BINA KEYAKINAN DIRI ANAK
Keyakinan diri ni penting dalam kehidupan kita. Ia berkait rapat dengan penampilan dan cara kehidupan kita. Yakin diri ni bermaksud bagaimana seseorang tu melihat dirinya sendiri. Pentingnya untuk kita memupuk keyakinan diri sejak dari kecil lagi. Anak yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi sejak kecil menunjukkan perkembangan ental yang baik. Tapi tak semua anak kecil yag mempunyai keyakinan diri. Jadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memupuk keyakinan diri mereka.
Keyakinan diri ni penting dalam segala aspek. Ini termasuk pelajaran, perlakuan dan perbuatan mereka. Kita sebagai ibu bapa harus bersedia dalam menangani masalah ni. Salah satu perkara yang perlu kita lakukan sentiasa berikan mereka sokongan dan kata - kata semangat. Jangan sesekali gunakan kata-kata yang boleh mematahkan semangat mereka. Jadi kali ni cheq nak kongsikan beberapa tips mudah untuk kita sebagai ibu bapa meningkatkan keyakinan anak kita.
TIPS/CADANGAN UNTUK TINGKATKAN KEYAKINAN ANAK
SENTIASA BERIKAN PUJIAN KEPADA ANAK
- Berikan pujian setiap kali mereka selesai melakukan sesuatu perkara. Walaupun kecil atau memakan masa
BERIKAN PERHATIAN DAN KASIH SAYANG
- Kajian menunjukkan kanak-kanak yang berasa diri mereka disayangi mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Pastikan kita sebagai ibu bapa memberikan mereka sepenuh perhatian.
- Sila jadi pendengar yang setia setiap kali anak kita bercakap dengan kita. Biarkan mereka meluahkan apa yang ingin dikongsikan dengan kita
- Kalau nak tahu, kanak-kanak seorang yang pegang pada janji. Kalau korang berjanji sesuatu sila tunaikan atau fikir dulu sebelum berjanji
- Walaupun kadang kala mereka menguji kesabaran dengan karenah mereka, tapi sebagai ibu bapa kita harus menghargai mereka
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi selalunya berjaya dalam apa jua perkara yang mereka lakukan. Baik dari segi pelajaran dan perbuatan mereka. Jadi kalau sebelum ni, anak sering menangis bila dipegang atau malu nak bercakap bila ada ramai orang. Segeralah pupuk keyakinan mereka semula.
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!