak ada lagi istilah solat gajah dalam diri kita. Tak kira solat subuh ke zohor ke. Yang penting semarakkan solat kita. 

“Perjanjian yang telah ditetapkan antara kami dengan mereka adalah (menegakkan) shalat, karena itu barangsiapa yang telah meninggalkannya maka sungguh ia telah kafir.”
 (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 884, Ibnu Majah 1:342 no: 1079, Nasa'i I: 231, dan Tirmidzi 125 no: 2756).











✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

ATASI MABUK HAMIL DENGAN SHAKLEE

TERUKNYA PENANGAN MABUK HAMIL


Bagi wanita yang baru disahkan hamil mungkin korang wajib tahu tentang mabuk hamil. Tak semua wanita yang mengandung akan merasai "nikmat" ni. Selalunya ia dianggap normal bagi wanita yang mengandung. Selalunya mabuk hamil ni terjadi apabila bangun pagi. Dan bakal ibu harus bertahan selama beberapa minggu  atau bulan dengan rasa loya dan nak muntah sepanjang hari!

Mabuk hamil selalunya memberi kesan dari segi fizikal dan emosi. Ini disebabkan apabila bakal ibu diserang dengan mabuk hamil, segala aktiviti mereka akan menerima kesan. Ini akan menganggu tumpuan ketika bekerja, bersosial dan juga aktiiviti harian. Ramai bakal ibu yang mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan ni. Mana tidaknya kalau setiap pagi nak kena ambil masa berjam - jam, tak tahan dengan bauan dan macam lagi. Akhirnya nanti mengganggu kita dalam nak fokus pada sesuatu benda. 

KESAN MABUK HAMIL

Selalunya doktor yang merawat masalah ni beranggap ia bukanlah sesuatu yang serius. Namun mereka akan memberi perhatian jika simptom mabuk hamil menjadi serius. Contoh simptom menjadi teruk apabila bakal ibu muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan atau minum dan berat menjadi susut. Ini kerana ia boleh membawa kesan kepada bakal ibu itu sendiri dan juga kandungan.Kesan dari mabuk hamil boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrisi. Apabila ini berlaku kandungan juga boleh terdedah kepada risiko. 

APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGATASI DAN MEMBANTU 

Untuk membantu mengatasi atau sekurang - kurangnya meminimakan loya, apa kata korang cuba cara dibawah ni.
  • makan sedikit tetapi kerap untuk atasi loya yang disebabkan perut kosong. Dengan cara ini, dapat mengekalkan tahap gula dalam darah. 
  • elakkan daripada makan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng. Amalkan makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B. 
  • makan makanan yang mudah dihadam seperti biskut dan snek. Boleh amalkan makan biskut di waktu pagi atau ketika sedang berehat.
  • cuba minum di antara waktu makan jika rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minum semasa makan kerana ia akan membuatkan korang muntah. Pastikan korang kerap  minum air. 
  • amalkan menghisap ketul ais jika korang muntah.
  • pastikan korang mendapat rehat yang secukupnya. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk hamil menjadi lebih teruk.
  • amalkan pengambilan air teh halia. Halia dapat menghilangkan rasa loya dan melegakan perut. 
  • Lemon juga bagus dalam mengatasi rasa loya. Tambahkan hirisan lemon dalam minuman. 
  • pengambilan vitaman B6 (piridoksina) atau multivitamin boleh mengurangkan mabuk hamil. Jika korang amalkan pengambilan vitamin semasa hamil, ini mungkin dapat membantu mengurangkan simptom mabuk hamil.
CADANGAN SUPPLEMENT UNTUK ATASI MABUK HAMIL

Pengambilan multivitamin dan vitamin B dapat membantu mengatasi simptom mabuk hamil. Dalam masa yang sama dapat memberikan tenaga tambahan dan memberi kekuatan kepada kandungan. Dalam supplement Shaklee terdapat 2 kombinasi yang cukup popular dikalangan ibu hamil yang membantu mereka mengatasi masalah ini. 
dapat membantu mengatasi mabuk hamil

