Comments

SHAKLEE MERAWAT TALASEMIA

Salam Selasa sahabat sume.. Baru2 ni watiey ada dapat satu panggilan bertanyakan pasal produk Shaklee.. Apa yang best nak kongsi adalah pemanggil ni berminat dengan produk Shaklee. Tapi takut dan was2 kerana dia mengidap TALASEMIA.. Nak dijadikan cerita, watiey pun tanya pada yang arif untuk kepastian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Thanks to nanny..
Terpanggil untuk buat entri pasal penyakit Talasemia ni. Mungkin sesetengah dari kita pun tak tahu apa tu Talasemia? Jujur nak cakap, watiey pun kurang pendekatan dengan penyakit ni. Tapi takpe. Jom sama2 kita pelajari dan ketahui.
kuantiti darah merah yang berkurangan

APA ITU TALASEMIA??
TALASEMIA adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan penyakit keturunan. Ia diwarisi dari keluarga kepada anak. Ini berlaku disebabkan oleh kecacatan gen yang menyebabkan HEMOGLOBIN dalam sel darah merah yang tak normal. Penghidap Talasemia tidak dapat menghasilkan HEMOGLOBIN yang mencukupi dalam darah mereka.

APA ITU HEMOGLOBIN??
HEMOGLOBIN adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan.
Sekiranya paras hemoglobin semakin menurun, penghidap talasemia akan menghadapi simptom seperti berikut:-
~berasa lesu
~tidak bermaya
~sesak nafas
~pucat
Perkara ini terjadi akibat kekurangan sel darah merah yang membekalkan oksigen. Seperti yang kita tahu, semua tisu tubuh memerlukan oksigen.

TANDA-TANDA DAN GEJALA
Baca lagi
Comments

CAROTOMAX - KAROTENOID TERBAIK


Nampak tak gambar sayuran dan buahan yang berkhasiat dekat atas ni. Tahu tak yang semua buahan dan sayuran ini tergolong dalam CAROTENOID. Tahukah apa itu carotenoid? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayuran dan buahan. Sebagai contoh warna oren untuk tomato, merah untuk lada benggala, dan bermacam lagi. Terdapat banyak lagi sumber lain carotenoid. Antaranya lobak, kentang, bayam dan banyak lagi sayuran lain. Untuk dapatkan sumber carotenoid yang terbaik buahan dan sayuran ini tak perlu dimasak dan lebih elok diambil begitu sahaja. 
Sekarang kita dah tahu apa itu CAROTENOID.Apa pulak kaitan carotenoid ni dengan carotomax kan? So, entri arini nak kongsi sedikit sebanyak pasal CAROTOMAX dan fungsi serta khasiatnya. Selalunya carotomax ni sangat popular dikalangan mereka yang mengalami masalah kesihatan berkaitan MATA. Jadi kita tak perlu sembang lebih jom kita sama-sama ketahui pasal carotomax ni..



Carotomax terdiri daripada karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan dan pokok kelapa sawit dan alga dunialiellasalina. Carotomax juga merupakan gabungan hebat seperti alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang baik untuk karotenoid yang lengkap. Wah banyak bahasa baru kita belajar hari ni. Tapi satu jer nak bagitau semua tu elok sangat2 untuk kesihatan kita. 

TANDA-TANDA KITA PERLUKAN CAROTOMAX
-masalah rabun malam
-masalah jerawat
-gangguan pada mata seperti kabur penglihatan 
-masalah fokus pada retina mata
Jika semua tanda diatas ni ada pada kita, maknanya kita harus ambil langkah berjaga-jaga. Dah boleh mula ambil CAROTOMAX
Baca lagi
Comments

ALFALFA.. KENALI ALFALFA

Tahukah korang apa itu ALFALFA? Watiey rasa sume tahu apa itu Alfalfa. Tapi hanya pada nama.. Tahu tak rupa sebenar ALFALFA? Entri kali ni nak cerita lebih lanjut tentang ALFALFA. Sementara dalam mood promo bulan ni. So apa kata kita kenali dengan lebih rapat lagi ape itu ALFALFA..

