Comments

AKTIVITI PERAH MEMERAH SUSU CIK BU

PENGALAMAN PERTAMA

Cuti hari minggu tak sah kalau tak ada aktiviti. Kali ni dapat buat aktiviti yang lain dari yang lain. Dapat satu lagi pengalaman baru. Syok jugak sebelum ni asyik tengok dekat tv. Kali ni dapat tengok terus menerus depan mata. Mesti terfikir apa benda cheq duk merapu ni kan. Meh cheq kongsi sikit antara aktiviti yang cheq buat masa cuti ni.



Cheq bagi intro la dulu ye. Ada haiwan dalam gambar cheq ni. Jadi cuba teka ape dia? Ceritanya cheq dapat tengok orang perah susu lembu! Tapi sekadar tengok jelah dulu. Sebab tak sampai hati nak memegang *** cik bu.

Kisahnya abang ipar cheq ada bela lembu susu. Jadi setiap pagi dia akan pergi perah susu lembu untuk diminum dan selebihnya dijual. Kira bertuah la semua anak sedara cheq dapat minum susu segar terus dari ladang belakang rumah. Bestkan?!

CARA MEMERAH SUSU

Tapi rupanya nak memerah susu kena ada cara. Nak kena mandikan dulu cik bu. Cuci tempat perahan dengan air suam untuk meransang pengeluaran susu. Lebih kurang sama jugak macam manusia. Cik bu ni pun baik sangat tak kisah pun. Siap boleh rileks makan sarapan pagi dia. Selain tu, kaki cik bu kena ikat untuk pastikan sebarang kejadian tak diingini berlaku. 




Hasil perahan boleh jugak dapat dalam 4kg untuk perahan waktu pagi. Jadi pagi tu kami disaji dengan susu segar. Tapi cheq tak minum pun. Sebab tiba-tiba tekak cheq ni ngeri! Hahaaha.. Jadi jom layan aktiviti perah memerah susu cik bu ni!!




posted from Bloggeroid
Baca lagi
Comments

SENGSARA NAK TURUNKAN BERAT BADAN? TANYA PADA YANG DAH BERJAYA,, APA KATA MEREKA.



SENGSARA NAK TURUNKAN BERAT BADAN

Aduhai,, seksa benar bila baca tajuk entri kali ni. Ada juga orang kata nak turunkan berat bukan susah mana pun. Tapi kita kena tahu bukan semua manusia ni sama. Walaupun luaran nampak sama, ada 2 mata, hidung tapi tak semestinya penerimaan tubuh kita sama. Ada orang yang kuat makan pun tetap tak naik badan. Ada pulak yang jarang makan tapi berat badan naik mendadak. Ada yang baru seminggu amalkan set kurus dah boleh turun berkilo-kilo dan ada jugak sebaliknya. Jadi kita sebagai pengguna kena tahu semua tu. Pengambilan set kurus juga memainkan peranan tau. Jadilah pengguna bijak yang tahu menilai bukan dari iklan semata tapi fungsi setiap produk. 



Set pengurusan badan Shaklee mengamalkan 3B dalam memastikan lemak dapat dinyahkan. Gambar dekat atas menunjukkan supplement yang mewakili setiap agen yang diperlukan dalam menjalankan tugas mereka dalam membantu mendapatkan berat badan ideal.Selain bertindak dalam menurunkan berat badan, ia turut membantu membuang toksin dalam badan selain memberi khasiat lain pada tubuh kita. Jadi apa kata kita tengok antara testimoni mereka yang dah berjaya mendapatkan berat badan ideal mereka dengan mengamalkan set pengurusan Shaklee. 

TESTIMONI PELANGGAN YANG MENGGUNAKA SET PENGURUSAN SHAKLEE


  



















✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

RESEPI BIHUN KARI PETANG JUMAAT


Macam mana? Nampak menarik tak? Macam yang dekat kedai punya tak? 
Banyak betul soalan kan? Hehehe.. Yang ni sebenarnya hasil air tangan buatan cheq ok! Ceritanya nak buat bihun kari dari minggu lepas lagi. Tapi tak kesampaian sebab tak bertemu dengan cik kerang. Jadi rasa ala-ala mengidam tu terpaksalah disorokkan. Nak beli dekat kedai cheq memang payah sikit nak menerima makanan luar ni. Ha, ayat berlagak macam chef! Bukan apa, rasa macam tak puas pulak. 

