Comments

PERLU KE SAYA AMBIL ESP


PERLU KE SAYA AMBIL ESP? 

Ha, perlu ke? Mesti cakap kenapa nak kena ambil ESP ni? Hebat beno ke sampai nak kena minum ESP! Dulu serius saya pun terfikir dan dah berkata-kata dekat mulut ni. Dah la harga RM150. Macam -macam boleh dapat. 

Tapi selepas dah cuba baru tahu! Memang harus beli ESP ni! Dalam 1 tong dapat banyak khasiat untuk kesihatan utamanya! Untuk kecantikan dalaman dan juga luaran! Macam tak percaya boleh dapat semua tu dalam 1 tong ESP. Bukan nak rela cerita tapi itulah hakikatnya. Dalam masa 1 minggu memang akan nampak kesan pengambilan. Tapi penting untuk kita ambil secara konsisten!

Jadi pada yang tak tahu dan tak pernah merasa ESP ni. Dia berperisa vanilla. Kalau jenis tekak melayu macam saya memang confirm kena campur dalam minuman lain. Pilihan terbaik susu coklat! Sejuk! Memang best!! Esp ni kita tak boleh ambil dengan air panas sebab akan pecahkan molekul protein dia tau. Macam khasiat dia hilanglah. Sama lah macam kita bancuh susu anak kita. Tak boleh terus kena air panas..

Hasil amalkan esp!! Maintain tak saya?! 
ESP juga bantu saya kekalkan bentuk tubuh badan saya! Kadang jenuh nak menjawab bila orang bertanya.. Pada yang ada masalah gastrik sangat digalakan ambil ESP ni! Untuk ibu yang mengandung juga elok sangat untuk membantu menguatkan rahim kita. Saya dah cuba. Dah bertong-tong pun! Memang tak pernah nak menyoal balik kenapa saya harus beli ESP ni! Sebaliknya saya selalu tanya balik kenapa aku tak beli dari dulu ESP ni?!

Jadi apa kata. Rebut peluang masa promo ni untuk dapatkan setong.. berbaloi cik kak! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
 ✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any dise
Baca lagi
Comments

MENEBAS BELUKAR TENGAH HALAMAN


Entri tajuk gempak.. bukan omong kosong..tapi kenyataan..
Belukar orang selalu anggap belakang rumah, tepi rumah tapi i tengah rumah!! Lama betul tak menjaga kawasan rumah indah i ni.. bukan takat tepi rumah, dalam rumah pun dah naik akar kayu besar2 lengan ok!
Mesti korang cakap apa benda minah ni cerita pasal belukar bagai ni. Buat semak nak baca.. Sebenarnya ni hah blog daku yang dah bersemak.. Daku memadu kasih sampai kupa pada yang satu ni!! Jadi harapan lepas ni dapat tebas sume semak samun, akar kayu, rumout mahupun belukar dalam blog daku yang nan ado ni!
Jadi permulaan nye nak khabarkan jangan lepaskan peluang untuk membeli promo spesial kita bulan ni!! ESP!! Banyak khasiat!! Hot item!! Tak beli rugi!! Tak cuba tak tahu khasiat dia!! Daku dah bertong2 masih setia!! Tengok lah daku maintain je.. Ahaks!

So untuk yang nak grab promo kita bulan ni, ESP yang tak perku daku nak perkenalkan lagi!! Harga pun menarik bulan ni.. Beli 6 percuma 1!! Nak dapatkan?? Hubungi nombor seperti dibawah!!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

BULAN CANTIK MENARIK DISEMBER INI

BERITA GEMBIRA UNTUK SEMUA

Ha, dengar tajuk pun dah macam teruja kan. Bulan ni kan semua dah tahu kita ada dua promosi untuk vitamin yang berkait rapat dengan kecantikan kulit kita. Apa lagi kalau bukan vita C dan vita E. Ramai yang nak dapatkan kulit bersih dan sihat bulan ni berebut-rebut beli! Jadi sempena nak bagi korang lebih teruja nak dapatkan wajah cantik dan ditambah lagi awet muda, Shaklee bagi satu lagi kejutan bulan ni! Bulan cantik menarik Disember ini ditambah lagi dengan promosi Collagen Powder weh! 


