Comments

KHASIAT BAWANG PUTIH

Bawang Putih.. sapa suka makan bawang putih? Rasanya tak ramai penggemar bawang putih. Tapi watiey suka bawang putih. Nak pulak time masak maggi. Mesti letak berlambak!! hehehe.. Untuk entri kali ni nak kongsi tentang khasiat Bawang Putih. Semua sedia maklum bawang putih ni penambah rasa dalam masakan. Kalau menggoreng tak letak bawang putih memang rasa kekurangan. Betul kan? Tapi tahu tak sebenarnya bawang putih ni banyak lagi khasiat lain? 


Bawang Putih atau nama saintifiknya Allium Sativum merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceace sama seperti bawang merah, bawang besar dan kucai. Bawang Putih kaya dengan vitamin B, C dan A serta mengandungi selenium, posstasium kalsium, zink dan banyak lagi. Khasiat yang banyak dalam bawang putih sangat baik untuk kesihatan badan kita. Walaupun baunya kurang menyenangkan tapi tengok saja pada kandungan vitamin dia. Hebat kan? 

KHASIAT BAWANG PUTIH
  • mengurangkan risiko strok / kanser
  • anti bakteria / antivirus
  • antiflamasi
  • mengandungi banyak iodin 
  • membantu sistem pencernaan 
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • kurangkan kolestral dalam badan
  • merendahkan tekanan darah 
  • membantu mengawal gula dalam darah 
Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan untuk meredakan demam dan selsema pada anak kita. Cara yang mudah dengan menumbuk bawang putih dan diletakkan dibawah tapak kaki anak kita untuk memberi rasa hangat pada mereka. Bawang putih juga dapat merawat parasait dalam dan luar kuku. Untuk dapatkan kuku yang cantik apa kata cuba petua ni. 

BAIK UNTUK PULIHKAN BISUL DAN PENYAKIT KULIT
Bawang putih juga sesuai digunakan untuk memulihkan bisul. Dengan cara menempekkan bawang putih yang sudah dilumatkan pada atas dan kawasan sekitar bisul. Bawang putih bertindak mengecutkan kesan bengkak pada bisul sekaligus meredakan. Apakata cuba cara ni jika korang terkena bisul. Modal pun tak keluar dan mudah untuk didapati. 
Khasiat yang terdapat dalam bawang putih juga dapat menghilangkan ketuat atau kutil daging kulit yang berlebihan. Antara contohnya adalah tahi lalat hidup. Selain elok untuk masalah kulit lain seperti fungus dan panau. 

Untuk kesegaran badan dari keletihan apa kata cuba resepi ini dirumah. Mudah dan simple. Sup Bawang Putih Panggang dan secawan teh hijau. Memang terangkat! Lepas ni watiey rasa ramai yang akan menyukai bawang putih. Rugi sangat pada yang kurang suka pada bawang putih tu kerana banyak terlepas khasiat bawang putih. Tapi untuk cari alternatif lain, korang boleh juga try Garlic Complex Shaklee.. 
Hanya telan je.. Dah tak perlu fikir tentang bau, rasa.. Khasiatnya sama dengan bawang putih asli.. 


UNTUK PEMBELIAN DAN INFO LANJUT BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH, 
FREE KONSULTASI UNTUK MEMBANTU ANDA DALAM PENGAMBILAN PRODUK YANG BETUL..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top