Comments

setahun sudah

salam buat semua... sihat??? hari ni nak share personal ckit... tak nak citer pasal supplement... nak share pasal keindahan seorang ibu yang punya anak yang happy... 
sape ibu tu??? myself!!! over ckit!! hahhaha
esok bersamaan 21 februari, genap la anak aq MUHAMMAD AMMAR HADIFF setahun... pejam celik dah setahun dah si kecik nih.. pengalaman yang paling best tengok dia membesar di depan mata aq.. (sebab sebelum ni anak yang dulu aq bekerja).. so kejap2 tengok dah meniarap,, kejap2 dah berjalan... 
membesarkan Hadiff satu pengalaman indah... walaupun kekadang aq kepenatan dek melayan karenah dia yang aktif tu.. tapi syukur sangat.. dapat menjaga dia bila sakit. bersama dia bila dia dapat belajar sesuatu yang baru.. best sangat.. 
itu yang bestnya jadi WAHM... huhuhuhuhu
so sempena ulangtahun kelahiran AMMAR HADIFF esok, mama doakan semoga dimurahkan rezeki.. jadi anak yang soleh yang dapat membantu mama dan papa di dunia dan akhirat.. amin..
we love u bambam...

Baca lagi
Comments

VITALEA VITAMIN SUPERB

Salam hujung minggu.. masih lagi dalam bulan februari.. tapi sedar tak sedar dah separuh bulan dah.. kejap je.. hari ni entry kita pasal promosi produk bulan februari!! VITALEA..
Apa kata kita berkenalan dengan cik Vitalea kita.


90 tahun yang lalu Vitalea diperkenalkan dalam bentuk cecair. Peningkatan teknologi yang canggih telah memberi nafas baru dalam penghasilan reka bentuk Vitalea.. Vitalea ditukarkan bentuknya dari cecair kepada tablet. Tablet Vitalea ini disaluti dengan serbuk nutrisi -spirulina.. Sebab itu warna dia kehijauan... setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang mengandungi 12 vitamin & 7 mineral penting yang diesktrak daripada sayuran dan buah.
Dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi yang ekplosif yang disebut sebagai Explo-Tab. Kaedah ini berfungsi dengan cara kecepatan ia larut dalam air dan tubuh. Mineral yang terkandung dalam Vitalea mudah berintergasi dengan protein untuk penyerapan yang cepat oleh tubuh badan kita. Terutama sekali usus kecil kita. Ujian klinikal juga menunjukkan dengan pengambilan Vitalea boleh mengurangkan risiko untuk jatuh sakit sebanyak 65% dalam tempoh setahun. Hebatkan??  Jom kita tengok khasiat Vitalea pulak..

Baca lagi
Comments

NAK KABORKAN...

salam ceria buat sume...
lama betul x mencoret sesuatu pada blog kesayangan i nih... rhindu ngek!!!
bukan ape,,, sibuk dengan program pindah umah yang x settle2 lagi... plus pulak dengan line yg macam siput.. put..put..put... hihihihi.. tapi itu sume bukan alasan.. nak jugak pertahan diri.. hihhihi
so hari ni nak sembang2 kosong jer.. plus anak kita batuk.. dah berlarutan dekat seminggu jugak.. kecian tengok dia batuk.. ade petua x??
alhamdulillah,, bulan lepas walaupun sibuk tapi sale tetap jalan.. makin ramai yang pm utk tahu pasal shaklee.. seronok sebenarnye nak share pasal shaklee nih. Kita dah rase so nak jugak bagi orang lain rase cane kita gunakan produk nih..
untuk bulan lepas kita promo Alfalfa.. bulan Februari ni kita ada Vita-lea.. Untuk sape Vita-lea??
Dia lebih kepada kaum hawa yang memerlukan iron yang dapat membantu memberikan tenaga optimum.. Selain itu baik untuk ibu hamil yang mengalami masalah HB rendah..
Dalam set kehamilan, set berpantang even set menyusu pun kita perlukan Vita-lea.. so hopefully bulan ni banyak yang grab peluang untuk beli Vita-lea..
untuk info lanjut dan pembelian produk2 shaklee..

Baca lagi
Comments

SHAKLEE MERAWAT TALASEMIA

Salam Selasa sahabat sume.. Baru2 ni watiey ada dapat satu panggilan bertanyakan pasal produk Shaklee.. Apa yang best nak kongsi adalah pemanggil ni berminat dengan produk Shaklee. Tapi takut dan was2 kerana dia mengidap TALASEMIA.. Nak dijadikan cerita, watiey pun tanya pada yang arif untuk kepastian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Thanks to nanny..
Terpanggil untuk buat entri pasal penyakit Talasemia ni. Mungkin sesetengah dari kita pun tak tahu apa tu Talasemia? Jujur nak cakap, watiey pun kurang pendekatan dengan penyakit ni. Tapi takpe. Jom sama2 kita pelajari dan ketahui.
kuantiti darah merah yang berkurangan

APA ITU TALASEMIA??
TALASEMIA adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan penyakit keturunan. Ia diwarisi dari keluarga kepada anak. Ini berlaku disebabkan oleh kecacatan gen yang menyebabkan HEMOGLOBIN dalam sel darah merah yang tak normal. Penghidap Talasemia tidak dapat menghasilkan HEMOGLOBIN yang mencukupi dalam darah mereka.