Jadi betullah bulan ni bulan untuk cantik. Cuba bayangkan dengan pengambilan vita C dan vita E yang memang berkesan dalam mengembalikan wajah lebih bersih dari jerawat, menghilangkan parut dan memutihkan kulit. Tambah pulak dengan pengambilan Collagen Powder yang sangat berkesan dalam mengembalikan keremajaan dan awet muda! Ha, jangan lepas ni cik suami tak cam isteri sudah la!

Promosi ni akan berakhir hujung bulan ni. Jadi masih ada masa untuk kumpul duit dan dapatkan tiga promosi ni ye. Nampaknya bulan ni tak gaduh nak bermekap sakan bila nak pergi kenduri kahwin. Amalkan secara konsisten pengambilan 3 produk ni jangan terkejut kecantikan semulajadi korang bakal terserlah! 

Nanti kita kongsikan lagi khasiat lain 3 vitamin dan supplement hebat ni dalam entri akan datang. Untuk pembelian dan info lanjut boleh hubungi watiey seperti dibawah!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

BULAN UNTUK CANTIK MACAM CHE TA

PROMOSI DISEMBER 2014

Khas untuk korang yang nakkan kulit yang cantik, menarik, bebas cela dan menawan macam Che Ta. Inilah bulan yang paling sesuai untuk korang! Macam tahu-tahu je kan Shaklee ni. Hujung bulan ni banyak kenduri jadi ramai yang nak tampil menarik jadi dari habiskan duit beli kosmetik apa kata cuba cantik semulajadi dengan vitamin dan supplement.
Bulan ni Shaklee bagi promosi istimewa untuk dua vitamin. Vitamin E dan vitamin C Shaklee untuk yang nak cantik! Bukan sekadar untuk nak cantik je banyak lagi yang kita boleh dapat dengan Vita E dan Vita C ni. Jadi jom nak kongsikan sikit tentang kebaikan dua vitamin hebat ni!


Nantikan lagi banyak info dan khasiat tentang dua vitamin ni dalam entri akan datang,, 
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi watiey seperti dibawah,,,


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

TAHU KE TIDAK OMMEGA GUARD NI SESUAI UNTUK SIAPA?


SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Entri kali ni nak cerita sikit lagi tentang Omega Guard. Sempena promosi bakal berakhir tak lama lagi. Cheq nak kongsikan dengan korang siapa yang perlukan omega guard ni.


Antara yang perlukan Omega Guard ni adalah golongan yang ada dalam gambar dekat atas. Antara khasiat omega untuk mereka. 

Ibu Menyusu & Ibu Hamil
  • membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi yang menyusu
  • membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • membantu mengurangkan kolestral yang boleh membawa kepada risiko meroyan
  • mengurangkan risiko kelahiran pra-matang
  • membekalkan nutrisi penting yang membantu mengekalkan fungsi otak dan retina
  • meningkatkan perkembangan memori anak
  • dapat mengelakan masalah alahan kulit
  • mengatasi masalah lelah 
Kanak-kanak
  • bagus untuk perkembangan IQ
  • bantu kanak-kanak ADHD
  • membantu masalah asma
  • mengurangkan gejala eczema 
  • menguatkan sistem imun
  • meningkatkan daya ingatan 
Masalah Berat Badan
  • membantu membakar lemak tepu (lama)
  • omega 3 meningkatkan hormon leptine yang berfungsi mengawal selera makan
  • meningkatkan metabolisme
  • kurangkan kertisol (hormon yang menyimpan lemak)
  • menghalang pembentukan lemak
  • memperbaiki kadar gula dalam darah
  • membantu tahap insulin yang boleh menyebabkan pembakaran lemak berlaku
Penyakit & Lain-lain
  • membantu turunkan tekanan darah 
  • membantu turunkan kolestral jahat
  • bantu kawal kandungan gula dalam darah
  • mengurangkan keradangan di saluran pernafasan yang menghalang laluan pernafasan 
  • mengurangkan risiko strok 
  • melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • mencegah penyakit gout
  • mencegah salur darah dari tersumbat
  • mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon 
  • membuatkan kulit lebih cantik kemerahan
  • melancarkan peredaran darah 
  • mencegah imsonia
Omega Guard yang diekstrak dari ikan laut dalam air sejuk di perairan Jepun. Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietri 3 molekul yang bertindak meekatkan asid lemak Omega 3 semulajadi yang menyingkirkan bahan-bahan merbahaya. Lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yang kita tahu amat baik untuk tubuh kita. 

