Comments

PENTINGNYA ADA CHECKLIST DALAM KEHIDUPAN KITA

PENTING ATAU TIDAK CHECKLIST


Ramai yang tak tahu sebenarnya penting untuk kita buat checklist ni. Checklist ni membantu kita supaya lebih berdisiplin dalam melakukan sesuatu perkara tu. Kalau nak tahu dengan adanya checklist ni baru semua yang kita rancang akan tercapai. Kalau tak percaya, cuba buat satu checklist untuk hari esok. Tak kira sama ada untuk aktiviti harian ataupun apa sahaja yang korang rasa nak buat pada hari esok. 

Checklist ni sebenarnya dari zaman sekolah lagi kita dah diberi penekanan. Kena ada checklist untuk pembelajaran di sekolah. Dekat rumah pun harus ada satu checklist. Teringat zaman sekolah checklist yang berwarna warni. Checklist ni dia lebih kurang macam jadual harian kita. Cuma dengan checklist kita lebih terurus dalam melakukan sesuatu. 

Contoh macam cheq kalau dulu tak ambil pusing pun pasal checklist ni. Tapi sekarang kena ada checklist. Dan bila ada checklist kena turutkan apa yang cheq senaraikan. Dan memang nampak berkesan pada cheq! 
Jadi bagi cheq kita harus ada checklist dan penting sebebnarnya checklist ni pada kita. 

KESAN DARIPADA MENGGUNAKAN CHECKLIST

Bagi yang biasa mengamalkan checklist ni, mungkin korang dapat atasi masalah macam kerja tergendala, masalah kesuntukan masa dan banyak lagi. Salah satu kebaikan checklist ni, dia membantu kita untuk mengingati sesuatu yang kita nak dan perlu lakukan. Contoh kalau bab nak mengubah bunga, dah lama bunga dibeli tapi masih tersimpan rapi dalam beg plastik. Tiap hari nak buat terpaksa tunda disebabkan ada banyak perkara nak kena buat. 

Tapi kalau kita senaraikan untuk gubah bunga pada hari esok. Pastinya esok korang dah siap dengan bunga gubahan atas meja! Sebab kita dah setkan dalam pemikiran kita satu tugas yang perlu kita buat dan kita pasti akan buat. Itu lumrah hidup kita. Jadi pada yang selalu terlupa atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu tugasan ataupun aktiviti. Sila buatkan diri korang satu checklist! 

Jadi untuk hari esok cheq dah siap dengan checklist cheq. Dan cheq sangat bersyukur apabila setiap aktiviti cheq sebagai WAHM sekarang lebih terurus daripada sebelum ni! 





✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top