Comments

TIPS BERPANTANG DENGAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK DAPATKAN BENTUK BADAN MACAM ANAK DARA KEMBALI

AMALAN KETIKA BERPANTANG



Setelah berhempas pulas dengan kesakitan ketika melahirkan kini tiba saat untuk berpantang. Selain bentuk badan yang berubah daripada normal, proses kelahiran turut menyebabkan kita kehilangan banyak darah, kehabisan tenaga dan paling penting terdapat bahagian badan yang "terlari" dari posisi ketika meneran bayi keluar. Berpantang penting untuk setiap wanita kerana ia merupakan proses membaik pulih tubuh kita.  Entri kali ni nak berkongsi tips berpantang dengan kaedah yang betul untuk dapatkan bentuk badan macam anak dara kembali. Tak mustahil kalau kena pada gayanya. 

Amalan berpantang telah pun menjadi tradisi turun temurun nenek moyang kita sejak dulu lagi. Tak kira apa bangsa semua ada cara pantang tersendiri. Tapi jika berpantang tak kena pada gayanya jangan silapkan tok bidan atau tukang urut kalau masih terasa sakit dan badan masuk angin walaupun dah habis tempoh berpantang. Kalau dulu kita akan ditemani ibu atau nenek ataupun ibu mertua ketika berpantang tapi zaman sekarang boleh kata ramai yang ambil cara mudah dengan berpantang sendiri. Jadi bila dah sendiri tu faham-faham sahajalah. Jadi disini cheq ada sediakan tips untuk kaedah berpantang yang betul dalam membantu mengembalikan bentuk badan macam anak dara! 

KAEDAH DAN CARA BERPANTANG 

Tempoh berpantang 44 hari memberi peluang kepada kita untuk memulihkan semula tenaga dan bentuk fizikal. Jika kena pada caranya jangan terkejut bila dah habis pantang muka tampak lebih berseri dan tubuh makin mengancam. Antara perkara yang perlu dilakukan ketika berpantang:

  • MANDIAN HERBA

Mandian herba ini bertujuan memberikan kehangatan pada tubuh kita. Bila bersalin kita kehilangan banyak darah yang boleh membuatkan sistem ketahanan kita terganggu. Penggunaan serai wangi, daun pandan, halia, daun mengkudu bertujuan untuk mengeluarkan angin dalam badan dan menghindarkan diri daripada berbau busuk. 


  • BERTANGAS
bertangas memang elok diamalkan oleh ibu selepas bersalin. Ia membantu mengeluarkan peluh kotor dalam badan dan membuka liang roma untuk mengeluarkan angin. Selain itu bertangas dapat menguatkan rahim, mempercepatkan luka kering dan mengetatkan otot vagina. 


  • BERTUNGKU 



Terdapat bermacam-macam jenis tungku di pasaran pada masa ini. Pilihlah mengikut kesesuaian kita. Bertungku dapat membantu membakar lemak , mengecutkan peranakan dan membantu pengaliran darah menjadi lebih lancar. Bagi yang bersalin pembedahan pastikan penggunaan tungku yang lebih ringan dan elakan dari bertungku di kawasan pembedahan. 





  • TAPEL, PILIS DAN PARAM
Tak ramai yang menggunakan cara ini. Tapi hakikatnya ia sangat membantu mengembalikan bentuk badan. Sapuan tapel dapat mengeluarkan darah kotor disamping menegangkan kembali kulit di bahagian perut. 

Pilis ditampal di dahi bagi menyegarkan mata dan mengelakkan darah putih naik ke kepala. 
Sapuan param pula membantu mengelakan angin masuk ke dalam badan dan memanaskan badan. 

  • BERBENGKUNG
Setiap wanita yang berpantang wajib untuk berbengkung. Bengkung ni bertujuan mengembalikan semula bentuk tubuh yang langsing dan ramping. Selain membetulkan kembali keadaan betuk pinggul kerana proses meneran. Terdapat berbagai pilihan bengkung ada di pasaran. 


  • URUTAN 

Urutan dapat mengembalikan kesegaran pada tubuh kita selepas bersalin. Untuk dapatkan kesan yang lebih baik, amalkan urutan selama 7 ke 3 hari mengikut kemampuan. Urutan membantu melancarkan peredaran darah terutama di bahagian pay udara agar masalah bengkak susu dapat dielakkan. Ia turut membantu melancarkan penghasilan susu ibu. 

Urutan juga dapat memperbetulkan urat-urat simpul dan membantu membuang angin dalam badan. Urutan juga dapat membetulkan tulang pelviks yang terbuka semasa meneran bayi. 

  • PEMAKANAN DAN DIET KETIKA BERPANTANG
Pastikan pemakanan yang kita ambil memenuhi zat dan nutrisi untuk kita dan juga bayi. Untuk itu kita perlu amalkan makan makanan yang masih panas untuk pastikan kesegaran dan dipenuhi dengan zat yang mencukupi. Banyakkan pengambilan air masak kerana ia dapat membekalkan tenaga dan mengelakan ibu kekurangan air. 


Mulakan sarapan pagi yang berkhasiat. Elakan pengambilan makanan yang berat di waktu pagi. Sediakan makanan tengah hari yang menyelerakan untuk membantu membekalkan tenaga. Minum petang dapat membantu mengekalkan tenaga untuk ibu. Hidangan ringkas seperti biskut dan secawan coklat panas mampu memberikan kesegaran. 
  • PENGAMBILAN VITAMIN DAN SUPPLEMENT

Pengambilan vitamin bertujuan untuk membantu membekalkan tenaga dan menyembuhkan luka dalaman. Tapi tak semua vitamin boleh diambil seawal hari pertama berpantang. Tapi cheq nak perkenalkan korang dengan set berpantang Shaklee yang selamat dan semulajadi. Dalam set berpantang shaklee ni terdapat vitamin dan supplement yang membantu membekalkan tenaga, menyembuhkan luka dalaman, membantu dalam diet harian untuk ibu-ibu yang nak dapatkan bentuk badan macam sediakala. 
Selain itu pengambilan supplement ini juga membantu dalam pembentukan susu. Jadi pada ibu-ibu yang ada masalah susu berkurangan tak perlu risau lagi. Dalam masa yang sama ia membantu membakar lemak dalam badan dan membekalkan nutrisi pada bayi. Jadi tak hairanlah ramai yang dah dapat bentuk badan macam anak dara lepas amalkan set berpantang ni. 


Ibu boleh membuat pilihan sama ada nak bermula dengan set pantang asas ataupun set berpantang premium shaklee. 


SET BERPANTANG PREMIUM
Bagi ibu yang mengalami sembelit semasa berpantang dalam set premium terdapat Ostematrix yang dapat membantu masalah sembelit dan membekalkan kalsium. Pengambilan ESP bukan sahaja dapat membekalkan tenaga segera malah membantu dalam diet harian dengan memberikan rasa kenyang  dan dalam masa yang sama membantu membanyakkan penghasilan susu ibu. Cheq juga sempat menggunakan set ini ketika berpantang dan memang hasilnya terbaik! Jom tengok salah seorang yang turut menggunakan set berpantang shaklee.
TESTIMONI PENGGUNA SET BERPANTANG SHAKLEE



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top