PEPPERMINT GINGER PLUS
✔ melegakan rasa loya
✔ melegakan ketidakselesaan perut
✔ memberi rasa pudina yang boleh mengatasi rasa loya
✔ membantu masalah mabuk hamil

B COMPLEX
✔terbukti dalam mengatasi rasa loya
✔ mencegah anemia akibat muntah dan kurang selera makan
✔ membekalkan asid folik untuk kandungan 
✔ diperlukan dalam pembentukkan dan aktiviti sel

VITALEA
✔membekalkan iron untuk ibu dalam memastikan ibu tidak pitam 
✔ memberi tenaga dalam memastikan kesihatan ibu dan bayi 
✔ mengandungi 23 vitamin dan mineral yang diperlukan dalam proses tumbesaran bayi
✔ menyokong proses pembinaan tulang 
✔ mencegah kerosakan fungsi imun


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

INGIN DAPATKAN SECARA ONLINE? PENGHANTARAN TERUS KE DEPAN PINTU RUMAH ANDA? KLIK DI BAWAH!



 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

BROKOLI BAGUS UNTUK KEHAMILAN


BROKOLI BAGUS UNTUK IBU HAMIL

KHASIAT YANG ADA DALAM BROKOLI

Siapa suka makan brokoli? Rasanya tak ramai yang suka makan brokoli. Sebenarnya brokoli ni sedap tau. Cheq dan keluarga dalam seminggu mesti dua atau tiga kali akan makan brokoli. Disebalik rasa sebenarnya brokoli ni banyak khasiat untuk kesihatan kita. Jadi entri kali i nak kongsi khasiat brokoli dan kepentingan brokoli untuk ibu hamil. 

Brokoli ni sama dengan bunga kobis cuma dia berwarna kehijauan. Brokoli ada banyak khasiat. Kalau nak tahu brokoli ni sayuran yang paling bergizi. Berdasarkan kajian brokoli boleh melindungi saluran pernafasan daripada alergik dan pencemaran dengan mengaktifkan sistem keradangan semulajadi. Kaya dengan serat vitamin c, beta - karoten, vitamin B, vitamin  E dan banyak lagi. Kandungan kalsium yang terdapat dalam brokoli juga lebih besar kalau nak dibandingkan dengan segelas susu. Brokoli juga mengandungi serat yang banyak kalau dibandingkan dengan sepotong roti gandum. 

KEBAIKAN BROKOLI UNTUK IBU HAMIL

  • MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI
Brokoli juga mengandungi selenium dan seng yang berguna dalam meningkatkan sistem imun tubuh
  • MENCEGAH SELSEMA
Kandungan vitamin C  dalam brokoli bertindak sebagai antioksidan dan anti - inflamansi yang dapat melindungi diri daripada jangkitan selsema dan batuk
  • KESIHATAN JANIN
Kandungan vitamin B membantu proses sintesis DNA dan bertindak menguatkan perkembangan janin
  • MENGUATKAN TULANG
Pengambilan brokoli dalam diet makanan sangat membantu menguatkan tulang. Ini kerana kandungan kalsium dalam brokoli jauh lebih tinggi berbanding susu
  • MENCEGAH ANEMIA
Sumber zat besi yang tinggi dalam brokoli membantu mencegah anemia
  • MENJAGA KADAR GULA
Ibu hamil dapat mengawal kadar gula dalam darah. Ia juga mengandungi mmineral yang dipanggil kromium yang bertindak membantu hormon insulin berfungsi

Ibu hamil memerlukan nutrisi penting untuk menjaga kesihatan pertumbuhan janin. Dengan pengambilan brokoli dalam diet harian, ia dapat memenuhi keperluan tubuh. Ini kerana brokoli mengandungi semua nutrisi penting yang diperlukan oleh ibu hamil. Jadi lepas ni, bagi yang tak pernah makan brokoli boleh cuba makan. Gerenti korang pasti akan suka. Sebab brokoli ni sedap! 













✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

TESTIMONI ESP

KOLEKSI TESTIMONI PENGGUNA ESP

Entri kali ni cheq nak kongsikan beberapa testimoni pengguna esp. Kita semua tahu esp ni ada banyak khasiat. Ada yang ambil esp untuk kesihatan, atasi penyakit dan juga untuk kecantikan. Ini kerana sumber protein yang ada dalam esp ni bertindak memberi keperluan kepada sel tubuh kita. 

Jadi tak hairan kalau ada yang makan untuk diet akan dapat juga khasiat lain. Jadi tak nak cerita panjang lebar, sebab semua dah tahu esp ni memang superb. Jom layan beberapa testimoni pengguna yang mengamalkan esp. 
ESP ATASI KULIT GATAL + PEDIH HULU HATI
ESP HILANGKAN PARUT JERAWAT + MILKBOOSTER
ESP UNTUK SLIM + MILKBOOSTER

ESP SEBAGAI MILKBOOSTER
ESP ATASI GASTRIK
 


ESP BEKALKAN TENAGA

 
ESP ATASI MAALAH KULIT WAJAH






Ini baru beberapa yang cheq nak kongsikan. Terbanyak banyak lagi sebenarnya. Dan korang boleh tengok sendiri testimoni yang rata - rata amalkan esp untuk keperluan lain tapi dalam masa yang sama dapat khasiat lain sekali.

✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
 ✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

INGIN DAPATKAN SECARA ONLINE,, KLIK GAMBAR DIBAWAH


 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

KUNYIT ATASI MASALAH BULU KETIAK

PETUA BERSIHKAN BULU KETIAK DENGAN KUNYIT


Kalau cakap pasal kunyit selalunya mesti berkait dengan masakan. Tapi kali ni nak kongsi dengan korang tentang khasiat yang ada dalam kunyit ni selain untuk menyedapkan masakan. Kunyit dalam istilah sains dipanggil "curcuma longa". Muncung kena panjang kalau nak menyebut tu. Sebenarnya kunyit juga digunakan untuk pembersihan dalaman badan dan kecantikan kulit. 

Tapi entri kali ni nak kongsi sesuatu yang lebih 'rare'. Masalah bulu ketiak. Jujur pertama kali cheq nak buat entri ni cheq dah senyum kambing. Sampai cik suami tanya. Kenape? Tapi disebabkan petua ni mungkin bermanfaat untuk kita semua.. Jadi layan je! Lagipun kunyit ni benda yang paling mudah nak dapat di rumah. Jadi kalau korang "songlap" seketul dua pun tak jadi masalah pada ibu dekat dapur. Jadi nak tahu macam mana kunyit tu membantu atasi masalah ni. Jom cuba petua ni. Bahan yang perlu ada hanya ibu kunyit dengan sirih pinang. 

bahan utama

CARA MENGGUNAKAN 

  • Langkah pertama yang korang kena buat mungkin sedikit mencabar. Kerana korang kena cabut dulu bulu ketiak korang tu. Kalau rasa nak "drama" sikit bolehlah pakai pencabut kepit atau boleh gunakan apa saja janji bulu ketiak korang selamat digugurkan! 
  • Selepas tu, celup ubi kunyit ke dalam kapur sirih dan gosok pada ketiak korang sehingga rata dalam masa beberapa minit. Cara penyentalan terpulang kepada korang. Rasa nak tanggalkan kulit ketiak pun boleh asalkan korang berpuashati.
  • Kemudian basuh ketiak korang sebersihnya. 
  • Korang boleh lakukan setiap hari atau mengikut suka hati korang. 
  • Pada yang masih belum ada bulu ketiak amat disarankan menggunakan petua ini. Ia dapat menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
Semoga petua mudah ni dapat membantu korang. Mungkin ada yang beranggap perkara ni mudah tapi tahu tak kesan sampingan daripada pertumbuhan bulu ketiak? Bau badan dan masalah peluh antara perkara yang berkait rapat dengan pertumbuhan bulu ketiak! Jadi kalau tak nak masalah bau badan, renung - renungkan!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
 ✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!


