MASA TIDUR TAK SEINDAH DULU
Semua wanita mengalami kesukaran untuk tidur ketika hamil. Lebih-lebih lagi bila usia kandungan dah memasuki tiga bulan terakhir. Kalau dulu tidur boleh sesuka hati tapi bila mengandung kita terpaksa mengorbankan posisi tidur feveret dek kerana nak memberi keselesaan pada kandungan dan kita sendiri. Kadang kala perasaan negatif datang mengganggu. Banyak perkara yang menggangu tidur ibu hamil. Ini disebabkan gangguan hormon ketika hamil dan juga faktor daripada perubahan susuk tubuh.
Kalau dah tidur terganggu ia juga membawa kesan pada kesihatan kita. Kali ni cheq nak kongsikan beberapa tips yang boleh membantu ibu hamil yang mengalami masalah kesukaran untuk tidur. Mana tahu lepas ni boleh atasi masalah korang tu.
TIPS MENGATASI MASALAH KETIKA TIDUR
- elakkan diri daripada perasaan negatif contohnya rasa risau
- elakkan minum minuman berasaskan kopi dan kafein
- jauhkan daripada mengambil makanan yang terlalu banyak karbohidrat ketika makan malam
- lakukan senaman ringan selepas bangun dari tidur
- tidur dengan suasana selesa dengan tilam, bantal dan selimut
- kenal pasti punca kenapa sukar tidur dan bincangkan bersama doktor anda
Selalunya punca sukar tidur ketika hamil disebabkan sakit belakang dan lenguh-lenguh badan. Bila badan tak selesa maka tidur pun terganggu. Fokuskan pada posisi tidur yang baik ketika hamil. Tidur secara mengiring kek kanan atau ke kiri. Terpulang kepada keselesaan kita. Kadang kala kita akan terasa sesak nafas ketika baring tapi ia adalah perkara normal pada fasa akhir kehamilan ni. Gunakan bantal yang lebih tinggi untuk bahagian kepala bagi memudahkan pernafasan.
mengiring posisi terbaik |
Sebenarnya kesabaran yang paling penting dalam mengatasi masalah ini. Sebab tak semua dapat merasai apa yang ibu hamil rasa. Macam pengalaman manis yang hanya akan dapat kita rasa apabila hamil. Semoga tips mudah ni dapat membantu mengatasi masalah tidur korang.
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.