Sempena promosi omega guard ni, apakata rebut peluang untuk mendapatkan khasiatnya untuk diri kita, keluarga dan ibu bapa mungkin.Bulan ni jugak ada promosi berganda tau!





✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

TIPS PERKENALKAN ANAK DENGAN MAKANAN PEJAL PERTAMANYA


Bagi bayi yang dah menginjak usia 6 bulan kini tibalah masa untuk kita sebagai ibu bapa memperkenalkan mereka dengan makanan baru yang berbentuk pejal. Menggigit, mengunyah dan menelan makanan adalah satu kemahiran baru bagi bayi berusia 6 bulan kerana mereka baru diperkenalkan dengan makanan pejal. Entri kali ni cheq nak kongsikan tips untuk memperkenalkan anak dengan makanan pejal pertamanya. Mungkin masih ada diantara kita berasa was-was untuk memberikan bayi kita makanan pejal walaupun bayi dah berusia 6 bulan. 

PENGENALAN MAKANAN PEJAL PERTAMA

Sepanjang tempoh permulaan sehingga 18 bulan, kita harus berwaspada semasa menyediakan makanan pejal untuk bayi. Ini kerana sistem penghadaman mereka masih lembut. Jadi sebagai permulaan, makanan pejal yang diberikan haruslah dikisar dengan halus. Pastikan tidak terlalu banyak campuran sayuran ataupun lauk lain. Perkenalkan mereka satu persatu dahulu jenis makanan. Pastikan makanan yang dikisar itu benar-benar halus dan mudah untuk ditelan oleh anak kita. Ini bertujuan untuk mengelakan bayi daripada tercekik dan tersedak. 

MAKANAN LEBIH KASAR MENGIKUT PERINGKAT UMUR

Makanan yang lebih kasar patut diperkenalkan secara berperingkat. Ini memberi peluang pada bayi untuk menyesuaikan diri dengan peralihan saiz makanan puri yang kita beri sebelum itu kepada ketulan kecil. Ada juga ibu bapa yang masih belum berani nak bertukar kerana anak masih belum mempunyai gigi. Tapi kita tak perlu bimbang kalau anak masih belum mempunyai gigi yang banyak. Bayi tidak semestinya perlukan gigi untuk mengunyah makanan mereka. Gusi juga dapat membantu dalam proses mengunyah dan memecahkan makanan. 

Kita boleh beri mereka lobak merah, kentang dan ayam. Selain itu kita juga boleh menggunakan cara memasak makanan tersebut sehingga lembut dan cuba hancurkan dengan menggunakan senduk. Yang penting pastikan makanan yang kita beri bersaiz kecil dan lembut agar bersesuaian dengan sistem penghadaman mereka. Bagi anak yang dah meningkat ke usia setahun dan keatas. Selalunya mereka lebih suka dengan makanan yang lebih keras. Jadi pastikan mereka menguyah dengan betul makanan supaya tidak mengganggu sistem penghadaman. 

Penting untuk kita menjaga sistem penghadaman mereka. Jika saluran penghadaman tidak berfungsi dengan baik, ia boleh mendatangkan penyakit seperti sembelit dan gangguan kesihatan yang lain. Sistem imunisasi akan terganggu dan boleh menyebabkan mereka mudah diserang penyakit. Berikan mereka diet yang sesuai. Jika perlu sediakan sesuatu yang boleh membantu pemakanan dan paling penting dapat jaga penghadaman mereka. 