Kebetulan pulak hari ni cuti, cheq sempat ikut kakak cheq pergi ke pasar. Dalam berjalan mencuci mata ternampak cik kerang setimbun depan mata. Tiba-tiba teringat pasal hutang mengidam bihun kari minggu lepas. Terus sambar 3 kilo sekali dengan tuk mencicah dengan sos nanti. Jadi bila semua bahan dah cukup, terus balik rumah, sediakan perkakasan nak memasak. Sedia bertarung dekat dapur untuk sediakan bihun kari. Jom cheq nak kongsikan resepi bihun kari "femes" cheq ni. Mana tau korang nak cuba pulak lepas ni!

BAHAN UNTUK BIHUN KARI

BAHAN UTAMA
 - BIHUN (sebab cheq tak gemar dengan mee)

BAHAN UNTUK KUAH KARI
- bawang besar
- bawang putih
- halia
 (kisar 3 serangkai ni hingga hancur)
- bunga cengkih
- kulit kayu manis
- serbuk kari daging dan ayam
- daun kari
- kentang
- tulang ayam (lebih sedap dan tak muak)
- kerang (rebus sekejap)
- fish ball
- fish cat
- santan 
- gula & garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN
  1.  Masukan bunga cengkih dan kulit kayu manis dan gorengkan dengan minyak sekejap. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Bila dah pecah minyak, masukkan sedikit air dan kacau biar sebati. 
  3. Masukkan kentang dan biarkan sekejap. Dala tempoh 5 minit masukkan ayam dan gaul lagi. 
  4. Masukkan fish ball, fish cat dan kerang. Tambahkan air untuk renehkan bahan. 

Bila dah mendidih, masukkan santan dan gaul perlahan. Buka api perlahan dan masukan garam dan gula. Bila dah mendidih, padamkan api dan siap!




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

PERLUKAN NUTRISI UNTUK ANDA DAN BAYI?? KETAHUI CARA MUDAH DISINI




KEPENTINGAN SUSU IBU

Bila saat selepas kelahiran, perkara yang wajib setiap ibu buat adalah memberi susu ibu kepada bayi. Saat penyusuan pertama antara ibu dan bayi. Susu ibu yang terawal di panggil kolostrum. Kolostrum (juga dikenali sebagai beestings atau susu pertama) yang dihasilkan oleh kelenjar mamari pada penghujung kehamilan dan beberapa hari selepas melahirkan anak. Khasiat yang terdapat dalam kolostrum ni bukan sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi. Antara khasiatnya:
  • kaya dengan protein, antibodi dan karbohidrat
  • mempunyai efek laksatif
  • memiliki kadar imun yang tinggi
  • melindungi saluran pencernaan bayi 
  • mengandungi sel darah putih
Kita disarankan untuk menyusukan bayi sejak lahir hingga bayi berusia 6 bulan tanpa apa-apa bantuan pemakanan lain selain susu ibu. Penyusuan ibu boleh diteruskan sehingga anak berusia 2 tahun. Kenapa begitu penting susu ibu ni pada anak kita? Ini kerana setiap nutrisi yang diperlukan oleh bayi akan diserap melalui penyusuan ibu. Dan susu ibu membekalkan kesemua nutrisi dan khasiat yang diperlukan oleh bayi. 

BAGAIMANA IBU MENDAPAT KHASIAT UNTUK DIBERIKAN KEPADA BAYI

Setiap penyusuan yang berlaku diantara ibu dan anak bukan hanya memberi bayi rasa kenyang. Tapi terdapat khasiat yang dibekalkan didalam susu ibu. Ini kerana anak kita belum mampu untuk menyerap segala khasiat dari luar untuk perkembangan dan tumbesaran mereka. Sebab mereka hanya bergantung pada susu ibu. Jadi ibu perlu memainkan peranan penting dalam membekalkan keperluan nutrisi yang mencukupi untuk dibekalkan kepada bayi nanti. 