inilah alfalfa
Alfalfa atau nama sintifiknya MEDICAGO SATIVA, juga dikenali sebagai LUCERNA merupakan tumbuhan dari jenis kacang Fabaceae. Ditanam sebagai tanaman makanan ternakan yang penting di banyak negara seluruh dunia. Alfalfa berasal dari iklim yang lebih panas sederhana seperti negara timur tengah dimana dipercayai berasal. Di Arab alfalfa dipanggil dengan gelaran "AL-FASH FASH" yang membawa maksud bapa segala tumbuhan. Namum dikebanyakan negara di seluruh dunia menngelarkan ia ALFALFA. Kecuali di UK,.Afrika Selatan dan New Zealand ia dipanggil LUCERNE. 
Alfalfa ditanam sebagai sumber makanan buat haiwan ternakan sejak era zaman Yunani Purba dan Rom. Akarnya yang menjulur jauh ke dalam tanah untuk menyerap sumber mineral yang membekalkan nutrisi yang baik dari akar hingga ke pucuk.Fungsi Alfalfa yang bermanfaat dari akar hingga ke pucuk membolehkan setiap inci darinya boleh digunakan. Alfalfa digunakan sejak ribuan tahun lagi dalam perubatan tradisional Cina, Eropah dan homepati. Alfalfa juga merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai fungsi terutamanya bagi wanita yang melahirkan anak.
Disebabkan khasiat yang banyak pada Alfalfa, ia telah menarik minat Dr. Forest C Shaklee untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk kesihatan kita tak kira lelaki mahupun wanita. Alfalfa Shaklee merupakan produk pertama yang dicipta oleh beliau pada tahun 1950an. 
                      


Baca lagi
Comments

PETUA KECANTIKAN TURUN TEMURUN

SALAM SELASA... sekarang ni selang 2 hari baru boleh tambah entri.. ikut hati macam nak kongsi setiap hari, tapi almaklum la. Kesibukan nak berpindah ni, sume pakat tak sempat. hehehehe
Untuk entri kali ni nak kongsikan tips untuk yang nak mencantikkan diri atau nak menambahkan kecantikan tu. Selalu kalau nak cantik mesti nak kena beli krim yang berangkai. Maksudnya mesti nak ada krim malam pastu krim siang lain pulak. Sunblock krim lagi. Bedak lagi. Adoiiiiiii. Macam menyeksakan je. Macam banyak jer.. Itu belum bab vitamin atau supplement pulak. Tapi SHAKLEE x perlu tau. hehehehe.
Oklah.. sebelum tu nak tanya baper orang yang masih mengekalkan petua orang dulu2. Ada lagi ke yang ingat, kalau ada pun mesti yang simple je kan. Kalau nak tahu petua orang dulu2 la yang paling berkhasiat, paling original dan semulajadi. Nak tahu kenapa? Sebab semua bahan yang mereka pakai berasaskan tumbuhan, buahan, pokok2.Tak ada la bahan kimia. Pernah dengar ke orang dulu2 campur bahan pewarna yang dibenarkan?? Sebab tu lah petua mereka berkesan!! Yang paling best, bahan2 sume ada didapur rumah kita!! Hari ni nak share dengan korang sume petua2 orang dahulu yang mungkin kita boleh amalkan..

GATAL DAN RUAM HILANG DENGAN BERAS
Pernah tak gatal separuh mati pada kulit. Tangan pulak kemaruk menggaru kulit yang dihinggap rasa gatal. Akibatnya? Kulit akan timbul ruam dan melecet dek kerana sering digaru. Cara penyelesaian?
BERAS!! Beras bukan saja boleh dijadikan nasi malahan bermanfaat untuk perut kita. Kulit yang gatal dan ruam boleh diatasi dengan ramuan beras tanpa melibatkan bahan kimia. Jom tengok caranya.
BAHAN:
-Beras
-Air kelapa muda
CARA PENYEDIAAN:
- Rendam satu genggam beras dalam air kelapa muda selama 6 ke 7jam. Jika sudah terasa masam, angkat. Kemudian giling atau kisar rendaman tadi hingga jadi halus. Sapukan pada bahagian tubuh yang terasa gatal dan ruam. Lakukan setiap hari secara teratur selama 3 ke 4 hari.