Baca lagi
Comments

ESP DAN KHASIAT KANDUNGANNYA

ESP DARI SOYA TERBAIK


Esp merupakan sumber protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh. Kandungan asid amino ini diperlukan bagi proses sintesisi protein termasuk 9 asid amino penting yang tak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Esp dihasilkan daripada protein kacang soya yang 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali ganda lebih susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Rendah kolestral, rendah lemak dan mudah diserap. 

Penuh dengan khasiat kan esp ni. Cuba bayangkan kalau setiap hari tubh kita disaji dengan sumber protein dan khasiat dekat atas ni. Sihat walafiat bertenagalah! Disebabkan esp ni penuh dengan khasiat maka tak hairanlah ada promosi atau tidak esp tetap dapat permintaan tinggi. Entri kali ni nak kongsikan lagi antara khasiat esp ni. Kalau nak diikutkan banyak sangat khasiat esp ni untuk tubuh badan kita. Kali ni kita kongsi tentang khasiat kandungan yang terdapat dalam esp ni. 

KHASIAT KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM ESP

  • kandungan asid amino bertindak membina dan memperkuatkan otot, tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar
  • dirumus dari kacang soya yang dapat meningkatkan fungsi hormon wanita. Isoflavon yang terdapat dalam kacang soya berfungsi memberi perlindungan kepada hormon wanita. 
  • Isoflavon juga membantu dalam mengurangkan paras kolestral dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan sakit jantung
  • Genistein yang terdapat dalam kacang soya telah terbukti mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser daripada merebak

KEBAIKAN ESP

Dengan khasiat kandungan yang terdapat dalam kacang soya. Esp memberikan pulangan yang sangat baik untuk kesihatan kita. Antara kebaikan yang kita dapat apabila mengamalkan esp.
  • melindungi dan menjaga rahim dan ovari serta kitaran haid dan masalah prostat
  • membekalkan tenaga segera dan menguatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomia dan gejala stress
  • membantu melambatkan proses rambut beruban, masalah rambut gugur dan masalah rambut kusam
  • mengatasi masalah pigmentasi dan kulit berjeragat
  • dapat meningkatkan keupayaan daya ingatan
Kalau rasa nak dapatkan semua khasiat ni kena segera mulakan pengambilan ESP korang. Lagi menarik bulan ni promosi esp. Dengan pembelian 6 canister korang boleh dapat 1 canister secara percuma. Extra lagi dapat pulangan tunai dan dapat peluang jadi ahli shaklee secara PERCUMA! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi

NANGKA BOLEH BAGI KURUS

Kurus dengan makan nangka

MAKAN NANGKA UNTUK KURUS

Mesti anda tak percaya kan? Macam mana nagka boleh bantu turunkan berat badan. Meh nak cerita macam mana. Ramai suka makan nangka. Bila sebut tentang nangka, mesti terbayang ulas yang kekuningan ditusuk pula dengan bau yang menyengat. Terliur dibuatnya! Tapi disebalik rasanya yang sedap tu tak ramai yang berani nak makan nangka. Sebab selalu orang akan kaitkan kalau makan nangka ni boleh kena sakit urat. 

Kalau sebelum ni nangka dianggap kurang bernutrisi tapi sebenarnya terapat banyak kandungan mineral dalam nangka. Disamping rasanya yang manis dan lazat, nangka juga berupaya menurunkan berat badan. Jadi kalau makan nangka lepas ini tak perlu risau nak makan banyak mana sebab tak akan menambahkan berat badan pun. Jom kita tengok antara manfaat yang ada dalam nangka ni yang mana membantu menurunkan berat badan.