Langkah yang boleh diambil oleh ibu dalam melengkapkan bekalan nutrisi melalui pemakanan. Kita harus mengambil makanan yang berzat dan kaya dengan serat. Bila ibu makan makanan yang berkhasiat, dalam masa yang sama bayi pun akan mendapat khasiat yang sama. Tapi dalam tempoh berpantang tak semua makanan yang boleh diambil oleh ibu. Takut bila ibu tersalah makan, anak juga mendapat tempias. 

Selain pemakanan, pengambilan supplement dan vitamin tambahan juga penting untuk anak kita. Melalui pengambilan supplement, kita dapat membantu memenuhi keperluan serat anak kita. Yang penting ibu harus memastikan setiap supplement yang diambil haruslah dijamin keselamatan dan diekstrak dari sumber semulajadi. 

SET BANTUAN PENYUSUAN SHAKLEE

Terdapat beberapa pilihan untuk set penyusuan ni. Supplement yang dicadangkan juga memberi khasiat dan manfaat pada ibu dan anak. Apa kata tengok senarai set penyusuan bersama fungsinya mengikut budget korang. 
 
Dalam set cadangan penyusuan diatas, terdapat banyak khasiat yang penting untuk tumbesaran bayi dan juga untuk kesihatan ibu. Cheq sendiri dah pun mengamalkan set penyusuan dan kesannya memang terbaik. Alhamdulilah lagi beberapa bulan anak cheq akan berusia 2 tahun. Masih lagi menyusu dan akan terus menyusukan selagi mampu


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENTDISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

PENTINGNYA ADA CHECKLIST DALAM KEHIDUPAN KITA

PENTING ATAU TIDAK CHECKLIST


Ramai yang tak tahu sebenarnya penting untuk kita buat checklist ni. Checklist ni membantu kita supaya lebih berdisiplin dalam melakukan sesuatu perkara tu. Kalau nak tahu dengan adanya checklist ni baru semua yang kita rancang akan tercapai. Kalau tak percaya, cuba buat satu checklist untuk hari esok. Tak kira sama ada untuk aktiviti harian ataupun apa sahaja yang korang rasa nak buat pada hari esok. 

Checklist ni sebenarnya dari zaman sekolah lagi kita dah diberi penekanan. Kena ada checklist untuk pembelajaran di sekolah. Dekat rumah pun harus ada satu checklist. Teringat zaman sekolah checklist yang berwarna warni. Checklist ni dia lebih kurang macam jadual harian kita. Cuma dengan checklist kita lebih terurus dalam melakukan sesuatu. 

Contoh macam cheq kalau dulu tak ambil pusing pun pasal checklist ni. Tapi sekarang kena ada checklist. Dan bila ada checklist kena turutkan apa yang cheq senaraikan. Dan memang nampak berkesan pada cheq! 
Jadi bagi cheq kita harus ada checklist dan penting sebebnarnya checklist ni pada kita. 

KESAN DARIPADA MENGGUNAKAN CHECKLIST

Bagi yang biasa mengamalkan checklist ni, mungkin korang dapat atasi masalah macam kerja tergendala, masalah kesuntukan masa dan banyak lagi. Salah satu kebaikan checklist ni, dia membantu kita untuk mengingati sesuatu yang kita nak dan perlu lakukan. Contoh kalau bab nak mengubah bunga, dah lama bunga dibeli tapi masih tersimpan rapi dalam beg plastik. Tiap hari nak buat terpaksa tunda disebabkan ada banyak perkara nak kena buat. 

Tapi kalau kita senaraikan untuk gubah bunga pada hari esok. Pastinya esok korang dah siap dengan bunga gubahan atas meja! Sebab kita dah setkan dalam pemikiran kita satu tugas yang perlu kita buat dan kita pasti akan buat. Itu lumrah hidup kita. Jadi pada yang selalu terlupa atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu tugasan ataupun aktiviti. Sila buatkan diri korang satu checklist! 

Jadi untuk hari esok cheq dah siap dengan checklist cheq. Dan cheq sangat bersyukur apabila setiap aktiviti cheq sebagai WAHM sekarang lebih terurus daripada sebelum ni! 





✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

RAMBUT YANG DULU LEBAT ALA BULU BLUSHER DAH BERTUKAR JADI BULU TANGKIS? RAWAT SEGERA!




 MASALAH KEGUGURAN RAMBUT 

Rasanya ramai sangat yang menghadapi masalah rambut gugur. Tak kira perempuan ataupun lelaki. Tapi selalunya yang kerap mengalami masalah ni, kaum wanita. Rambut gugur ni kalau permulaan memang tak beri kesan. Tapi bila lama kelamaan bila satu rumah penuh dengan rambut kita. Sampai anak punya mainan penuh dengan rambut. Sapu sampah pulak macam menyapu dekat kedai gunting rambut! 

Keguguran rambut ni bukan selalunya berpunca daripada beberapa sebab antaranya:
  • berkait rapat dengan perubahan hormon androgen iaitu berkaitan dengan kehamilan, kelahiran dan menyusukan anak
  • kesan daripada pembedahan besar 
  • tekanan dan stress 
  • kesan pengambilan ubat 
  • kekurangan nutrisi
  • masalah migrain yang teruk
  • penghidap tiroid
  • kekurangan nutrisi

FASA PERTUMBUHAN RAMBUT

Kita beranggapan kalau rambut gugur, nanti pasti akan naik rambut baru. Memang betul tapi bergantung pada faktor usia. Kalau dah masuk 30an jangan mimpi rambut nak tumbuh macam umur 5 tahun. Ini kerana pertumbuhan rambut juga berperingkat. 
  1. Fasa pertumbuhan
  2. Fasa segenerasi separa
  3. Fasa rehat (rambut berhenti tumbuh)
Jadi jangan sentiasa fikir rambut boleh tumbuh balik. Jadi tak perlu risau kalau ada masalah keguguran rambut. Sebab tu kalau tengok pada mereka yang berusia lewat 30an baik lelaki mahupun perempuan kalau tengok pada keadaan rambut pasti akan kelihatan tompokan rambut dan jelas kelihatan kulit kepala! 

RAWATAN

Selalunya masalah keguguran rambut ni boleh dicegah dengan mengamalkan beberapa pemakanan yang dapat membantu kita. Tapi untuk mengatasi rambut yang sedang mengalami keguguran, kita haruslah mengambil vitamin ataupun menggunakan produk yang dapat mengatasi masalah keguguran.Penggunaan syampo khas untuk rambut gugur juga dapat membantu. Tapi selalunya ia bersifat sementara. Jadi pilihan yang lebih baik, mengamalkan pengambilan supplement yang membantu mengatasi dan memberi kekuatan pada akar rambut. 

Cheq sarankan pada korang yang nak mencuba ikhtiar dalam membantu masalah rambut gugur dengan engamalkan pengambilan zinc complex dan B Complex. Selain itu, penambahan ESP juga dapat membantu penyerapan nutrisi dengan lebih cepat. Jom kita tengok antara khasiat yang ada pada zinc dan B Complex. 





  Dirumus dari zonc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh badan. Antara khasiat zinc :
- membantu pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembiakan tisu yang       rosak
- bertindak mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat         pada folikel rambut
- berfungsi mengawal hormon dalam badan
- membantu kesihatan rambut dan sel - sel kulit
 
                        



                 Kaya dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan                                          oleh tubuh kita bagi menggantikan nutrisi vitamin B                                    yang hilang. Antara khasiat yang terdapat dalam B                                   Complex yang membantu mengatasi masalah rambut                                  gugur:
                 - kandungan Biotin yang terdapat dalam B Complex                                   merupakan vitamin yang penting untuk pertumbuhan                                   semula rambut. 
               - berfungsi dalam metabolisme lemak yang penting                                       untuk pertumbuhan  rambut
                - menyediakan rangsangan untuk pertumbuhan rambut                                 dan sel kulit



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

CHEF MENJADI MANGSA BULI

BERITA GEMBAR

Isu buli sekarang makin hari makin menjadi. Terbaru kes buli yang berlaku ke atas seorang chef junior. Apa nak jadi dengan dunia hari ni. Kadang rasa macam duduk dekat Mexico pulak. Yelah sana kan macam kes-kes buli dan vandalisme ni perkara biasa bagi dorang (banyak tengok movie cheq ni).