AIR KELAPA RAWAT KAKI PECAH
Kita sedia maklum kelapa ni memang berkhasiat. Dari akar sampai pucuk semua boleh guna. Air kelapa bukan saja sedap diminum tetapi juga sangat baik untuk merawat kaki terutamanya bahagian tumit yang pecah. Khasiat dan zat yang terdapat dalam air kelapa memang luar biasa. Kajian juga menunjukkan salah satu khasiatnya dapat merawat kaki.
BAHAN:
-Air kelapa muda
CARA PENYEDIAAN:
-Rendam kaki dalam air kelapa muda. Untuk hasil yang lebih elok, jadikan air kelapa muda sebagai bahan utama penghasilan bedak sejuk. Tempek pada tumit yang pecah. Hasilnya pasti korang terkejut nanti!!

KENTANG VS LECURAN
Baca lagi
Comments

KENALI CINCH MIX TEA ENERGY

Cinch Mix Tea..
Kalau entri sebelum ni ada bercerita perihal kebaikan dia. Kali ni nak kongsi info tentang teh yang terdapat dalam Cinch Mix Tea ni. Apa kehebatan teh ni sampai menjadikan Cinch ni hebat skali.. kan??
Jom sama2 kita pelajari dan timba ilmu sikit.. tak rugi pun kan..

JENIS-JENIS TEH DALAM CINCH MIX TEA

TEH PUTIH 

nilah rupa teh putih.. pertama kali tengok!!


  • merupakan teh yang paling mahal di dunia. Teh putih merupakan minuman turun temurun kaisar china dan anggota istana sejak dinasti Tang (618-906).Teh putih terbaik diambil hanya dari tunas teh yang masih belum terbuka (supreme grade) iaitu jenis teh Camellia Sinensis yang ditanam di daerah pergunugan tinggi di Fuji, China. Ia merupakan tempat asal teh putih dan terbaik di dunia.
  • Pemprosesan teh putih dilakukan secara tradisional, alami dan sangat minima, dimana hanya meliputi pelayuan dan pengeringan segera setelah proses pemetikan dilakukan. Teh putih dikeringkan secara semula jadi dengan bantuan angin dan sinar matahari pergunungan, tanpa melalui proses penapaian mahupun pengisaran sehingga tidak menjejaskan bentuk teh putih yang sebenarnya.
TEH HIJAU & MARTHA GREEN TEA POWDER


  • merupakan teh hijau yang diperbuat daripada daun pokok teh Camellia Sinensis. Melalui proses pemanasan untuk mengelakkan pengoksidaan. 
  • martha green tea merupakan teh hijau gred tertingi dari Jepun 
TEH MERAH (ROOIBOS RED TEA EXTRACT)
    pun sama.. pertama kali tengok rooibos teh ni..
Baca lagi
Comments

CINCH ENERGY TEA MIX

Entri kali ni bersesuaian untuk mereka yang gemar pada teh.. Sebelum tu nak minta maaf 2 hari menyepi tanpa berita.. Almaklumlah....
Ok.. Berbalik pada entri kita.. Buat penggemar teh, "adakah teh yang korang minum tu berkhasiat?" Mesti sesapa yang tengah minum teh tu duk usha teh kat tangan.. hehehehe.. Dapat ke membantu memberikan kesihatan yang baik? Setahu watiey time kita berpantang, teh memang tak diberi minum. Angin katanya.. Tapi ada 1 jenis teh ni memang BERKHASIAT. ditambah pulak diperbuat dari teh yang berkualiti dan bermutu untuk menbantu kesihatan kita. Nak tahu apa dia??