APA ITU HEMOGLOBIN??
HEMOGLOBIN adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan.
Sekiranya paras hemoglobin semakin menurun, penghidap talasemia akan menghadapi simptom seperti berikut:-
~berasa lesu
~tidak bermaya
~sesak nafas
~pucat
Perkara ini terjadi akibat kekurangan sel darah merah yang membekalkan oksigen. Seperti yang kita tahu, semua tisu tubuh memerlukan oksigen.

TANDA-TANDA DAN GEJALA
Baca lagi
Comments

CAROTOMAX - KAROTENOID TERBAIK


Nampak tak gambar sayuran dan buahan yang berkhasiat dekat atas ni. Tahu tak yang semua buahan dan sayuran ini tergolong dalam CAROTENOID. Tahukah apa itu carotenoid? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayuran dan buahan. Sebagai contoh warna oren untuk tomato, merah untuk lada benggala, dan bermacam lagi. Terdapat banyak lagi sumber lain carotenoid. Antaranya lobak, kentang, bayam dan banyak lagi sayuran lain. Untuk dapatkan sumber carotenoid yang terbaik buahan dan sayuran ini tak perlu dimasak dan lebih elok diambil begitu sahaja. 
Sekarang kita dah tahu apa itu CAROTENOID.Apa pulak kaitan carotenoid ni dengan carotomax kan? So, entri arini nak kongsi sedikit sebanyak pasal CAROTOMAX dan fungsi serta khasiatnya. Selalunya carotomax ni sangat popular dikalangan mereka yang mengalami masalah kesihatan berkaitan MATA. Jadi kita tak perlu sembang lebih jom kita sama-sama ketahui pasal carotomax ni..



Carotomax terdiri daripada karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan dan pokok kelapa sawit dan alga dunialiellasalina. Carotomax juga merupakan gabungan hebat seperti alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang baik untuk karotenoid yang lengkap. Wah banyak bahasa baru kita belajar hari ni. Tapi satu jer nak bagitau semua tu elok sangat2 untuk kesihatan kita. 

TANDA-TANDA KITA PERLUKAN CAROTOMAX
-masalah rabun malam
-masalah jerawat
-gangguan pada mata seperti kabur penglihatan 
-masalah fokus pada retina mata
Jika semua tanda diatas ni ada pada kita, maknanya kita harus ambil langkah berjaga-jaga. Dah boleh mula ambil CAROTOMAX
Baca lagi
Comments

ALFALFA.. KENALI ALFALFA

Tahukah korang apa itu ALFALFA? Watiey rasa sume tahu apa itu Alfalfa. Tapi hanya pada nama.. Tahu tak rupa sebenar ALFALFA? Entri kali ni nak cerita lebih lanjut tentang ALFALFA. Sementara dalam mood promo bulan ni. So apa kata kita kenali dengan lebih rapat lagi ape itu ALFALFA..

inilah alfalfa
Alfalfa atau nama sintifiknya MEDICAGO SATIVA, juga dikenali sebagai LUCERNA merupakan tumbuhan dari jenis kacang Fabaceae. Ditanam sebagai tanaman makanan ternakan yang penting di banyak negara seluruh dunia. Alfalfa berasal dari iklim yang lebih panas sederhana seperti negara timur tengah dimana dipercayai berasal. Di Arab alfalfa dipanggil dengan gelaran "AL-FASH FASH" yang membawa maksud bapa segala tumbuhan. Namum dikebanyakan negara di seluruh dunia menngelarkan ia ALFALFA. Kecuali di UK,.Afrika Selatan dan New Zealand ia dipanggil LUCERNE. 
Alfalfa ditanam sebagai sumber makanan buat haiwan ternakan sejak era zaman Yunani Purba dan Rom. Akarnya yang menjulur jauh ke dalam tanah untuk menyerap sumber mineral yang membekalkan nutrisi yang baik dari akar hingga ke pucuk.Fungsi Alfalfa yang bermanfaat dari akar hingga ke pucuk membolehkan setiap inci darinya boleh digunakan. Alfalfa digunakan sejak ribuan tahun lagi dalam perubatan tradisional Cina, Eropah dan homepati. Alfalfa juga merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai fungsi terutamanya bagi wanita yang melahirkan anak.
Disebabkan khasiat yang banyak pada Alfalfa, ia telah menarik minat Dr. Forest C Shaklee untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk kesihatan kita tak kira lelaki mahupun wanita. Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama yang dicipta oleh beliau pada tahun 1950an. 
                      