MEALSHAKES BANTUAN UNTUK ANAK BERUSIA SETAHUN DAN KEATAS


Mealshakes membantu memberikan apa yang anak kita perlukan. Dalam usia mereka perkembangan sistem ketahanan mereka masih lemah dah perlukan sesuatu yang dapat menguatkan dan meningkatkan sistem pertahanan. Kaya dengan 19 vitamin dan nutrisi yang penting untuk anak kita. Dan paling penting mealshakes membantu dalam sistem penghadaman anak.
Kandungan Glimeks Indek Rendah membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. Mealshakes juga membantu dalam mengembalikan selera makan anak tapi ibu bapa jangan takut sebab mealshakes tidak menggemukan. Ia mengandungi karbohidrat berkategori glimeks rendah yang bermaksud tenaga yang dibekalkan dilepaskan sedikit demi sedikit. Jadi anak kita terjaga daripada gangguan bakteria dan kekal aktif.



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

PETUA DARI DAPUR BERSAMA MEK TIE

PETUA DAPUR

Kali ni mek tie nak bawakan petua dari dapur pulak. Selalu bagi petua untuk kecantikan dan kesihatan. Entri kali ni nak tukar angin sikit. Petua untuk kemudahan ketika memasak dan penggunaan alat memasak. Kadang kala kita pun pening nak tahu kenapa masak daging tak jadi lembut. Kenapa gulai ni rasa macam ni. Macam - macam soalan lah bermain dalam kepala. Jadi harapan mek tie supaya dengan perkongsian petua dari dapur bersama Mek Tie ni dapat membantu korang. 

  • ASAM KEPING LEMBUTKAN DAGING
untuk memastikan daging yang kita masak tu tak liat. Jadi lebih empuk dan lembut, masukkan beberapa keping asam jawa ke dalam air rebusan daging. Biarkan sehingga air rebusan kering dan perap semalaman. 
  • KURANGKAN LENDIR BENDI
petua untuk penyelesaian ni mudah saja. Rebus bendi dalam air mendidih tanpa memotong bendi terlebih dahulu. Bila bendi dah lembut, keluarkan dan tos. Masukkan bendi kedalam masakan yang kita nak diakhir proses memasak.
  • DAGING KAMBING TIDAK HAMIS LAGI
atasi masalah bau hamis daging kambing dengan beberapa helai pucuk daun jambu. Ramas bersama-sama daging dan toskan. Kemudian basuh daging menggunakan air bersih. 
Perapkan daging kambing bersama halia dan beberapa ulas bawang putih yang telah ditumbuk.

  • HILANGKAN KESAN KOTORAN PADA PAPAN PEMOTONG
bagi membersihkan papan pemotong yang dah berkarat, perahkan sebiji limau nipis bersama garam di atas permukaan papan pemotong. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air dan sental dengan menggunaka dawai pencuci. 

Semoga bermanfaat kepada korang! 


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Baca lagi
Comments

BETUL KE WANITA PALING RAMAI MENGHIDAP SAKIT LUTUT BERBANDING LELAKI?


Tajuk macam menakutkan je! Tapi itulah hakikat yang perlu kita tahu dan ambil tahu tentang kesakitan yang berkaitan dengan lutut kita. Betul ke wanita paling ramai yang menghidap sakit lutut berbanding lelaki? Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa wanita lebih ramai menderita sakit lutut adalah disebabkan wanita lebih banyak melakukan pergerakan berbanding lelaki. Pergerakan yang dimaksudkan macam mengemas, mencuci, memberi anak makan, berlari kesana sini. 
Kerja rumah yang memerlukan kita untuk tunduk, bongkok dan banyak lagi pergerakan lain menjadi punca sedikit sebanyak berlaku kecederaan pada lutut kita tanpa kita sedari. Kecederaan boleh berlaku dibahagian ligamen, bursa atau tendon, rawan, meniskus dan tulang yang membentuk sendi. Terdapat juga kesan yang lebih teruk yang mungkin ramai antara kita alami tapi tak sedar ianya serius. Jadi mungkin beberapa jenis sakit lutut dibawah ni ada kaitan dengan kita!