CINCH ENERGY TEA MIX

Kenapa dipanggil "inch loss plan"?? 
Serat yang ada dalam cinch membantu dalam menghilangkan lemak berlebihan. Cinch juga merupakan perangsang tenaga yang semulajadi dan selamat. Dikategori dalam salah satu produk pelangsingan kerana kemampuan cinch dalam membantu memberikan berat badan ideal.
Diperbuat daripada campuran teh-teh terpilih. Terdiri daripada 3 jenis teh iaitu Teh Hijau, Teh Merah dan Teh Putih. 

Baca lagi
Comments

LELAKI DAN KESIHATAN

Isu kesihatan lelaki adalah satu topik pantang larang untuk dibincangkan secara terbuka satu ketika dahulu. Tapi sekarang isu ini bukan lagi rahsia. Mungkin dulu disebabkan persepsi sebahagian kaum lelaki yang menganggap masalah "kejantanan" ini adalah sesuatu yang memalukan dan tak patut dibincangkan.
Kebanyakan lelaki sentiasa ingin tampil "perfect" di khalayak mahupun dimata lelaki lain. Namun definasi lelaki "perfect" bukanlah mudah. Kriteria utama yang perlu ada pada seseorang lelaki itu adalah keperibadian dan kesihatan yang baik. Bila sentuh bab kesihatan ni, ramai sedia maklum bahawa lelaki kurang gemarberjumpa doktor. Teutama yang melibatkan masalah dalaman. Terpanggil untuk buat entri pasal lelaki ni. Jom kita kongsi dan pelajari serba sedikit.

Shaklee juga ada mengeluarkan supplement untuk membantu memberikan kesihatan yang optimum pada kaum adam ni. Bukan sahaja untuk kesihatan badan malahan untuk kekuatan tenaga batin.Jom risik apa yang ada dalam set kesihatan lelaki ni atau kita kenali sebagai "Men's Vital Health". 

Antara faktor dijangkiti penyakit:
persekitaran - kaum lelaki lebih kerap keluar rumah dan terlibat dalam macam2 aktivit luaran. Tak seperti kaum wanita yang menekankan aspek mencegah sesuatu penyakit. Malah mereka menganggap perkara itu seperti sesuatu yang remeh.
cara hidup - tabiat merokok yang menjadi punca utama. pergaulan bebas dan tabiat meminum minuman berkafein yang menjadi rutin lazim.
pemakanan - sikap mereka yang lebih low profile dalam memilih makanan.

Akibatnya tatkala usia baru menjengah 30an, ada diantara mereka yang mengalami perubahan hormon yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit seperti:

  • mati pucuk 
  • pembesaran prostat
  • kelesuan 
  • kurang tenaga dan stamina 
Lelaki juga sering terdedah kepada penyakit yang sering melanda dunia. Antara penyakit2 tersebut adalah jantung, kencing manis, darah tinggi, gout dan lain2. Tapi faktor untuk dijangkiti penyakit berbahaya ini lebih tinggi untuk lelaki kerana punca dari cara hidup dan persekitaran mereka. 
Baca lagi
Comments

SET SHAKLEE SUPER DETOX

Entry malam ni nak citer dan berkongsi tentang kepentingan menyahtoksin dari badan kita. Menarik ke tak? Yang penting pengetahuan kita tentang isu ni. Dah baca nanti baru kita tahu penting ke idak kan?
Untuk menyahtoksin, apa yang penting yang perlu kita ada? Dah tentu la usus.. Tahu tak apa itu USUS??