Baca lagi
Comments

PETUA KECANTIKAN TURUN TEMURUN

SALAM SELASA... sekarang ni selang 2 hari baru boleh tambah entri.. ikut hati macam nak kongsi setiap hari, tapi almaklum la. Kesibukan nak berpindah ni, sume pakat tak sempat. hehehehe
Untuk entri kali ni nak kongsikan tips untuk yang nak mencantikkan diri atau nak menambahkan kecantikan tu. Selalu kalau nak cantik mesti nak kena beli krim yang berangkai. Maksudnya mesti nak ada krim malam pastu krim siang lain pulak. Sunblock krim lagi. Bedak lagi. Adoiiiiiii. Macam menyeksakan je. Macam banyak jer.. Itu belum bab vitamin atau supplement pulak. Tapi SHAKLEE x perlu tau. hehehehe.
Oklah.. sebelum tu nak tanya baper orang yang masih mengekalkan petua orang dulu2. Ada lagi ke yang ingat, kalau ada pun mesti yang simple je kan. Kalau nak tahu petua orang dulu2 la yang paling berkhasiat, paling original dan semulajadi. Nak tahu kenapa? Sebab semua bahan yang mereka pakai berasaskan tumbuhan, buahan, pokok2.Tak ada la bahan kimia. Pernah dengar ke orang dulu2 campur bahan pewarna yang dibenarkan?? Sebab tu lah petua mereka berkesan!! Yang paling best, bahan2 sume ada didapur rumah kita!! Hari ni nak share dengan korang sume petua2 orang dahulu yang mungkin kita boleh amalkan..

GATAL DAN RUAM HILANG DENGAN BERAS
Pernah tak gatal separuh mati pada kulit. Tangan pulak kemaruk menggaru kulit yang dihinggap rasa gatal. Akibatnya? Kulit akan timbul ruam dan melecet dek kerana sering digaru. Cara penyelesaian?
BERAS!! Beras bukan saja boleh dijadikan nasi malahan bermanfaat untuk perut kita. Kulit yang gatal dan ruam boleh diatasi dengan ramuan beras tanpa melibatkan bahan kimia. Jom tengok caranya.
BAHAN:
-Beras
-Air kelapa muda
CARA PENYEDIAAN:
- Rendam satu genggam beras dalam air kelapa muda selama 6 ke 7jam. Jika sudah terasa masam, angkat. Kemudian giling atau kisar rendaman tadi hingga jadi halus. Sapukan pada bahagian tubuh yang terasa gatal dan ruam. Lakukan setiap hari secara teratur selama 3 ke 4 hari.

AIR KELAPA RAWAT KAKI PECAH
Kita sedia maklum kelapa ni memang berkhasiat. Dari akar sampai pucuk semua boleh guna. Air kelapa bukan saja sedap diminum tetapi juga sangat baik untuk merawat kaki terutamanya bahagian tumit yang pecah. Khasiat dan zat yang terdapat dalam air kelapa memang luar biasa. Kajian juga menunjukkan salah satu khasiatnya dapat merawat kaki.
BAHAN:
-Air kelapa muda
CARA PENYEDIAAN:
-Rendam kaki dalam air kelapa muda. Untuk hasil yang lebih elok, jadikan air kelapa muda sebagai bahan utama penghasilan bedak sejuk. Tempek pada tumit yang pecah. Hasilnya pasti korang terkejut nanti!!

KENTANG VS LECURAN
Baca lagi
Comments

KENALI CINCH MIX TEA ENERGY

Cinch Mix Tea..
Kalau entri sebelum ni ada bercerita perihal kebaikan dia. Kali ni nak kongsi info tentang teh yang terdapat dalam Cinch Mix Tea ni. Apa kehebatan teh ni sampai menjadikan Cinch ni hebat skali.. kan??
Jom sama2 kita pelajari dan timba ilmu sikit.. tak rugi pun kan..

JENIS-JENIS TEH DALAM CINCH MIX TEA

TEH PUTIH 

nilah rupa teh putih.. pertama kali tengok!!


