Cuba teka kuih apa ni? Sebenarnya ada banyak nama orang panggil untuk kuih ni.Ada yang panggil tako, ada yang panggil kuih pelita. Tak kiralah panggilan apa pun janji rasa sedap.
Hari ni tiba-tiba mulut ni teringin nak makan kuih ni. Nasib baik kerajinan diri cheq ni membuak-buak hari ni. Kalau tak jangan harap. Kebetulan pulak daun pandan ada. Jadi terus ambik gunting, stapler dan daun pandan.
Nak buat sarang daun pandan ni sebenarnya tak adalah susah mana. Cuma kena praktis selalu baru menjadi. Macam cheq, bahagikan sama saiz untuk setiap bahagian. Jadi senang nak membentuk jadi empat segi sama.
Bila daun dah siap. Boleh susun sarang untuk proses seterusnya. Untuk bahan kuih pelita ni kita kena buat 2 bahagian. Sebab dia ada bahagian bawah dan bahagian atas. Cheq mulakan dengan bahagian bawah dulu.
BAHAGIAN BAWAH KUIH TEPUNG PELITA/TAKO
2 cawan tepung jagung1 cawan gula
4 cawan air
sengkuang (potong dadu)
jus pandan / pewarna hijau
Campurkan semua bahan dalam periuk. Buka api perlahan dan kacaukan. Bila adunan dah pekat teruskan kacau dan masukkan dalam sarang yang dah disusun tadi. Isi hingga setengah sarang. Bila dah sejuk bolehlah mulakan untuk langkah seterusnya. Bahagian atas kuih pelita.
BAHAGIAN ATAS KUIH TEPUNG PELITA/ TAKO
1 cawan tepung jagunggaram secukupnya
2 cawan santan
2 cawan air
Cara yang sama macam bahagian bawah tadi. Tuangkan dalam sarang yang sama sampai penuh. Dah siap kuih kita! Senang kan? Lepas ni bolehlah korang cuba buat pulak!
posted from Bloggeroid