inilah usus kita


Gambar kat atas inilah bentuk sebenar usus kita.. Sadis tak tengok? Tapi usus adalah organ penting yang perlu kita jaga dan ambil berat.. Apabila kita makan, kita akan menelan makanan melalui kerongkong. Makanan tersebut akan ditapis oleh perut kita dan usus. Makanan tersebut akan diproses dan ditapis oleh usus. Manakala sisa2 yang tak digunakan akan dibuang. Tahu kan buang melalui apa? Tapi tak semua sisa2 makanan yang dibuang itu dapat melalui dinding2 perut. Bila perkara ini berlaku, sisa- sisa ini akan berkumpul. Lama - kelamaan ia akan menebal dan tersumbat. Cuba bayangkan usus kita tersumbat. Macam paip air yang tersumbat tu. Lelama nanti pasti berlaku kebocoran. Apabila kotoran terkumpul terlalu lama, akan berlaku proses fermentasi yang berlebihan. Pembentukan bakteria kompleks dalam usus dan badan kita akan berlipat ganda. Ia akhirnya akan mengeluarkan toksin. Toksin inilah yang menjadi punca penyakit.



FAKTOR YANG MENJADI PENYEBAB 
Pencemaran Alam - pencemaran asap kenderaan, asap kilang. Masalah jerebu yang melanda negara kita merupakan penyebab penambahan klorin dalam badan. 
Gaya Hidup - tabiat merokok dan mengambil minuman keras. 
Baca lagi
Comments

CARA PENGAMBILAN GLA UTK KESUBURAN

Kalau entry sebelum ni kita bincangkan pasal isu kehamilan. Alhamdulillah ada yang dah berjaya dengan pengambilan GLA COMPLEX.. seorang cust watiey pun berjaya hamil dengan GLA!! TAHNIAH BUAT PUAN IERA!!! Sekarang kita nak cite pasal satu topik yang berkait rapat dengan GLA..

CARA PENGAMBILAN GLA COMPLEX YANG BETUL
 Sebenarnya sebelum watiey nak tulis pasal entry ni, watiey selalu dengar dan baca komen2 positif dari pelanggan. Tapi ada jugak tompokan kecik pasal yang mengeluh kenapa amek masa lama nak nampak hasil. Kenapa saya makan tak jadi pape pun.. kenapa ada kesan macam ini, macam itu.. PERSOALAN yang diajukan memang kekadang memeningkan. Oleh sebab tu lah nak tulis entri ni.. Untuk tatapan dan boleh juga dikatakan JAWAPAN bagi persoalan mereka tu sume.
Cara pengambilan sesuatu supplement tu seharusnya perlu diambil dengan cara yang telah ditetapkan. Sebab tu la kalau kita ke hospital atau klinik mahupun farmasi, jururawat atau ahli farmasi tu mesti terangkan pada kita. Ubat ni amik masa sekian sebanyak sekian biji. Walaupun dah ditulis pada sampul atau botol ubat tu sendiri. Itu adalah untuk memperingatkan kita cara pemakanan sesuatu ubat mahupun supplement itu sendiri. ok? Jom balik pada topik kita semula...
Kali ni watiey nak terangkan cara-cara pengambilan GLA COMPLEX yang betul untuk tujuan KESUBURAN. Kita sedia maklum GLA juga mengandungi vit E. Dalam buku nutrion for pregnancy hasil nukilan Doktor Rona Conway, memang menggalakan pengambilan vit E. TETAPI dalam kuantiti yang ditetapkan iaitu >400iv sehari. Vit E tidak menganggu proses pelekatan embrio.
Akan tetapi, GLA COMPLEX boleh menyebabkan KEGUGURAN. Ini kerana GLA berfungsi untuk menstabilkan hormon. Jika GLA diambil ketika hamil, kesan pada kandungan dipaksa keluar. Ini kerana bayi dalam kandungan dianggap "benda asing" kepada tubuh. So nak ditekankan disini, pastikan kita ketahui tempoh kesuburan kita. Dan bila kita disahkan HAMIL @ MENGANDUNG, WAJIB untuk kita BERHENTI amek GLA COMPLEX!!
Disini watiey kongsikan cara pengambilan GLA yang betul. Kita haruslah alert pada kitaran haid kita. Samada yang normal (28hari) & (30hari) ataupun lain2. Ini keran tak semua wanita memiliki tahap kitaran haid yang sama ataupun tetap. Tapi kita masih boleh mengagak bukan?

Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. Contoh:
 - kita ambil 28hari.. maka,
 28 / 2 = 14 hari
- masa subur kita adalah dalam 14hari dan hari pertama haid.. Andaikan:
 14 +- = 15 hari
Kita boleh start amek GLA pada hari pertama haid sehingga sehari sebelum subur. Dalam hari ke 14, ambil GLA sehingga hari ke 13. Jika kita ragu-ragu, dinasihatkan agar BERHENTI amek GLA bermula hari ke 12. 

Untuk hasil yang lebih baik, saranan watiey, pengambilan supplement tambahan seperti Vita-lea, B Complex dan Vit -C juga haruslah diambil bersama. Kombinasi diantara supplement2 ini dapat memberikan hasil yang lebih berkesan. Harapan watiey, semoga dengan adenya guide pemakanan ni akan lebih ramailah yang berjaya hamil lepas ni.. Kita merancang dan berusaha,, itu sifat yang Allah swt suka!!

Baca lagi
Comments

GLA UNTUK KESUBURAN

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengidamkan atau menantikan saat kehamilan. Tujuan berkahwin pun utk menambahkan zuriat kan. Tapi banyak kes yang kita dengar. Kahwin dah bertahun tapi masih tak punya cahayamata. Masalah atau punca utama adalah tahap KESUBURAN seseorang itu. Tak kira samada lelaki atau perempuan. Tak semua wantia di dunia ini bernasib baik. Rahim bermasalah, cycst dan bermacam lagi penyakit yang boleh menjadi punca. Untuk entry kali ini, kita nak perkenalkan sesuatu yang hebat yang mampu membantu dalam menangani masalah KESUBURAN. Sebelum tu nak tanya, apa yang kita faham tentang Kesuburan?

FAKTOR / PENYEBAB KETIDAKSUBURAN
-BERAT BADAN
badan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus sangat berpengaruh kepada tahap kesuburan. Obesiti dapat mengurangkan tahap kesuburan wanita. Untuk berlakunya persenyawaan, memerlukan banyak hormon utk bertindak. Tetapi jika keadaan diri kita yang terlalu gemuk atau terlalu kurus kerja-kerja persenyawaan tidak berjalan dengan lancar dan teratur. 
-RADANG PELVIKS (PID)
sesetengah penyakit kelamin seperti chlamydia dan gonorea menyebabkan keradangan pelvis yang dipanggil penyakit RADANG PELVIKS (PID) dimana boleh merebak ke organ-organ pembiakan. Jangkitan menyebabkan parut pada tiub fallopio ovari & organ2 lain yang boleh menghalang ovulasi berlaku dan mengurangkan tahap kemungkinan untuk hamil. 
-OVARIAN CYST
kantung telur yang mengandungi cecair yang berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi seperti air atau mengandungi tisu2 seperti gigi dan rambut. Cyst berkait rapat dengan proses reproduksi wanita.

TAHAP KESUBURAN
Kesuburan seseorang wanita itu bergantung pada tahap kualiti hormon dalam badan mereka. Setiap bulan, seorang wanita akan mengeluarkan cecair iaitu telur untuk disenyawakan. Tetapi tak semua wanita yang bernasib baik dapat menghasilkannya. Sesetengah wanita tak sedar akan masalah itu. Tapi jangan bimbang sebab dengan era penyelidikan yang kian maju ni, ada jalan utk mengatasinya. Nak tahu kan? SHAKLEE ada mengeluarkan satu produk hebat yang dapat membantu wanita-wanita yang mempunyai masalah untuk hamil dan berkaitan dengan kesuburan. Jom kita berkenalan dengan GLA COMPLEX.


ANTARA TESTIMONI GLA COMPLEX



APA ITU GLA COMPLEX
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin (bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Diambil dari perkataan GLA atau asid linolenik gama yang digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sekitar haid sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA juga mengandungi vitaman E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara intergriti sel.

Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top