Balik pada kisah buli chef yang cheq beritahu tadi. Sebenarnya kes ni terjadi depan mata cheq sendiri. Tapi yang peliknya selalu kita dengar yang senior membuli junior. Tapi yang berlaku depan mata cheq ni sebaliknya. Cheq siarkan gambar mangsa buli dan pembuli untuk tatapan semua.

pembuli berbaju biru tengah memerhati mangsa
Ha, nilah dia pembuli junior dan pemangsa. Hahahaha. Kisah pasal anak cheq. Tengah duduk memikir nak menulis entri untuk malam ni tiba-tiba berlaku aksi buli depan mata. Nasib dapat snap aksi ketika membuli. Jom layan aksi pembulian antara dorang ni.








Kakak tak dapat nak mengelak kepantasan adik. Tahu-tahu je kakak suka dalam duka! Aduhai anak, dapat juga cheq hilangkan keserabutan kepala malam ni. Sebab ape tajuk cheq? Sebelum kejadian dorang tengah main masak-masak. Agaknya si adik tak berpuashati dengan menu kakak. Adik tunjuk protes!


Itu gambar sebelum kejadian buli tadi. Tapi lepas aksi buli dan slot drama hindustan papa pun menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai Naruto. Kata-kata nasihat dan adegan maaf memaafkan dibuat dan adik diterangkan keburukan aksi yang dia lakukan. Walau macam mana pun, ini salah satu cara nak bagi kemesraan antara dorang kekal sampai ke besar. Kita sebagai ibu bapa kena mainkan peranan. Jom layan gambar bahan bukti kesan dari kes buli tadi.

kesan buli 
posted from Bloggeroid
Baca lagi
Comments

PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN SUNGAI PETANI

PENGEDAR SAH SHAKLEE

Pengedar Sah Shaklee bermakna mendaftar dengan Shaklee sebagai ahli dan mempunyai nombor keahlian yang diberi oleh Shaklee. Ahli yang berdaftar dengan Shakleeakan diberi nombor keahlian. Cheq mendaftar sebagai ahli shaklee pada 21 Jun 2013 dan merupakan ahli yang berdaftar dengan nombor keahlian 966202. Untuk entri kali ni, nak kongsi dengan penduduk Negeri Kedah terutamanya kawasan Sungai Petani. Kemudahan untuk korang yang nak mendapatkan supplement dan vitamin shaklee. Cheq menyediakan khidmat untuk penghantaran ke rumah atau lebih popular orang panggil COD. 

PENGEDAR KAWASAN SUNGAI PETANI


Berita baik untuk korang yang nak mendapatkan vitamin dan supplement Shaklee, cheq merupakan Pengedar Kawasan Sungai Petani. Selain penghantaran melalui pos cheq juga ada menyediakan penghantaran ke rumah dan kawasan sekitar Sungai Petani. Jadi lepas ni dah tak perlu nak susah payah mencari dan menunggu. Buat panggilan ataupun pesanan melalui telefon, cheq akan tolong korang dengan cepat dan mudah. Korang tunggu depan pintu je. 

Selalunya kawasan yang cheq buat penghantaran di taman-taman sekitar Sungai Petani. Bagi yang nak menjimatkan masa mencari dan nak cepat boleh hubungi cheq dan kita boleh jumpa di kawasan yang dijanjikan. Satu perkara yang korang tak perlu risau, tiada cas penghantaran, cukai jalan mahupun cukai minyak. Pesan dan bayar harga supplement. 

Waktu penghantaran bermula jam 10 pagi hingga 9 malam. Dan antara tempat "pemes" cheq di kawasan Sungai Petani kalau buat penghantaran adalah seperti dekat bawah ni. 







