Comments

CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Lingkaran gelap bawah mata memang memalukan.. Tahukah kita bagaimana ia berlaku dan cara untuk mengatasinya. 

Syukur alhamdulillah masih diberi peluang utk bernafas di bumi ALLAH SWT ni.. Walaupun diuji dengan kesihatan yang tak berapa bagus 2 hari ni. Alhamdulillah sekarang dah beransur pulih. Tetap bersemangat nak sharing sesuatu dengan korang semua. Hari ni watiey nak share pasal MATA. Masalah yang melibatkan mata. Sebab mata adalah peranan penting @ utama dlm penampilan diri kita. So, kita memerlukan mata yang cantik dan segar. Jom kita terus pada entry kita. 

PENGENALAN
Mata memainkan peranan penting bagi menjadikan seseorang kelihatan cantik dan menarik. Bagaimanapun menjadi kerisauan buat wanita apabila berhadapan dengan masalah lingkaran gelap disekeliling mata. Ia mengganggu penampilan apabila membuatkan wajah kelihatan lebih tua daripada usia. 

PUNCA 
Terdapat beberapa punca utama berlakunya lingkaran gelap dibawah mata. Antaranya :
  •  KELETIHAN - kurang tidur atau keletihan yang berlebihan membuatkan mata bekerja lebih sehingga pembuluh darah disekitar mata lebih aktif dan keletihan 
  •  USIA - kulit disekitar mata sangat tipis dan halus. Seiring dengan penambahan usia. Kulit disekitarnya menjadi lebih tipis dan menjadikan lingkaran hitam jelas terbentuk. 
  • KETURUNAN   
  • KEKURANGAN NUTRISI - lingkaran gelap bawah mata boleh disebabkan oleh kekurangan nutrisi. Kekurangan makanan yang kaya dengan vitamin A,C,K & E adalah penyebab utama. 
  • CAHAYA MATAHARI - terdedah kpd cahaya matahari terlalu lama boleh menyebabkan pigmentasi pd perrmukaan kulit dan menimbulkan lingkaran gelap. Terdapat 2 bahagian kulit iaitu EPIDERMIS & DERMIS.  Ketika melanin terlalu banyak dihasilkan di bahagian epidermis maka kulit akan kelihatan coklat. Apabila sampai ke dermis maka warnanya akan menjadi biru @ biru kegelapan. 
  • PERUBAHAN HORMON - para wanita boleh mengalami perubahan yang signifikan kerana kehamilan dan menstruasi. Salah saunya ialah penggelapan di sekitar bawah mata. 
  • ALERGI - setiap keadaan yang membuatkan mata terasa gatal boleh menyebabkan lingkaran gelap akibat gosokan tangan. Selain itu, lingkaran gelap bawah mata juga menandakan anda menderita alergi akibat pemakanan atau keadaan tertentu. 
CARA MENGATASI
Ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah lingkaran gelap mata. Antaranya:
  • SOLEKAN - ada yang memilih menggunakan penutup cela (concealer).Namun ia sekadar menutup tanpa mengatasi masalah lingkaran gelap berkenaan. 
  • RAWATAN - ada yang mengamalkan petua atau rawatan tradisional yang diturunkan oleh orang tua. 
  • PENGAMBILAN SUPPLEMENT - adanya supplement dan vitamin harian yang khusus dalam mengatasi masalah lingkaran gelap. Dengan pengambilan yang tertib akan dapat membantu mengatasinya.
KESEDARAN INDIVIDUL
Sebenarnya kita memainkan peranan dalam memastikan kesihatan dan kecantikan kita. Jika kita jenis yang rajin untuk mencantikkan diri. Hasil yang kita dapat pastinya berguna untuk diri kita. Begitu juga sebaliknya.. Jadi mulakan kesedaran diri kita sekarang. Nak mata yang cantik?? Info dah ada, just jalankan dengan jayanya.. 

SHAKLEE JUGA ADA MENAWARKAN SUPPLEMENT UNTUK MENGATASI MASALAH DIATAS.. UNTUK INFO BOLEH HUBUNGI SAYA SEPERTI DIBAWAH.. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top