SAKIT LUTUT ADA BANYAK JENIS

Terdapat beberapa jenis sakit lutut yang boleh dikategorikan mengikut simptom tertentu. Tak semua sakit lutut tu disebabkan oleh punca yang sama. Jadi disini cheq ada sediakan beberapa jenis sakit lutut yang berpunca daripada aktiviti berlainan yang mungkin salah satunya pernah terjadi pada diri awak semua ataupun ahli keluarga. 
  • LUTUT BERKERIUT
Biasanya rasa sakit lutut ni seperti nak tercabut lutut. Terjadi apabila lutut bergesel dan sakit selepas naik dan turun tangga ataupun duduk terlalu lama. 
Penyebab kepada terjadinya sakit lutut keriut ni kesan daripada tempurung lutut yang dah lari daripada kedudukan asalnya bergeser pada bahagian bawah tulang paha. Wanita selalu terdedah dengan sakit lutut jenis ini disebabkan pelvik yang lebar menyebabkan paha senget ke dalam sekaligus menyebabkan kuadrisep bertambah lebar.
  • LUTUT SAKIT
Selalunya rasa sakit apabila melakukan aktiviti pergerakan. Rasa sakit mencucuk antara tempurung lutut dan tulang kering atau tibia. Selalunya sakit kerap dan berterusan. 
Penyebab kepada terjadinya ialah tendinitis. Muncul apbila tendon yang menyambung tempurung lutut kepada tulang kering menjadi radang berikutan tekanan yang berulangan. Sakit akan menjadi teruk apabila kita kerap melakukan pergerakan. 
  • LUTUT KAKU & KERAS
Biasanya lutut akan membengkak dan menyebabkan kesukaran untuk melurus atau menbengkok.
Penyebabnya rawan yang membaluti sendi akan pecah disebabkan kekerapan digunakan dan juga faktor usia. Bila rawan rosak ia akan menyebabkan tulang bergeser dengan tulang dan menyebabkan sendi bengkak dan sakit. 
  • LUTUT BERPINTAL
Keadaan dimana lutut mengeluarkan bunyi "pop" yang menyebabkan lutut seperti terkancing dan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat. Tapi selalunya situasi ini berlaku ketika bersukan dan ketika melakukan pergerakan yang laju. 
Ini menyebabkan tisu elastik yang dikenali sebagai "anterioir cruciate ligament" atau ACL yang bertindak menstabilkan lutut terkoyak. Kajian juga menunjukkan tahap estrogen yang tinggi melonggarkan ligamen dan melemahkan kebolehan untuk melindungi sendi. Selalunya jika sakit lutut jenis ini disarankan pesakit terus dibawa berjumpa doktor. 

RAWATAN DAN LANGKAH PENJAGAAN

Penting untuk kita mengetahui penyebab kepada setiap penyakit lutut yang menimpa kita. Bila kita dah kenalpasti mudah untuk kita mendapatkan rawatan. Contohnya kita kena tahu berapa kerap kita mendapat kesakitan lutut dan dibahagian mana selalu terasa sakit. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam membantu mengurangkan dan langkah pengjagaan untuk sakit lutut.
  • kurangkan senaman berat atau melakukan pergerakan yang laju. Elakan dari berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan pergerakan laju
  • kurangkan berat badan jika masalah sakit lutut ini berpunca daripada berat badan. Cara ini dapat mengurangkan tekanan pada lutut dan mengurangkan sakit arthiritis. 
  • pengambilan ubat anti radang tanpa steriod (NSAID) juga boleh digunakan. 
  • gunakan ais untuk menuam kawasan yang bengkak
  • terapi fizikal juga sangat membantu dalam aspek rawatan lutut yang berkaitan dengan ortopedik
  • pencegahan dengan pengambilan vitamin untuk menguatkan otot dan sendi. 
JOINT HEALTH TABLET BANTU KUATKAN SENDI 


Digunakan secara tradisional dalam perubatan Ayurvedic (<5000 tahun) untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Antara khasiatnya:
  • menyokong keselesaan sendi
ekstrak boewelia menghalang pembentukan bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi
  • bertindak sebagai kusyen
ekstrak jagung membekalkan sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan.
  • memelihara tisu penyambung
zink,tembaga, mangan dan vitamin c membekalkan sokongan nutrient untuk kolagen dan kompenan tisu penyambung yang memberikan kekuatan dan struktur sendi