Hari cuti pun cheq buat penghantaran tau. Jadi kalau korang rasa nak jimat masa dan nak mudah kita boleh berjumpa di kawasan happening dan tempat korang beriadah masa cuti. Antara tempat riadah paling "pemes" cheq buat penghantaran masa cuti:


 


                                


Mudahkan? Lepas ni kalau rasa nak jimat masa malas nak keluar rumah pergi bank untuk bankin duit beli online, apakata hubungi cheq dan korang tentukan nak jumpa dekat mana. Konsultansi percuma disediakan untuk korang!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com

 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM80/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

1001 RAHSIA KHASIAT PEGAGA YANG PERLU ANDA TAHU


PEGAGA


Rasanya semua orang kenal dengan pegaga. Kalau yang hantu ulam tu, dah tentu kenal amat dengan pegaga. Tahu tak selain dibuat ulam, pegaga juga boleh dibuat minuman dan banyak lagi. Sebab apa orang suka dan mencari-cari pegaga ni? Sebab pegaga ni kaya dengan vitamin dan serat! Jadi pada korang yang sering mengamalkan pemakanan ulam-ulaman untuk kecantikan jom tengok apa khasiat yang korang dapat dengan makan pegaga ni. 

Dikenali dengan nama saintifiknya Centella Asiatica. Telah digunakan sejak beribu tahun lalu lagi oleh masyarakat cina. Walaupun ia kecil tapi khasiat yang ada pada pegaga ni memang cukup besar. Kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi. Sebenarnya pegaga ni ada 3 jenis. Antaranya pegaga salad, pegaga kerinting dan pegaga ubi. Selalunya pegaga tumbuh liar tapi sekarang banyak orang yang dah tanam pegaga. 

KHASIAT PEGAGA 

Masyarakat cina menjadikan pegaga sebabgai air minuman untuk penyejuk badan. Manakala masyarakat india menjadikan pegaga ni sebagai tonik. Jadi semua orang tahu kepentingan dan khasiat yang ada dekat pegaga ni. Pegaga ni berguna dari akar, daun,tangkai, batang, bunga dan buahnya kerana penuh dengan khasiat. Sesetengah berpendapat mengamalkan memakan pegaga ni boleh memanjangkan umur dan awet muda. 

kulit jadi tegang dan awet muda 

Pegaga juga digunakan sebagai salah satu ramuan dalam rawatan dan krim kulit. Selain untuk kulit, pegaga juga membantu dalam melangsingkan tubuh, produk penegangan badan dan produk antipenuaan. Ada juga pihak yang mengatakan pengambilan pegaga dapat menghilangkan parut dan luka. Bagi wanita yang hamil dan berpantang pegaga dapat membantu mengurangkan vena varikos dan kesan renganga (strecth marks) dan membantu penyembuhan selepas melahirkan. 


Bagi wanita yang mengalami masalah haid, pegaga membantu melancarkan pengaliran darah selain dapat membantu merawat masalah keputihan yang menyebabkan kegatalan faraj. Pegaga ni bersifat sejuk, jadi elok diambil oleh mereka yang mengalami demam. Bagi penghidap kencing manis, apa kata cuba amalkan minum air rebusan akar pegaga untuk membantu mengawal paras gula dalam darah. 

Sebenarnya banyak lagi khasiat pegaga untuk kesihatan kita. Jadi pada yang mengamalkan pegaga mungkin dah tahu mana datangnya kulit yang cantik, tegang, badan yang sihat dan kuat. Bagi yang nak dapatkan semua kebaikan dan yang penting kecantikan secara semulajadi, bolehlah mula amalkan makan pegaga!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 
Baca lagi
Comments

TAK KENAL MAKA TAK CINTA? JOM BERKENALAN DENGAN CIK OMG

AMBIL TAHU TENTANG PRODUK 

Tak kenal maka tak cinta. Dari dulu lagi orang tua dah pesan. Nak tahu baik ke tidak orang kena kenal hati budi dia dulu. Kena tahu asal usul dia dulu. Jadi bila dah kenal, dah tahu barulah timbul perasan suka atau tidak. Sama la juga dengan vitamin ataupun supplement. Jangan ikut hati je nak membeli. Kadang tengok iklan dari jadi dayang senandung boleh jadi snow white, pakat berebut orang beli. Dari tak boleh jalan tetiba boleh berlari. Jadi hari ni, entri cheq nak kenalkan salah satu dulu daripada berpuluh jenis vitamin dan supplement Shaklee yang ada. 