KHASIAT NANGKA UNTUK KURUSKAN BADAN

  • RENDAH KANDUNGAN LEMAK
Kandungan lemak tepunya yang sedikit tidak akan membuatkan pemakannya berdepan dengan masalah berat badan. Dan ada fakta mengatakan nangka hampir tidak mengandungi lemak.
  • RENDAH KANDUNGAN SODIUM
Salah satu kenapa anda harus makan nangka untuk diet kerana kandungan sodiumnya yang rendah. Kandungan sodium yang rendah membolehkan nangka dimakan sesuka hati. Ini keran berat badan hanya akan bertambah jika kandungan sodium di dalam sesuatu makanan itu tinggi.
  • KAYA DENGAN SERAT
Buah nangka mengandungi banyak serat yang boleh membantu memecahkan lemak sekaligus mengurangkan berat badan. Selain dapat membantu memudahkan proses pencernaan. Nangka juga dapat meningkatkan tenaga dalam badan dengan menaikkan tahap metabolisme tubuh. 
  • NUTRISI DAN MINERAL
Buah nangka mengandungi bermacam jenis vitamin, mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Bukan hanya boleh menurunkan berat badan tapi nangka turut membantu menyahkan toksin dalam badan. Nutrisi dalam nangka bukan hanya bermanfaat untuk turunkan berat badan malah sangat bagus untuk kecantikan kulit, rambut dan tubuh kita. 

Jadi lepas ni, pada yang terpaksa menahan nafsu untuk makan nangka kerana takut kemanisan nangka tu menaikkan berat badan. Lepas ni dah boleh makan semula. Mana tahu lepas makan nanti dapat kurangkan berat badan anda. Semulajadi lagi! 

SELAMAT MAKAN NANGKA UNTUK KURUS!















✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿ ✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿ ✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿ YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

OMEGA GUARD PEMBAKAR SUPERB


BAKAR LEMAK?? ADA CARA PALING SUPERB SELAIN INI


BOLEH KE MAKAN OMEGA GUARD JADI KURUS

Jawapannya dah tentu boleh! Sebab ramai tahu khasiat omega guard embantu perkembangan otak si manja dengan memberi keselesaan pada otot. Bagi yang dah lama berShaklee tu mungkin dah tahu kan. Ingat tak 3B? Cara supplement untuk kurus bertindak. Bakar, Buang dan Bina. Omega Guard ni slah satu daripadaagen pembakar tau. Mungkin sebab kita lebih didedahkan dengan Lecithin berbanding Omega Guard. Antara sebabnya faktor harga.

Tapi kalau anda nak tahu Omega ni lebih "best" dalam bab pembakaran lemak ni. Rata - rata yang bermasalah perut buncit, paha besar akan cheq cadangkan ambil Omega Guard. Banyak juga soalan cepumas yang akan muncul sebab tanya balik bukan Lecithin ke bertindak membakar. Ha, entri kali ni nak kongsi dengan semua bagaimana Omega Guard membakar lemak anda.

 ASID LEMAK OMEGA 3 BANTU KURANGKAN BERAT BADAN

OMEGA GUARD TERBAIK
Omega Guard dihasilkan dengan pelbagai peringkat untuk memastikan kualiti yang  terjamin. Omega guard yang juga merupakan agen pembakaran namun ia tak sama dengan Lecithin yang bertindak mengemulsi lemak. Sebaliknya omega guard bertindak membantu pembakaran lemak termendap. Mengandungi Lemak Asid Omega 3 yang membantu mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan kita.

 Antara hormon itu termasuklah hormon Leptin. Hormon Leptin berfungsi mengawal rasa lapar. Apabila ia bertindakbalas dengan pengambilan omega leptin akan menghantar isyarat kepada otak. Ia juga membantu mengawal rasa lapar dengan menstabilkan pars gula dalam darah. Kandungan gula yang berlebihan akan mengyebabkan metabolisme kita menurun dan membuatkan kita rasa lapar. Kandungan asid lemak omega 3 juga membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak. 

CARA OMEGA 3 BERFUNGSI DALAM PEMBAKARAN LEMAK

Omega 3 menghalang penghasilan hormon yang dipanggil cortisole yang bertindak menggalakan penyimpanan lemak. Apabila lemak berkurangan, ini dapat mempengaruhi kadar kandungan gula dalam darah. Penurunan gula dalam darah akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk membantu kadar penghasilan senotonin iaitu bahan kimia yang bertindak membuatkan kita merasa kenyang. 