Jadi kalau awak tak nak jadi salah seorang daripada penghidap sakit lutut. Apakata mulakan pengambilan vitamin dan amalkan pemakanan yang sihat sebagai langkah untuk mengelakan sakit lutut dari menyerang. Itupun kalau awak nak 10 tahun lagi tak bertongkat dan masih mampu jalan seiring dengan cik suami!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

TIPS BERPANTANG DENGAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK DAPATKAN BENTUK BADAN MACAM ANAK DARA KEMBALI

AMALAN KETIKA BERPANTANG



Setelah berhempas pulas dengan kesakitan ketika melahirkan kini tiba saat untuk berpantang. Selain bentuk badan yang berubah daripada normal, proses kelahiran turut menyebabkan kita kehilangan banyak darah, kehabisan tenaga dan paling penting terdapat bahagian badan yang "terlari" dari posisi ketika meneran bayi keluar. Berpantang penting untuk setiap wanita kerana ia merupakan proses membaik pulih tubuh kita.  Entri kali ni nak berkongsi tips berpantang dengan kaedah yang betul untuk dapatkan bentuk badan macam anak dara kembali. Tak mustahil kalau kena pada gayanya. 

Amalan berpantang telah pun menjadi tradisi turun temurun nenek moyang kita sejak dulu lagi. Tak kira apa bangsa semua ada cara pantang tersendiri. Tapi jika berpantang tak kena pada gayanya jangan silapkan tok bidan atau tukang urut kalau masih terasa sakit dan badan masuk angin walaupun dah habis tempoh berpantang. Kalau dulu kita akan ditemani ibu atau nenek ataupun ibu mertua ketika berpantang tapi zaman sekarang boleh kata ramai yang ambil cara mudah dengan berpantang sendiri. Jadi bila dah sendiri tu faham-faham sahajalah. Jadi disini cheq ada sediakan tips untuk kaedah berpantang yang betul dalam membantu mengembalikan bentuk badan macam anak dara! 

KAEDAH DAN CARA BERPANTANG 

Tempoh berpantang 44 hari memberi peluang kepada kita untuk memulihkan semula tenaga dan bentuk fizikal. Jika kena pada caranya jangan terkejut bila dah habis pantang muka tampak lebih berseri dan tubuh makin mengancam. Antara perkara yang perlu dilakukan ketika berpantang:

  • MANDIAN HERBA

Mandian herba ini bertujuan memberikan kehangatan pada tubuh kita. Bila bersalin kita kehilangan banyak darah yang boleh membuatkan sistem ketahanan kita terganggu. Penggunaan serai wangi, daun pandan, halia, daun mengkudu bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan dan menghindarkan diri daripada berbau busuk. 


  • BERTANGAS
bertangas memang elok diamalkan oleh ibu selepas bersalin. Ia membantu mengeluarkan peluh kotor dalam badan dan membuka liang roma untuk mengeluarkan angin. Selain itu bertangas dapat menguatkan rahim, mempercepatkan luka kering dan mengetatkan otot vagina. 


  • BERTUNGKU 



Terdapat bermacam-macam jenis tungku di pasaran pada masa ini. Pilihlah mengikut kesesuaian kita. Bertungku dapat membantu membakar lemak , mengecutkan peranakan dan membantu pengaliran darah menjadi lebih lancar. Bagi yang bersalin pembedahan pastikan penggunaan tungku yang lebih ringan dan elakan dari bertungku di kawasan pembedahan. 





  • TAPEL, PILIS DAN PARAM
Tak ramai yang menggunakan cara ini. Tapi hakikatnya ia sangat membantu mengembalikan bentuk badan. Sapuan tapel dapat mengeluarkan darah kotor disamping menegangkan kembali kulit di bahagian perut. 

Pilis ditampal di dahi bagi menyegarkan mata dan mengelakkan darah putih naik ke kepala. 
Sapuan param pula membantu mengelakan angin masuk ke dalam badan dan memanaskan badan. 

