Comments

1001 RAHSIA KHASIAT PEGAGA YANG PERLU ANDA TAHU


PEGAGA


Rasanya semua orang kenal dengan pegaga. Kalau yang hantu ulam tu, dah tentu kenal amat dengan pegaga. Tahu tak selain dibuat ulam, pegaga juga boleh dibuat minuman dan banyak lagi. Sebab apa orang suka dan mencari-cari pegaga ni? Sebab pegaga ni kaya dengan vitamin dan serat! Jadi pada korang yang sering mengamalkan pemakanan ulam-ulaman untuk kecantikan jom tengok apa khasiat yang korang dapat dengan makan pegaga ni. 

Dikenali dengan nama saintifiknya Centella Asiatica. Telah digunakan sejak beribu tahun lalu lagi oleh masyarakat cina. Walaupun ia kecil tapi khasiat yang ada pada pegaga ni memang cukup besar. Kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi. Sebenarnya pegaga ni ada 3 jenis. Antaranya pegaga salad, pegaga kerinting dan pegaga ubi. Selalunya pegaga tumbuh liar tapi sekarang banyak orang yang dah tanam pegaga. 

KHASIAT PEGAGA 

Masyarakat cina menjadikan pegaga sebabgai air minuman untuk penyejuk badan. Manakala masyarakat india menjadikan pegaga ni sebagai tonik. Jadi semua orang tahu kepentingan dan khasiat yang ada dekat pegaga ni. Pegaga ni berguna dari akar, daun,tangkai, batang, bunga dan buahnya kerana penuh dengan khasiat. Sesetengah berpendapat mengamalkan memakan pegaga ni boleh memanjangkan umur dan awet muda. 

kulit jadi tegang dan awet muda 

Pegaga juga digunakan sebagai salah satu ramuan dalam rawatan dan krim kulit. Selain untuk kulit, pegaga juga membantu dalam melangsingkan tubuh, produk penegangan badan dan produk antipenuaan. Ada juga pihak yang mengatakan pengambilan pegaga dapat menghilangkan parut dan luka. Bagi wanita yang hamil dan berpantang pegaga dapat membantu mengurangkan vena varikos dan kesan renganga (strecth marks) dan membantu penyembuhan selepas melahirkan. 


Bagi wanita yang mengalami masalah haid, pegaga membantu melancarkan pengaliran darah selain dapat membantu merawat masalah keputihan yang menyebabkan kegatalan faraj. Pegaga ni bersifat sejuk, jadi elok diambil oleh mereka yang mengalami demam. Bagi penghidap kencing manis, apa kata cuba amalkan minum air rebusan akar pegaga untuk membantu mengawal paras gula dalam darah. 

Sebenarnya banyak lagi khasiat pegaga untuk kesihatan kita. Jadi pada yang mengamalkan pegaga mungkin dah tahu mana datangnya kulit yang cantik, tegang, badan yang sihat dan kuat. Bagi yang nak dapatkan semua kebaikan dan yang penting kecantikan secara semulajadi, bolehlah mula amalkan makan pegaga!



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top