Penurunan gula dalam darah tadi mempengaruhi tahap insulin. Apabila tahap insulin rendah, maka pembakaran lemak pun berlaku. Bila pembakaran lemak terjadi, ia dapat mengelakan kandungan gula menjadi lemak. Kajian mendapati kandungan asid lemak omega 3 dapat meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam. Jadi tak hairanlah kalau ada yang ambil omega guard ni akan rasa bertenaga. 

Untuk mereka yang nak membakar lemak lebih dengan cara lebih superb ni. Bolehlah dapatkan Omega Guard sekarang! Dan rasai sendiri penurunan berat badan anda!




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

DAPATKAN SENDIRI SECARA PEMBELIAN ONLINE?? TERUS KE DEPAN PNTU RUMAH ANDA? KLIK DI BAWAH!!


 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

PANDUAN PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI

TALI PUSAT

Tali pusat atau dalam bahasa sains dipanggil umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa berada dalam kandungan. Semasa berada dalam kandungan, bayi bernafas menggunakan uri yang bersambung dengan tali pusat. Selepas bayi dilahirkan tali pusat bayi akan dipotong dan hanya tinggal kira - kira 2cm ke 3cm yang kemudiannya akan disepitkan oleh doktor. 

PENJAGAAN TUNGGUL TALI PUSAT

Tali pusat yang tinggal pada badan bayi dipanggil sebagai tunggul tali pusat. Tunggul ini akan mengambil masa untuk kering dan akan tercabut dengan sendirinya. Selalunya tempoh untuk tunggul tercabut lebih kurang dalam 7 ke 10 hari. Jadi sepanjang tempoh itu, kita haruslah menjaga tunggul tali pusat supaya tak dijangkiti kuman. 
Kesan akibat jangkitan kuman pada tali pusat:
♥ demam panas
♥  lesu
♥  gangguan penyusuan
♥  tunggul tali pusat akan membengkak dan bernanah
Entri kali ini kita akan kongsikan panduan penjagaan tali pusat bayi supaya tak dijangkiti oleh kuman.

PANDUAN MENJAGA TUNGGUL TALI PUSAT BAYI

♥ Pastikan kelengkapan untuk mencuci lengkap. Antara bahan yang diperlukan.
  ✭ bekas air
  ✭ bebola kapas
  ✭ alkohol
  ✭ putik kapas

♥ Pastikan tangan kita dibasuh terlebih dahulu dengan air bersih sebelum memegang bayi. 

♥ Tuangkan sedikit alkohol ke atas bebola kapas.Usapkan pada bahagian pangkal tali pusat sehingga kawasan sekitarnya termasuk lipatan pusar. Lakukan dengan perlahan. 

♥ Selepas sekeliling pusat dah disapukan, barulah disapu pada pangkal tunggul tali pusat. Pastikan tali pusat dalam keadaan kering jika anda baru memandikan bayi.

♥ Gunakan putik kapas untuk memastikan sapuan antiseptik mengenai seluruh kawasan pusat. Kalau terdapat najis atau terkena air pastikan anda mengeringkan dengan perlahan - lahan terlebih dahulu.
Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada jangkitan.

♥ Selepas selesai barulah pakaikan barut pada bayi anda. Pastikan barut yang dipakaikan tidak mengenai tali pusat. Pemakaian pampers juga haruslah tidak mengenai kawasan tunggul tali pusat. Terdapat pampers khas untuk bayi baru lahir di pasaran. 

Untuk mengelakkan sebarang jangkitan, pastikan tali pusat bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kering. Pastikan anda mengeringkan dengan menggunakan bebola kapas. Penjagaan yang rapi boleh mengelakkan bayi dari dijangkiti kuman. 
Bagi ibu bapa yang baru pertama kali melakukan memang ada sedikit janggal. Nanti lama kelamaan akan biasa. Semoga panduan ini dapat membantu anda! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM✿✿ 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179✿✿
✿✿ fiesyadam@gmail.com✿✿ 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

 ✿✿Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top