Omega Guard. Bersesuaian dengan bulan promosi untuk omega ni, cheq nak korang kenal dulu apa itu omega, kandungan, penghasilan dan fungsi. Jadi tak adalah rasa was-was di kemudian hari. Bukan apa sebab banyak kes yang ada lepas dah beli baru nak tahu sakan. Boleh bertanya tapi kalau bertanya pada tuan yang menjual rasanya lebih manis kan. Eh, macam perli jer!! Ok, sebelum mengarut lagi, jom kita tengok rupa paras cik Omega Guard kita ni.


Dalam satu botol Omega Guard ada 90 biji kapsul lembut. Kapsul yang digunakan adalah Bovine Gelatin yang diperbuat daripada sumber sayur-sayuran. Kena tahu ye, terdapat 2 jenis bovine gelatin di pasaran. Tapi dulu kecoh kata shaklee menggunakan bovine gelatin yang diperbuat daripada haiwan. Salah sama sekali! 

PROSES PENGHASILAN

Dihasilkan melalui proses penyulingan sebanyak 3 kali untuk mendapatkan minyak ikan yang tulen. Minyak ikan kita ambil dari ikan bukan dari hati ikan. Kenapa perlukan 3 kali proses penyulingan? Ha, istimewanya omega guard ni adalah proses peenyulingan sebanyak 3 kali untuk mengasingkan minyak ikan dengan bendasing seperti plumbum dan merkuri besi. Mana datangnya merkuri, besi dan plumbum ni? Kita menggunakan ikan laut dalam sejuk yang tinggal beribu batu di dalam laut. 


Biasa tengok cerita tentang laut? Dalam laut ni makana ikan yang paling pemes adalah alga. Alga ni suka menempek di batu karang dan paling best kapal karam. Sebab kapal karam mempunyai keluasan yang cukup untuk alga ni membiak. Mana datang kapal karam? Ha, cuba tengok National Geografi atau Titanic ye! Bila ikan - ikan ni makan alga yang ada pada besi-besi kapal ni, secara tak langsung dia turut memakan besi,plumbum dan merkuri daripada kapal karam tersebut. Tujuan penyulingan sebanyak 3 kali ni, adalah untuk memastikan setiap bendasing ini dapat diasingkan daripada minyak ikan dan memastikan minyak ikan yang dihasilkan bebas daripada toksik.Shaklee mementingkan proses penyulingan ini untuk memastikan tiada asid tercemar mahupun toksin yang boleh membawa kesan kepada pemakannya. 

KANDUNGAN YANG ADA DALAM OMEGA DAN KHASIATNYA

Mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi seperti EPA, DHA dan ALA. Antara khasiat terbaik yang adalah dalam omega, ia dapat menyihatkan fungsi jantung dan sendi serta penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Jom kita tengok kelebihan setiap satu daripadanya.

DHA
  • mencegah sakit kulit
  • mencegah asma
  • mengelak kanser payudara
  • mencegah sakit kulit
  • menyokong fungsi otak sihat
  • mengurangkan risiko tekanan dan alzheimer
  • baik untuk pertumbuhan retina mata
  • mengelak kanser prostat
  • mencegah rasa kebas pada otot
EPA
  • mencegah kanser
  • baik untuk pesakit jantung
  • mencegah kebekuan darah
  • menghindar tekanan perasaan 
  • mencegah peenyakit darah tinggi
  • mengawal kadar kolestral yang berlebihan
ALA
  • mengatasi kepenatan 
  • memebantu daya ketahanan tubuh
  • membantu melindungi sel hati 
  • membantu proses penyahtoksin
  • menjaga fungsi otak orang dewasa
  • mencegah penuaan
  • meningkatkan pertumbuhan semula saraf 
  • membantu penyembuhan sarah yang dirosakkan oleh diabetes
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN 



Jadi rasanya korang dah kenal tak dengan Omega ni? Untuk merasai dan lebih mengenali omega, apa kata dapatkan sekarang sempena promosi November ni!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top