Comments

PETUA KECANTIKAN TURUN TEMURUN

SALAM SELASA... sekarang ni selang 2 hari baru boleh tambah entri.. ikut hati macam nak kongsi setiap hari, tapi almaklum la. Kesibukan nak berpindah ni, sume pakat tak sempat. hehehehe
Untuk entri kali ni nak kongsikan tips untuk yang nak mencantikkan diri atau nak menambahkan kecantikan tu. Selalu kalau nak cantik mesti nak kena beli krim yang berangkai. Maksudnya mesti nak ada krim malam pastu krim siang lain pulak. Sunblock krim lagi. Bedak lagi. Adoiiiiiii. Macam menyeksakan je. Macam banyak jer.. Itu belum bab vitamin atau supplement pulak. Tapi SHAKLEE x perlu tau. hehehehe.
Oklah.. sebelum tu nak tanya baper orang yang masih mengekalkan petua orang dulu2. Ada lagi ke yang ingat, kalau ada pun mesti yang simple je kan. Kalau nak tahu petua orang dulu2 la yang paling berkhasiat, paling original dan semulajadi. Nak tahu kenapa? Sebab semua bahan yang mereka pakai berasaskan tumbuhan, buahan, pokok2.Tak ada la bahan kimia. Pernah dengar ke orang dulu2 campur bahan pewarna yang dibenarkan?? Sebab tu lah petua mereka berkesan!! Yang paling best, bahan2 sume ada didapur rumah kita!! Hari ni nak share dengan korang sume petua2 orang dahulu yang mungkin kita boleh amalkan..

GATAL DAN RUAM HILANG DENGAN BERAS
Pernah tak gatal separuh mati pada kulit. Tangan pulak kemaruk menggaru kulit yang dihinggap rasa gatal. Akibatnya? Kulit akan timbul ruam dan melecet dek kerana sering digaru. Cara penyelesaian?
BERAS!! Beras bukan saja boleh dijadikan nasi malahan bermanfaat untuk perut kita. Kulit yang gatal dan ruam boleh diatasi dengan ramuan beras tanpa melibatkan bahan kimia. Jom tengok caranya.
BAHAN:
-Beras
-Air kelapa muda
CARA PENYEDIAAN:
- Rendam satu genggam beras dalam air kelapa muda selama 6 ke 7jam. Jika sudah terasa masam, angkat. Kemudian giling atau kisar rendaman tadi hingga jadi halus. Sapukan pada bahagian tubuh yang terasa gatal dan ruam. Lakukan setiap hari secara teratur selama 3 ke 4 hari.

AIR KELAPA RAWAT KAKI PECAH
Kita sedia maklum kelapa ni memang berkhasiat. Dari akar sampai pucuk semua boleh guna. Air kelapa bukan saja sedap diminum tetapi juga sangat baik untuk merawat kaki terutamanya bahagian tumit yang pecah. Khasiat dan zat yang terdapat dalam air kelapa memang luar biasa. Kajian juga menunjukkan salah satu khasiatnya dapat merawat kaki.
BAHAN:
-Air kelapa muda
CARA PENYEDIAAN:
-Rendam kaki dalam air kelapa muda. Untuk hasil yang lebih elok, jadikan air kelapa muda sebagai bahan utama penghasilan bedak sejuk. Tempek pada tumit yang pecah. Hasilnya pasti korang terkejut nanti!!

KENTANG VS LECURAN

Salah satu yang paling ditakut yang boleh menghilangkan kecantikan kulit adalah lecuran.Walaupun tercucur sedikit tapi meninggalkan kesan yang tak sedap mata memandang. Tapi tak perlu risau, kerana dengan petua tradisional ni, kesan lecur yang jadi musuh utama boleh diatasi. Cuma guna kentang jer.
BAHAN:
-3bj Kentang
-1 sudu Minyak Kelapa
PROSES PENYEDIAAN: 
-parut kentang yang telah dikupas bersih
- campur dengan satu sudu minyak kelapa
-gaul sampai rata dan halus
CARA MENGGUNAKAN:
-Bubuh ramuan tersebut pada sehelai kain bersih dan balutkan pada kesan lecuran

SANTAN UNTUK RAMBUT HITAM BERKILAT
Tahukah korang yang santan kelapa tua sangat berkhasiat untuk menjaga kelembapan sekaligus menghitamkan dan menyuburkan rambut?
CARA PENYEDIAAN: 
-parutkan sebiji kelapa tua
-campurkan sedikit air dan perah untuk hasilkan santan kelapa
CARA MENGGUNAKAN:
-siram santan atas kepala dan usapkan supaya rata pada rambut. Biarkan selama 30minit hingga 1jam. Kemudian bilas dengan air suam hingga bersih dan tidak melekat.

KUNYIT, AIR KELAPA USIR JERAWAT
Penggunaan ubat jerawat memang mudah, bila sesuai dengan kulit wajah maka jerawat akan hilang. Bila tidak jerawat akan kembali. Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam ubat jerawat dibimbangi memberi kesan sampingan. Alternatif lain menghilangkan jerawat, formula tradisional yang bukan sahaja mudah tetapi murah. Yang penting tiada bahan kimia.
BAHAN:
-25gm serbuk kunyit
-air kelapa
-serbuk cendana merah
CARA MEMBUAT:
-Campur 25gm pes kunyit yang telah disiapkan dengan segelas air kelapa dan dibiarkan semalaman. Tambah 3 sudu teh serbuk cendana merah. Gaul semua bahan yang sudah dicampur hingga rata, simpan selama 3 hari tanpa dibuka. Selepas 3 hari, tapis ramuan tersebut. Simpan ramuan tersebut dalam bekas dan sapukan pada wajah berjerawat.

PISANG SCRUB MUJARAB
Tak perlu nak berhabis duit ke spa. Kita sendiri boleh buat rawatan di rumah. Lagi puashati. Nak tahu ramuan untuk menyediakan scrub? Mudah sangat, cuma perlukan pisang dan beberapa bahan lain.
BAHAN:
-Pisang Segar
-3 Sudu Gula Pasir
-1 sudu Baby Oil
CARA MEMBUAT:
-Hancurkan 2bj pisang masih segar. Campurkan 3 sudu besar gula pasir dan minyak bayi. Gaul rata.
CARA MENGGUNAKAN:
-Sapukan scrub ke seluruh kulit dan jadikan rutin seminggu sekali. Kini kita tak perlu ke spa lagi!!

USIR PARUT JERAWAT
-Jerawat walaupun masalah biasa jangan dibiarkan. Menghilangkan jerawat dengan cara tradisional memerlukan kerajian untuk mengulangi rawatannya.
Siapa sangka kulit kayu manis bukan sekadar melazatkan makanan. Ia juga boleh menipiskan parut jerawat. Hanya campurkan kulit kayu manis bersama madu. Sapukan pada bekas parut jerawat setiap malam dan bilas pada keesokan harinya. Ulangi sehingga kesan parut tak kelihatan!!

Nampak tak sume bahan yang kita pakai ada disekeliling kita. Inshaallah banyak lagi petua yang watiey akan kongsi dengan korang. Buat masa ni kita cuba praktikkan yang ada kat atas ni dulu.. Bagus amalkan warisan nenek moyang kita. Dalam masa yang sama boleh amalkan pengambilan supplement untuk mengubati dari dalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top