  • merupakan teh yang paling mahal di dunia. Teh putih merupakan minuman turun temurun kaisar china dan anggota istana sejak dinasti Tang (618-906).Teh putih terbaik diambil hanya dari tunas teh yang masih belum terbuka (supreme grade) iaitu jenis teh Camellia Sinensis yang ditanam di daerah pergunugan tinggi di Fuji, China. Ia merupakan tempat asal teh putih dan terbaik di dunia.
  • Pemprosesan teh putih dilakukan secara tradisional, alami dan sangat minima, dimana hanya meliputi pelayuan dan pengeringan segera setelah proses pemetikan dilakukan. Teh putih dikeringkan secara semula jadi dengan bantuan angin dan sinar matahari pergunungan, tanpa melalui proses penapaian mahupun pengisaran sehingga tidak menjejaskan bentuk teh putih yang sebenarnya.
TEH HIJAU & MARTHA GREEN TEA POWDER


  • merupakan teh hijau yang diperbuat daripada daun pokok teh Camellia Sinensis. Melalui proses pemanasan untuk mengelakkan pengoksidaan. 
  • martha green tea merupakan teh hijau gred tertingi dari Jepun 
TEH MERAH (ROOIBOS RED TEA EXTRACT)
    pun sama.. pertama kali tengok rooibos teh ni..
Baca lagi
Comments

CINCH ENERGY TEA MIX

Entri kali ni bersesuaian untuk mereka yang gemar pada teh.. Sebelum tu nak minta maaf 2 hari menyepi tanpa berita.. Almaklumlah....
Ok.. Berbalik pada entri kita.. Buat penggemar teh, "adakah teh yang korang minum tu berkhasiat?" Mesti sesapa yang tengah minum teh tu duk usha teh kat tangan.. hehehehe.. Dapat ke membantu memberikan kesihatan yang baik? Setahu watiey time kita berpantang, teh memang tak diberi minum. Angin katanya.. Tapi ada 1 jenis teh ni memang BERKHASIAT. ditambah pulak diperbuat dari teh yang berkualiti dan bermutu untuk menbantu kesihatan kita. Nak tahu apa dia??

CINCH ENERGY TEA MIX

Kenapa dipanggil "inch loss plan"?? 
Serat yang ada dalam cinch membantu dalam menghilangkan lemak berlebihan. Cinch juga merupakan perangsang tenaga yang semulajadi dan selamat. Dikategori dalam salah satu produk pelangsingan kerana kemampuan cinch dalam membantu memberikan berat badan ideal.
Diperbuat daripada campuran teh-teh terpilih. Terdiri daripada 3 jenis teh iaitu Teh Hijau, Teh Merah dan Teh Putih. 

Baca lagi
Comments

LELAKI DAN KESIHATAN

Isu kesihatan lelaki adalah satu topik pantang larang untuk dibincangkan secara terbuka satu ketika dahulu. Tapi sekarang isu ini bukan lagi rahsia. Mungkin dulu disebabkan persepsi sebahagian kaum lelaki yang menganggap masalah "kejantanan" ini adalah sesuatu yang memalukan dan tak patut dibincangkan.
Kebanyakan lelaki sentiasa ingin tampil "perfect" di khalayak mahupun dimata lelaki lain. Namun definasi lelaki "perfect" bukanlah mudah. Kriteria utama yang perlu ada pada seseorang lelaki itu adalah keperibadian dan kesihatan yang baik. Bila sentuh bab kesihatan ni, ramai sedia maklum bahawa lelaki kurang gemarberjumpa doktor. Teutama yang melibatkan masalah dalaman. Terpanggil untuk buat entri pasal lelaki ni. Jom kita kongsi dan pelajari serba sedikit.

Shaklee juga ada mengeluarkan supplement untuk membantu memberikan kesihatan yang optimum pada kaum adam ni. Bukan sahaja untuk kesihatan badan malahan untuk kekuatan tenaga batin.Jom risik apa yang ada dalam set kesihatan lelaki ni atau kita kenali sebagai "Men's Vital Health". 

Antara faktor dijangkiti penyakit:
persekitaran - kaum lelaki lebih kerap keluar rumah dan terlibat dalam macam2 aktivit luaran. Tak seperti kaum wanita yang menekankan aspek mencegah sesuatu penyakit. Malah mereka menganggap perkara itu seperti sesuatu yang remeh.
cara hidup - tabiat merokok yang menjadi punca utama. pergaulan bebas dan tabiat meminum minuman berkafein yang menjadi rutin lazim.
pemakanan - sikap mereka yang lebih low profile dalam memilih makanan.

Akibatnya tatkala usia baru menjengah 30an, ada diantara mereka yang mengalami perubahan hormon yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit seperti:

  • mati pucuk 
  • pembesaran prostat
  • kelesuan 
  • kurang tenaga dan stamina 
Lelaki juga sering terdedah kepada penyakit yang sering melanda dunia. Antara penyakit2 tersebut adalah jantung, kencing manis, darah tinggi, gout dan lain2. Tapi faktor untuk dijangkiti penyakit berbahaya ini lebih tinggi untuk lelaki kerana punca dari cara hidup dan persekitaran mereka. 
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top