  • BERBENGKUNG
Setiap wanita yang berpantang wajib untuk berbengkung. Bengkung ni bertujuan mengembalikan semula bentuk tubuh yang langsing dan ramping. Selain membetulkan kembali keadaan betuk pinggul kerana proses meneran. Terdapat berbagai pilihan bengkung ada di pasaran. 


  • URUTAN 

Urutan dapat mengembalikan kesegaran pada tubuh kita selepas bersalin. Untuk dapatkan kesan yang lebih baik, amalkan urutan selama 7 ke 3 hari mengikut kemampuan. Urutan membantu melancarkan peredaran darah terutama di bahagian pay udara agar masalah bengkak susu dapat dielakkan. Ia turut membantu melancarkan penghasilan susu ibu. 

Urutan juga dapat memperbetulkan urat-urat simpul dan membantu membuang angin dalam badan. Urutan juga dapat membetulkan tulang pelviks yang terbuka semasa meneran bayi. 

  • PEMAKANAN DAN DIET KETIKA BERPANTANG
Pastikan pemakanan yang kita ambil memenuhi zat dan nutrisi untuk kita dan juga bayi. Untuk itu kita perlu amalkan makan makanan yang masih panas untuk pastikan kesegaran dan dipenuhi dengan zat yang mencukupi. Banyakkan pengambilan air masak kerana ia dapat membekalkan tenaga dan mengelakan ibu kekurangan air. 


Mulakan sarapan pagi yang berkhasiat. Elakan pengambilan makanan yang berat di waktu pagi. Sediakan makanan tengah hari yang menyelerakan untuk membantu membekalkan tenaga. Minum petang dapat membantu mengekalkan tenaga untuk ibu. Hidangan ringkas seperti biskut dan secawan coklat panas mampu memberikan kesegaran. 
  • PENGAMBILAN VITAMIN DAN SUPPLEMENT

Pengambilan vitamin bertujuan untuk membantu membekalkan tenaga dan menyembuhkan luka dalaman. Tapi tak semua vitamin boleh diambil seawal hari pertama berpantang. Tapi cheq nak perkenalkan korang dengan set berpantang Shaklee yang selamat dan semulajadi. Dalam set berpantang shaklee ni terdapat vitamin dan supplement yang membantu membekalkan tenaga, menyembuhkan luka dalaman, membantu dalam diet harian untuk ibu-ibu yang nak dapatkan bentuk badan macam sediakala. 
Selain itu pengambilan supplement ini juga membantu dalam pembentukan susu. Jadi pada ibu-ibu yang ada masalah susu berkurangan tak perlu risau lagi. Dalam masa yang sama ia membantu membakar lemak dalam badan dan membekalkan nutrisi pada bayi. Jadi tak hairanlah ramai yang dah dapat bentuk badan macam anak dara lepas amalkan set berpantang ni. 


Ibu boleh membuat pilihan sama ada nak bermula dengan set pantang asas ataupun set berpantang premium shaklee. 


SET BERPANTANG PREMIUM
Bagi ibu yang mengalami sembelit semasa berpantang dalam set premium terdapat Ostematrix yang dapat membantu masalah sembelit dan membekalkan kalsium. Pengambilan ESP bukan sahaja dapat membekalkan tenaga segera malah membantu dalam diet harian dengan memberikan rasa kenyang  dan dalam masa yang sama membantu membanyakkan penghasilan susu ibu. Cheq juga sempat menggunakan set ini ketika berpantang dan memang hasilnya terbaik! Jom tengok salah seorang yang turut menggunakan set berpantang shaklee.
TESTIMONI PENGGUNA SET BERPANTANG SHAKLEE



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Comments

KISAH KAK JOY NAK MELARAM BAJU LAMA MUSIM KENDURI KENDARA CUTI SEKOLAH NI

Kisah entri kali ni nak kongsi satu cerita tentang seorang kakak ni. Kisah Kak Joy nak melaram baju lama musim kenduri kendara cuti sekolah ni. Sempena cuti sekolah yang dah mula ni, maka banyaklah jemputan kahwin. Sana sini orang berkompang. Sehari dekat 2,3 biji rumah kenduri. Tak pergi dah duduk sekampung, nanti apa pulak cakap jiran. Dan untung bagi Kak Joy sebab tak gaduh nak memasak bagai! Ajak satu keluarga pergi makan percuma. 

MAKANAN PENGGODA NAFSU


Tapi bila dah cakap bab makan kena faham sendirilah. Rumah kenduri mana ada orang masak ikan stim, sayur campur, ikan bakar. Lauk femes dah tentulah gulai batang pisang, daging kurma,ayam masak merah, dihidang pulak dengan pencuci mulut cendol la apam balik dan juga bubur kacang hijau. Cuba bayangkan berapa banyak kalori dah tertelan dalam satu hidangan? Tapi sebelum tu kita kembali pada kisah Kak Joy ni nak melaram. Dah banyak kenduri baju pun kena lah tukar-tukar. Takkan setiap kali kenduri baju yang sama je. Kak Joy pun buka almari dan tengok banyak baju lama tergantung. Nak dibuang sayang sebab baju lama sekarang tengah "in" balik. 

Bila ambil sepasang nak dicuba alangkah sedihnya tak termuat di badan Kak Joy. Mulut membebel salahkan baju katanya "susah betul kalau kain yang kita baju dia mengecik ni". Sudahnya beberapa helai dah dicuba tetap salahkan kain! Rasa tak puas hati, Kak Joy pun ambil pita pengukur. Diukurnya pinggang yang dalam ingatan kali terakhir saiz 29cm. Lepas diukur ketara dekat mata dah bersaiz 33 pinggang kak joy. Terkejut beruk kak joy. Barulah kak joy perasan badan dah makin berisi. Pinggang dah tak ada shape. Dalam hati patutlah cik suami dah lama tak mencucuk pinggang. Dah tak jumpa lekuk pada pinggang! 

CARI JALAN PENYELESAIAN

Dalam bawa hati yang lara Kak Joy buka facebook dan terpandang satu post tentang si polan ni dah beranak 2 tetap maintain! Siap kongsi testimoni dipuji cik suami berserta nombor telefon. Kak Joy pun pantas mendail dan bermulalah sesi luahan dan pengenalan. Selang dua hari barang yang dipesan pun sampai. Beserta keazaman nak mendapatkan bentuk badan macam dulu, Kak Joy pun amalkan pemakanan sihat. 

Makan sarapan dengan bijirin dan juga secawan milo yang dicampur dengan ESP. Kadang kala 2 keping roti bersama secawan ESP smoothies. Bawa ke tengah hari Kak Joy amalkan pengambilan sayuran dan lauk pauk berserta nasi tapi kuantiti nasi dikurangkan. Selepas selesai makan Kak Joy telan 3 biji Alfalfa dan 3 bini Lecithin. Selesai makan mula menggerakan anggota badan dengan melakukan kerja mengemas dapur dan menyapu dan juga mengemop lantai. Bila tiba malam Kak Joy amalkan makan sebelum jam 8 malam. Kadang Kak Joy makan roti dan biskut. Tapi rasa hairan sebab tak lapar. Baru teringat pesan si penjual kena minum air masak 3 liter sehari. Berkat amalkan minum air masak 3 liter sehari yang bantu proses pembuangan jadi sistematik dan buatkan Kak Joy kurang rasa lapar. 

Kadang kalau terpaksa makan kenduri Kak Joy pasti telan Alfalfa dan Lecithin selepas makan. Dan selepas seminggu mengamalkan pemakanan sihat, Kak Joy pun cuba baju yang dah dicuba sebelum tu. Alhamdulillah dah boleh pakai! Berkat konsisten dengan pemakanan dan pengambilan supplement. Jadi "moral of the story" tak ada apa yang mustahil kalau kita nak jadi macam Kak Joy. Bak kata orang nak seribu daya taknak seribu alasan. Tengok Kak Joy nak pakai baju lama pergi kenduri sanggup berhempas pulas. Akhirnya dia jugak yang berjaya. Jadi kalau kita amalkan pemakanan yang seimbang, pengambilan air masak yang cukup dan paling penting pengambilan supplement yang betul semua tu tak jadi halangan dah! Jom tengok apa yang Kak Joy amalkan dalam supplement dia. 




✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top